We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Waktu Solat: Sesi 46, 47 & 48 Bab Keterangan Tentang Isyak dan Atamah September 28, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 12:46 pm

Bab Waktu Solat Isyak

باب ذِكْرِ الْعِشَاءِ وَالْعَتَمَةِ وَمَنْ رَآهُ وَاسِعًاI

Bab 102 Bab Keterangan Tentang Isyak dan Atamah dan Orang Yang Berpendapat Kedua-dua Perkataan Ini Boleh Digunakan.

Dalam bab sebelum ini telah disebut bagaimana tidak boleh memanggil waktu Maghrib dengan nama ‘Isyak’. Kali ini disebut bahawa Isyak itu ada nama lain juga – iaitu Atamah. Ianya bukanlah waktu atau solat lain, tapi ianya adalah waktu Isyak juga. Iany adalah solat yang sama. Dua-dua boleh pakai.

Di negara ini sekarang, memang orang tidak tahu pun apa Atamah itu dan tidak dipakai pun. Tapi pada zaman Nabi, ianya selalu digunakan. Kerana nama Atamah itu dikenali dalam masyarakat mereka.

Waktu Atamah adalah waktu yang gelap setelah hilang cahaya di ufuk barat iaitu setelah habis cahaya syafaq. Waktu itu terkenal sebagai waktu orang Arab memerah susu unta. Itulah sebabnya ia dinamakan ‘waktu Atamah’. Jadi apabila Islam sampai, dan solat diadakan waktu itu, mereka mengaitkan solat isyak dengan waktu Atamah itu. Nama waktu Isya’ dalam Qur’an adalah ‘Isya’. Jadi itu adalah nama syarak yang telah diberikan. Tapi dalam masa yang sama, Nabi dan para sahabat ada juga menggunakan waktu Atamah untuk menerangkan waktu Isyak kerana masyarakat familiar dengan waktu itu.

Memang ada larangan Nabi untuk memanggil waktu Isyak dengan nama Atamah, tetapi larangan itu ulama mengatakan larangan yang ringan. Tidak sama dengan larangan memanggil waktu Maghrib dengan Isya’. Kerana walaupun Nabi ada larang gunakan nama Atamah, tapi ada juga Nabi gunakan nama itu. Tapi Nabi tak pernah panggil waktu magrib dengan nama Isya’. Oleh itu larangan Nabi untuk panggil Isya’ untuk waktu Maghrib larangan yang keras. Itulah cara cara untuk faham larangan nabi.

Waktu Isya’ boleh juga dipanggil dengan nama waktu Atamah kerana ianya tidak mengelirukan. Sedangkan kalau kita panggil waktu maghrib dengan nama Isya’, dia akan mengelirukan manusia kerana boleh keliru dengan waktu Isya’ itu sendiri.

Daripada hadis-hadis yang dibawa jelas menunjukkan bahawa nama Isya’ itu lebih banyak digunakan daripada nama Atamah.

Ini adalah sabahagian dari tajuk bab ini:

قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَثْقَلُ الصَّلاَةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ الْعِشَاءُ وَالْفَجْرُ ‏”‏‏.‏ وَقَالَ ‏”‏ لَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالْفَجْرِ ‏”‏‏.‏ قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ وَالاِخْتِيَارُ أَنْ يَقُولَ الْعِشَاءُ لِقَوْلِهِ تَعَالَى ‏{‏وَمِنْ بَعْدِ صَلاَةِ الْعِشَاءِ‏}‏‏.‏ وَيُذْكَرُ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كُنَّا نَتَنَاوَبُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم عِنْدَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ فَأَعْتَمَ بِهَا‏.‏ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَعَائِشَةُ أَعْتَمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِالْعِشَاءِ‏.‏ وَقَالَ بَعْضُهُمْ عَنْ عَائِشَةَ أَعْتَمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم بِالْعَتَمَةِ‏.‏ وَقَالَ جَابِرٌ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُصَلِّي الْعِشَاءَ‏.‏ وَقَالَ أَبُو بَرْزَةَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُؤَخِّرُ الْعِشَاءَ‏.‏ وَقَالَ أَنَسٌ أَخَّرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْعِشَاءَ الآخِرَةَ‏.‏ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو أَيُّوبَ وَابْنُ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهم ـ صَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ‏.‏

Abu Hurairah meriwayatkan sabda Nabi SAW: Solat yang paling berat kepada orang-orang munafik Ialah Ishak dan fajar. Sabda baginda: kalaulah mereka mengetahui pahala atau kelebihan pada solat Atamah dan fajar.
Abu Abdullah berkata: Yang terpilih adalah apabila seseorang Mengatakan Isya’ kerana firman Allah taala: ‏{‏وَمِنْ بَعْدِ صَلاَةِ الْعِشَاءِ‏}‏‏ – Diriwayatkan daripada Abi Musa, berkata beliau: Kami selalu bergilir-gilir pergi solat Isya’ bersama Nabi. Nabi mengerjakannya pada waktu Atamah.
Ibnu Abbas dan Aisyah berkata: Nabi SAW bersembayang Isya’ pada waktu Atamah.
Sesetengah ulama meriwayatkan daripada Aisyah, katanya: Nabi SAW bersembahyang Atamah pada waktu Atamah.
Kata Jabir: Nabi SAW sembahyang Isya’.
Kata Abi Barzakh: Nabi SAW selalu melewatkan Isya’.
Kata Anas: Nabi SAW melewatkan Isya’ yang kedua.
Ibn Umar, Ibn Ayyub dan Ibn Abbas pula berkata: Nabi SAW solat maghrib dan isyak.

