We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sunan Abu Dawud: Kitab Zakat: Nisab yang dikenakan zakat & Apakah yang dikenakan Zakat July 19, 2015

Filed under: Abu Dawud - Zakat — visitor74 @ 4:59 pm
Tags: ,

2 – باب ما تجب فيه الزكا – Bab 2: Kadar nisab harta yang dikenakan zakat. 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ، يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ “‏ لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسِ ذَوْدٍ صَدَقَةٌ وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسِ أَوَاقٍ صَدَقَةٌ وَلَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسَةِ أَوْسُقٍ صَدَقَةٌ ‏”‏ ‏.‏
Hadis 1560: Telah menceritakan kepada Kami [Abdullah bin Maslamah], ia berkata; saya membacakan riwayat ini kepada [Malik bin Anas] dari [‘Amr bin Yahya Al Mazini] dari [ayahnya], ia berkata; saya mendengar [Abu Sa’id Al Khudri] berkata; Rasulullah shallAllahu wa’alaihi wa sallam bersabda: “Tidak ada zakat pada unta yang kurang dari lima dzaud (dzaud adalah antara tiga hingga sepuluh), tidak ada zakat pada perak yang kurang dari lima uqiyah, dan tidak ada zakat pada bijirin yang kurang dari lima wasaq.”
Perbincangan sanad:

Perbincangan Sanad:

Apabila digunakan perkataan قَرَأْتُ, bermakna Abdullah bin Maslamah baca sendiri hadis ini depan Imam Malik. Kalau tidak, ada kemungkinan hadis itu dibaca oleh orang lain dan dia ada dalam majlis itu.

Abdullah bin Maslamah adalah anak murid terkenal Imam Malik. Dia ada naskah muwatta yang tersendiri, yang lain dari yang selalu dicetak. Ada kelainan sedikit dari yang lain.

 

Syarah Hadis:

Dalam hadis ini, ada tiga jenis perkara yang disebutkan yang dikenakan zakat dan apakah nisabnya – Unta, Perak dan Bijirin. Walaupun ketiga-tiga perkara ini dikenakan zakat, tapi kenalah cukup kuantiti. Kalau sedikit sahaja, tidaklah dikenakan dengan zakat. Bukanlah hanya tiga perkara ini sahaja, ada lagi selain daripada yang tiga ini.
1. Kalau unta kurang dari lima ekor, tidak ada zakat.
2. Perak waktu itu digunakan dalam bentuk syiling.
3. Kalau kurang dari lima wasaq pada bijirin.

Ketiga-tiga nilai ini lebih kurang sama sahaja pada zaman itu. Sebagai contoh, lima ekor unta lebih kurang harganya dengan lima Uqiyah Perak.

Hadis ini hendak menceritakan had kaya seseorang. Kalau kurang dari yang disenaraikan, belum kira kaya lagi. Kerana zakat ini diambil dari orang kaya. Kalau orang miskin, tidak diambil zakat dari mereka kerana mereka pun dah susah. Islam ini bukannya menindas. Harta yang diambil dari orang kaya itu kemudiannya diberikan kepada orang yang susah untuk menyucikan harta itu. Bukanlah ini sahaja tanda kekayaan. Ada lagi cara lain untuk menentukan kekayaan seseorang. Tapi ini adalah tentang ketetapan untuk mengeluarkan zakat.

