We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 30 & 31 Bab Akibat Orang Yang Terlepas July 5, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 4:17 pm

 

بَاب إِثْمُ مَنْ فَاتَتْهُ الْعَصْرُ
Bab 96 Akibat Orang Yang Terlepas[1] Sembahyang `Asar

[1] Ya`ni terlepas dengan tidak sengaja

Perkataan إِثْمُ dalam tajuk ini diterjemahkan di sini dengan ‘akibat’ dan bukan seperti maksud yang biasa digunakan: ‘dosa’. Kenapakah begitu? Akan dibincangkan di bawah nanti.

Tajuk ini menjadi perbincangan panjang ulama. Kenapa?

Pertama, tajuk ini dan tajuk selepas ini nampak macam sama. Padahal Imam Bukhari telah beriltizam untuk tidak mengulang tajuk.

Kedua, apakah makna فَاتَتْهُ? Apakah maksud ‘terlepas’ itu? Terlepas apa?

Ketiga, apakah erti إِثْمُ? Betulkah ianya bermaksud ‘dosa’?

Keempat, apakah akibat kalau terlepas solat selain dari asar? Adakah sama atau tidak dengan tinggalkan asar?

1. Ini adalah pendapat-pendapat yang diberikan berkenaan dengan permasalahan No 1 di atas – perbezaan atau persamaan bab ini dan bab selepasnya:
A – tidak sama sebenarnya tajuk ini dan tajuk selepas bab ini. Bab 96 ini Dikatakan ianya adalah tentang mereka yang terlepas waktu harus. Iaitu mereka buat solat dalam waktu makruh dan haram. Bab 96 ini adalah tentang melewatkan solat dari ‘waktu harus’ tanpa keuzuran. Bab 97 pula meninggalkan terus solat asar.

B – ada kata bab ini adalah tentang mereka yang meninggalkan solat kerana terlupa yang tak sengaja. Kalau sengaja, dah tentu confirm itu adalah satu kesalahan besar. Tapi bagaimana kalau dia tertinggal solat dengan tidak sengaja?
Inilah maksud yang dipilih oleh Imam Tirmizi kerana dia meletakkan hadis ini dalam bahagian ‘terlupa solat’. Maknanya, ada juga akibat buruk yang besar yang akan diterima manusia, walaupun mereka tidak sengaja.

C – membawa maksud yang sama dalam kedua tajuk itu. Iaitu dua-dua hendak menyatakan akan dapat ‘dosa’ apabila meninggalkan solat asar. Bukhari pisahkan kerana menjaga lafaz dua riwayat yang berbeza.

D – orang yang berdosa akan menyesal sangat di akhirat nanti. Iaitu mereka yang melewatkan solat asar sebagai menjadi kebiasaan untuk dirinya. Dan tidak kisah dengan waktu afdhal dan mustahab untuk solat asar. Kerana mereka melanggar Sunnah Nabi. Akibatnya mereka akan sangat-sangat menyesal. Sesalan mereka itu kerana meninggalkan Sunnah Nabi. Mereka tidak kisah dengan sunnah Nabi.
Mereka bukan kata tiada afdhal, tapi seolah-olah begitulah dengan perbuatan mereka. Kalau kata tidak ada waktu afdhal, itu memang dah salah besar dah tu.

Komen Maulana: jawapan A dan B tidak sesuai kalau dikatakan berdosa kalau tertinggal solat Asar. Kerana kalau ada uzur, tidak menyebabkan kesalahan. Sebab tak sengaja.
Dan Nabi pun ada kata kalau dapat satu rukuk dalam solat dalam waktu, maka dia akan dikira dapat waktu itu. Kenapa pula dikatakan dia berdosa kalau dia masih lagi dapat pahala? Maknanya, seseorang itu tidak ‘terlepas’ lagi solat itu.

Takkan buat sesuatu dengan tidak sengaja boleh dapat dosa pula? Hadis Nabi kata Allah akan maafkan kalau tak sengaja, terpaksa atau terlupa.

Jawapan C juga kurang memuaskan. Tidak sama dua-dua keadaan itu. Orang yang tertinggal solat tidak berdosa seperti orang yang meninggalkannya dengan sengaja.

Jawapan yang lebih tepat adalah jawapan dalam D. Amat penting menjaga Sunnah Nabi. Jangan dipandang kecil dengan apa yang dilakukan oleh Nabi.

 

Kemusykilan kedua: apakah maksud ‘terlepas’. Para ulama berbeza pendapat. Berikut adalah pendapat-pendapat mereka:

A. Imam Malik berpendapat orang yang tidak solat pada waktunya yang terpilih. Atau terlepas waktu afdhal.

B. Orang yang tidak sempat solat asar terus. Sampai matahari terbenam. Sampai kena qada solat Asar itu.

C. Tidak sempat solat sebelum matahari menguning.

D. Ibn Hajar berpendapat ianya tentang orang yang melewatkan solat asar sehingga keluar dari waktu harus tanpa sebab. Solat itu sah tapi tidak molek.

