We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Waktu Solat: Sesi 45 Bab 101 Bab Orang Yang Tidak Suka Maghrib Dipanggil Isyak September 23, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 1:35 am

Bab Orang Yang Tidak Suka Maghrib Dipanggil Isyak

باب مَنْ كَرِهَ أَنْ يُقَالَ لِلْمَغْرِبِ الْعِشَاءُ

Perbincangan tajuk:
1. Siapakah ‘orang’ yang tidak suka itu?
2. Apakah maksud ‘tidak suka’ itu? Adakah menganggapnya sebagai makruh, atau menganggapnya sebagai haram?

‘Orang’ yang dimaksudkan dalam tajuk itu adalah Nabi Muhammad sendiri. Konklusi ini dicapai dengan melihat pada hadis dibawah. Nabi kata ‘jangan’ di dalam hadis itu. Dari itu, soalan tentang ‘siapa’kah yang dimaksud telah terjawap sudah.
Tapi, timbul pula persoalan lain pula: Adakah Nabi sahaja yang tidak suka? Ini kita akan bincangkan lagi.

Nabi tak suka kerana penggunaan Isyak digunakan untuk waktu Maghrib kerana ianya boleh menyebabkan kekeliruan dikalangan manusia. Sekarang memang tiada digunakan nama begitu dah. Sekarang semua panggil waktu Maghrib dengan nama ‘Maghrib’. Tapi dulu ada juga nama Isyak untuk merujuk kepada waktu Maghrib pada zaman Nabi. Sekarang sudah tidak dipanggil begitu kerana Nabi tak suka lah. Maknanya, masalah itu telah selesai dah.

Penggunaan itu tidak disukai Nabi kerana takut orang keliru bilakah masuk waktu Maghrib, kerana takut nanti mereka ingat masuk waktu Maghrib pada waktu Isyak pula. Takut nanti orang akan solat lambat. Celaru lah agama nanti. Nabi jaga sangat tentang waktu solat. Takut sangat baginda kalau ada yang tersilap. Alhamdulillah kita sekarang jelas hasil dari didikan Nabi itu. Kita kena ingat, kalau bab ibadat Nabi memang akan perincikan sampai jelas. Kalau dalam hal dunia, tidak diperincikan sangat. Kerana hal ibadah, baginda sahaja tahu. Maka baginda kena sampaikan dengan detail. Kalau bab muamalah, bab masyarakat dan sebagainya, masih lagi boleh difikirkan oleh manusia. Jadi, Nabi cuma memberikan panduan dalam bentuk yang umum sahaja selalunya. Oleh itu, bukanlah ianya tidak penting. Cuma boleh dapat maklumat dari tempat lain.

Waktu itu, orang Badwi yang panggil Maghrib dengan nama Isyak. Waktu Isyak pula mereka panggil ‘Atamah’. Nama ‘Atamah’ ini nanti akan dibincangkan dalam bab waktu solat Isyak. Kalau pakai nama Atamah, ianya longgar sedikit kerana Nabi ada juga pakai nama Atamah untuk menyebut waktu Isyak. Tapi tidak pernah Nabi guna Isyak untuk waktu Maghrib. Dari sini, kita sepatutnya sudah dapat pemahaman yang lebih jelas sedikit bagaimana kedudukan nama Isyak untuk waktu Maghrib ini.

Larangan Nabi itu boleh dianggap kuat kerana digunakan perkataan لاَ تَغْلِبَنَّكُمُ. Tapi Imam Bukhari tidak menggunakan lafaz jazam dalam tajuknya. Jazam itu maksudnya jelas. Putus dan terang. Sebagai contoh: beliau tidak meletakkan tajuknya begini: ‘larangan memanggil Isyak untuk waktu Maghrib. Dia tidak kata begitu. Sebab hadis itu tidak jelas larangannya. Oleh itu, masih ada juga yang khilaf tentang larangan ini. Oleh itu, ada ulama’ yang mengatakan, kalau penggunaan nama Isyak untuk waktu Maghrib tidak mengelirukan, masih boleh digunakan lagi. Sebagai contoh, kalau digunakan nama ‘al-isyak al-oola‘ (Isyak yang awal) untuk waktu Maghrib, masih boleh lagi. Dan al-isyak al-ukhra (Isyak yang kedua) untuk waktu Isyak, memang kita faham sekarang, boleh lagi. Kerana kalau digunakan dengan nama yang sebegitu, ianya tidak mengelirukan. Masih boleh dibezakan antara waktu yang pertama dan waktu yang kedua. Oleh kerana masih khilaf, kerana itulah tidak digunakan lafaz jazam dalam tajuknya.

