We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sunan Abu Dawud, Kitab Zakat, Hadis 1 July 11, 2015

Filed under: Abu Dawud - Zakat — visitor74 @ 2:57 am
Tags:

Abu Dawud – Kitab Zakat
Hadis 1:

رقم الحديث: 1558

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ الثَّقَفِيُّ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ لَمَّا تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَاسْتُخْلِفَ أَبُو بَكْرٍ بَعْدَهُ وَكَفَرَ مَنْ كَفَرَ مِنَ الْعَرَبِ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ لأَبِي بَكْرٍ كَيْفَ تُقَاتِلُ النَّاسَ وَقَدْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُولُوا لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ فَمَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ عَصَمَ مِنِّي مَالَهُ وَنَفْسَهُ إِلاَّ بِحَقِّهِ وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ وَاللَّهِ لأُقَاتِلَنَّ مَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الصَّلاَةِ وَالزَّكَاةِ فَإِنَّ الزَّكَاةَ حَقُّ الْمَالِ وَاللَّهِ لَوْ مَنَعُونِي عِقَالاً كَانُوا يُؤَدُّونَهُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَقَاتَلْتُهُمْ عَلَى مَنْعِهِ ‏.‏ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ فَوَاللَّهِ مَا هُوَ إِلاَّ أَنْ رَأَيْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ شَرَحَ صَدْرَ أَبِي بَكْرٍ لِلْقِتَالِ – قَالَ – فَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَقُّ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ قَالَ أَبُو عُبَيْدَةَ مَعْمَرُ بْنُ الْمُثَنَّى الْعِقَالُ صَدَقَةُ سَنَةٍ وَالْعِقَالاَنِ صَدَقَةُ سَنَتَيْنِ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَرَوَاهُ رَبَاحُ بْنُ زَيْدٍ وَعَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ بِإِسْنَادِهِ وَقَالَ بَعْضُهُمْ عِقَالاً ‏.‏ وَرَوَاهُ ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ قَالَ عَنَاقًا ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَقَالَ شُعَيْبُ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ وَمَعْمَرٌ وَالزُّبَيْدِيُّ عَنِ الزُّهْرِيِّ فِي هَذَا الْحَدِيثِ لَوْ مَنَعُونِي عَنَاقًا ‏.‏ وَرَوَى عَنْبَسَةُ عَنْ يُونُسَ عَنِ الزُّهْرِيِّ فِي هَذَا الْحَدِيثِ قَالَ عَنَاقًا ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami Qutaibah bin Sa’id Ats Tsaqafi, telah menceritakan kepada Kami Al Laits dari ‘Uqail dari Az Zuhri, telah mengabarkan kepadaku ‘Ubaidullah bin Abdullah bin ‘Utbah dari Abu Hurairah, ia berkata; tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meninggal dan Abu Bakr diangkat sebagai khalifah setelah baginda, dan telah kafir sebahagian orang Arab, Umar bin Al Khathab berkata kepada Abu Bakr; bagaimana engkau memerangi orang-orang tersebut, padahal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka mengucapkan; LAA ILAAHA ILLALLAAH. Barang siapa yang mengucapkan; LAA ILAAHA ILLALLAAH, maka dia telah melindungi dariku harta dan jiwanya, kecuali dengan hak, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah ‘azza wajalla.” Maka Abu Bakr berkata: sungguh aku akan memerangi orang yang membezakan antara salat dan zakat, sesungguhnya zakat adalah hak harta. Demi Allah, seandainya mereka menahanku satu ‘iqal yang dahulunya mereka tunaikan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, niscaya aku akan memerangi mereka kerana penolakannya. Kemudian Umar bin Al Khathab berkata; Demi Allah, sungguh aku melihat Allah ‘azza wajalla telah melapangkan dada Abu Bakr untuk memerangi orang-orang tersebut. Umar berkata; maka aku mengetahui bahawa ia adalah yang benar.

