We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Waktu-waktu Solat: Sesi 40 & 41 Sambungan Bab: Orang yang mendapatkan satu rakaat shalat ‘Ashar sebelum masuk waktu Maghrib September 6, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 8:57 pm

Dua hadis dibawah tidak jelas dengan tajuk. Hadis pertama sebelum ini jelas kena dengan tajuk. Jadi pensyarah Bukhari pening dalam mencari apakah kaitan dua hadis ini dengan tajuk.

As Sindi berpendapat, persamaan tajuk dan hadis adalah dari segi mafhum hadis itu. Iaitu seseorang yang tidak melakukan penuh sesuatu pekerjaan, tapi masih lagi diberikan dengan upah yang penuh. Perumpamaan untuk seseorang yang solat asar, tapi dapat sebahagian sahaja solat itu dalam waktu – mungkin satu rakaat, satu rukuk atau satu takbir sahaja – tapi dikira dan diberi dengan pahala seperti solat yang penuh dalam waktu tunai. Walaupun dia sebenarnya sikit sahaja dapat solat dalam waktu.

Kata Kirmani, ini isyarat bahawa kalau dapat sikit solat dalam waktu, dapat pahala tunai. Bukan dikira solat qadha. Tak sama pahala solat tunai dan qadha. Sekarang kita tak nampak, tapi nanti di akhirat nanti akan nampak apakah beza antara pahala-pahala itu.

Ibn Hajar kata dua hadis ini menunjukkan yang ada yang layak dapat pahala penuh walaupun dia buat sebahagian sahaja. Kenapa? Kerana limpah kurnia Allah. Sama macam Allah jawap kepada ahli kitab. Itu menunjukkan kelebihan umat akhir zaman.

Ibnul Munayyir: amalan yang dekat dengan terbenam matahari adalah asar. Oleh itu dalam hadis inilah memberi isyarat kepada solat asar itu. Hadis sebut kerja tapi isyarat kepada solat Asar. Imam Bukhari bawa dalil dengan cara isyarat. Ianya bukan isyarat yang terang. Bolehkah begitu? Boleh jikalau ianya sebagai sokongan. Hadis asas adalah hadis pertama yang telah disebut sebelum ini. Dua hadis ini sebagai penguat sahaja. Kena faham apakah bezanya. Kerana tidak boleh hadis yang tidak jelas dijadikan sebagai pegangan utama.

Maulana Rasyid Gangguhi: pengupah yang baik akan beri kepada mereka yang buat kerja walaupun buat sikit sahaja. Begitulah limpah kurnia Allah.

Maulana: dua hadis ini sebagai penguat kepada hadis 523.

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ، سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏”‏ إِنَّمَا بَقَاؤُكُمْ فِيمَا سَلَفَ قَبْلَكُمْ مِنَ الأُمَمِ كَمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْعَصْرِ إِلَى غُرُوبِ الشَّمْسِ، أُوتِيَ أَهْلُ التَّوْرَاةِ التَّوْرَاةَ فَعَمِلُوا حَتَّى إِذَا انْتَصَفَ النَّهَارُ عَجَزُوا، فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا، ثُمَّ أُوتِيَ أَهْلُ الإِنْجِيلِ الإِنْجِيلَ فَعَمِلُوا إِلَى صَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ عَجَزُوا، فَأُعْطُوا قِيرَاطًا قِيرَاطًا، ثُمَّ أُوتِينَا الْقُرْآنَ فَعَمِلْنَا إِلَى غُرُوبِ الشَّمْسِ، فَأُعْطِينَا قِيرَاطَيْنِ قِيرَاطَيْنِ، فَقَالَ أَهْلُ الْكِتَابَيْنِ أَىْ رَبَّنَا أَعْطَيْتَ هَؤُلاَءِ قِيرَاطَيْنِ قِيرَاطَيْنِ، وَأَعْطَيْتَنَا قِيرَاطًا قِيرَاطًا، وَنَحْنُ كُنَّا أَكْثَرَ عَمَلاً، قَالَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ هَلْ ظَلَمْتُكُمْ مِنْ أَجْرِكُمْ مِنْ شَىْءٍ قَالُوا لاَ، قَالَ فَهْوَ فَضْلِي أُوتِيهِ مَنْ أَشَاءُ ‏”‏‏.‏

524. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah Al Uwaisi berkata, telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Sa’ad dari Ibnu Syihab dari Salim bin ‘Abdullah dari Bapaknya ia mengabarkan kepadanya, bahawa dia pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya perumpamaan kehidupan kalian (dalam mengamalkan syariat yang diberikan kepada kamu) dibandingkan dengan ummat-ummat sebelum kalian (dalam mengamalkan syariat yang diberikan kepada mereka) adalah seperti masa antara salat ‘Ashar dan terbenamnya matahari. Ahlu Taurat diberikan Kitab Taurat, kemudian mereka mengamalkannya hingga apabila sampai pertengahan siang hari kemudian berhenti. Maka sebagai ganjaran mereka diberi satu qirath satu qirath. Kemudian Ahlu Injil diberikan Kitab Injil, lalu mereka mengamalkannya hingga waktu salat ‘Ashar, dan mereka pun berhenti. Maka merekapun diberi satu satu qirath satu qirath sebagai ganjaran. Kemudian kita diberikan Al Qur’an, lalu kita mengamalkannya hingga matahari terbenam, maka kita diberi dua qirath dua qirath. Maka kedua Ahlul Kitab tersebut berkata, ‘Wahai Rabb kami, kenapa Engkau memberikan mereka dua qirath dua qirath dan Engkau beri kami satu qirath satu qirath. Padahal kami lebih banyak beramal! ‘ baginda melanjutkan kisahnya: “Maka Allah ‘azza wajalla bertanya: ‘Apakah Aku menzhalimi (mengurangkan) walau sedikit dari ganjaranmu? ‘ Mereka menjawab, ‘Tidak’. Maka Allah ‘azza wajalla berfirman: ‘Itulah karunia-Ku yang Aku berikan kepada siapa yang Aku kehendaki’.”

Kita taqdirkan (andaikan) perumpamaan dalam hadis ini sebenarnya membicarakan tentang ibadat. Kerana dalam lafaz hadis tidak jelas.

Kemungkinan yang boleh diambil dari perumpamaan yang diberikan dalam hadis ini:
1. Zaman Nabi Muhammad lebih pendek.
2. Zaman umat Muhammad adalah terakhir.
3. Selepas ini tidak ada umat lain.
4. Selepas umat kita tidak ada siang iaitu kiamat.
5. Umur umat Nabi Muhammad lebih pendek.

Suyuti kata bahawa perumpamaan ini kerana bukan nak cakap panjang pendek zaman dan umur. Kerana tak kena kalau dikirakan secara logik. Kalau kita kira, umat Kristian 600 tahun sahaja. Umat Nabi Musa 2,000 tahun dan kita mungkin akan lebih lama lagi. Sebab sekarang ini pun dah 1,400 tahun. Oleh itu, ianya bukan hendak menceritakan tentang umur dan zaman tapi dalam mengamalkan syariat. Sedikit dan ringan sahaja beban ibadat kepada kita. Ahli Kitab lagi teruk kalau dibandingkan syariat kita dan mereka.

Hadis ini menunjukkan syariat kita dipakai sampai kiamat. Kerana tidak ada nabi dan rasul lagi selepas Nabi Muhammad dan tidak ada perubahan dari segi syariat.

Mana yang betul? Mereka patut buat sekerat atau penuh siang? Ada percanggahan dari lafaz antara hadis pertama dan kedua ini. Tiada canggah sebenarnya. Pengupah hendak orang yang boleh kerja sampai ke malam. Kalau mereka buat sampai ke malam, mereka akan dapat dua qirath sebagai upah. Kalau separuh sahaja, sebab itu mereka dapat satu qirath sahaja. Itulah yang terjadi kepada ahlu Taurat dan Injil.

