We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari, Kitab Waktu-waktu Sembahyang Sesi 32 Bab Orang Yang Meninggalkan Solat `Asar August 3, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 6:09 pm

Bab 97 Orang Yang Meninggalkan Solat `Asar

Ini adalah tentang orang yang terlepas solat Asar. Ada yang kata tajuk bab ini tidak perlu. Sebelum ini pun tentang terlepas juga. Tapi takkan Imam Bukhari sengaja sahaja buat tajuk ini.

Bab sebelum ini tentang meninggalkan solat Asar tanpa sengaja. Sekarang tajuk ini tentang mereka yang sengaja meninggalkan solat Asar. Maka tentu ada perbezaan. Sebab itulah tidak boleh disamakan dengan tajuk sebelum ini.

Lagi teruk kesan dalam tajuk ini. Ia menyatakan bahawa kalau tinggal solat Asar, maka sia-sia segala amalannya selama ini. Lebih dari hilang keluarga dan harta. Kalau dah hilang keluarga dan harta pun memang dah sedih. Tapi kalau hilang segala amal, lagi sedih. Tak ada peluang masuk syurga.

Kenapa Solat Asar sahaja disebut? Bagaimana pula dengan solat-solat yang lain? Kita pun tak tahu kenapa. Takkan dapat faham. Memang banyak benda kita tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu. Bukan kerja kita nak tahu semuanya.

520 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا هِشَامٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَبِي المَلِيحِ، قَالَ: كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي غَزْوَةٍ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ، فَقَالَ: بَكِّرُوا بِصَلاَةِ العَصْرِ، فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ العَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ»

520. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Abu Katsir dari Abu Qilabah dari Al Malih berkata, “Kami pernah bersama Buraidah pada suatu peperangan pada hari mendung, lalu ia berkata, “Segeralah laksanakan shalat ‘Ashar! Karena Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda: “Barangsiapa meninggalkan salat ‘Ahar sungguh terhapuslah amalnya.”

Buraidah adalah sahabat yang mati di Khurasan.

Arahan segerakan solat asar itu mungkin bermaksud dijamakkan. Iaitu jamak takdim. Kerana mereka dalam suasana perang dan musafir pula tu. Jadi Buraidah suruh mereka menjamakkan solat supaya mereka tidak ketinggalan asar. Kalau nanti sibuk dengan perang, dah tak sempat nak solat pula. Itulah tafsiran pertama.

Atau tafsiran kedua dari kata-kata Buraidah itu, bermaksud mengerjakan solat asar awal waktu. Ini kita telah belajar sebelum ini bagaimana Nabi selalunya mengerjakan solat Asar itu di awal waktu. Maka, kita tahu bahawa mengerjakan solat Asar di awal waktu adalah Sunnah fiqliah dan qauliah. Kerana Nabi telah beri contoh dengan perbuatannya dan juga dengan kata-katanya. Maka, itu adalah Sunnah yang kuat.

Nabi sebut kesan buruk yang khusus tentang solat asar. Tidak ada perkataan yang sama disebut tentang solat-solat lain. Ini adalah termasuk dalam perkara yang kita tidak tahu kenapa.

Kata-kata Buraidah itu mauquf (berhenti pada sahabat) tapi ianya hukum marfu‘ (terangkat kepada Nabi). Mauquf fil hukmi marfu’. Yang dikatakan perkataan itu mauquf adalah kerana nampak dari hadis ini, ianya dari kata-katanya sendiri: “Segeralah laksanakan shalat ‘Ashar!”. Adakah Nabi sendiri pernah berkata begitu? Atau ianya adalah katanya sendiri? Mungkin kerana dia tahu bahawa amat pentingnya solat Asar itu sampaikan dia suruh anak buahnya mengerjakan solat Asar dengan segera. Atau memang itu adalah dari ajaran dan kata-kata Nabi sendiri. Kita memegang pendapat yang mengatakan bahawa sahabat tidak akan berkata sesuatu hal agama melainkan apa yang mereka dapat dari Nabi. Kalau mereka berkata, mesti ada sandaran dari Nabi. Sebab itulah dikatakan yang dari segi hukum, ianya adalah marfu’.

Dalam riwayat Ahmad, dengan jelas menyampaikan hadis ini dengan semuanya sekali dengan kata-kata Nabi sendiri. Bermakna, Nabi sendiri yang suruh mempercepatkan solat Asar. Oleh itu, perkataan “Barangsiapa meninggalkan shalat ‘Ashar sungguh terhapuslah amalnya.” itu adalah marfu’ kepada Nabi.

Hadis-hadis seperti ini dijadikan dalil oleh puak Khawarij dan muktazilah untuk menyatakan bahawa mereka yang melakukan dosa besar jadi kafir. Mereka kata kalau tinggal solat, jadi kafir. Mereka ini terlalu ekstrem. Mereka ada fikiran yang berpenyakit. Sampaikan Khawarij kata sahabat yang selepas Uthman yang menerima kekhalifahan Saidina Ali sebagai kafir. Puak Muktazilah pula menggunakan akal semata-mata dalam pemahaman agama mereka. Mereka memang ada sebut ayat Quran tetapi mafhum mereka adalah salah.