Syarah hadis-hadis yang dibawakan dalam tajuk di atas:
Dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Nabi sendiri menggunakan perkataan Atamah untuk menyebut solat Isya’. Imam Bukhari bawa hadis yang muallaq. Imam Bukhari biasa buat macam ini apabila meletakkan hadis dalam tajuknya. Imam Bukhari sendiri ada memasukkan hadis ini dengan sanad yang lengkap dalam bab yang lain dalam Kitab ini. Jadi ini adalah satu hadis yang sahih sebenarnya. Jangan kita ingat kalau dia letak di bahagian tajuk saja sudah tidak sahih. Dia nak ringkaskan sahaja, sebab itu dia tidak masukkan sanad yang penuh.

Abu Abdullah yang dimaksudkan dalam kata-kata di atas adalah Imam Bukhari sendiri. Beliau hendak mengatakan bahawa kalau kedua-dua nama itu boleh digunakan mana satukah nama yang lebih molek? Imam Bukhari mengatakan bahawa nama Isyak itu adalah lebih mulia kerana ianya digunakan dalam Quran. Kerana itulah beliau membawakan ayat Qur’an yang menyebut tentang nama Isyak itu. Imam Bukhari mentarjihkan manakah nama yang lebih bagus digunakan.

“Kami selalu bergilir-gilir pergi solat Ishak bersama Nabi”. Maknanya bukan semua sahabat berjemaah pada satu masa dengan Nabi. Mereka bergilir-gilir juga rupanya. Kita kena faham bahawa sudah ada beberapa masjid pada masa Nabi lagi. Maka ada yang solat di masjid lain pada masa Nabi. Tapi mereka akan pergi juga untuk menghadiri majlis yang dihadiri oleh Nabi. Kerana Nabi akan mengajar selepas solat selalunya. Mereka kemudiannya akan bertukar-tukar ilmu yang mereka dapat daripada Nabi.

Memang ada yang berpendapat tidak boleh memanggil waktu Isya’ dengan nama Atamah, tapi Imam Bukhari tidak bersetuju dengan pendapat itu. Imam Bukhari sampai membawakan dalil bagaimana Nabi sendiri pun ada menggunakan nama Atamah untuk waktu isyak itu. Sahabat sendiri pun ada pakai nama Atamah itu.

Tetapi ada sahabat yang tidak suka menggunakan Atamah untuk waktu isyak seperti Ibnu Umar, sampaikan ada riwayat bagaimana dia akan marah kalau ada sesiapa yang memanggil waktu isyak dengan nama Atamah. Bila ditanya kepadanya siapakah yang mula-mula memanggil waktu Ishak dengan Atamah, dia menjawab ‘syaitan’. Tapi kalau begitu, kenapa Nabi pakai juga? Kita kena faham bahawa walaupun Nabi guna tidak semestinya Nabi berkenan. Nama itu digunakan juga kerana hendak memberi orang faham sebab digunakan perkataan Isya’, mungkin orang lain tak faham. Dan syaitan memang suka mengelirukan manusia. Kalau ada perkara yang dapat mengelirukan manusia dia akan gunakan walaupun sedikit sahaja orang keliru, dia akan puas.

Jadi, ada yang setuju dengan penggunaan nama Atamah dan ada yang tidak. Sebab itulah Imam Bukhari berhati-hati dalam tajuknya. Beliau tidak terus mengatakan penggunaan nama Atamah itu haram atau harus. Sebab itu beliau menggunakan perkataan ‘dan orang yang berpendapat kedua-dua perkataan ini boleh digunakan’. Kerana beliau tahu bahawa ada sahabat yang tidak setuju dengan penggunaan perkataan Atamah itu.

Tapi ada juga sahabat yang menganggap adalah harus untuk menggunakan nama Atamah itu, sebagai contohnya Abu Bakr. Begitulah juga pendapat imam Bukhari seperti yang dimasukkan di dalam tajuknya ini.

