We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Waktu-waktu Solat: Sesi 38 & 39: Bab: Orang yang mendapatkan satu rakaat salat ‘Asar sebelum masuk waktu Maghrib August 29, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 12:43 am

Bab: Orang yang mendapatkan satu rakaat shalat ‘Asar sebelum masuk waktu Maghrib

باب من أدرك ركعة من العصر قبل الغروب

Imam Bukhari membawakan tajuk ini sebagai hujah untuk menyatakan apakah yang dimaksudkan dengan satu ‘rakaat’ itu? Dalam hadis sebut sajdatan sahaja. Iaitu apa yang sempat dibuat dalam waktu. Sebagai contoh, kalau seseorang itu sempat dapat rukuk dalam waktu asar, dia akan dikira telah mendapat solat tunai dalam waktu Asar.

Apakah yang dimaksudkan dengan sajdatan  itu? Ada ulama yang ada kata ia bermaksud sempat satu rukuk. Oleh itu, bukanlah bermaksud ‘satu rakaat’ seperti yang kita biasa faham sekarang. Kalau satu rakaat yang kita faham, itu bermaksud dari takbiratul ihram sampailah ke sujud kedua. Jadi, maksud sajdatan  dalam tajuk ini adalah dalam bentuk Masdar Marrah. Tambahan pula, memang ada hadis lain yang sebut kalau sempat satu rukuk, sudah dikira telah solat dalam waktu.

Ada yang kata bukan rukuk sahaja, tapi mana-mana bahagian solat. Oleh itu, kalau seseorang itu hanya dapat takbiratul ihram dalam waktu Asar, dia sudah dikira dapat solat tunai dalam waktu Asar. Begitulah kira-kiranya.

Ada pula yang kata hadis ini untuk orang yang uzur sahaja. Sebagai contoh, orang yang pengsan, orang yang baru lepas suci dari haid, orang yang baru baligh, orang yang baru masuk Islam dan sebagainya. Bukan untuk umum. Contoh, dia suci dari haid, waktu Asar cuma tinggal sikit sahaja. Maka, dia kena teruskan solat dari waktu yang tinggal itu dan dia akan dapat dikira solat dalam waktu. Sama keadaan dengan orang yang pengsan dan sebagainya.

523 ـ حدثنا أبو نُعِيم، قال حدثنا شَيْبَان، عن يحيى، عن أبي سلمة، عن أبي هريرة، قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ‏”‏ إذا أدرَكَ أحدكم سَجدَةً مِن صلاةِ العَصرِ قبل أن تَغرُبَ الشَّمسُ فليُتِمَّ صلاته، وإذا أدرك سجدة من صلاة الصبح قبل أن تَطلُعَ الشّمسُ فَليُتِمَّ صلاته ‏”‏‏.‏

523. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Yahya bin Abu Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika seseorang dari kalian sempat mendapatkan satu sujud salat ‘Asar sebelum terbenam matahari, maka sempurnakanlah solatnya, dan jika dia sempat mendapatkan satu sujud dari salat Subuh, sebelum terbit matahari maka dia hendaklah sempurnakan solatnya”

Kalau dilihat dari lafaz hadis, yang disebut adalah ‘sujud’. Itu kalau kita terjemah maksud ‘sajdah’ itu sebagai ‘sujud’ sahaja. Sajdah itu sebenarnya boleh juga bermaksud ruku’. Iaitu mana-mana bahagian dalam solat. Yang disebut dalam hadis ini adalah sebagai contoh sahaja.

Kalau dapat satu bahagian dari solat, bermakna dapat solat tunai, bukan qadha. Contohnya, dapat rukuk sahaja. Teruskan solat itu. Jangan hentikan solat itu. Kita memang tidak boleh memberhentikan solat kalau tanpa sebab yang syar’ie.

Tapi, kita juga hendak memberikan pendapat Imam Abu Hanifah yang berlainan sedikit tentang hal ini. Mazhab Hanafi hanya berpegang dengan separuh sahaja hadis ini. Iaitu tidak boleh sambung solat subuh kalau dah naik matahari. Ini adalah kerana mereka berpegang dengan hadis yang mengatakan haram untuk mendirikan solat subuh apabila telah habis waktu subuh. Imam Hanifah membenarkan solat Asar kerana kalau terlajak dari Asar, masuk ke dalam solat maghrib – bermakna ada solat selepas itu. Tapi kalau selepas subuh, tidak ada waktu. Kena tunggu dulu sampai habis waktu haram itu. Walaubagaimana pun, pendapat ini tidak kuat. Ramai yang tidak memakainya termasuk ada darinya pengikut-pengikut mazhab Hanifi yang besar-besar. Oleh itu, ini adalah pendapat yang lemah. Kerana ia hanya berpegang kepada sebahagian dari hadis.