E. Tidak menunaikannya dengan berjemaah. Solat Asar berjemaah itu disaksikan malaikat. Mereka terlepas persaksian itu. Kenapa tak disebut waktu lain? Kerana Nabi sebut waktu ini. Memang tidak ada disebut jemaah dalam hadis. Tapi itu yang diambil pemahaman berdasarkan pendapat. Tapi waktu subuh pun malaikat ada juga. Kenapa tak termasuk?

 

Kemusykilan ketiga adalah apa maksud إِثْمُ dalam tajuk itu? Maksud asal إِثْمُ adalah ‘dosa’. Adalah Imam Bukhari pakai makna asal atau maksud yang majaz (kiasan)? Ada dua pendapat tentang hal ini. Ada yang kata ianya memakai makna asal iaitu ‘dosa.

Tapi, ada persoalan di sini: Adakah kalau tertinggal waktu afdhal sampai berdosa? Senangkah untuk berdosa? Kalau tinggal dengan sengaja solat asar tentulah berdosa. Oleh itu pendapat kedua kata bukan dosa yang dimaksudkan dengan perkataan إِثْمُ itu. Ianya hanya majaz sahaja. Iaitu kekesalan yang amat sangat. Walaupun tidak berdosa tapi dia akan menyesal sangat. Orang berdosa pun menyesal juga. Sesal itu seperti kehilangan keluarganya. Di akhirat nanti akan sesal. Sedih sangat. Semoga kita tidak begitu.

 

Kemusykilan keempat: bagaimana dengan solat-solat lain? Ini juga ulama berbeza pendapat. Zahir hadis hanya berkenaan solat asar sahaja. Tapi ada kemungkinan Nabi sabda begini kerana menjawap soalan sahabat tentang solat asar. Apabila sahabat bertanya tentang solat Asar, maka Nabi jawap tentang solat Asar sahaja. Tapi solat lain pun sama juga. Jadi, tidak menafikan benda yang sama kepada solat-solat lain. Tapi pendapat ini ada juga ditolak kerana tidak ada nas. Kalau nak kaitkan dan qiyas, kena tahu apakah ilat yang berkenaan. Kita tidak tahu dengan jelas apakah sebab Nabi mengkhususkan waktu Asar dalam hadis ini.

Kenapa terdapat lebih ancaman diberikan tentang solat Asar? Kenapa ada khusus untuk solat Asar?
1. Kelebihannya dan kerana ianya disaksikan oleh malaikat.
2. Sebagai galakan supaya dijaga dan dikerjakan kerana waktu itu manusia sibuk dan leka dengan urusan harian dunia.
3. Untuk menarik perhatian kepada sembahyang wustha – solat pertengahan – seperti yang disebut dalam Quran. Ianya dikatakan bermaksud solat asar.
4. Solat asar adalah sangat istimewa sampaikan kalau tertinggal solat dalam waktu afdhal pun dah seperti kehilangan keluarga. Apatah lagi kalau tinggal terus.
5. Waktu subuh dan asar itu adalah dua waktu yang malaikat berkumpul. Tapi kena asar sahaja yang disebut? Kerana kalau subuh, ada juga keuzuran kalau terlepas. Kerana tertidur contohnya. Tapi kalau waktu asar, alasan apa lagi?
6. Kita tidak tahu apakah ilat kenapa tinggi sangat kedudukan solat Asar itu. Akal kita tak sampai.
7. Waktu itu manusia sibuk cari wang untuk ahli keluarganya. Tapi kalau dia tertinggal waktu solat itu, seperti dia kehilangan keluarganya dan segala harta benda pula. Itulah kaitan kenapa disebutkan keluarga dan harta benda. Mereka sibuk kerana hendakkan harta untuk diguna dengan keluarga. Tapi kerana sibuk itu, mereka tertinggal solat.
8. Waktu asar asar adalah simbolik hujung hayat manusia. Itulah waktu matahari nak tenggelam sebagai isyarat hayat dah di hujung. Maka waktu asar itu adalah penting untuk diingatkan. Waktu itulah lagi penting untuk kita ingat kepada mati. Sepatutnya tak lupa dan kalau lupa, amat rugi sekali.

519 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ فكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ { يَتِرَكُمْ } وَتَرْتُ الرَّجُلَ إِذَا قَتَلْتَ لَهُ قَتِيلًا أَوْ أَخَذْتَ لَهُ مَالًا

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Nafi’ dari ‘Abdullah bin ‘Umar, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Orang yang terlepas salat ‘Ashar seperti orang yang kehilangan ahli keluarga dan hartanya.” Abu Abdillah berkata: يَتِرَكُمْ – engkau berkata, aku telah membuat seseorang hidup sendirian dan tidak memiliki apa-apa harta lagi setelah engkau membunuh seseorang dari ahli keluarga dan sahabatnya atau engkau mengambil harta bendanya. (Qs. Muhammad: 35)

Abu Abdillah yang disebut dalam hadis ini adalah Imam Bukhari sendiri. Dia menggunakan ayat Quran untuk menjejaskan apa maksud وُتِرَ yang ada dalam hadis. Apabila beliau membaca hadis ini, terus dia teringat kepada kata yang sama yang digunakan dalam Quran. Ini menunjukkan penting untuk rujuk Quran. Quran adalah rujukan utama kita dalam agama. Dan kena tahu ilmu alat dalam tafsir.

 

hadis yang seterusnya: 

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s