We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Waktu Solat: Sesi 49 Bab: Waktu shalat ‘Isya’ Jika Manusia Sudah Berkumpul Atau Belum Datang. October 4, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 6:23 pm

Bab waktu isyak

باب وَقْتِ الْعِشَاءِ إِذَا اجْتَمَعَ النَّاسُ أَوْ تَأَخَّرُوا

Bab: Waktu Salat ‘Isya’ Jika Manusia Sudah Berkumpul Atau Belum Datang.

Hafizh Ibnu Hajar mengatakan Imam Bukhari memasukkan tajuk ini kerana hendak menolak pendapat mereka yang mengatakan yang kalau solat Isya’ awal, dinamakan Isya’ dan kalau solat lambat, dinamakan Atamah. Dalam tajuk ini Imam Bukhari hendak menyatakan yang kalau solat Isya itu awal dinamakan Isya’ dan kalau solat itu lambat, dinamakan Isya’ juga. Hanya ada satu nama sahaja kerana nama Isya’ itu diberikan oleh Allah dalam Qur’an sendiri. Tidaklah kalau awal solat itu dinamakan Isya’ dan kalau lambat didambakan Atamah. Tidak.

Hafiz Aini pula tidak bersetuju dengan pendapat Hafizh Ibnu Hajar. Kata beliau, tujuan Imam Bukhari membawakan tajuk ini adalah untuk menceritakan waktu solat Isya’ yang mustahab. Iaitu waktu yang elok untuk dikerjakan solat Isya’. Waktu yang mustahab adalah waktu apabila manusia telah berkumpul. Kalau mudah untuk manusia berkumpul pada awal waktu, maka elok dijalankan solat Isya’ itu di awal waktu. Kalau umat boleh datang lewat, maka dijalankan lewat solat Isya’ itu.

Syeikh Zakariya pula mengatakan tujuan Imam Bukhari membuat tajuk ini adalah untuk membezakan antara solat Isya’ dan solat Subuh. Kalau waktu subuh, Nabi tidak tunggu orang ramai berkumpul, tapi kalau waktu Isyak akan tunggu jema’ah untuk sampai.

Begitulah hebatnya tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari berbagai-bagai maksud boleh dicapai.

532 ـ حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو ـ هُوَ ابْنُ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ ـ قَالَ سَأَلْنَا جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ صَلاَةِ النَّبِيِّ، صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كَانَ يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ، وَالْعَصْرَ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ، وَالْمَغْرِبَ إِذَا وَجَبَتْ، وَالْعِشَاءَ إِذَا كَثُرَ النَّاسُ عَجَّلَ، وَإِذَا قَلُّوا أَخَّرَ، وَالصُّبْحَ بِغَلَسٍ‏.‏

532. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Sa’d bin Ibrahim dari Muhammad bin ‘Amru -yaitu Ibnu Al Hasan bin ‘Ali- ia berkata, “Kami pernah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah tentang salatnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Ia lalu menjawab, “Beliau melaksanakan salat Zhuhur sebaik sahaja matahari tergelincir, salat ‘Ashar ketika matahari masih masih lagi cerah, salat Maghrib ketika matahari sudah tenggelam, sedangkan salat ‘Isya; jika orang-orang telah ramai, maka beliau segerakan, dan jika sedikit (belum berkumpul) maka beliau lewatkan. Dan waktu untuk salat Subuh pada waktu gholas (waktu masih gelap gelita selepas fajar sadiq).”

Isya’ adalah satu-satunya waktu solat yang disepakati boleh dilakukan lewat. Kalau dilakukan lewat, masih lagi dalam waktu mustahab. Kerana ianya bergantung kepada keadaan. Kerana pernah Nabi lakukan waktu lewat. Sampaikan elok kalau dilakukan lewat supaya manusia sempat berkumpul. Tak sama dengan waktu-waktu lain. Nabi sendiri suka untuk melewatkan waktu isya’. Cuma Nabi tidak mahu menyusahkan umat. Maknanya, Nabi suka kalau lewat dilakukan solat isya’. Tapi kalau lewat, nanti menyusahkan umat pula. Dalam keadaan negara kita sekarang, elok ditetapkan bilakah waktu solat Isya’ itu supaya senang jemaah nak tahu bilakah solat itu. Kalau tak tetap, kesian pula kepada jemaah yang tak tahu bilakah solat berjemaah akan dijalankan. Katakan kalau ada yang dah datang awal, tapi kena tunggu pula orang lain nak datang. Itu maknanya sudah menyusahkan orang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s