We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari; Kitab Waktu Solat; Sesi 35, 36 & 37 Bab kelebihan asar August 17, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 6:39 pm

Ini adalah hadis kedua dalam bab ‘kelebihan Asar’ ini.

حدثنا عبد الله بن يوسف، قال حدثنا مالك، عن أبي الزناد، عن الأعرج، عن أبي هريرة، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ‏”‏ يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل وملائكة بالنهار، ويجتمعون في صلاة الفجر وصلاة العصر، ثم يَعرج الذين باتوا فيكم، فيسألهم وهو أعلم بهم كيف تركتم عبادي فيقولون تركناهم وهم يُصلون، وأتيناهم وهم يُصلون ‏”‏‏.‏

522. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah telah menceritakan kepada kami Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Para Malaikat malam dan Malaikat siang silih berganti mendatangi kalian. Dan mereka berkumpul pada waktu salat Fajar (Subuh) dan ‘Asar. Kemudian Malaikat yang bermalam di kalangan kamu naik. Lalu Allah Ta’ala bertanya kepada mereka, dan Allah lebih mengetahui keadaan mereka itu. ‘Dalam keadaan bagaimana kalian tinggalkan hamba-hambaKu? ‘ Para Malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan sedang mendirikan salat. Begitu juga saat kami mendatangi mereka, mereka sedang mendirikan shalat’.”

Lihatlah bagaimana Allah telah memuliakan kita. Allah memberikan kita malaikat yang silih berganti kepada kita. Malaikat itu tugasnya adalah untuk menjaga kita, dan menulis perbuatan kita setiap hari. Begitulah, Allah telah berfirman bahawa kita ini dijadikan untukNya dan segala yang dijadikan dalam alam ini adalah untuk kita. Begitulahmulia nya manusia.

Malaikat-malaikat yang berkumpul dengan kita pada waktu Subuh dan Asar itu sentiasa ada bersama dengan kita semasa mereka dalam shift mereka itu. Iaitu malaikat yang datang kepada ktia waktu subuh, akan bersama dengan kita sehingga waktu Asar. Kemudian dia akan naik ke langit. Kemudian Malaikat yang turun kepada kita pada waktu Asar akan bersama dengan kita sehingga ke waktu Subuh, dan kemudian mereka akan naik. Mereka akan tukar shift bersama kita pada setiap waktu subuh dan asar. Itulah masa dua malaikat yang bertukar shift itu akan bertemu. Esoknya, malaikat yang datang adalah malaikat yang lain, bukan malaikat yang sama. Ini menunjukkan yang malaikat itu amat banyak sekali.

Banyak kelebihan bila mereka ada dengan kita. Ada kelebihan apabila mereka bersama dengan kita. Orang yang hampir dengan kita akan memberi kesan kepada kita. Macam juga kalau kita duduk dengan orang berani, kita jadi berani juga kan?

Kerana ada saksi untuk waktu subuh dan asar itu, itulah salah satu kelebihan dua solat itu. Sebab itulah Imam Bukhari membawakan hadis ini dalam tajuk kelebihan solat Asar. Tidak disebut yang ada malaikat sebegini yang turun semasa solat lain.

Khilaf ulama tentang keberadaan mereka

1. Pendapat pertama: Ada ulama yang kata mereka hanya menjadi saksi untuk solat fardhu yang diadakan jikalau berjemaah di masjid yang utama di kawasan itu sahaja. Bukan semua tempat mereka akan jadi saksi. Itulah kelebihan jemaah.

– Dalil bagi pendapat ini adalah, kerana hadis Nabi, iaitu “apabila imam mengucap aamiin, kamu ucap lah aamiin. Kerana mereka yang aminnya berbetulan dengan para malaikat, diampuni dosa-dosanya yang lalu.”
Hadis ini memberitahu kita bahawa dosa kita akan diampunkan kerana para malaikat itu mengaminkan sekali doa kita. Lebih makbul lagi Amin mereka kerana mereka makhluk yang tiada dosa. Itulah kelebihan yang boleh kita dapat.

Oleh itu, dari hadis ini, menunjukkan yang malaikat itu akan ada bersama dengan kita semasa solat ‘berjemaah’. Itulah sebab pendapat ini mengatakan dapat kelebihan bila berjemaah sahaja.

2. Pendapat kedua pula, ada ulama lain pula kata asalkan solat jemaah sahaja. Tidak kira di mana solat berjemaah itu dilakukan. Pendapat pertama tadi kata ianya perlu dilakukan di majis utama sesuatu kawasan – Masjid Jamek.