 

 

Banyak yang kritik pendapat ini. Imam Abu Hanifah sendiri telah ajar tidak boleh pegang pendapatnya tanpa mengetahui dalilnya. Dia takwil hadis ini dengan hadis larangan solat matahari ketika matahari terbit. Tapi hadis itu berbentuk umum dan hadis yang kita sedang pelajari ini berbentuk khusus. Jadi tidak salah kalau kita tak ikut pendapat dia. Kita hormat mereka dan pendapat mereka. Tapi tidaklah kena terus pakai. Semua Imam pun dah beritahu jangan bertaklid kepada mereka.

Sebab hormat kepada pendapat Hanifah lah Imam Bukhari letak tajuk begitu. Dia letak ‘asar’ sahaja. Kerana nak isyarat ada khilaf dalam solat subuh. Tapi Imam Bukhari sendiri tak pakai pendapat itu.

Hukum dari hadis ini:

1. Walaupun mafhum hadis menyatakan bahawa kalau sempat dapat sebahagian dari rakaat dari waktu subuh dan asar, seseorang itu dikira solat dalam waktu lagi, tapi ianya haram kalau sengaja mencari waktu itu. Ianya dibolehkan untuk mereka yang tidak boleh solat lebih awal kerana sebab-sebab tertentu. Mungkin ada hal yang mengganggunya waktu itu. Bukan selalu. Berdosa kalau sengaja melakukannya. Dosa besar kalau itu adalah amalan tetapnya.

Hadis ini menceritakan kemurahan Allah. Ianya menenangkan mereka yang gelisah kalau mereka terlewat solat. Sebab orang yang hatinya terpaut dengan solat akan rasa resah gelisah sangat kalau tidak dapat solat dalam waktunya. Ugama bukan untuk meresahkan kita. Agama menenangkan.Tapi bukanlah mengajar manusia untuk memudahkan solat. Kena kejar awal waktu dalam solat seboleh-bolehnya.
2. Dalam keadaan dalam hadis ini, dikira solat dalam waktu. Ini pendapat Bukhari dan jumhur.
3. Semua ulama sepakat untuk sempurnakan solat waktu seperti dalam hadis ini, bukanlah kena sempurnakan ‘satu rakaat’. Kalau dapat takbiratul ihram pun termasuk juga. Sebab perkataan ‘rakaat’ dalam tajuk bab ini bukanlah maksud rakaat seperti yang kita faham.
4. Hukum ini khusus untuk Asar dan Subuh. Tidak jelas untuk solat lain. Tapi Imam Bukhari berpendapat termasuk juga untuk solat yang lain. Nabi sebut dua waktu ini kerana ada larangan solat ketika waktu matahari naik dan terbenam. Jadi Nabi hendak memberikan ruang. Larangan solat lepas dua waktu itu adalah untuk solat selepasnya. Kalau solat yang lain, lagilah termasuk sebab tidak ada larangan untuk solat dalam waktu-waktu lain.

Pengajaran dari hadis ini

1. Sembahyang dan selok beloknya telah dijelaskan oleh Nabi dengan cukup terang. Demikian juga dengan ibadat-ibadat yang lain.
2. Sesiapa yang mendapat satu rak’ah dari solat, kenalah meneruskan solat itu sampai habis.
3. Solat mereka yang sempat dapat satu bahagian akan dikira sebagai tunai.
4. Orang yang sedang solat tidak boleh memberhentikannya sewenang-wenangnya melainkan ada sebab yang syarak. Naik dan jatuh matahati bukan salah satu dari sebab untuk memberhentikan solat. Kena terus sampai habis.
Kalau ada sebab kena solat waktu haram, tidak berdosa.
5. Untuk faham makna sesuatu hadis, kena faham banyak benda. Jangan tengok zahir hadis sahaja. Kena tengok juga hadis-hadis yang lain.
6. Pendapat yang terang bercanggah dengan hadis hendaklah diketepikan, tidak kira dari siapa. Inilah ujian kepada kita – percaya betul kepada rasul. Kita kena pegang dengan sabda Nabi.
7. Orang yang mendapat solaat asar dan subuh sebagaimana dalam hadis ini tetap tidak mendapat ganjaran seperti kalau dia solat awal. Tak sama kalau solat awal dan solat lambat. Mereka cuma dapat solat itu sebagai tunai, bukan qadha. Pahala beza.

 

Lompat kepada hadis yang seterusnya

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s