Lima Uqiyah sama nilainya dengan 200 dirham. Dirham adalah wang perak. Samada dijadikan dalam bentuk duit atau diukur beratnya perak itu. 200 dirham pula sama dengan 20 dinar – ini kiraan pada zaman Nabi, sekarang dah lain dah. Oleh itu, untuk senang kira, satu dinar sama dengan sepuluh dirham pada zaman Nabi. Digunakan kedua-dua denominations ini kerana pada zaman Nabi, duit yang sampai dari Parsi dalam bentuk Wang Perak dan duit yang datang dari Rom adalah dalam bentuk Dinar. Parsi dan Rom adalah dua tamadun besar pada zaman Nabi – kira macam USA dan Russia pada zaman kita lah. Jadi, oleh kerana matawang itu dalam dua bentuk itu, maka Nabi membandingkan kadar antara kedua logam itu pada zamannya. Kemudian ia berubah-ubah kerana turun dan naiknya matawang. Dengan sebab itu, ramai ulama yang menggunakan kadar emas, bukan perak lagi, kerana sudah berubah-ubah. Jadi, kena ada satu tanda aras yang tetap dalam dalam kes ini, digunakan Emas. Kalau kiraan zaman sekarang, lima Uqiyah sekarang ini bernilai sebanyak 56 Riyal di Saudi. Jadi, nilainya amat sedikit, maka tidaklah boleh dikira sebagai ‘kaya’. Ini adalah kerana nilai perak turun dan naik seperti yang disebutkan sebelum ini, sampaikan tidaklah satu dinar emas masih lagi bersamaan dengan 10 dirham perak.

Kalau dinar pula, 85 gram baru kena zakat. Walaupun begitu, ada perbezaan pendapat yang digunakan tentang kadar antara perak dan emas. Ada yang menggunakan kadar emas sebagai kayu ukur, jadi kena tengok berapa nilai 85 gram emas, baru cukup nisab untuk dikeluarkan zakat. Kalau kita ikut kadar ringgit, ianya juga akan berubah-ubah, maka yang penting adalah kena ikut kadar 85 gram itu. Oleh itu, untuk kira berapa nisab harta yang perlu dibayar, kena tengok nilai 85 gram emas semasa.


حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ مُحَمَّدٍ الرَّقِّيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ، حَدَّثَنَا إِدْرِيسُ بْنُ يَزِيدَ الأَوْدِيُّ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ الْجَمَلِيِّ، عَنْ أَبِي الْبَخْتَرِيِّ الطَّائِيِّ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، يَرْفَعُهُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ لَيْسَ فِيمَا دُونَ خَمْسَةِ أَوْسُقٍ زَكَاةٌ ‏”‏ ‏.‏ وَالْوَسْقُ سِتُّونَ مَخْتُومًا ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ أَبُو الْبَخْتَرِيِّ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ أَبِي سَعِيدٍ ‏.‏
Hadis 1561: Telah menceritakan kepada Kami [Ayyub bin Muhammad Ar Raqi], telah menceritakan kepada Kami [Muhammad bin ‘Ubaid], telah menceritakan kepada Kami [Idris bin Yazid Al Audi] dari [‘Amr bin Murrah Al Hamali] dari [Abu Al Bakhtari Ath Thai] dari [Abu Sa’id Al Khudri] dan ia mengangkat hadits tersebut hingga sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidak ada zakat pada bijirin yang kurang dari lima wasaq, dan satu wasaq adalah enam puluh gantang’.”

Perbincangan Sanad:

Abu Dawud berkata; Abu Al Bakhtari tidak pernah mendengar hadis dari Abu Sa’id. Oleh itu, ada sedikit masalah dengan hadis ini. Walaupun ada masalah, tapi hadis ini digunakan sebagai sokongan sahaja kerana ada masalah pada hadis ini kerana Abu Dawud kata yang Abu Al Bakhtari tidak pernah mendengar hadis dari Abu Sa’id.

 

Syarah Hadis:

Yang penting, hadis ini menjelaskan bahawa satu wasaq adalah enam puluh gantang. Satu gantang pula adalah empat cupak. Oleh itu, hadis ini dijadikan sebagai kadar ukuran.


 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ بْنِ أَعْيَنَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنِ الْمُغِيرَةِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ الْوَسْقُ سِتُّونَ صَاعًا مَخْتُومًا بِالْحَجَّاجِيِّ ‏.‏
Hadis 1562: Telah menceritakan kepada Kami Muhammad bin Qudamah bin A’yan, telah menceritakan kepada Kami Jarir dari Al Mughirah dari Ibrahim, ia berkata; satu wasaq adalah enam puluh gantang yang dimeterai dengan meterai Al Hajjaj.

Ini mengisahkan bagaimana pada zaman Hajjaj, ada sukatan yang standard yang telah diletakkan oleh Khalifah waktu itu dan digunakan sebagai ukuran seluruh kerajaan Islam.