3. Pendapat ketiga: Ibn Abd Barr kata malaikat itu akan ada walaupun solat bersendirian pun. Ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut apabila seseorang berdiri untuk solat, jangan meludah ke hadapan ….(dan seterusnya) kerana di kanan kita ada malaikat.
Dalam hadis ini disebut berdiri solat. Tidaklah termasuk syarat ianya kena solat berjemaah. Termasuklah kalau solat sendiri. Oleh itu, ia memberitahu kita yang apabila kita solat sahaja, akan ada malaikat yang akan bersama dengan kita di sebelah kanan.

 

 

Persoalan: adakah para malaikat itu menyaksikan sahaja manusia itu bersolat atau mereka solat sekali dengan kita? Tidak ada dalil yang tepat yang menetapkan samada mereka solat bersama manusia atau tidak. Memang ada hadis-hadis lain yang sebut malaikat-malaikat memang ada jenis yang solat dengan manusia. Tapi dari jawapan yang diberikan oleh malaikat dalam hadis yang kita bincangkan ini, seperti mereka hanya menyaksikan sahaja. Memang ada malaikat yang solat dengan manusia – sebagai contoh, kalau kita solat di kawasan yang lapang, tidak ada orang seperti padang pasir, apabila kita melaungkan azan, akan ada malaikat yang mengikuti kita dalam solat.

Para malaikat amat banyak sekali. Mereka ditugaskan dengan berbagai-bagai tugas. Ada yang memang duduk dengan kita dari kita lahir sampai kita mati. Ada juga yang ditugaskan untuk menjaga pintu masjid semasa Hari Jumaat untuk menulis kedatangan manusia dan apabila mimbar naik ke masjid, maka malaikat itu terus tutup buku dan duduk sekali dengan jemaah untuk mendengar khutbah. Oleh itu hendaklah seorang khatib itu bersungguh-sungguh dalam khutbahnya. Dan seeloknya dia memperkatakan perkara yang sesuai.

Banyak lagi tugas-tugas malaikat yang diberikan oleh Allah. Ini adalah salah satu perkara akidah – beriman dengan malaikat.

Kalau kita baca dari lafaz hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari ini, kita boleh baca bahawa Malaikat yang bermalam dengan manusia yang ditanya oleh Allah tentang keadaan hambaNya. Bagaimana dengan malaikat yang datang waktu siang? Adalah tidak ditanya?

Walaupun tidak disebut yang malaikat siang ditanya, tapi tidaklah bermakna dia tidak ditanya. It goes without saying. Dan hadis ini dalam riwayat Ibn Khuzaimah, ada disebut yang malaikat siang naik dan ditanya dan malaikat malam naik nak ditanya pula. Bermakna, memang malaikat yang siang pun akan ditanya juga.

 

 

Sanad hadis:  Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah. Rantaian sanad ini dipanggil ‘rantaian emas’. Iaitu sanad yang paling tinggi kepercayaan para ahli hadis. Ini adalah salah satu dari beberapa rantaian emas. Ada beberapa rantaian emas diseebabkan ada beberapa pendapat lain. Sanad yang sebegini sangat bernilai.

Kenapa Allah tanya kepada para malaikat tentang keberadaan hambaNya padahal Allah dah tahu dah tentang mereka? Banyak sebab istifham (pertanyaan) itu. Tidaklah semestinya kita bertanya itu kerana kita hendak tahu. Sebagai contoh, seorang suami nampak isterinya sedang memasak. Dia dah nampak dah isterinya buat apa, tapi dia akan tanya: “Awak memasak ke?”.

Oleh itu, ada sebab lain atas istifham Allah ini. Allah bertanya kepada malaikat yang bersama dengan manusia kerana Allah ambil hal tentang hambaNya. Allah mengambil berat tentang kita. Ini juga mengajar kita untuk bertanya tentang orang bawahan kita, tentang anak isteri kita dan orang lain yang rapat dengan kita. Ia menunjukkan kita ambil berat tentang mereka. Jadi, hadis ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada hambaNya. Allah yang dah tahu pun tanya lagi tentang kita. Begitulah Allah ajar kita dalam hal mengurus.

Dan lihatlah bahawa yang Allah tanya adalah tentang ibadat. Kerana itu yang penting. Tidaklah Allah tanya tentang makan kita, apa kita pakai dan sebagainya. Ini menunjukkan kepentingan solat.

Dalam riwayat Ibn Khuzaimah, ada ditambah malaikat itu mendoakan keampunan untuk mereka yang bersolat itu. Oleh itu, hadis yang Bukhari bawa ini adalah hadis ringkas. Bukhari biasa buat begini. Kerana ada tujuan kenapa Imam Bukhari ringkaskan sebegitu. Iaitu dia hendak sampaikan sesuatu maksud dan padanya, tidak perlu diberikan hadis yang penuh untuk mencapai maksud itu. Itulah sebabnya ulama kata sahih Bukhari ini amat berguna kepada yang alim. Kerana mereka boleh rujuk hadis yang lain. Mungkin agak susah kalau orang yang tak tahu dan tidak belajar untuk memahaminya. Kerana Imam Bukhari dah ringkaskan siap-siap. Takut kita ingat inilah hadis yang penuh.