Benarkah boleh sampai jadi kufur kalau tinggal asar dengan sengaja? Apakah maksud ‘terhapus amal’? Bukan lah maksudnya jadi kufur kerana dia tak keluar Islam. Bukan dia sampai jadi murtad kalau tinggalkan solat. Tapi mantuq (perkataan yang tertulis) hadis ini kata, terhapus amalannya. Mantuq: jelas disebut. Beza dengan mafhum – pemahaman yang boleh diambil. Jadi kena takwil hadis yang sebegini.

Hadis seperti ini juga dijadikan dalil oleh golongan hanabilah (mazhab Hambali) yang kata kafir kalau tinggal solat.

Dalam mentakwil hadis ini, ulama berbeza pendapat:
1. Yang dikatakan terhapus amalnya itu adalah kalau dia tidak solat itu kalau dia berpendapat ‘tidak perlu solat’. Iaitu dia anggap solat tidak fardhu. Bukan sebab dia malas nak solat. Kalau anggap solat tak fardhu, maka dia telah murtad.
Kalau dia cuma malas sahaja, maka imannya tidak sempurna, tapi bukanlah sampai tidak beriman langsung.
2. Apakah yang terhapus? Semua amalan atau solat itu sahaja?

Ada yang kata:
– majaz sahaja, atau
– hampir-hampir, atau
– amalan itu tidak sempurna, atau
– amalan itu tidak dapat menyelamatkannya dari neraka. Dia akan kena masuk neraka dahulu, barulah dipakai pahala dari amalannya itu, atau
– pahala yang terhapus adalah solat hari itu sahaja.
– dia tidak dapat keseluruhan pahala solat kerana dia tidak buat di awal waktu. Hanya akan dapat pahala yang penuh kalau dia buat di awal waktu.
– amalan kebajikan lainnya akan terhapus. Sebagai contoh, kalau dia lewat solat itu kerana perniagaannya, keuntungan perniagaannya itu tiada keberkatan.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini: 

  1. Kelebihan solat asar awal waktu iaitu dalam waktu afdhal.
  2. Para sahabat amat mementingkan ajaran Nabi. Sampai waktu perang pun sebut lagi apa yang Nabi pernah kata.
  3. Perjuangan mengembangkan Islam seperti jihad terus berjalan walaupun selepas Nabi wafat. Dakwah dan jihad sentiasa berjalan seiring. Tidak boleh ditinggalkan salah satunya.
  4. Kesan dosa besar kalau meninggalkan solat asar dengan disebut secarakhusus. Kalau tinggalkan waktu lain pun dosa juga, tapi tidak disebut dengan khusus. Ini menunjukkan kepentingan menjaga solat asar itu dengan lebih lagi.
  5. Jangan terus faham literal kepada sesuatu hadis. Macam hadis ini, kalau kita salah faham, kita ingat sesiapa yang meninggalkan solat asar, terus jadi kafir.
  6. Keberkatan sesuatu pekerjaan itu berkait dengan amalan kita. Sebagai contoh, telah disebut bagaimana kalau kita melengahkan solat kerana kerja, keberkatan pada kerja itu tidak akan didapati.
  7. Ganjaran pahala kepada amalan tidak sama. Sampaikan ada kalanya tidak ada pahala langsung. Itu sekiranya kita tidak menjaga amalan itu.
  8. Ada banyak hadis Nabi perlu takwil kerana canggah dengan usul agama. Dan apakah usul agama itu, kena belajar.
  9. Sunnah yang kuat adalah hadith qawli. Iaitu apabila Nabi sendiri menyuruh dengan kata-katanya sendiri.

Soalan:
Hadis uban adalah cahaya statusnya dhaif. Nabi suruh khidhob (mewarnakan rambut). Ini adalah satu sunnah yang ditinggalkan. Boleh pahala kalau kita mewarnaan rambut kita, kalau kita buat dengan niat ikut Sunnah. Yang hadis larangan mewarnakan rambut adalah apabila kita dye rambut hamba. Kerana ini melibatkan penipuan dalam penjualan hamba. Kerana kalau hamba kita tua, dan kita warnakan rambut dia, maka orang yang membeli akan tertipu.

Nabi sendiri ada mewarnakan rambut baginda. Tapi Nabi tidak selalu buat kerana tidak banyak rambut baginda yang beruban. Tapi para sahabat besar yang lain memang jelas mereka telah mewarnakan rambut mereka, seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain lagi.

Kelebihan mewarnakan rambut ini adalah: musuh Islam akan gerun dengan kita, kerana mereka akan ingat kita orang yang muda lagi.

Salah faham dalam masyarakat kita adalah kena ‘inai’ rambut. Maka, ramailah yang kita lihat rambut mereka warna merah kerana mereka pakai inai. Inilah salah faham. Kalau rambut kita hitam, dan kita pakai inai merah, maka tentunya orang lain tahu yang kita telah warnakan rambut kita. Maka, dalam hadis boleh didapati bagaimana para sahabat akan mencampurkan pewarna lain dalam larutan itu supaya ikut kembali kepada warna asal rambut kita.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s