 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا صُرَدُ بْنُ أَبِي الْمَنَازِلِ، قَالَ سَمِعْتُ حَبِيبًا الْمَالِكِيَّ، قَالَ قَالَ رَجُلٌ لِعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ يَا أَبَا نُجَيْدٍ إِنَّكُمْ لَتُحَدِّثُونَنَا بِأَحَادِيثَ مَا نَجِدُ لَهَا أَصْلاً فِي الْقُرْآنِ ‏.‏ فَغَضِبَ عِمْرَانُ وَقَالَ لِلرَّجُلِ أَوَجَدْتُمْ فِي كُلِّ أَرْبَعِينَ دِرْهَمًا دِرْهَمٌ وَمِنْ كُلِّ كَذَا وَكَذَا شَاةً شَاةٌ وَمِنْ كُلِّ كَذَا وَكَذَا بَعِيرًا كَذَا وَكَذَا أَوَجَدْتُمْ هَذَا فِي الْقُرْآنِ قَالَ لاَ ‏.‏ قَالَ فَعَنْ مَنْ أَخَذْتُمْ هَذَا أَخَذْتُمُوهُ عَنَّا وَأَخَذْنَاهُ عَنْ نَبِيِّ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَذَكَرَ أَشْيَاءَ نَحْوَ هَذَا ‏.‏
Hadis 1563: Telah menceritakan kepada Kami [Muhamad bin Basysyar] telah menceritakan kepadaku [Muhammad bin Abdullah Al Anshari], telah menceritakan kepada Kami [Shurad bin Abu Al Manazil], ia berkata; saya mendengar [Habib Al Maliki] berkata; seorang laki-laki berkata kepada ‘Imran bin Hushain; wahai Abu Nujaid, sesungguhnya kalian telah menceritakan kepada Kami dengan hadits-hadits yang tidak Kami dapatkan asalnya dalam Al Qur’an! Maka [Imran] marahlah Imran dan berkata kepada orang tersebut; apakah kalian dapatkan dalam setiap empat puluh dirham terdapat zakat satu dirham, dan dalam setiap sekian kambing zakat satu kambing, dan dalam setiap sekian unta zakat sekian dan sekian unta, apakah kalian mendapatkannya dalam Al Qur’an? Orang tersebut menjawab: tidak! Imran berkata lagi: jadi, dari siapa kalian mengambilnya? Kalian mengambilnya dari kami dan kami mengambilnya dari Nabi Shalla Allahu ‘alaihi wa sallam. Dan perawi menyebutkan perkara-perkara lain seperti ini.

Kesimpulannya, Quran kena pakai dengan hadis. Kalau tidak, kita tidak tahu hendak menjalankan kewajipan yang disebut dalam Quran. Kerana Quran sebut secara dasar sahaja dan cara menjalankan kewajipan itu adalah dengan belajar hadis. Kalau semuanya diletakkan dalam Quran, entah berapa tebal pula Quran itu.

Inilah masalahnya kalau ada golongan anti-hadis yang menolak langsung penggunaan hadis. Semakin ramai yang jadi begitu dan ini adalah kerana tidak belajar agama dengan betul. Mereka ada banyak gelaran, contohnya mereka menggelar diri mereka ‘the submitter’, Quranist, Anti-Hadis dan sebagainya. Kononnya, mereka mengambil agama dari sumber yang sahih sahaja, iaitu Quran. Tapi kalau begitu, bagaimana mereka hendak menjalankan perintah agama? Sebagai contoh, Quran sebut suruh kita dirikan solat, tapi bagaimanakah caranya? Tentulah kita kena belajar dari hadis, bukan?