Oleh itu, kita boleh katakan, yang Nabi tidak mahu itu adalah kalau lafaz yang digunakan oleh orang Badwi itu jadi lebih popular dari nama yang telah diberikan dalam syarak – iaitu Maghrib. Jangan sampai ianya ‘mengalahkan’. Bukan tak boleh guna, tapi jangan kalah. Kena lebih ramai lagi pakai nama Maghrib.

Orang Arab badwi memang menamakan waktu Maghrib itu dengan nama ‘Isyak’. Dan apabila diperkenalkan waktu itu dengan namanya sebagai Maghrib, mereka masih tak tukar lagi, kerana mereka sudah biasa menggunakan nama yang lain. Umpamanya macam sekarang, nama standard dah ada, tapi masih lagi nak pakai nama dialek yang digunakan di sesuatu kawasan. Tak molek begitu. Orang boleh salah faham. Takut orang yang bukan dari kawasan itu tidak faham, boleh keliru.

Macam ulama kita sekarang pun ada yang menitikberatkan penggunan bahasa. Sebagai contoh, ada yang mengatakan tidak sesuai menggunakan perkataan ‘sembahyang’. Sepatutnya digunakan perkataan ‘solat’ kerana ianya lebih tepat. Macam juga penggunaan perkataan ‘suami’. Kerana istilah-istilah itu dari bahasa Sanskrit dan ianya mempunyai makna yang disebaliknya. Sebagai contoh, perkataan ‘suami’ adalah ‘jelmaan Tuhan di bumi’. Seperti juga penggunaan perkataan ‘sami’. Ini adalah kerana faham mereka, suami itu kedudukannya tinggi sangat sampaikan mereka itu seperti tuhan kepada sang isteri. Isteri sampai jadi hamba kepada suami pula. Bandingkan dengan istilah zauj yang digunakan untuk suami dalam bahasa Arab. Zauj itu bermakna ‘pasangan’. Seperti sepasang kasut kiri dan kanan. Ianya sama sahaja, tidak ada beza kiri dan kanan itu. Tidaklah kasut kita yang kanan lebih hebat atau lebih cantik yang kiri. Oleh itu, penggunaan nama ‘zauj’ lebih sesuai sebenarnya. Begitu juga dengan ‘sembahyang’: sembah ‘apa’ yang dimaksudkan dalam penggunaan istilah itu? Tambahan pula, penggunaan istilah yang sama juga digunakan dalam upacara sembahyang agama-agama yang lain.

Memang Nabi dan sahabat ada menggunakan perkataan ‘isyak’ untuk menerangkan makna Maghrib. Tapi ditambah dengan perkataan ‘uula’ yang bermaksud ‘awal’ untuk membezakan dengan isyak yang biasa. Jadi macam mana baginda tak suka itu? Itulah kalau hanya disebut dengan perkataan ‘isyak’ sahaja.

Memang ada yang menyebut Nabi telah menggunakan nama Isyak untuk Maghrib, tapi hadis yang Nabi sebut itu ada masalah kerana perawi tidak dikenali.

Istilah ‘Maghrib’ adalah istilah syara’ dan tidak patut dikalahkan dengan istilah lain. Kita hendaklah melebihkan nama yang telah diberikan oleh syarak dari nama-nama lain kerana ianya lebih mulia.

‘Maghrib’ bermaksud ‘matahari jatuh’. Jadi, ianya amat sesuai digunakan untuk menerangkan waktu maghrib kerana waktu itulah matahari terbenam. Begitulah kita kena pakai bahasa yang tepat dan lebih molek. Baru nampak keindahan bahasa dan kepandaian kita. Sebab itulah kita mementingkan pemberian nama yang molek dan kena dengan sifat yang baik. Janganlah kita jadi seperti mereka yang memilih nama anak kerana sedap nama sahaja, tapi tak tahu apakah maknanya. Itu adalah amat menyedihkan sekali kerana ia menunjukkan kejahilan dalam diri masyarakat kita.

Adakah jelas Imam Bukhari pun tidak suka waktu ‘Maghrib’ dinamakan ‘Isyak’? Tidak dijelaskan dalam tajuk ini. Tapi dari segi logik, kalau Nabi tak suka, tentulah beliau pun tidak suka juga.

