We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Fiqh Praktis: Sujud Tilawah, Sujud Syukur dan Sujud Sahwi September 26, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 10:11 am

   

    
    
    
    
    
    
   

Berkenaan Sujud

1. Sujud Tilawah atau disebut juga dengan Sujud Sajdah. Iaitu apabila kita sujud semasa membaca Quran dan sampai ke ayat-ayat Sajdah.

Dari riwayat pernah Saidina Umar membaca ayat Quran di mimbar dan apabila tiba pada ayat Sajdah, beliau telah turun dari mimbar dan sujud. Dan pernah juga baginda baca ayat sajdah dan tidak turun. Perbuatan Umar itu tidak disanggah oleh para sahabat yang lain. Ini menunjukkan persetujuan para sahabat – ini dinamakan Ijmak sukooti.

Ada 14 tempat sahaja dalam Quran.

Adakah kena ikut syarat-syarat solat dalam sujud Tilawah? Seperti menutup aurat, tidak berhadas, mengadap kiblat dan sebagainya? Tidak perlu. Kerana ada riwayat ibn Umar sujud Tilawah tanpa wuduk.

Sujud Tilawah ini boleh dilakukan pada semua waktu, tidak tertakluk dengan waktu makruh. Ibn Hazm berhujah, kerana sujud Tilawah bukannya solat. Begitu pun, lebih afdhal kalau memenuhi nya.

Sujud Tilawah juga boleh dilakukan semasa dalam solat? Kalau seseorang itu menjadi imam, perlukah ada takbir sebelum melakukan sujud itu? Hadis Nabi bertakbir untuk sujud Tilawah adalah tidak sahih. Cuma kalau jadi imam, mungkin untuk maslahat makmum, dibacakan takbir dahulu kerana ditakuti makmum akan kehairanan.

Ada doa yang tsabit dari Nabi. Ini boleh dibaca. Kalau tidak ingat, boleh dibacakan tasbih yang umum sahaja.

Makruh untuk sujud Tilawah waktu solat sirriyyah (Solat tidak dibaca kuat – Zuhur dan Asar). Sebab makmum tak tahu apa ayat kita baca. Takut kecoh pula nanti.

Kalau orang lain baca? Nabi pernah baca ayat Sajdah dan sujud dan sahabat yang bersama baginda pun sujud juga.

2. Sujud Syukur

Jika Nabi dapat sesuatu yang gembira, baginda akan sujud.

Tidak ada syarat macam sujud Tilawah juga. Boleh dilakukan di mana-mana, tanpa wuduk, tanpa mengadap kiblat.

Tiada riwayat bacaan tertentu. Baca sendiri apa kita nak baca.

3. Sujud Sahwi

Sujud jikalau terlupa dalam solat.

Ianya wajib dilakukan apabila terlupa atau ada keraguan dalam solat.

Salah satu rahmat Allah, Nabi pun pernah terlupa dalam solat, maka dapatlah kita tahu apa yang perlu kita lakukan.

Sujud sahwi ini dilakukan sebanyak dua kali samada sebelum ATAU selepas salam. Memang ada perbincangan ulama tentang sebelum atau selepas salam ini:

1. Ada yang kata dilakukan sebelum salam
2. Ada yang kata selepas salam
3. Ada yang kata, kalau melibatkan kekurangan, dilakukan sebelum salam dan kalau ianya melibatkan terlebih perbuatan, dilakukan selepas salam.

Syarat-syarat itu tidak ada nas yang sahih. Nabi pernah buat sujud sahwi sebelum salam dan pernah Nabi melakukannya selepas salam.

Hadits Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى ثَلاَثًا أَمْ أَرْبَعًا فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْسًا شَفَعْنَ لَهُ صَلاَتَهُ وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ
“Apabila salah seorang dari kalian ragu dalam shalatnya, dan tidak mengetahui berapa rakaat dia shalat, tiga ataukah empat rakaat maka buanglah keraguan, dan ambilah yang yakin. Kemudian sujudlah dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia shalat lima rakaat, maka sujudnya telah menggenapkan shalatnya. Lalu jika ternyata shalatnya memang empat rakaat, maka sujudnya itu adalah sebagai penghinaan bagi setan.” (HR. Muslim no. 571)

Maksudnya kalau keraguan, ambil yang mana kita yakin. Kalau dua atau tiga, ambil mana yang lebih yakin. Nabi kata ‘tinggalkan keraguan’, maka ambil yang kita paling kuat. Selaku orang kata, kalau dua dan tiga, ambil dua sahaja. Tapi tidak semestinya. Ada orang yang lebih yakin dia dah buat tiga tapi dia sangsi samada dia hanya buat dua rakaat sahaja. Kalau dua-dua sama samar sahaja, maka ambillah yang sedikit.

Kalau sudah salam, baru teringat yang dia ada tertinggal satu rukun, maka dia kena ulang satu rakaat.

Kalau dah lama selesai solat, baru teringat, maka kena solat semula. Tidak ada masa yang ditetapkan, ikut kebiasaan kita. Kita sendiri tahu sudah lama atau tidak.

Tidak ada bacaan semasa sujud sahwi yang sahih. Boleh baca macam dalam sujud yang biasa dalam solat.

Kalau terlupa duduk tashahud awal, boleh sujud sahwi. Kalau dah bangun berdiri, baru teringat yang tak buat tashahud awal, teruskan dengan rakaat ketiga. Kalau belum sempurna berdiri untuk rakaat ketiga, boleh lagi nak duduk semula dan buat tashahud awal.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s