Mereka kononnya menolak hadis kerana mereka tidak percaya kepada kesahihan hadis. Mereka kata takkan sesuatu yang ditulis seratus tahun selepas kewafatan Nabi itu boleh dipercayai. Tapi, tidakkah mereka terfikir, yang Quran pun mereka ambil dari sahabat juga? Lihatlah bagaimana Imran marah kepada mereka yang seperti menolak hadis. Padahal hadis itu disampaikan dari sahabat yang belajar sendiri dari Nabi. Kita kenalah ingat yang Wahyu itu bukan sahaja dalam bentuk Quran, tapi dalam bentuk hadis yang keluar dari mulut Nabi juga. Perkara hukum yang dikeluarkan oleh Nabi bukanlah dari kata-katanya sendiri tapi dari Allah juga. Ini seperti Allah telah firmankan dalam Najm: 3-4 –

وَما يَنطِقُ عَنِ الهَوىٰ

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.

إِن هُوَ إِلّا وَحيٌ يوحىٰ

Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.


 

 باب العروض إذا كانت للتجارة هل فيها من زكاة  – Bab 3- barang-barang yang dimiliki untuk perniagaan

Zakat Perniagaan 
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ دَاوُدَ بْنِ سُفْيَانَ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَسَّانَ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ مُوسَى أَبُو دَاوُدَ، حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ، حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ أَبِيهِ، سُلَيْمَانَ عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ، قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَأْمُرُنَا أَنْ نُخْرِجَ الصَّدَقَةَ مِنَ الَّذِي نُعِدُّ لِلْبَيْعِ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Muhammad bin Daud bin Sufyan], telah menceritakan kepada Kami [Yahya bin Hassan], telah menceritakan kepada Kami [Sulaiman bin Musa Abu Daud], telah menceritakan kepada Kami [Ja’far bin Sa’d bin Samurah bin Jundab bin Sulaiman] telah menceritakan kepadaku [Hubaib bin Sulaiman] dari [ayahnya yaitu Sulaiman] dari [Samurah bin Jundab], ia berkata; adapun selanjutnya, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan kami untuk mengeluarkan zakat dari sesuatu barang yang kami persiapkan untuk dijual.
Zakat Perniagaan kena kira barang modal. Barang itu untuk diniagakan. Bukan bekas, contohnya. Kalau tempayan isi gula, yang kena kena kira adalah gula itu. Kalau rak, almari tak kira sebab almari itu bukan yang kita jual, kecualilah kalau kita memang jual almari dan rak. Kenderaan yang digunakan juga tidak dikira. Benda yang diperniagakan yang dikira. Kalau orang berhutang dengan kita, itu pun kena kira juga. Iaitu hutang yang kita boleh dapat balik. Kalau rasa tak boleh dapat, tak perlu dikira.

Ini pula adalah tentang Zakat Perniagaan. Sebagai perbincangan ilmu, ada ulama yang tidak terima ada Zakat Perniagaan. Yang tidak terima itu antaranya adalah Ahlu Zahir. Tapi selain dari mereka, jumhur ulama menerima adanya Zakat Perniagaan. Ahlu Zahir itu tidak terima adanya Zakat Perniagaan kerana ada hadis kata seorang Islam tidak dikenakan zakat pada kuda dan hamba. Dan mereka berhujah dengan berkata kuda dan hamba itu pun diperniagakan juga – kalau itu tidak dikenakan zakat, maka tiadalah zakat perniagaan itu.

Tapi ulama kebanyakannya mengatakan yang ada Zakat Perniagaan. Tambahan pula, dengan perniagaanlah yang membolehkan seseorang mendapat harta yang banyak, takkan sesudah mereka mendapat banyak kekayaan dengan perniagaan itu, harta mereka tak dikenakan zakat pula? Tambahan pula, banyak dalil yang boleh digunakan sebagai dalil adanya Zakat Perniagaan. Dan pada zaman Khalifah pun banyak atsar sampai kepada kita bagaimana mereka pun mengenakan Zakat Perniagaan juga.

Abu Dawud tidak beri komen pada hadis ini. Maka, kita boleh ambil kesimpulan dari itu, yang sekurang-kurangnya hadis ini adalah berstatus hasan. Walaupun begitu, ada yang mempertikaikan hadis ini kerana perawi Hubaib bin Sulaiman tidak dikenali (majhul). Tapi, yang kuatnya, hadis ini adalah hasan.