Kenapa mereka berhenti? Mungkin sebab memang tak boleh teruskan. Sebab Nabi Muhammad dah datang, jadi syariat mereka sudah tidak boleh dipakai lagi. Jadi kena ambil banyak pemahaman. Sebagai contoh, ada sahabat tak sempat solat pun sebab syariat belum sampai lagi. Jadi apakah maksud عَجَزُوا itu? Kenapa baginda guna perkataan itu? Asal perkataan عَجَزُوا itu – mereka lemah, tidak mampu menyudahkan kerja dengan baik. Kalau mereka beriman tapi jadi kafir kemudian, takkan mereka dapat pahala satu qirath itu?

Satu pemahaman yang kita boleh terima adalah mereka sudah letih lemah dan hasilnya berhenti. Siapa yang lemah? Kalau yang dimaksudkan mereka adalah orang Islam, kenapa dikatakan mereka lemah?

1. Mereka muslim tapi sempat bekerja setakat itu sahaja.
2. Mereka hanya berjaya dapat satu qirath.
3. Yang sempat sampai kepada Nabi dan beriman dengan baginda, mereka mendapat dua qirath. Dua kali ganda pahala. Ini ada disebut dalam hadis lain.

Jawapan-jawapan itu masih tak memuaskan lagi. Macam kesian kepada mereka yang tak sempat. Tapi itulah pilihan Tuhan. Allah beri peluang kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Jadi ada orang yang tak sempat beramal. Macam sahabat yang tak sempat dapat semua Quran untuk dibaca. Tapi adakah mereka kurang atau tidak? Terpulang kepada Allah. Allah beri kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tapi ketahuilah bahawa Allah tidak pernah dan tidak akan menzalimi hambaNya.

Oleh itu, Hadis ini tentang orang Islam dari kalangan ahli Taurat dan ahli Injil yang tak sempat. Maknanya, mereka itu adalah orang yang baik. Tapi, nanti kita akan lihat bagaimana ahli Kitab dalam Hadis 525 tidak begitu.

 

 

Ada yang soal kenapa orang Islam dikatakan lemah pula. Apa tidak boleh kita cakap begitu? Apakah semua orang Islam berjaya? Adakah tiada orang Islam yang lemah? Hakikatnya tidak begitu. Kalau kita lihat sekeliling kita, tidak sama seorang dengan soerang yang lain. Tingkatan manusia lain-lain. Dan usaha mereka juga berlainan. Maka, adalah juga antara orang-orang Islam pun yang lemah dan tidak mampu menghabiskan usaha mereka.

Perbandingan dalam hadis ini adalah dari segi banyak dan berat dari segi amalan. Syariat ahli Kitab sebelum kita memang berat sikit. Bayangkan, dalam syariat mereka, kalau lupa pun dah dikira salah. Dalam syariat kita, kalau kita terlupa, tidak dikira sebagai dosa. Lagi satu contoh, kalau pakaian mereka kena najis, mereka kena potong bahagian pakaian yang kena najis itu dan tidak cukup dengan basuh sahaja macam kita sekarang. Oleh itu, perbandingan dalam hadis ini adalah tentang perbezaan berat dalam mengerjakan syariat itu, bukan kerana lama atau tidak dalam mengamalkan syariat. Tambahan pula tidak ada kelebihan kalau panjang umur syariat. Amalan itu yang lebih penting.

Bagaimana amalan kita ringan kalau dibandingkan dengan umat terdahulu tapi kita boleh dapat banyak? Kita ada kelebihan yang Allah berikan. Macam kita telah diberikan dengan Lalilatul Qadr. Kalau kita buat amalan pada malam itu, ianya lebih baik dari seribu bulan. Dan kita juga ada Hari Jumaat iaitu ada kelebihan yang tinggi kalau dibandingkan dengan hari-hari yang lain. Dan kita dapat hari jumaat itu setiap minggu.

nota: Hadis ini juga dijadikan sebagai dalil oleh ulama Hanafiah yang mengatakan waktu asar pendek sahaja. Iaitu pada pendapat Hanafiah, waktu solat Asar itu adalah selepas bayang sesuatu barang itu dua kali ganda dari panjangnya barang itu. Dan dalam hadis ini pun, seperti menunjukkan yang waktu asar itu memang pendek. Itulah sebabnya umat dahulu tanya kenapa mereka dapat kurang pahala sedangkan mereka dapat kurang walaupun mereka lagi lama buat amalan. Kerana kalau waktu itu sama, tentu mereka tidak hairan. Jadi, kata mereka, kalau dikirakan, mereka sudah buat sampai separuh siang, tapi kita buat waktu yang singkat sahaja, iaitu tak lama sebelum waktu maghrib.

