We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu Solat; Bab waktu Asar Sesi 29 July 4, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 5:32 pm

Ini adalah dalil lagi dari Imam Bukhari bahawa Nabi solat asar di awal waktu. Telah banyak dalil yang telah diberikan.

516 – حَدَّثَنَا ابْنُ مُقَاتِلٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا أُمَامَةَ بْنَ سَهْلٍ يَقُولُ صَلَّيْنَا مَعَ عُمَرَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ الظُّهْرَ ثُمَّ خَرَجْنَا حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ فَوَجَدْنَاهُ يُصَلِّي الْعَصْرَ فَقُلْتُ يَا عَمِّ مَا هَذِهِ الصَّلَاةُ الَّتِي صَلَّيْتَ قَالَ الْعَصْرُ وَهَذِهِ صَلَاةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّتِي كُنَّا نُصَلِّي مَعَهُ

516. Telah menceritakan kepada kami Ibnu Muqatil berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Bakar bin Utsman bin Sahl bin Hunaif berkata, “Aku mendengar Abu Umamah bin Sahl berkata, “Kami telah salat Zhuhur berimamkan ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. Setelah selesai kami keluar mendatangi Anas bin Malik, dan kami dapati Anas sedang melaksanakan salat ‘Ashar. Maka aku pun bertanya, “Wahai pakcik, salat apakah yang pakcik kerjakan baru sekejap tadi?” Dia menjawab, “Salat ‘Ashar. Waktu seperti inilah yang selalu kami lakukan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dahulu.”

Apabila mereka setelah selesai solat Zuhur itu, telah pergi menziarahi Anas bin Malik. Ini adalah kebiasaan kerana mereka menghormati sahabat Nabi yang masih hidup lagi. Dan dikatakan bahasa Anas bin Malik tinggal bersebelahan sahaja dengan Masjid Nabi. Bila mereka sampai, mereka hairan kerana nampak beliau sedang solat. Sedangkan rumah beliau tidaklah jauh dari masjid.

Jadi nampak disini, Anas solat asar awal dan Umar Abd Aziz nampaknya solat zuhur lewat. Itulah yang kita boleh faham dari pembacaan ringkas hadis ini.

Macam-macam hujah diberikan oleh ulama untuk menerangkan kenapa Umar Abd Aziz solat lewat. Kerana mereka nak defend Umar Abd Aziz. Kerana beliau seorang yang terkenal baik, maka mereka nak cari juga sebab untuk menampakkan baik perbuatannya itu. Sampai tak senang hati kalau ada tercalar kedudukan Umar Abd Aziz itu. Ada yang kata beliau tidak tahu Sunnah Nabi yang selalunya solat awal – sebab itulah dia solat lewat. Ada yang kata beliau solat lewat itu adalah kerana beliau uzur. Tapi ada yang kata memang pemimpin Umayyah memegang pendapat yang mengatakan molek solat lewat sedikit seperti yang akan diamalkan oleh mazhab Hanafi. Mereka pun ada hujah mereka sepertimana Imam Abu Hanifah pun ada hujah juga. Bukanlah mereka tidak kisah tentang agama. Bukanlah mereka lalai tentang agama. Tapi mereka ada dalil-dalil lain yang mereka pegang dan mereka rasa itulah pendapat yang lebih kuat.

Memang ada yang menggunakan hadis sebegini untuk memburukkan pemimpin Bani Umayyah. Tapi bila sampai kepada Umar Abd Aziz, mereka terdiam sekejap. Terkedu mereka. Sebab beliau dikenali sebagai baik. Maka, dengan beliau, mereka akan menggunakan berbagai takwil dan alasan untuk defend beliau.

Para pemimpin Bani Umayyah itu bukanlah buta Sunnah. Tapi mereka ada fahaman sendiri. Kita kena cari apakah dalil mereka.