 

4 – باب الكنز ما هو ؟ وزكاة الحلى – Bab 4: Apakah Kanz itu? Dan Zakat Perhiasan

حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ، وَحُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، – الْمَعْنَى – أَنَّ خَالِدَ بْنَ الْحَارِثِ، حَدَّثَهُمْ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ امْرَأَةً، أَتَتْ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَمَعَهَا ابْنَةٌ لَهَا وَفِي يَدِ ابْنَتِهَا مَسَكَتَانِ غَلِيظَتَانِ مِنْ ذَهَبٍ فَقَالَ لَهَا ‏”‏ أَتُعْطِينَ زَكَاةَ هَذَا ‏”‏ ‏.‏ قَالَتْ لاَ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ أَيَسُرُّكِ أَنْ يُسَوِّرَكِ اللَّهُ بِهِمَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ سِوَارَيْنِ مِنْ نَارٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَخَلَعَتْهُمَا فَأَلْقَتْهُمَا إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَقَالَتْ هُمَا لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَلِرَسُولِهِ ‏.‏
Hadis 1565: Telah menceritakan kepada Kami [Abu Kamil] dan [Humaid bin Mas’adah] secara makna bahwa [Khalid bin Al Harits] telah menceritakan kepada mereka; telah menceritakan kepada Kami [Husain] dari [‘Amr bin Syu’aib] dari [ayahnya] dari [kakeknya] bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah shallAllahu wa’alaihi wa sallam membawa anak perempuannya, dan di tangan anak wanita tersebut terdapat dua gelang tebal yang terbuat dari emas, kemudian beliau berkata kepadanya: “Apakah engkau memberikan zakat emas ini?” Wanita tersebut berkata; tidak. Baginda bersabda: “Apakah engkau senang kalau kerana kedua gelang tersebut, Allah memberimu gelang dari api pada Hari Kiamat?” Khalid berkata; kemudian wanita tersebut melepas kedua gelang tersebut dan memberikannya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata; kedua gelang itu untuk Allah ‘azza wajalla dan rasulNya.

Berkenaan dengan ‘Kanz’, Allah sebut dalam Tawbah:34

وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan ‘kanz’ itu? Ianya adalah apabila menyimpan emas dan perak dan tidak mengeluarkan zakatnya.


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا عَتَّابٌ، – يَعْنِي ابْنَ بَشِيرٍ – عَنْ ثَابِتِ بْنِ عَجْلاَنَ، عَنْ عَطَاءٍ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ كُنْتُ أَلْبَسُ أَوْضَاحًا مِنْ ذَهَبٍ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَنْزٌ هُوَ فَقَالَ ‏”‏ مَا بَلَغَ أَنْ تُؤَدَّى زَكَاتُهُ فَزُكِّيَ فَلَيْسَ بِكَنْزٍ ‏”‏ ‏.‏
Hadis 1566: Telah menceritakan kepada Kami [Muhammad bin Isa], telah menceritakan kepada Kami [‘Attab yaitu Ibnu Basyir] dari [Tsabit bin ‘Ajlan] dari [‘Atha`] dari [Ummu Salamah], ia berkata; aku mengenakan perhiasan dari emas, lalu aku bertanya; wahai Rasulullah, apakah ini termasuk kanz? Beliau menjawab: “Apa yang sudah mencapai nishabnya untuk dizakati kemudian telah dikeluarkan zakatnya maka bukanlah termasuk kanz.”

Ada yang menggunakan hadis ini sebagai dalil yang tidak ada Zakat Perhiasan. Tapi kalau kita baca, kalau perhiasan itu sudah cukup, maka kena keluarkan juga zakat. Jadi, Imam Abu Dawud hendak memberitahu yang kalau perhiasan yang dipakai pun, kena keluarkan zakat juga. Ini beza dengan yang diketahui oleh kita sebelum ini, jadi, ini adalah satu khilaf antara ulama.