Abu Daud berkata; dan hadits tersebut diriwayatkan oleh Rabah bin Zaid, dan diriwayatkan oleh Abdurrazzaq dari Ma’mar dari Az Zuhri dengan sanadnya. Sebagian ulama mengatakan; ‘iqal, sedangkan Ibnu Wahb dari Yunus meriwayatkannya, ia mengatakan; anak kambing. Abu Daud berkata; Syu’aib bin Abu Hamzah serta Ma’mar dan Az Zubaidi dari Az Zuhri berkata; seandainya mereka menolakku satu ekor anak kambing, sedangkan ‘Anbasah telah meriwayatkan dari Yunus dari Az Zuhri dalam hadits ini, ia berkata; anak kambing. Telah menceritakan kepada Kami Ibnu As Sarh dan Sulaiman bin Daud mereka berkata; telah mengabarkan kepada Kami Ibnu Wahb, telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Az Zuhri hadits ini, ia berkata; Abu Bakr berkata; sesungguhnya haknya adalah menunaikan zakat. Dan ia menyebutkan; ‘iqal.

Syarah:
Zakat adalah rukun agama yang berkenaan harta. Kalau solat, berkenaan tubuh badan. Kalau puasa, berkenaan ibadat ‘menahan’ dari melakukan sesuatu. Kalau Haji pula, melibatkan tubuh dan harta sekali.

Zakat adalah amat penting sampaikan selalu disebut selepas solat dalam Quran.

Dari segi bahasa, perkataan ‘zakat’ itu bermaksud:
1. Subur, tumbuh
2. Bersih, suci.

Dan dalam hal agama, kedua-duanya memang ada. Apabila kita memberi zakat, ianya akan menyuburkan, bukan mengurangkan harta itu. Pertama, kita akan dapat pahala dan itu pun sudah satu kelebihan dan pertambahan kepada kita. Keduanya, harta itu akan bertambah kerana Allah berjanji untuk menyuburkan harta itu. Allah sebut dalam 2:276

يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ
Allah susutkan riba dan Ia pula mengembangkan sedekah-sedekah dan zakatnya.

Maksud kedua perkataan ‘zakat’ adalah ‘menyucikan’. Bermaksud perbuatan memberi zakat itu akan menyucikan kita dari dosa. Seperti firman Allah dalam Taubah :103

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Hukum zakat adalah wajib. Dan ini telah diketahui umum dan tidak perlu nak syarah panjang kepada muslim tentang kewajipannya. Maka, kalau juga ada yang menolak kewajibannya, orang itu telah jatuh kufur.

Ulamak membincangkan bilakah zakat diwajibkan kepada umat Islam. Kebanyakan ulamak mengatakan yang ianya diwajibkan di Madinah. Iaitu pada tahun kedua Hijrah sebelum puasa diwajibkan. Pun begitu, ada juga yang mengatakan ianya diwajibkan pada tahun ketujuh Hijrah dan ada juga yang berpendapat yang ianya diwajibkan sebelum Hijrah lagi kerana suruhan zakat telah disebut oleh mereka yang berhijrah ke Ethiophia lagi. Allahu a’lam.

Syarah hadis:

(tatkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam meninggal) تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صلى
Apabila Nabi wafat, jasad baginda tidak terus ditanam. Nabi wafat hari Isnin dan hanya pada hari Rabu jasad baginda ditanam. Ini menunjukkan bahawa sunnah adalah melewatkan pengebumian jasad pemimpin negara sehingga dilantik dengan sah pemimpin yang baru.

(Abu Bakr diangkat sebagai khalifah) وَاسْتُخْلِفَ أَبُو بَكْرٍ بَعْدَهُ
Penggunaan istilah untuk pemimpin negara Islam sepatutnya adalah ‘Khalifah’. Tapi ianya sesuai dipakai kalau negara itu sudah mengamalkan syariat Islam. Kalau belum lagi, mungkin tak payah kerana mungkin mengelirukan. Takut buruk imej Islam pula. Takut orang akan kata itulah agaknya ciri-ciri negara Islam, padahal syarat pakai nama Khalifah tidak dipenuhi lagi pun. Demokrasi tak cukup untuk melayakkan pemimpin negara menggunakan nama gelaran ‘Khalifah’. Sudah pasti yang demokrasi bukanlah sistem Islam, kerana dalam Islam, yang memilih pemimpin adalah yang layak sahaja. Bukan semua rakyat. Takkan semua rakyat layak melantik pemimpin negara sedangkan mereka bukanlah orang yang berilmu. Takkan nilai undi mereka sama dengan nilai undi seorang alim yang tahu apakah ciri-ciri seorang pemimpin negara.