Ada kata gabungan kedua-dua ahlu Taurat dan Injil baru lebih lama dari apa yang diamalkan oleh muslimin.

Atau katakanlah sama panjang masa dengan mereka, mereka masih lagi mengadu nasib sebab kesusahan itu dikira dari kesusahan mereka melakukan ibadat yang disyariatkan kepada mereka. Sebagai contoh, bandingkan kemudahan kehidupan kita dengan orang dahulu kala. Kita sekarang hidup senang sangat kalau dibandingkan dengan mereka. Nak ke mana-mana senang. Nak baca buku senang, siap ada komputer lagi yang memudahkan kita dalam segala perkara.

Sebenarnya, kita tidak boleh nak kata berapa lama seorang muslim dalam hadis ini dikatakan beramal itu. Kerana masa muslimin yang disebut dalam hadis ini adalah dari ‘waktu solat’, tidak semestinya bila masuk waktu sahaja, dia terus solat. Tidak semestinya dari awal waktu. Oleh itu, ada kemungkinan yang waktu beramal itu pendek sekali, iaitu kalau dia solat dah dekat dengan waktu maghrib itu.

Hadis ini mengajar kita supaya tidak boleh dengki dengan limpah kurnia Allah.

 

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ، قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ بُرَيْدٍ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ مَثَلُ الْمُسْلِمِينَ وَالْيَهُودِ وَالنَّصَارَى كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَأْجَرَ قَوْمًا يَعْمَلُونَ لَهُ عَمَلاً إِلَى اللَّيْلِ، فَعَمِلُوا إِلَى نِصْفِ النَّهَارِ، فَقَالُوا لاَ حَاجَةَ لَنَا إِلَى أَجْرِكَ، فَاسْتَأْجَرَ آخَرِينَ فَقَالَ أَكْمِلُوا بَقِيَّةَ يَوْمِكُمْ، وَلَكُمُ الَّذِي شَرَطْتُ، فَعَمِلُوا حَتَّى إِذَا كَانَ حِينَ صَلاَةِ الْعَصْرِ قَالُوا لَكَ مَا عَمِلْنَا‏.‏ فَاسْتَأْجَرَ قَوْمًا فَعَمِلُوا بَقِيَّةَ يَوْمِهِمْ حَتَّى غَابَتِ الشَّمْسُ، وَاسْتَكْمَلُوا أَجْرَ الْفَرِيقَيْنِ ‏”‏‏.‏

525. Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid dari Abu Burdah dari Abu Musa dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Perumpaman Kaum Muslimin, Yahudi dan Nashara seperti seseorang yang mengupah satu kumpulan orang, supaya mereka bekerja untuknya hingga malam hari, mereka pun bekerja hingga separuh siang. Selepas itu mereka berkata, ‘Kami tidak perlu kepada upah darimu. Maka orang itu mengupah kumpulan yang lain dan berkata, ‘Sempurnakanlah sisa hari yang ada, nanti kalian mendapatkan bagian upah yang dijanjikan.’ Maka mereka mengerjakan pekerjaan hingga sampai waktu ‘Ashar, mereka lalu berkata, ‘Kami kembalikan pekerjaan kepadamu.’ Lalu orang itu mengupah kaum yang lain lagi. Maka kaum tersebut bekerja sampai matahari terbenam. Kerananya mereka mendapat dengan sempurna ganjaran yang dijanjikan kepada dua kumpulan sebelum itu.”

Nampak macam sama cerita dengan hadis sebelum ini tapi tidak.