Tapi walaubagaimanapun penggunaan lama Isya’ itu adalah lebih baik daripada penggunaan nama Atamah. Ini adalah kerana:
1. Allah sendiri menggunakan nama Isya’ dalam Quran.
2. Nama Isya’ adalah nama syarak dan penggunaan Atamah adalah daripada penggunaan Arab Badui.
3. Walaupun memang ada Nabi dan sahabat menggunakan nama Atamah untuk waktu Isya’, itu tidaklah sebagai satu dalil untuk mengatakan ianya adalah molek. Ianya hanya digunakan untuk menjelaskan waktu Isya’ kepada mereka-mereka yang tidak biasa. Kita kena ingat bawa Atamah ini bukan diberikan namanya oleh Nabi tetapi baginda hanya menggunakan nama yang telah biasa digunakan oleh orang-orang lain.
4. Penggunaan nama Atamah juga ada kemungkinan adalah daripada tasarruf perawi, apabila mereka meriwayatkan hadis dengan riwayat bilmakna (menyampaikan makna hadis tanpa menggunakan lafaz yang digunakan oleh Nabi). Padahal yang sebenarnya Nabi menyebut Isya’.
5. Perkataan Isya’ lebih banyak digunakan di dalam Hadis berbanding penggunaan nama Atamah.
6 Penggunaan nama Atamah dalam hadis oleh Nabi tidaklah menunjukkan bahawa ianya lebih baik cuma hanya sebagai ‘harus’ sahaja. Ataupun ada yang tinggi, khilaful awla.
7. Penggunaan Atamah untuk waktu Isyak hanyalah sebagai sementara sahaja sementara manusia tahu apakah waktu Isya’ itu. Nabi sesuaikan penggunaan nama dengan keadaan semasa.
8. Ada juga Ulamak yang mengatakan penggunaan nama Atamah untuk waktu Ishak telah dimansuhkan dan sebab itulah tidak ada lagi penggunaan nama itu pada zaman sekarang. Mereka menggunakan dalil hadis sebelum ini yang Nabi melarang penggunaan nama Isyak untuk waktu magrib.

531 ـ حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ سَالِمٌ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ، قَالَ صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَيْلَةً صَلاَةَ الْعِشَاءِ ـ وَهْىَ الَّتِي يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ ـ ثُمَّ انْصَرَفَ فَأَقْبَلَ عَلَيْنَا فَقَالَ ‏”‏ أَرَأَيْتُمْ لَيْلَتَكُمْ هَذِهِ فَإِنَّ رَأْسَ مِائَةِ سَنَةٍ مِنْهَا لاَ يَبْقَى مِمَّنْ هُوَ عَلَى ظَهْرِ الأَرْضِ أَحَدٌ ‏”‏‏.‏

531. Telah meriwayatkan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Yunus dari Az Zuhri, Salim berkata, ‘Abdullah mengabarkan kepadaku, ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memimpin kami melaksanakan salat ‘Isya pada satu malam yang orang-orang menyebutnya dengan sebutan ‘Atamah’. Selesai salat, baginda berpaling dan menghadap ke arah kami seraya berkata: “Ingat baik-baik malam ini. Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang hidup di atas bumi pada malam ini akan terus hidup selama seratus tahun (bermula malam ini).”

Salim dalam salah ini adalah anak kepada Ibnu Umar. Dia merupakan salah seorang anaknya yang alim.

Nabi telah mengimami solat dengan sahabat pada malam itu. Tapi lafaznya mungkin mengelirukan. Perkataan yang digunakan adalah: صَلَّى لَنَا. Kalau daripada lafaznya seperti ia bermaksud Nabi telah sembahyang ‘untuk’ kami. Tapi bukanlah itu maksudnya. Kerana tidak sesuai maksud itu. Tidak ada orang solat ‘untuk’ orang lain. Tidak juga ia bermaksud Nabi solat ‘kerana’ kami. Kerana solat yang dilakukan adalah kerana Allah, bukan kerana sesiapa.

Kejadian itu berlaku pada satu malam tapi malam apakah itu? Ada dalam riwayat lain dalam kitab lain yang mengatakan malam itu adalah malam akhir hayat Nabi. Dalam Sahih Muslim pula ada mengatakan bahawa malam ini berlaku sebulan sebelum kewafatan baginda.

Perawi mengatakan bahawa Nabi mengimami solat Ishak tapi dalam masa yang sama menyatakan bahawa solat itu juga dikenali sebagai Atamah oleh orang-orang lain.

Perkataan ثُمَّ انْصَرَفَ bermaksud lama waktu yang diambil dalam solat itu. Nabi mungkin baca ayat yang panjang-panjang. Tapi apabila habis solat sahaja, perkataan فَأَقْبَلَ digunakan. Bermaksud Nabi terus mengadap para sahabat. Sebab itu ف digunakan. ثُمَّ bermaksud masa yang lama. Ini menunjukkan selepas solat Nabi tidak duduk bersama sahabat dan wirid lama-lama seperti dilakukan oleh masyarakat kita.

Nabi menarik perhatian sahabat kepada malam itu. Itulah kita faham daripada perkataan أَرَأَيْتُمْ itu. Pada asalnya dari segi lafaz, ia bermakna ‘adakah engkau nampak’? Selepas nampak itu kenalah ingat baik-baik malam itu. Ini adalah kaedah bahasa Arab yang boleh difahami oleh mereka-mereka yang belajar ilmu saraf.

Hadis ini adalah satu dalil untuk menolak hujah manusia yang mengatakan bahwa Nabi Khidr masih hidup lagi. Mereka yang kata begitu tidak dapat membawakan hujah yang sahih dan kata mereka itu berlawanan dengan hadis sahih ini.

Maksud nabi dalam hadis ini adalah generasi sahabat tidak akan hidup selama lebih daripada 100 tahun bermula dari malam itu. Ini adalah tafsiran Ibnu Umar tentang hadis ini. Maka tentulah tafsiran beliau itu lebih baik daripada tafsiran orang-orang lain. Kerana beliau adalah salah seorang sahabat besar.