 

(dan telah kafir sebahagian orang Arab) وَكَفَرَ مَنْ كَفَرَ مِنَ الْعَرَبِ

Ada 4 golongan bangsa Arab waktu itu yang dikatakan telah ‘kafir’.
1. Ada yang mengikut Musailamah al-Kazzab dan Aswad al Ajzi. Mereka berdua telah mengaku Nabi dan mereka mempunyai ramai pengikut. Kedua-dua mereka telah bangkit semasa hayat Nabi Muhammad sendiri dan Aswad mati zaman Nabi lagi. Tetapi Musailamah telah dibunuh semasa diserang oleh Saidina Abu Bakr.
2. Ada yang balik semula kepada agama asal.
3. Ada yang pada zahirnya tak murtad tapi mereka tak mahu beri zakat. Mereka menggunakan ayat Quran sebagai alasan untuk tidak membayar zakat. Seperti yang telah dibaca dalam Taubah :103, mereka yang membayar zakat akan didoakan oleh Nabi. Dan mereka yang tidak mahu membayar zakat, mengatakan yang Nabi sudah tidak ada untuk doa untuk mereka, maka mereka kata tidak perlu untuk beri zakat lagi kepada pemerintah. Yang mereka tidak mahu beri adalah kepada pemerintah negara. Tetapi mereka beri juga zakat di kalangan mereka.
Ada juga yang langsung tak mahu beri zakat.
4. Ada golongan yang tidak memihak kepada mana-mana pihak di dalam pertentangan itu, tetapi mereka hendak melihat siapa akan memang. Mereka tunggu dan lihat.

Dua puak yang pertama memang jelas kekafiran mereka dan jelas sekali boleh diperangi. Saidina Umar pun tak kisah kalau nak serang mereka. Yang beliau musykil adalah untuk menyerang mereka yang masih lagi mengucap syahadah. Itulah sebabnya beliau mempersoalkan tindakan Abu Bakr untuk menyerang mereka. Tapi Saidina Abu Bakr nampak mereka itu sebagai munafik. Mereka hendak menggulingkan kerajaan yang memerintah. Mereka juga hendak melemahkan perpaduan Islam. Dan dalam masa yang sama, tindakan mereka itu akan menguatkan musuh-musuh Islam. Oleh itu, mereka telah dikira sebagai pemberontak –ahlul baghyi.

Ini menunjukkan betapa bijaknya Abu Bakr sebagai ahli politik yang hebat. Akhirnya Saidina Umar nampak betapa betulnya Abu Bakr walaupun pada mulanya dia tak nampak.

Mereka yang murtad itu tidak mahu memberi zakat selepas Nabi wafat. Padahal zakat itu bukan untuk Nabi tapi untuk mereka yang berhak. Ianya disalurkan kepada para asnaf. Ianya adalah sebahagian dari syariat Islam, maka ianya disambung oleh pemerintah yang mengganti baginda.

Bolehkah kita kata golongan yang tidak mahu memberi zakat itu kafir? Adakah semua golongan itu kafir? Yang Abu Bakr serang itu adalah mereka yang durhaka kepada kerajaan. Dikatakan mereka kafir kerana banyak dari golongan yang empat itu yang kafir. Golongan yang jelas kafir adalah golongan pertama dan kedua. Yang ketiga itu tidaklah kufur sampai keluar agama tapi ‘kufur nikmat’ kerana hendak memecahbelah umat Islam. Atau perbuatan mereka boleh menyebabkan kufur. Dan amalan mereka itu adalah amalan orang kafir kerana hendak menggulingkan pemerintahan kerajaan Islam. Yang keempat itu pun ada masalah juga – sepatutnya mereka menyokong kerajaan Islam waktu itu dan bukannya tunggu dan lihat siapa yang akan menang.

