We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Fiqh Praktis Kuliah 1 September 25, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 3:30 am

Persoalan yang timbul dewasa ini, adakah nak ikut Mazhab, ulama atau sunnah?

Untuk menjawap persoalan ini, kita kena lihat sejarah feqah. Terdapat beberapa peringkat yang telah dilalui: 

– Zaman Nabi. Waktu itu sahabat boleh terus dapat keputusan dari Nabi. Tidak ada masalah di sini.  

– Selepas Nabi wafat, timbul ulama dari kalangan sahabat – yang digelar fuqaha-us sahabah. Ulama feqah. Sebab tidak sama semuanya. Ada yang lebih pandai dan lebih banyak mengambil hadis dari Nabi. Kemudian ramai sahabat yang berhijrah ke tempat lain untuk menyebarkan islam. Agama Islam telah tersebar ke merata dunia. 

– Zaman Tabein – mereka telah belajar dari para sahabat. 

– Zaman Tabi’ tabein. Sudah ada sedikit perubahan dari generasi yang awal. Ini adalah sekitar 100-200 selepas Hijrah. Sudah mula timbul masalah periwatan hadis. Waktu inilah timbulnya hadis yang dhaif dan palsu. Maka timbullah ulama mazhab. 

Paling awal adalah Imam Abu Hanifah (wafat 150 H). Dikatakan yang beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Tapi sebenarnya tidak ada istilah mereka ‘mengasaskan’ mazhab. Cuma selepas itu, ajaran feqah mereka disandarkan kepada mereka. Imam-imam mazhab ini pun tidaklah suruh ikut mereka sahaja.

Kemudian, Malik bin Anas wafat 179 H

Kemudian, Muhammad bin Idris 204 H – Imam Syafie

Kemudian, Ahmad Hanbal 241 H
Sebenarnya, bukan mereka sahaja, tapi ada banyak lagi ulama Islam yang lain. Puluhan atau ratusan. Antaranya mazhab Zahiri – Daud az – Zahiri. Tapi, mazhab yang lain tidak terkenal, itu sahaja. 
Waktu itu, masyarakat sudah mula cenderung mengambil ilmu dari tokoh-tokoh itu. Kerana mereka itu ada anak murid dan pendapat mereka telah berkembang. Bukan itu sahaja, zaman itu umat sudah mula jahil kerana jauh dari Quran dan sunnah. Dan kerana itu sudah ada sifat cenderung kepada tokoh pegangan mereka. Memang kita elok ikut ulama tapi ianya tidak elok apabila taksub kepada tokoh tertentu dan menolak tokoh yang lain. Mereka jadi jumud – hanya pakai pendapat mazhab sahaja. Pendapat mazhab menjadi sumber utama dan Qur’an sunnah menjadi sumber sekunder pula. 
Bukan sahaja ada yang jumud dengan mazhab mereka tetapi ada yang sampai menyerang mazhab lain. Mereka ada yang reka hadis untuk menguatkan mazhab mereka. Sampai reka hadis untuk mengutuk imam mazhab yang lain pun ada. 
Sampaikan ada diwujudkan kaedah dalam mazhab untuk menguatkan mazhab mereka. Contoh, ada kaedah yang kata: “setiap ayat yang menyelisihi kata-kata ulama kita maka ia hendaklah ditawkil atau dianggap mansukh”. Begitu juga dengan hadis Nabi. Mereka sampai seleweng nas supaya sama dengan ulama mereka. Ini adalah kerana mereka memenangkan mazhab mereka. 
Penyakit ini terjadi kepada semua mazhab, jangan kata satu-satu mazhab sahaja. Sampaikan keluar hukum tak boleh solat belakang imam mazhab yang lain. Ini semua terjadi kerana kejahilan kepada Sunnah. Sampai pernah ada masjid buat solat dua kali dengan Imam mazhab yang berlainan. Pernah juga di Mekah ada empat mimbar untuk setiap mazhab yang empat. Ini adalah satu zaman yang buruk dalam Islam. 
Bukan itu sahaja, perkara ini termasuk dalam semua urusan kehidupan sampaikan dalam urusan perkahwinan pun nak kena kahwin dengan orang yang mazhab yang sama. Ini semua ditulis dalam kitab Feqah. Tapi sekarang kenapa tidak timbul? Adakah kerana masyarakat sudah mula faham sunnah? Tidak. Sekarang tidak terjadi lagi kerana masyarakat sudah tidak kisah dengan mazhab mereka. Dengan sunnah pun tak kisah, dengan mazhab pun sudah tidak kisah. 
Ini adalah satu perkara yang menyedihkan. Sedangkan dalam Quran Allah suruh rujuk Quran dan sunnah. Seperti Allah berfirman dalam Quran:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ أمَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِى اْلأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ ذَلِكَ خَيْرُُ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS An Nisa’:59).

Allah suruh jangan berpecah seperti yang terjadi kepada ahli kitab.

 

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَتَفَرَّقُوْا [ آل عمران : 103 ]

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai:, (QS. Al Imran: 103)

Allah suruh kita ambil agama dari Nabi. Iaitu Quran dan sunnah. Allah tak suruh kita ikut mazhab. 
Nabi juga kata, semua umatnya akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu. Seperti sabda baginda: 
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
“Seluruh umatku akan masuk jannah, kecuali yang enggan.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku maka dia pasti masuk jannah, sedangkan barangsiapa yang mendurhakaiku maka sungguh dia telah enggan (masuk jannah).” (Hadits Riwayat Al-Bukhari)
Jadi, kita kena muhasabah, sejauh mana kita taat kepada Nabi, sejauh mana kita berpegang dengan sunnah Nabi. Adakah kita hanya dakwa sahaja, tapi tidak mempraktikkan dalam urusan ibadah kita? Atau kita ikut yang lain dari sunnah Nabi? 
Jadi, apakah kaitan antara ulama, mazhab dan sunnah? Mana yang perlu didahulukan? Tentulah Sunnah! Kalau mazhab dan ulama, bergantung. Kalau apa yang disampaikan oleh ulama dan mazhab itu sesuai dan ikut sunnah, maka boleh ikut. Janganlah asyik sebut: “takkan ulama itu salah?”. Kita pun tidak mencaci mana-mana ulama dan pendapat mazhab, tapi kita tolak dengan baik pendapat mazhab dan pendapat ulama itu. Mereka itu ilmuwan dalam agama, dan kita iktiraf mana yang benar. Walaupun begitu, kita kena sedar, kadang-kadang ada yang dipanggil ulama, tapi tidak ulama pun. Jadi, kena tengok juga. Begitu pun mereka berilmu, tapi mereka tidak maksum. Hanya Nabi sahaja yang maksum. 
Kuliah ini diambil dari buku seorang anak murid Syaikh Albani. Beliau sendiri adalah anak seorang yang bermazhab Hanafi dan apabila beliau tidak taksub kepada mazhabnya, ayahnya telah menghalaunya dari rumah. Dan masyarakatnya mahu menghukumnya dengan pukulan kerana itulah hukuman kalau tinggalkan mazhab waktu itu. 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s