Dalam hadis ini, ahlu kitab tak dapat apa-apa. Dalam hadis sebelum ini, mereka sekurang-kurangnya mendapat satu qirath.
Hadis sebelum ini nampak mereka lembut. Mereka buat amalan itu, tapi mereka tak larat nak habiskan. Tapi nampak ahli Kitab itu jenis kasar dalam hadis ini. Siapa mereka kata tak perlu lagi kepada upah itu dan mereka memulangkan balik upah yang diberikan. Itu sudah kurang ajar namanya.
Dulu mereka lemah, tak mampu nak habiskan amalan. Kali ini memang mereka tak mahu. Ada elemen marah, merajuk dan perli dan hadis kedua ini. Mereka telah ditawarkan dengan upah tapi mereka tak mahu.

Ada yang kata beza hadis ini kerana tasarruf perawi. Iaitu ianya adalah hadis yang sama tapi perawi telah menukar kata-kata lafaz hadis itu mengikut pemahaman mereka.

Atau ada juga yang berpendapat yang Nabi memang menyebut hadis ini dua kali dalam situasi yang berbeza. Iatu, hadis yang pertama adalah tentang ahli kitab yang beriman. Dalam hadis kedua ini, ianya tentang kumpulan mereka yang engkar dan kafir. Golongan pertama masih dapat upah. Golongan kedua ini langsung tidak dapat.

Apakah masalah dengan ahli Kitab yang tidak beriman itu? Yang Yahudi tidak terima Nabi Isa. Yang kristian pula tidak terima Nabi Muhammad. Sebab itu langsung tak dapat pahala. Tapi kita orang Muslim percaya dan beriman dengan semua Nabi dan Rasul. Sebab itu kita layak untuk dapat pahala yang penuh. Kecuali mereka yang buat syirik dan bidaah.

Pengajaran dari dua hadis ini.

1. Nabi selalu menggunakan tamsilan (perbandingan) dalam mengajar.
2. Memberi upah selepas kerja adalah Sunnatullah.
3. Kalau tak habis kerja pun berhak dapat upah. Ikut kerja yang telah dilakukan. Sepertimana Allah telah beri dalam contoh hadis ini.
4. Pekerja yang buat penuh kena dapat upah penuh.
5. Hasil usaha tidak sama. Ada buat sikit tapi dapat banyak. Ada yang terbalik – susah payah buat usaha, tapi hasil mereka tidak banyak. Itu semua adalah dari ketentuan Allah. Allah akan beri ikut taqdirNya. Yang penting, usaha kena penuh.
6. Hendaklah kita beradab dan sopan dalam berbicara. Samada dengan Allah dan dengan manusia pun. Dalam hadis kedua dalam tajuk ini, nampak begitu kurang ajar dengan Allah ahli Kitab itu. Tiada guna kalau kita bercakap dengan kurang ajar.
7. Tidak salah bertanya. Allah tak marah mereka bertanya. Kalau dengan Allah pun boleh tanya, apatah lagi dengan manusia.
8. Keharusan kemukakan alasan dalam pengadilan. Macam ahlu kitab beri hujah mereka di hadapan Allah.
9. Ahlu Taurat dan injil adalah ahli kitab.
10. Sombong merugikan diri sendiri.
11. Allah adil dan tidak menzalimi hak hamba.
12. Dengan limpah kurniaNya Allah melebihkan sebahagian dari yang lain. Nabi tak sama, antara bangsa pun lain. Allah bagi tak sama.
13. Setiap umat terikat dengan syariat mereka.
14. Syariat Nabi-Nabi terdahulu termansuh dengan datangnya syariat Nabi Muhammad.
15. Nabi dan rasul semua benar. Kalau tolak salah seorang, kita akan kufur.
16. Kelebihan umat Muhammad dibandingkan dengan dulu. Itu semua adalah dari limpah kurnia Allah.
17. Terbukti sekarang perbandingan yang Nabi buat. Ahli kitab boleh bertahan sikit sahaja. Tauhid pun mereka tidak dapat teruskan. In sha Allah kita sampai akhir zaman.
18. Antara punca kelebihan kita adalah kita jaga agama.
19. Ahli kitab ada yang taat dan mati sebagai muslim. Dan ada yang kufur.
20. Ada yang pegang Taurat dan Injil yang belum diseleweng.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s