Dan kalau dibuat kajian tentang kehidupan para Sahabat memang benar tidak ada yang hidup lebih dari 100 tahun. Nabi menjemput perkara ini pada tahun 10 hijrah. Dan sahabat yang terakhir wafat adalah pada tahun 110 Hijrah. Betul-betul 100 tahun daripada malam itu.

Menurut Ibn Battal – salah seorang pensyarah Sahih Bukhari, Nabi Muhammad hendak mengingatkan para sahabat bahawa kehidupan mereka tidaklah panjang seperti kehidupan umat-umat yang dahulu. Oleh itu mereka hendaklah beribadat bersungguh-sungguh kepada Allah dalam waktu yang singkat itu. Jangan sia-siakan masa kehidupan yang singkat itu.

Yang Nabi maksudkan adalah orang-orang yang ada hidup pada malam itu. Tidak kira berapa umurnya pada malam itu. Kalau ada yang mula lahir selepas malam itu, ada kemungkinan mereka boleh hidup lebih daripada 100 tahun. Tapi mereka itu bukanlah golongan sahabat, kerana mereka hidup selepas kewafatan Nabi.

Imam Nawawi menambah bahawa yang dimaksudkan adalah mereka yang hidup ‘dibumi’ waktu itu. Jadi kalau begitu, ia tidaklah termasuk manusia seperti Nabi Isa yang hidup di langit.

Tapi kepada mereka yang mengatakan Nabi Khidr masih hidup lagi sampai sekarang, mereka mengatakan bahawa Nabi Khidr itu tidak hidup di darat tapi hidup di tempat lain. Tapi adakah hujah mereka itu kuat? Hujah mereka itu amat rapuh sekali. Kerana mereka tidak boleh lawan hadis ini, maka mereka kena takwil hadis ini.

Ramalan Nabi itu adalah tepat dan ianya adalah salah satu daripada mukjizat baginda. Iaitu ianya telah diberitahu oleh Allah. Nabi bukan reka sendiri maklumat itu.

Macam-macam fahaman sesat dan khurafat yang timbul dari kisah Nabi Khidr ini. Mereka ada yang kata Nabi Khidr turun pada malam Lailatulqadar. Mereka ada yang kata dia mengajar macam-macam ilmu. Soalnya, kalau betul dia ada mengajar, kenapa tak pergi mengajar seluruh umat Islam ini? Kerana nak kena sorok-sorok dan ajar orang-orang tertentu sahaja? Ada pula yang kata kalau ada orang sesat dalam hutan, dia lah yang menyelamatkan mereka. Tapi kenapakah beliau kena duduk dan hanya tolong orang di hutan sahaja kalau dia seorang yang penting dan berilmu tinggi?

Ada banyak khilaf tentang cerita Nabi Khidr ini. Ada yang kata dia salah seorang anak Nabi Adam sendiri. Kalau begitu entah berapa dah umur Nabi Khidr itu. Ada pula yang kata dia hidup selepas zaman Nabi Noh. Ada yang kata dia hidup pada zaman Nabi Musa dan ini adalah yang paling sahih. Ini berdasarkan daripada hadis-hadis dan juga daripada ayat quran surat Al-Kahfi.

Tapi, kalau dia hidup pada zaman mana pun, kalau betul dia seorang manusia, tentunya dia tertakluk kepada hukum alam iaitu dia akan mati setelah sekian lama. Jadi kalau ada yang kata beliau hidup sampai sekarang maka mereka perlu membawakan dalil yang sah. Kita sebagai orang Islam tidak boleh berdasarkan kepada kisah-kisah dongeng dan dalil yang tidak sahih. Kalau kita senang-senang boleh pakai kata tanpa dalil, maka akan rosak agama Islam ini. Dah jadi agama Hindu dah yang boleh kata macam-macam perkara ghaib dan penganut Hindu terima sahaja tanpa usul periksa lagi.

Khilaf yang kedua ialah tentang namanya yang sebenar. ‘Khidr’ bukanlah namanya yang sebenar. Ada yang kata namanya adalah Balya Ibn Makan. Allahu a’lam.

Khilaf yang ketiga adalah tentang status beliau. Kerana ada yang berhujah bahawa dia bukanlah manusia tetapi malaikat. Kerana dalam kisah yang disebut dalam surah Kahf, kita selalu dengar beliau telah membunuh seorang budak dan melakukan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh manusia dari hukum syarak. Oleh itu, ada yang berhujah bahawa kalau beliau buat perkara-perkara itu tidak salah kalau beliau seorang malaikat.

Tapi ada juga dari kalangan tarikat yang mengatakan yang beliau adalah wali. Tapi itu masuk akal kerana Nabi Musa telah belajar dengan beliau dan tak akan seorang Nabi perlu berguru kepada seorang wali pula. Kerana kedudukan Nabi lebih mulia dan berilmu dari seorang manusia.

Oleh itu, pendapat yang paling kuat adalah beliau adalah seorang Nabi kerana beliau menerima wahyu terus daripada Allah.