Apakah nama malaikat yang datang kepada manusia yang bersolat dalam hadis ini? Adakah namanya Malaikat Hafadzah? Adakah ianya Raqib Atid? Terlalu banyak jenis.
Malaikat Hafadzah adalah malaikat yang menjaga kita. Sebagai contoh, katakanlah ada orang yang berniat jahat kepada kita, dialah yang akan menghalang perbuatan orang itu dari berlaku atau kena kepada kita. Atau kalau ada orang yang sakit hati dengan kita, dia akan pandang kita dengan benci atau dengki. Apabila dia pandang kita dengan perasaan dengki, syaitan akan menggunakan peluang pandangan itu untuk mengganggu kita. Inilah yang dinamakan ‘ain’. Malaikat Hafadhah juga yang memberi perlindungan kepada kita dalam keadaan sebegitu.

Oleh itu, banyak kelebihan kalau malaikat rapat dengan kita. Malangnya orang kita sebaliknya suka rapat dengan jin. Yang selalu buat begitu adalah golongan bomoh dan pawang. Dengan rapat dengan jin, mereka akan dapat banyak maklumat. Mereka tahu itu ini tapi sebenarnya mereka diberitahu oleh jin. Zaman sekarang, bukan bomoh sahaja yang rapat dengan jin, golongan yang menggelarkan diri mereka ‘ustaz’ pun rapat dengan jin juga. Mungkin mereka tak sedar yang maklumat yang mereka dapat adalah dari jin. Jin rapat dengan mereka kerana ada amalan mereka yang salah yang mereka tidak tahu salah. Mereka tak tahu mereka buat amalan yang salah kerana mereka belajar dengan mereka yang tidak belajar tafsir Quran, tapi belajar dengan ‘kitab’.

Tapi malaikat Hafadzah tidak tinggalkan kita. Jadi ini malaikat lain. Tidak diketahui nama Malaikat itu.

Kenapa Allah tanya itu sahaja? Kenapa tidak ditanyakan tentang perkara yang lain? Ulama menyatakan ada beberapa sebab.

1. Kerana sifat kemurahan Allah. Atas sifat latif Allahlah Dia telah hantar dua kumpulan malaikat itu kepada kita. Ini menunjukkan kemurahan Allah. Apakah kemurahan Allah itu? Allah tanya tentang solat sahaja supaya nampak kebaikan manusia. Kalau Allah tanya tentang perkara lain, belum tentu kita nampak elok lagi. Belum tentu kita lulus dalam perkara-perkara lain.

2. Isyarat kepada dosa yang diampunkan antara dua solat itu. Allah dah tak tanya perkara lain kerana dosa yang lain telah terhapus. Jadi, tinggal hal mereka bersolat sahaja yang disampaikan. Begitulah pentingnya solat.

3. Nyatakan kelebihan makhluk seperti yang Allah telah katakan dalam ayat baqarah:30. Dalam ayat itu, malaikat kehairanan kenapa Allah nak jadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Mereka tak nampak apa kelebihan pada manusia. Maka, Allah telah berkata yang Dia tahu tentang manusia. Jadi, Allah telah hantarkan malaikat untuk melihat perbuatan manusia kerana nak buktikan kepada malaikat bahawa ada kebaikan dalam diri manusia. Yang walaupun manusia ada nafsu tapi mereka masih beribadat. Walaupun tak semua, tapi ada.

4. Menyembunyikan keburukan manusia yang ada. Malaikat itu menjadi saksi dengan apa sahaja yang kita buat semua sekali sebab mereka separuh hari bersama dengan kita. Tapi Allah tanya pasal perkara yang terakhir sahaja. Malaikat itu takut dengan Allah. Kita kena ingat bahawa mereka takut apabila berhadapan dengan Allah macam juga kita berhadapan dengan orang yang besar dan penting di kalangan manusia. Malah, lebih-lebih lagi kalau malaikat dengan Allah. Maka, malaikat akan jawap hanya apa yang Allah tanya sahaja. Dia tak berani nak tambah-tambah perkara-perkara lain. Malaikat tahu apa tujuan soalan Allah itu, maka mereka jawap apa yang Allah hendak dengar sahaja.

Dan ini juga menunjukkan Allah hanya mengira penghujung apa yang dilakukan manusia. Kalau hujungnya baik, tidak dikira apa yang telah dilakukan dahulu.