Yang Saidina Umar khuatir itu adalah menyerang golongan ketiga itu. Tapi Saidina Abu Bakr dah faham bahawa mereka itu perlu diserang. Saidina Umar telah menyebut sabda Nabi Muhammad tentang keselamatan mereka yang telah mengucap syahadah. Pada beliau, tidak boleh menyerang mereka kerana mereka itu masih lagi umat Islam. Tapi, lihatlah sabda Nabi itu semula. Ada perkataan بِحَقِّهِ (dengan haq) iaitu boleh memerangi mereka kalau ada alasan yang haq. Mereka ditentang kerana hak Islam. Mereka telah mencabuli hak Islam. Maka, walaupun mereka itu orang Islam, tapi mereka boleh ditentang. Bukanlah kalau seseorang itu Islam sahaja, kita tak boleh bunuh mereka, tak boleh berperang dengan mereka. Sama juga kalau ada orang Islam yang membunuh orang lain, berzina dan sebagainya, mereka boleh dibunuh. Masih lagi dalam lingkungan hukum Islam. Maka mereka yang menentang kerajaan Islam, mereka boleh ditentang. Mereka adalah ahlul baghyi.

Dalam hadis ini, syahadah hanya disebut يَقُولُوا لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهِ sahaja. Mana Muhammadur Rasulullah? Tidak perlu ucapkah? Sebenarnya hadis ini adalah riwayat ringkas. Ada hadis lain riwayat Ibnu Umar, yang disebut ada syahadah yang penuh.

Abu Bakr kata: لأُقَاتِلَنَّ مَنْ فَرَّقَ بَيْنَ الصَّلاَةِ وَالزَّكَاةِ (sungguh aku akan memerangi orang yang membezakan antara salat dan zakat). Kerana kedua-duanya adalah hak dalam Islam – solat adalah hak badan dan zakat adalah hak harta.

Kenapa dalam hadis ini disebut عِقَالاً (tali unta) sedangkan yang kena bayar zakat adalah unta, bukan talinya. Itulah sebabnya ada yang mengatakan perkataan عِقَالاً ini bermaksud ‘anak unta’ – lihat hadis yang di bawah dari hadis utama. Kerana ada riwayat yang sebut bukan ‘tali unta’, tapi ‘anak unta’. Maksud Abu Bakr, kalau anak unta pun mereka tak mahu beri sebagai zakat, beliau akan serang mereka, apatah lagi kalau lebih lagi mereka tak mahu beri.

Ada juga yang dikatakan digunakan perkataan عِقَالاً kerana kalau diberikan zakat unta, diberikan sekali dengan talinya. Kalau tak, macam mana nak ikat unta itu?

Ada juga yang kata, ianya adalah ikatan antara unta-unta yang lebih dari satu. Tentulah kalau unta itu banyak, kena ikat sekali. Maknanya, bukanlah tali unta pun kena zakat pula. Tapi diberi isyarat kepada unta.
فَعَرَفْتُ أَنَّهُ الْحَقُّ (maka aku mengetahui bahawa ia adalah yang benar). Akhirnya Umar dan para sahabat yang lain pun setuju juga dengan keputusan Abu Bakr itu. Maka mereka telah memerangi golongan yang durhaka itu. Ambil masa setahun juga untuk menentang mereka.

Kesimpulan:

Abu Dawud membawa hadis ini sebagai dalil kewajiban dan kepentingan zakat. Kalau ianya tak penting, takkan Saidina Abu Bakr sampai nak perang mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat? Ianya adalah perkara fardhu dan salah satu dari Rukun Islam. Sebagai pemimpin negara, kena jaga rukun Islam.

Nota tambahan:

Zakat yang perlu diberi kepada kerajaan adalah dari harta yang boleh dikira dan dilihat. Kalau harta dalam rumah, boleh beri sendiri kepada sesiapa yang kita mahu. Ini bermaksud, ada pembahagian antara harta yang boleh dilihat orang ramai dan ada harta yang tidak dilihat orang ramai, sebab ianya dalam rumah. In sha Allah, akan diterangkan lagi di penulisan yang lain.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s