Khilaf yang terbesar adalah samada Nabi Khidr masih hidup lagi atau tidak. Ini berkait terus dengan hadis yang kita sedang bincangkan. Kepada mereka yang mengatakan Nabi Khidr hidup lagi, mereka terpaksa mentakwil hadis ini. Mereka akan kata bahawa hadis ini adalah tentang manusia yang hidup di atas bumi. Dan Nabi Khidr tidak hidup di atas bumi/tanah, tapi hidup dalam laut. Tapi tidakkah duduk di dalam laut pun dikira duduk di muka bumi juga? Dan dari manakah dalil yang mengatakan Nabi Khidr itu hidup dalam laut?

Mereka juga mengatakan bahawa hadis ini adalah berbentuk umum. Tidak melibatkan semua makhluk seperti malaikat, jin, Nabi Khidr dan sebagainya. Memang kita terima bahawa hadis ini tidak melibatkan jin dan juga malaikat tapi bukankah Nabi Khidr itu adalah juga manusia?

Adakah dalil yang mengatakan bahawa Nabi Khidr itu lain daripada manusia lain? Memang kita terima bahawa hadis ini tidak melibatkan jin, iblis dan malaikat. Tapi apakah dalil yang mengatakan Nabi Khidr juga tidak termasuk dalam lingkungan hadis ini?

Hujah kita dikuatkan lagi kerana ada hadis lain yang menyebut ‘tidak ada manusia yang bernyawa’. Maknanya, ianya lebih menjelaskan bahawa ia merujuk kepada semua manusia. Iaitu semua manusia yang hidup, tidak kira di mana mereka berada.

Mereka juga ada mengatakan maksud ‘muka bumi’ yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah ‘tanah Arab’ sahaja iaitu tempat tinggal Nabi Muhammad. Mereka kata, mungkin Nabi Khidr pada malam itu berada dimuka bumi yang lain. Tapi kenapa nak kecualikan Nabi Khidr sahaja? Bukankah Nabi Muhammad itu Nabi kepada seluruh alam? Dan kalau pun ia tidak melibatkan tempat selain Tanah Arab, tentu bukan Nabi Khidr sahaja yang duduk di sana. Adakah disebut orang lain lagi yang dapat hidup lebih dari 100 tahun dari malam itu?

Mereka juga berhujah bahawa sudah ramai alim ulama dan orang-orang soleh yang telah berjumpa dengan Nabi Khidr. Takkan mereka itu hendak berbohong yang mereka telah berjumpa dengan Nabi Khidir? Ini bukanlah satu dalil yang kukuh untuk menolak hadis Nabi ini. Kita sebagai orang Islam, kena memegang dalil yang sahih. Iaitu dari Quran dan hadis. Bukan senang nak terima kata-kata manusia yang entah siapa mereka berjumpa. Kalau yang mereka jumpa itu adalah syaitan, bagaimana? Adakah kepastian yang dapat disahihkan yang mereka jumpa itu adalah Nabi Khidr?

Memang ada hadis yang dijadikan hujjah oleh mereka yang mengatakan tentang Nabi Khidr. Tapi hadis-hadis yang dibawa adalah dhaif. Banyak sangat masalah dengan hadis mereka. Tidak boleh dijadikan hujah. Kalau kita hendak pakai hadis, kenalah pastikan yang hadis itu adalah hadis yang sahih.

Memang ramai masyarakat kita yang ada fahaman salah tentang Nabi Khidr ini. Terlebih sekali adalah golongan sufi dan tarekat. Mereka memang senang ditipu kerana mereka tidak ada ilmu. Mereka hanya ikut-ikut sahaja.

Apakah hujah yang dipegang oleh mereka yang mengatakan Nabi Khidr telah wafat?

Anbiya:34

وَمَا جَعَلْنَا لِبَشَرٍ مِّن قَبْلِكَ الْخُلْدَ أَفَإِن مِّتَّ فَهُمُ الْخَالِدُونَ

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusiapun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?

Ayat ini jelas mengatakan tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang akan Hidup Kekal abadi. Tapi bagi mereka yang mengatakan Ya Nabi Khidir Masih idup lagi mereka kata mereka tidak lah cakap lain habis kredit itu akan hidup kekal cumuu umurnya Panjang sahaja. Cuma persoalannya Gelak tentang hidup ini yang panjang itu pun sudah menjadi satu perkara yang pelik kerana kalau Benar beliau umur panjang itu pun kena di bawakan dalil. Yang sebetulnya mica memang tidak ada dalil. Bayangkan kalau beliau boleh datang semasa Nabi wafat kenapa beliau tidak datang semasa nabi hidup lagi. Tidak boleh begitu. Kalau tidak ada dan maka kita kena pulang kepada hukum asal iaitu manusio umurnya sama sahaja dengan manusia lain.

Ali Imran:81

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ وَأَخَذْتُمْ عَلَىٰ ذَٰلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُوا وَأَنَا مَعَكُم مِّنَ الشَّاهِدِينَ

Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: “Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah kemudian datang kepadamu seorang rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, Hendaklah kamu sungguh-sungguh beriman kepadanya dan Benda alah kamu bersunguh-sungguh menolongnya”. Allah berfirman: “Apakah kamu mengakui dan menerima perjanjian-Ku terhadap yang demikian itu?” Mereka menjawab: “Kami mengakui”. Allah berfirman: “Kalau begitu saksikanlah (hai para nabi) dan Aku menjadi saksi (pula) bersama kamu”.

