We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sunan Abu Dawud: Kitab Zakat: Bab Doa Pemungut Zakat  September 3, 2015

Filed under: Abu Dawud - Zakat — visitor74 @ 9:55 pm

Bab Doa Pemungut Zakat

7 – باب دعاء المصدق لأهل الصدقة

رقم الحديث: 1592
حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ النَّمَرِيُّ، وَأَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ، – الْمَعْنَى – قَالاَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى، قَالَ كَانَ أَبِي مِنْ أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ ‏”‏ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلاَنٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَأَتَاهُ أَبِي بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ ‏”‏ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى ‏”‏ ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Hafsh bin Umar An Namari] dan [Abu Al Walid Ath Thayalisi] secara makna, mereka berkata; telah menceritakan kepada Kami [Syu’bah] dari [‘Amr bin Murrah] dari [Abdullah bin Abu Aufa], ia berkata; ayahku termasuk antara orang-orang yang melakukan Bai’at Ridhwan di bawah pohon, dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila terdapat beberapa orang yang datang kepada beliau membawa zakat mereka, maka baginda akan mengucapkan; ya Allah, rahmatilah keluarga fulan. Abdullah bin Abu Aufa berkata; kemudian ayahku datang kepada baginda dengan membawa zakatnya. Kemudian baginda berdoa: “Ya Allah, rahmatilah keluarga Abu Aufa.”

Doa yang dimaksud itu adalah untuk pemberi zakat. Dibacakan oleh pemungut zakat.

Abdullah bin Abu Aufa itu adalah sahabat yang terakhir sekali mati, umurnya panjang. Beliau menceritakan kebiasaan doa Nabi kepada mereka yang membawakan zakat kepada baginda. Dalam hadis ini, digunakan perkataan صَلِّ iaitu yang bermaksud ‘selawat’ seperti yang selalu digunakan sekarang. Ini menunjukkan selawat juga digunakan untuk orang lain selain Nabi. Adakah ini boleh? Nabi sendiri gunakan untuk orang lain.

Perkataan صَلِّ bermaksud ‘doa’ dan ‘mengambil berkat’. Ada sesetengah Ulama mengatakan boleh kalau digunakan untuk selain Nabi kerana ianya adalah doa. Dan Allah sendiri menggunakan perkataan صَلِّ dalam suruhan mendoakan kepada pemberi zakat:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya selawatmu (doamu) itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah 9: Ayat 103)

Yang selawat yang digunakan kepada Nabi adalah bermaksud takzim (pengagungan dan memuliakan), itu khusus untuk Nabi sahaja. Oleh itu, tidak sama kalau digunakan untuk Nabi dan manusia yang lain. Ada beberapa pendapat berkenaan perkara ini:

1. Ada ulama yang mengatakan ianya makruh digunakan kalau digunakan kepada selain Nabi walaupun hanya meminta rahmat kepada orang itu.

2. Ada juga yang mengatakan ianya haram.

3. Ada yang katanya ianya khilaful awla.

4. Sunnah kerana Nabi ada buat.

5. Harus kalau dimaksudkan semata-mata untuk minta rahmat untuk orang yang didoakan itu. Makruh kalau dimaksudkan takzim (memuliakan) kepada orang itu.

Yang tidak membenarkan itu adalah kerana pada mereka, selawat itu hanya khusus untuk Nabi sahaja. Kalau selawat kepada Nabi, kemudian diikuti dengan selawat kepada selain Nabi, itu dibolehkan kerana mengikut sahaja. Seperti sekarang, kita selawat kepada Nabi dan diteruskan kepada keluarga baginda dan sebagainya. Tapi, kalau terus kepada orang lain selain Nabi, itu tidak boleh. Kecuali kalau kepada malaikat.Kalau kita nak selawat kepada Jibrail a.s. contohnya, itu boleh. Ulama tidak membenarkan menggunakan selawat dalam doa adalah kerana selawat itu adalah hak Nabi. Kalau baginda nak selawat kepada orang lain, itu adalah hak baginda dan baginda boleh buat begitu, tapi kita tidaklah boleh.

Ahli Sunnah ikut pendapat di atas. Tidaklah kita gunakan selawat kepada selain Nabi dan kita juga tidak gunakan ‘salam’ untuk selain Nabi atau malaikat. Sebagai contoh, sekarang Syiah menggunakan gelaran alaihissalam kepada Saidina Ali. Walaupun dari bahasa asalnya, ‘salam’ itu tidaklah salah kerana ianya bermaksud ‘sejahtera’. Kita pun selalu beri ‘salam’ kepada orang lain. Tapi yang tidak boleh adalah digunakan perkataan alaihissalam kepada selain Nabi. Tapi orang-orang Syiah itu memang selalu menyalahgunakan gelaran itu kepada keluarga Nabi. Kerana alaihissalam hanya digunakan kepada Nabi dan kalau digunakan kepada orang lain, ianya seperti menyamakan dengan kedudukan Nabi, seperti Syiah yang melebihkan ahlul bait sama, malah melebihi kedudukan Nabi. Jadi, kita kena berhati-hati supaya jangan keliru. Kadang-kadang kita terbeli kitab yang diletakkan gelaran alaihissalam kepada selain Nabi. Mereka ada yang mencetak kitab dengan memasukkan perkataan itu. Sampaikan mereka sanggup cetak kitab yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Tirmizi dan lain-lain lagu,tapi mereka masukkan gelaran itu dalam kitab-kitab itu. Kalau kita tak belajar, kita akan terkeliru. Kerana mereka yang masukkan sendiri, tapi kemudian mereka kata, “lihatlah dari dulu lagi dah ada gelaran itu digunakan”. Mungkin sekarang orang boleh nampak kesalahan itu, tapi bayangkan kalau lima puluh tahun lagu, macam mana? Tambahan pula kalau masyarakat dah tak belajar ilmu hadis dengan cara yang betul. Senang sahaja mereka ambil kesempatan diatas kejahilan masyarakat Islam.

Oleh itu, walaupun dari segi bahasa, tidak salah, tapi kerana ianya telah menjadi syiar dalam agama kita, maka gelaran alaihissalam sepatutnya digunakan untuk Nabi dan malaikat sahaja. Kalau tidak, akan mengelirukan. Begitu juga dengan panggilan Allah untuk Tuhan. Memang timbul tidak berapa lama dahulu yang orang Kristian pun nak pakai nama Allah juga. Kalau nak diikutkan, memang orang jahiliyah dulu pun pakai nama Allah juga. Tapi kalau dibenarkan orang kafir pakai nama Allah untuk tuhan mereka, ini akan sampai mengelirukan umat dan kita tidak patut benarkan.

Maka, kalau doa seperti lafaz yang Nabi sebut itu tidak boleh, maka apakah doa yang sepatutnya digunakan? Kita boleh doa dalam bentuk yang umum.

Dan Imam syafie ada membawakan lafaz doa yang lain.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Rujukan:

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s