Peristiwa ini semasa beliau jadi gabenor Madinah sebelum menjadi Khalifah umat Islam. Kita pasti perkara ini kerana Anas mati 9 tahun sebelum Umar jadi khalifah. Umur Umar Abd Aziz setakat 38 tahun sahaja. Sekejap sahaja beliau memerintah. Khalifah yang dipandang tinggi oleh sejarah dan orang Islam sedunia rupanya sekejap sahaja memerintah? Jadi musuh Islam nak kata zaman kegemilangan Islam tak lama. Yang lain, mereka kata teruk dan tak boleh pakai. Khalifah lain mereka tak kira. Mereka burukkan khalifah yang lain. Pandai musuh Islam ubah pandangan kita. Halus sekali jarum yang mereka masukkan. Tanpa kita sedari.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini: 

  1. Zaman salaf dulu, pemimpinlah yang jadi imam solat. Mereka pemimpin dalam hal dunia dan mereka juga pemimpin dalam hal agama.
  2. Para sahabat menjadi rujukan kepada mereka. Mereka akan lawat dan dapatkan ilmu dari para sahabat yang masih hidup.
  3. Sahabat ambil berat amalan zaman Nabi.
  4. Mengikut pendapat Anas bin Malik, solat Asar adalah di awal waktu. Mazhab Hanafi ikut sahabat lain pula. Sahabat itu banyak dan kadang-kadang ada pendapat yang berbeza.
  5. Memang ada khilaf dalam golongan salaf tentang perkara furuk dan fiqh. Jangan jadikan ini sebagai satu perkara besar yang merendahkan martabat umat Islam pula.
  6. Hormat orang tua. Panggilan ‘pakcik’ pun ada dalam masyarakat Arab.

 

517 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي الْعَصْرَ ثُمَّ يَذْهَبُ الذَّاهِبُ مِنَّا إِلَى قُبَاءٍ فَيَأْتِيهِمْ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ

517. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari Anas bin Malik berkata, “Kami dahulu melakanakan salat ‘Ashar (di awal waktunya), dan jika salah seorang dari kami pergi ke Quba, dia sampai kepada mereka (penduduk), ketika matahari masih lagi tinggi.”

Quba’ adalah sebahagian dari الْعَوَالِي. Ini lebih detail lagi dari hadis sebelumnya.

Ini adalah sebagai bukti bahawa Nabi solat asar awal. Jelas dari hadis-hadis ini. Kalau tidak, mana mungkin mereka yang solat dengan baginda dan pergi ke Quba’ masih lagi matahari tinggi.

Banyak masjid zaman Nabi. Jangan kita ingat ada Masjid Nabawi sahaja.

 

518 – حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ حَيَّةٌ فَيَذْهَبُ الذَّاهِبُ إِلَى الْعَوَالِي فَيَأْتِيهِمْ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ وَبَعْضُ الْعَوَالِي مِنْ الْمَدِينَةِ عَلَى أَرْبَعَةِ أَمْيَالٍ أَوْ نَحْوِهِ

518. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari Anas bin Malik berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu melaksanakan shalat ‘Ashar ketika matahari masih tinggi dan hidup. Dan orang yang pergi ke الْعَوَالِي sampai kepada mereka semasa matahari masih lagi tinggi. Jaraknya dengan Madinah ada kira-kira 4 batu.”

Apabila Nabi sampai, mereka masih lagi solat. Maknanya Nabi tahu mereka solat lewat tapi Nabi tak tegur. Ini menunjukkan boleh untuk solat lewat. Kelapangan diberikan dalam Islam.

Keadaan masyarakat tidak sama. Mungkin kerja mereka lain. Mungkin mereka tidak sesuai untuk solat awal. Prinsip dalam Islam adalah mudah.

Ayat terakhir tentang jarak itu adalah kata perawi. Untuk kita boleh agak berapakah jauhnya tempat itu dari tempat Nabi. Paling dekat adalah dalam lingkungan 4 batu. Ada yang lagi jauh sampai 8 batu. Sebab kawasan itu luas.

 

Link kepada hadis yang seterusnya

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s