Hujah yang kukuh dan kebanyakan kita terima adalah Nabi Khidr itu adalah seorang Nabi. Kalau seorang Nabi, dan masih hidup lagi, kenalah Nabi Khidr datang tolong Nabi. Tapi tidak ada dalam mana-mana hadis yang mengatakan Nabi Khidr datang. Takkan baginda memungkiri janji pula? Ini tidak boleh diterima. Dan ini adalah ayat Quran yang amat kuat sebagai dalil. Bagaimana lagi mereka hendak mentakwil ayat ini lagi?

Ramai para ulama Muhaqqiqin seperti Imam Bukhari, Ibn Taimiyyah, Ibn Hajar dan lain-lain berpendapat Nabi Khidr telah pun mati. Ulama Muhaqqiqin adalah mereka yang apabila menyampaikan sesuatu pendapat, akan membawakan dalil dari Quran dan Sunnah. Mereka telah melakukan kajian mendalam. Tidaklah mereka muhaqqaq dalam semua perkara. Oleh itu, ada juga tokoh hadis yang berpendapat Nabi Khidr masih hidup. Tapi hujah yang lebih kuat adalah Nabi Khidr telah mati. Baginda hidup di zaman Nabi Musa dan baginda telah lama wafat.

Ada yang berlembut dalam perkara ini dan mengatakan ini bukanlah masalah besar. Mungkin mereka tidak mahu berbalah dengan mereka yang berbeza pendapat. Tapi kita melihat perkara ini amat penting. Kerana dari kerana salah faham tentang Nabi Khidr ini, ramai sangat yang jatuh sesat. Ada yang kata mereka jumpa Nabi Khidr, dapat doa dari baginda, dapat peluk, dapat tarekat, dapat itu dan ini. Maka mereka menggunakan dakwaan mereka itu dan manusia percaya kepada mereka. Maka manusia ramai yang mengamalkan perkara yang syirik, salah ataupun sekurang-kurangnya tidak ada dalam ajaran Nabi. Dan banyak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dari kisah Nabi Khidr ini untuk menipu manusia. Maka kita kena ambil berat tentang perkara ini. Tambahan pula ini ada isu akidah. Melibatkan kepercayaan manusia.

Kalau benar Nabi Khidr itu ada, kenapa baginda sekarang ghaib dan hanya nyata sekali-sekala sahaja? Dan kenapa hanya bertemu dengan orang tertentu sahaja? Kalau dia memang benda ada lagi dan banyak ilmu dia ada, kenapa tak diberikan kepada semua orang? Kenapa perlu disimpan-simpan ilmu itu? Bukankah semua umat manusia memerlukan ilmu yang baik?

Kita tidak nafikan ada juga ulama besar yang berpandangan yang Nabi Khidr masih hidup lagi. Antara ulama yang menerima bahawa Nabi Khidr masih hidup adalah Ibn Solah dan anak muridnya Imam Nawawi. Walaupun mereka berdua adalah ulama yang besar tetapi tidak semestinya mereka tahu dalam semua perkara. Imam Nawawi menyatakan bahawa ramai yang telah berjumpa dan belajar dengan Nabi Khidir itu. Tapi itu bukanlah dalil yang boleh digunakan. Walau ramai yang mengatakan perkara yang sama tapi tidaklah boleh melawan Quran dan hadis Nabi. Kata-kata manusia bukanlah dalil yang boleh dipertanggungjawabkan.

Ibn Solah dan Imam Nawawi menyatakan bahawa ‘jumhur ulama’ telah sepakat menyatakan bahawa Nabi Khidir masih hidup lagi. Tapi siapakah ‘jumhur ulama’ yang dimaksudkan? Tidak disebut. Padahal amat banyak ulama yang menyatakan bahawa Nabi Khidr telah wafat. Kalau nak kata ‘jumhur’ ulama itu adalah ulama sufi, itu memang benar. Kerana yang banyak pakai Nabi Khidir ini adalah mereka. Ibn Solah juga menyatakan bahawa pendapat yang menyatakan bahawa Nabi Khidr telah mati adalah
pendapat yang syaz (ganjil). Ini adalah tidak benar. Pendapat yang syaz adalah pendapat seorang dua ulama sahaja. Padahal amat banyak sekali ulama yang berpendapat demikian. Jadi tidaklah sesuai kalau dikatakan pendapat yang mengatakan Nabi Khidr dah wafat adalah pendapat yang ‘ganjil’.

Itulah sebabnya kita kena pandai memilih pandangan mana yang hendak diambil. Ulama itu bukan maksum. Selalunya ini terjadi kerana mereka bersangka baik dengan pendapat-pendapat orang lain. Tapi kita tidak boleh sentiasa macam tu. Kalau pendapat itu salah, kita kena cakap.