Mari kita lihat kepada hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari sebagai hujah beliau:

ـ حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ ـ هُوَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو ـ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ، عَنِ الْحُسَيْنِ، قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ، قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ الْمُزَنِيُّ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ لاَ تَغْلِبَنَّكُمُ الأَعْرَابُ عَلَى اسْمِ صَلاَتِكُمُ الْمَغْرِبِ ‏”‏‏.‏ قَالَ الأَعْرَابُ وَتَقُولُ هِيَ الْعِشَاءُ‏.‏

530. Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar -yaitu ‘Abdullah bin ‘Amru- berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Warits dari Al Husain berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Buraidah berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Abdullah bin Mughaffal Al Muzani, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Janganlah sekali-kali orang-orang Badui mengalahkan kamu dalam menamakan salat Maghrib.” ‘Abdullah bin Mughaffal Al Muzani (atau Nabi) berkata, “Orang Arab Badui menyebut Maghrib itu ‘Isya.”

Mari berkenalan dengan perawi. Abdullah bin Mughaffal Al Muzani adalah salah seorang sahabat yang berbaiah dengan Nabi di Hudaibiyah. Abdullah bin Mughaffal Al Muzani telah meninggal dunia pada tahun 60 Hijrah. Mereka yang berbaiah bersama Nabi itu adalah sahabat-sahabat yang istimewa dan mereka dipanggil ashabi syajarah (yang berbaiah dengan Nabi di bawah pokok). Atau dipanggil sahabat Baiatir Ridwan. Maknanya Abdullah bin Mughaffal Al Muzani ini adalah seorang sahabat yang besar. Kelebihan mereka yang berbaiah dengan Nabi itu sangat mulia sampai Allah berfirman dalam Quran yang Allah redha dengan mereka. Waktu itu ada 1,400 sahabat. Waktu itu mereka semuanya telah mengiringi Nabi untuk melakukan umrah setelah sekian lama meninggalkan Mekah. Nabi telah rindu hendak melawat Kaabah dan melawat kenalan yang ada di sana. Tapi apabila sudah hampir sampai ke Mekah, baginda dan rombongan sahabat telah ditahan dari memasuki Mekah. Oleh itu, Nabi telah menghantar Saidina Uthman untuk berbincang dengan musyrikin Mekah. Nabi telah menghantar seorang lelaki yang dikenali dan disegani oleh musyrikin Mekah. Tapi, tidak lama kemudian, telah timbul berita yang mengatakan bahawa Uthman telah dibunuh oleh musyrikin Mekah. Baginda amat marah sampaikan baginda telah membaiah para sahabat, yang kalau benar Uthman telah dibunuh, mereka akan menyabung nyawa mereka untuk menyerang Mekah untuk membela kematian Uthman. Waktu itu semua sahabat yang bersama dengan Nabi sanggup untuk berperang dengan kafir Quraisy. Itulah sebabnya hebat sekali sahabat baiatur ridwan itu. Oleh kerana kesanggupan dan keberanian mereka itu, mereka ada kedudukan mereka yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Islam dan sejarah agama kita. Dalam satu hadis, ada disebut oleh Abdullah bin Mughaffal Al Muzani  sendiri bahawa beliau menahan dahan pokok tempat baginda mengambil baiah itu daripada mengenai Nabi. Itulah serba sedikit kisah Abdullah bin Mughaffal Al Muzani.

Dari hadis ini kita dapat tahu bahawa Nabi tidak mahu panggilan ‘Isyak’ untuk maghrib itu lebih popular daripada nama syara’ yang diberikan oleh Allah. Nabi mahu supaya lebih ramai yang memanggil waktu Maghrib dengan nama Maghrib.

Hadis ini ialah contoh hadis mudraj. Kerana kata-kata akhir itu adalah daripada kata perawi, bukan dari kata nabi. Tapi betulkah begitu? Kerana masih ada dua kemungkinan. Maka kita biarkan terbuka buat masa ini sehingga mendapat jawapan yang pasti.

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Soalan: adakah dapat pahala kalau hanya melihat Mushaf Quran sahaja? Sebagaimana kita dapat pahala kalau lihat Kaabah, Ulama dan ibubapa kita?

Jawapan: tidak ada pahala kalau hanya melihat Mushaf sahaja. Sama juga tidak ada pahala kalau kita lihat ibu bapa kita, Kaabah atau ulama. Hanya dapat pahala kalau ada tujuan untuk kita melihat perkara perkara itu sebagai contoh, kalau kita lihat Mushaf ianya untuk membaca Quran itu. Kalau tengok ulama pula ianya untuk belajar. Tidak ada dalil berkenaan perkara itu. Allahu a’lam.

Soalan: di manakah roh Nabi Muhammad sekarang?

Jawapan: ‘kepada teman yang tertinggi’. Ini adalah kerana, semasa Nabi hendak wafat, Nabi telah ditanya adakah baginda hendak sambung hidup atau pun hendak pergi ke teman yang tertinggi, maka Nabi menjawab: ila rafiiqul a’la.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s