Pembahagian pendapat ulama berkenaan Zakat Perhiasandiletakkan sebegini:

1. Wajib Zakat – Imam Hanifah dan salah satu pendapat Syafie.
2. Tidak wajib – Malik, Ahmad, dan salah satu pendapat Syafie. Mereka berhujah, kalau lihat kepada hadis ini, ianya hanyalah pada permulaan Islam, iaitu semasa Islam dalam keadaan susah. Sekarang, ianya dikira sebagai keperluan sahaja. Macam juga kereta, kalau kita ada kereta pun, tidaklah dikenakan zakat, bukan?
3. Pengeluaran Zakat itu adalah dengan ‘memberi pinjam’. Bukannya pakai sendiri sentiasa, dan tidaklah kena keluarkan sebahagian dari perhiasan itu. Maknanya, keluarkan zakat itu dengan memberi orang lain pakai perhiasan itu.
4. Zakat kena beri sekali sahaja. Selepas itu, sepanjang hayat tidak perlu beri.


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِدْرِيسَ الرَّازِيُّ، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ الرَّبِيعِ بْنِ طَارِقٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ، أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ عَمْرِو بْنِ عَطَاءٍ، أَخْبَرَهُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادِ بْنِ الْهَادِ، أَنَّهُ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ دَخَلَ عَلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَرَأَى فِي يَدِي فَتَخَاتٍ مِنْ وَرِقٍ فَقَالَ ‏”‏ مَا هَذَا يَا عَائِشَةُ ‏”‏ ‏.‏ فَقُلْتُ صَنَعْتُهُنَّ أَتَزَيَّنُ لَكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ أَتُؤَدِّينَ زَكَاتَهُنَّ ‏”‏ ‏.‏ قُلْتُ لاَ أَوْ مَا شَاءَ اللَّهُ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ هُوَ حَسْبُكِ مِنَ النَّارِ ‏”‏ ‏.‏
Hadis 1567: Telah menceritakan kepada Kami [Muhammad bin Idris Ar Razi], telah menceritakan kepada Kami [‘Amr bin Ar Rabi’ bin Thariq], telah menceritakan kepada Kami [Yahya bin Ayyub] dari [‘Ubaidullah bin Abu Ja’far] bahwa [Muhammad bin ‘Amr bin ‘Atha`] telah mengabarkan kepadanya dari [Abdullah bin Syaddad bin Al Had] bahwa ia berkata; Kami menemui [Aisyah] isteri Nabi shalla Allahu ‘alaihi wa sallam, lalu ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menemuiku dan melihat ditanganku ada cincin dari perak, lalu beliau berkata: “Apakah ini wahai Aisyah?” Aku menjawab; aku menggunakannya untuk berhias di hadapanmu. Beliau berkata: “Apakah kamu mengeluarkan zakatnya?” Aku menjawab: tidak! -atau- maasyaa Allah! Beliau berkata: Itu adalah bagianmu dari Neraka!”

Kalau dilihat dari hadis ini, menunjukkan bagaimana Zakat Perhiasan perlu dikeluarkan walaupun memakai perhiasan itu, tidak disimpan.


 

حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عُمَرَ بْنِ يَعْلَى، فَذَكَرَ الْحَدِيثَ نَحْوَ حَدِيثِ الْخَاتَمِ ‏.‏ قِيلَ لِسُفْيَانَ كَيْفَ تُزَكِّيهِ قَالَ تَضُمُّهُ إِلَى غَيْرِهِ ‏.‏
Hadis 1568: Telah menceritakan kepada Kami [Shafwan bin Shalih], telah menceritakan kepada Kami [Al Walid bin Muslim], telah menceritakan kepada Kami [Sufyan] dari [Umar bin Ya’la], kemudian ia menyebutkan hadits seperti hadits mengenai cincin. Sufyan ditanya; bagaimana engkau menzakatinya? Dia menjawab; engkau gabungkan dengan yang lain.

Kalau yang dipakai itu sikit, kena kira dengan emas dan perak yang lain, dan baru kira dan bayar zakat.  Kerana takkan kita pakai perhiasan banyak sangat, sampai apa yang ditangan kita dah layak kena zakat pula? Jadi, kalau sikit, campurkan dengan harta lain yang ada.

 

Allahu a’lam. Lompat kepada hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s