5. Menarik istighfar malaikat apabila mereka menjadi saksi manusia solat. Allah nak malaikat doakan kita. Itulah sebabnya Allah tanya supaya selepas mereka jawap, mereka akan mendoakan kepada manusia. Dan doa mereka itu amat bernilai kepada manusia. Tentang mereka mendoakan manusia yang solat itu ada dalam riwayat Ibn Khuzaimah.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini: 

1. Solat fardhu adalah ibadat yang paling tinggi dan paling pendalam Islam.
2. Yang paling tinggi antara solat yang lima adalah subuh dan asar.
3. Solat Subuh dan asar itu kedudukan lebih tinggi adalah ianya disaksikan oleh dua shift malaikat. Kehadiran mereka bukan biasa-biasa. Macam kalau raja datang ke sesuatu tempat. Tentulah raja itu datang ke tempat itu kerana tempat itu special.
4. Kelebihan waktu asar dan subuh. Waktu itu sendiri sudah ada kelebihan. Bukan solatnya sahaja yang lebih. Waktu pun dah penting dah.
5. Manusia yang disukai malaikat adalah manusia yang beruntung. Salah satu kelebihannya adalah kita akan mendapat istighfar mereka.
6. Pertanyaan tidak semestinya hendak mendapatkan maklumat dari orang yang ditanya. Ada kalanya, ianya untuk menarik perhatian orang yang ditanya sahaja. Ada kalanya untuk menyatakan maksud-maksud yang lain. Boleh jadi macam-macam sebab sesuatu soalan itu diberikan. Jadi dalam hadis ini, Allah tanya bukan kerana Allah tak tahu.
7. Hadis ini menunjukkan kelebihan umat Nabi Muhammad berbanding umat Nabi lain yang lalu. Kerana diberikan dengan kelebihan seperti yang disebut dalam hadis ini. Menunjukkan juga kelebihan Nabi Muhammad berbanding Nabi yang lain.
8. Para malaikat ada ketikanya bercakap-cakap dengan Allah. Mereka juga menjawap pertanyaan Allah tentang sesuatu perkara walaupun Allah lebih tahu tentangnya.
9. Hadis ini adalah sebagai galakan untuk menjaga dengan sebaik-baiknya solat subuh dan asar. Kita memang solat, tapi kadang-kadang kita tidak jaga dengan baik.
10. Sebahagian malaikat ditugaskan dengan tugas tertentu yang berkait dengan manusia. Itulah lebihnya orang Islam. Kerana ada malaikat yang khusus ditugaskan untuk orang Islam. Kepada orang kafir pun mereka ada juga tapi lain tugas mereka dan tidak special untuk kita.
11. Malaikat adalah makhluk yang berakal dan bijaksana. Mereka faham benar apa maksud tersirat dari soalan Allah. Mereka tahu yang Allah mahu mereka mendoakan kepada orang yang solat. Oleh itu, mereka pun berdoa untuk kebaikan manusia yang solat. Mereka tahu yang Allah mahukan kebaikan untuk manusia.

 

 

Link kepada hadis yang seterusnya:

Soalan selepas kuliah:

1. Adakah kebenaran yang mengatakan Nabi Adam bertawasul dengan Nabi Muhammad?
Jawapan: karut. Itu semua dari puak yang menghidupkan amalan tawasul sesat. Menggunakan dalil yang palsu. Sebenarnya Nabi Muhammad itu mulia tapi jangan diagungkan sangat sampai berlebih-lebihan. Nabi Muhammad pun dah larang.

2. Kelihatan ramai yang mencium dan mendakap Kaabah. Apakah khasiatnya?
Jawapan: karut. Nabi dah ajar dah bahagian mana yang perlu disentuh. Tidak ada kelebihan bergayut pada Kaabah itu.

3. Benarkan ada kata-kata Imam Syafie yang mengatakan harus untuk melakukan semua solat sunat berjemaah?
Jawapan: tidak mungkin. Kena bawa dalil kalau ada. Setakat ini, tidak berjumpa.

4. Tentang hukum muzik.
Jawapan: banyak pendapat. Ada yang larang dan ada yang benarkan.

5. Saiz malaikat?
Jawapan: mereka boleh besar dan boleh kecilkan diri. Seperti jibrail, apabila datang, dia akan datang dengan menyesuaikan diri dengan keadaan. Supaya tidak menakutkan orang yang mereka temui. Kadang-kadang ada malaikat yang menyerupai sebagai manusia. Mereka juga ada disebut dalam hadis menduga manusia. Mereka menyerupai manusia dan meminta tolong kepada manusia. Oleh itu, kalau ada yang minta pertolongan dengan kita, entah-entah mereka malaikat. Oleh itu, kalau tak dapat nak bantu, jangan kita herdik mereka.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s