Kalau benar ada mereka berjumpa Nabi Khidir, itu bukanlah di alam yang nyata. Kita boleh andaikan mereka telah bertemu dalam alam mithal. Sebagaimana Nabi Muhammad telah bertemu dengan Nabi-Nabi yang terdahulu semasa baginda isra mi’raj. Itu bukanlah bermakna nabi-nabi itu masih hidup lagi tetapi itu adalah Alam roh. Tapi ini pun bahaya juga kerana ramai yang mengaku dan mengambil kesempatan dari perkara ini. Kerana ramai yang mendakwa mereka telah bertemu dengan berbagai jenis orang supaya manusia yang jahil percaya kepada mereka.

Kita hendaklah menerima hukum adat bahawa manusia akan mati mengikut umurnya yang biasa. Semua manusia akan mati dan mereka tidak panjang umur melainkan umur yang biasa sahaja. Agama Islam mengajar kita untuk menggunakan akal dan bukan untuk menerima sesuatu perkara dengan buta tuli sahaja. Agama Islam tidak bercanggah dengan hukum akal. Agama Islam juga tidak sama dengan agama lain. Kalau penganut yang percaya tanpa periksa dan berlawanan dengan akal itu adalah agama Hindu contohnya. Islam tidak begitu.

Ulama hadis sepakat mengatakan bahawa hadis-hadis yang mengatakan tentang Nabi Khidr masih hidup itu lagi adalah tidak sahih. Masalahnya, kerana masyarakat Islam kita tidak belajar ilmu hadis, apabila diberitahu sahaja ada hadis, mereka terus percaya.

Sebenarnya hujah Nabi Khidr itu masih hidup adalah hujah daripada Syiah kerana mereka hendak menjadikan dia sebagai dalil bahawa Imam Mahdi mereka masih hidup lagi. Mereka memang terasa untuk memaksa kan terletaknya mereka dalam kita kita kita Pakai ramai daripada kalangan kita yang tertipu dengan mereka. Salah satu yang mudah mereka masuk adalah dalam ajaran tasawuf.

Mereka pasang perangkap dahulu. Ada mesin repair ada konsert lima 12. Semenjak umurnya tujuh tahun di mamak ada itu dikatakan telah masuk ke dalam lubang dan sekarang umurnya telah 1000 lebih tahun. Mama adik begitupula semenjak dari dulu lagi sedang memerintah alam ini daripada Alam. Jadi konsep yang sama digunakan dalam kisah Naratifnya dia. Nanti kalau kita katakan imam Mahadi itu tidak masuk akal umurnya 1000 tahun mereka akan pulangkan dengan berkata bahawa apa yang hendak dihairankan kerana nabi sendiri di sendiri sudah berumur lebih dari 3000. Makan kita akan Tergamam tidak tahu hendak menjawab bagaimana. Itulah perangkap mereka dalam fikiran kita.

Hujah dari sudut petang pula

Ada yang kata nabi adam itu adalah anak Nabi Adam itu tidak masuk akal kerana itu bermaksud dan DVD-R berumur lebih dari 6000 tahun

Ada pulak yang kata nabi feeder itu adalah menteri selain Qarnain. Kalo begitu umurnya waktu itu sudah lebih dari 2000 tahun. Alah Sedangkan bila umur nabi Nuh hampir 1000 tahun pun awak sudah berikan dalilnya di dalam Quran. Sedangkan Panjang umur dah beridiri ini langsung tidak disebut di dalam mana-mana rakan sejarah yang boleh dipercayai. Melainkan hanya kisah kisah dongeng sahaja.

Kalo benar nabi Firdary itu adalah anak nabi adam tentu beliau hidup sebelum Nabi Nuh lagi Maka tentunya beliau antara orang yang sepatutnya berada dalam bahtera Nabi Nuh. Tapi tidak pernah disebut di mana-mana tempat bahawa beliau berada dalam bahtera hidup.

Ulama Tasik mengatakan bahawa mereka mereka yang bersama dengan Nabi Nuh di dalam bahtera itu semuanya mati belaka selepas surutnya banjir itu. Kotoran kereta sekarang semuanya berasal daripada keturunan Nabi Nuh a.s. Itu lah tak siap dari ayah Saffat:77

وَجَعَلْنَا ذُرِّيَّتَهُ هُمُ الْبَاقِينَ

Dan Kami jadikan anak cucunya orang-orang yang melanjutkan keturunan.

Itulah sebabnya nabi Nuh dikatakan sebagai Adam yang kedua kerana semua kotoran kereta ala berasal daripada keturunannya. Daripada ayat ini bermaksud bahawa keturunan manusia semuanya bersambung kepada keturunan Nabi Nuh. Lalu bagaimana kalo ada yang kata nabi Fadir hidup sebelum Nabi Nuh lagi Dan meneruskan hidup selepas nabi Nuh a.s. Maknanya kalau lebih ke dia hidup sebelum Nabi Nuh makan berdasarkan ayat ini telah mati sebelum kejadian banjir itu.

K tidak di sebut tentang panjang umur nabi khidir ini dalam Quran kalau benar-benar ia nya berlaku. Sepatutnya ia disebut kerana ia menunjukkan salah satu daripada kehebatan Allah Taala. Sedangkan umur nabi Nurhaliza salam dah hampir 1000 tahun itu sahaja pun telah disebut dalam quran. Sebab itula ada ulama yang mengatakan tidak ada sesiapa menyebarkan tentang panjang umur dan defendan ini melaikan syaitan sahaja. Kerana kalorinya daripada Allah pun tak ada disebut dalam Qur’an dan kalau ada daripada Nabi tentu disebut di dalam hadis.

6. Kalau kita mengatakan sesuatu perkara dari agama dan dia Bukan daripada bawah hidangan makan itu adalah mengambil kerja rumah dan tidur adalah perkara yang haram.

7. Pegangan mereka mereka yang mengatakan hadiah Hadir itu masih hidup lagi adalah hanya daripada ada habis untuk mental pada kisah kisah dongeng karangan manusia sahaja. Dalam kisah itu mengatakan ada yang telah bertemu dan kerja tapi bagaimana mereka tahu yang itu adalah nabi Kadir? Kalau benar yang berjumpa itu mengaku janji Allah dan defendan bagaimanakah kita boleh mempercayainya? Mudah mempercayai dakwaan dakwaan yang diberikan daripada orang yang tidak tentu bukan lah satu perkara yang sihat.

8. Pengalaman mereka mereka yang dikatakan telah bertemu dengan Nabi Adam itu Tidak sama antara satu sama lain. Ada yang kata beliau muda dan ada yang kata beliau Tu tu pun. Ada yang kata rupa dia begini dan adakah teruk punya bagi itu. Lalu manakah ciri-ciri beliau yang itu betul?

9. Kenapa nabi adam tidak kelas tak ada kepada manusia biasa? Kenapa perlu dia kaib daripada orang lain? Sedangkan dalam hadis yang menceritakan tentang nya bilik anda seorang yang boleh dilihat. Sekurang-kurangnya semasa beliau dan Nabi Musa.hendak menaiki perahu. Kerana dalam hadis ada diceritakan bagaimana semasa baginda hendak menaiki perahu itu orang-orang Dikosan Sekitar untuk mengenali nabi Khidr. Makna nya nabi Fadir boleh dilihat oleh manusia dan sejak Bilakah pula beliau sudah tidak boleh dilihat? Apa faedah org tidak boleh melihat baginda?

10. Dalam kes sayang sayang tentang Nabi Adam dan Nabi Musa Nabi Fadir telah meninggalkan Nabi Musa. Baginda tidak keberatan meninggalkan Nabi Musa iaitu seorang Rosulullah. Kalau dengan Nabi Musa itupun baginda tinggalkan kenapa pula Fadir itu berdamping dengan manusia biasa? Adakah mereka itu lebih hebat dari Nabi Musa?

11. Sesiapa yang mengaku sebagai Nabi Khidr dan Mengatakan dia mendengar sesuatu daripada Nabi itu bukanlah hujah dalam agama. Tidak perlu dihiraukan. Kerana pada hakikatnya Nabi Khidr tidak pernah bertemu dengan Rasulullah.

12. Haiadalah lebih besar daripada manusia sekarang. Kita dapat tahu daripada peninggalan rumah rumah dan tinggalan-tinggalan. Mereka yang berjumpa dengan aktiviti tidak boleh mengatakan ialah berita berbadan besar. Dah mereka menganjurkan badan Davanagere itu berbeza*.

13. Kalau benar tradisi tertentu ada sepatut nya baginda melakukan tugas-tugas agama. Bukannya duduk jauh kat hutan dan di laut laut seperti tidak tentu arah. Sepatutnya kilat yang kena Genting hormat.

Lompat ke hadis yang seterusnya

========================

Soalan: berapa rakaat kah solat terawih yang sebenarnya?
Jawapan: tidak pasti dari Nabi. Imam mazhab yang empat menerima 20 rakaat kecuali Imam Malik yang mengatakan bahawa ianya 36 rakaat. Ini berdasarkan dari perbuatan para sahabat. Tentunya mereka tahu apa yang dilakukan oleh Nabi. Maka kita menerima dari perbuatan sahabat. Kerana dalil sahih dari kata Nabi sendiri tentang berapakah rakaat solat terawih itu tidak ada yang sahih.

Soalan: apakah status Syiah zaidiyyah. Amalan mereka lebih kurang sama dengan amalan masyarakat kita. Mereka juga melakukan kenduki arwah, baca tahlil dan sebagainya.

Jawapan: kalau dulu memang diterima mereka ini paling dekat dengan ahli Sunnah wal jamaah. Iaitu waktu itu mereka masih Islam lagi, tapi ahli bidaah. Tapi sekarang sudah diresapi dengan fahaman Syiah Rafhidah.
Bukan mereka sahaja macam tu. Kita pun kalau buat macam mereka pun boleh jadi macam mereka. Jadi untuk tidak keliru, tolak Syiah semuanya. Syiah yang lagi ok adalah Syiah Tafziliyyah. Tapi mereka tidak ada dalam kumpulan. Tapi sama juga, tolak semua sekali.

 

One Response to “Sahih Bukhari: Kitab Waktu Solat: Sesi 46, 47 & 48 Bab Keterangan Tentang Isyak dan Atamah”

  1. SO Says:

    Ulasan yg baik dan jelas. Penyampaian dlm bentuk penulisan yg senang difahami.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s