We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu Solat; Bab waktu Asar Sesi 25, 26, 27, 28 June 10, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 3:32 pm

Bab waktu asar Sesi 25, 26, 27, 28

بَاب وَقْتُ الْعَصْرِ

Bab Waktu `Asar

Bilakah Nabi solat asar?Waktu solat itulah waktu yang terbaik. Zuhur sampai asar telah disebut sebelum ini. Tapi bilakah waktu asar itu? Tak sebut dalam tajuk ini. Kenapa tidak disebut? Kerana ulama berbeza pendapat tentang bilakah hujung waktu zuhur. Ada khilaf ulama. Yang kita biasa adalah apabila bayang sama panjang. Tapi ada juga pendapat yang kata bila bayang dua kali panjang. Imam Bukhari menghormati kedua-dua pendapat itu. Hadis yang kata bayang sama itu dinamakan hadith mithl. Yang kata dua kali bayang pegang hadis mithlain. Dua dua hadis itu tidak dibawanya dalam kitabnya ini. Ini adalah kerana Imam Bukhari mempunyai kriteria yang ketat untuk hadis itu dipegang sebagai hujah. Walaupun sahih, tapi kedua duanya tidak menepati syaratnya. Syarat Imam Bukhari memang ketat.

Tapi lihatlah hadis-hadis yang dibawanya dibawah. Iaitu menceritakan bagaimana Nabi selalunya solat diawal waktu. Iaitu apabila solat itu selesai, matahari masih cerah lagi. Itulah pendapat jumhur ulama yang dipegang termasuk di tempat kita ini. Oleh itu jangan kata Imam Bukhari ni pelik sampai sentiasa lain dengan orang lain.

Yang lain sedikit pendapatnya adalah dari Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah sendiri pun ada 4 pendapat tentang waktu asar. Salah satunya sama dengan umur ulama. Oleh itu ada yang kata Abu Hanifah telah tukar pendapat beliau. Ada juga ulama-ulama Hanafi pun tidak pakai semuanya pendapat Imam Abu Hanifah. Mereka tidak taksub dengan pendapatnya. Mereka akan pakai pendapat yang kuat juga. Begitulah kita jangan taksub dengan mazhab kita. Tapi, masalahnya, kalau di Malaysia ini, kalau dah pendapat Imam Syafie, dipegang kemas sangat sampai tidak boleh tukar dah. Walaupun ada pendapat yang lebih kuat lagi.

Rumusannya, Hadis yang digunakan oleh mazhab Hanafi untuk mengatakan mula waktu asar lewat adalah lemah. Padahal banyak hadis sahih mengatakan Nabi solat asar awal. Kalau ada nabi solat lewat, bukanlah itu kebiasaan baginda.

Sheikh Zakaria pula berpegang dengan satu riwayat yang mengatakan bahawa Umar mengutus surat kepada gabenor-gabenornya untuk solat zuhur apabila bayang sama dengan panjang diri dan solat asar apabila dua kali ganda bayang itu. Dia kata takkan sahabat yang ada lagi waktu itu tak tegur beliau kalau beliau salah. Dia bawa kisah sahabat tegur Umar pakai baju. Pada suatu waktu, kerajaan Islam dapat kain. Maka, dibahagikan kepada semua rakyat, dapat seorang sedikit. Suatu waktu, Umar telah memanggil rakyat dan beliau berkata: ‘dengarlah dan taatlah’. Ada sahabat yang kata: ‘tidak ada taat pada hari ini, sampai kamu jelaskan kenapa kain yang kamu pakai itu lebih banyak dari apa yang kami dapat’. Ini adalah kerana Umar berbadan besar. Jadi, mereka lihat beliau pakai baju yang cukup. Mereka nampak kalau begitu, tentunya dia telah mengambil kain lebih dari mereka. Umar tidak menjawap tapi memanggil anaknya Ibn Umar untuk menjelaskan. Ibn Umar menjelaskan bahawa bahagiannya telah diberikan kepada ayahnya. Itulah sebabnya kain Umar lebih sedikit. Jadi, hujah yang diberikan oleh Syeikh Zakaria adalah, kalau arahan Umar kepada gabenor-gabenornya itu salah, tentunya masih ada sahabat yang akan tegur beliau. Kerana kalau bab kain pun mereka berani tegur dan tidak biarkan sahaja, takkan bab waktu solat mereka diamkan. Begitulah hujah Sheikh Zakaria.

Tapi riwayat itu lemah. Ada masalah dengan perawi. Sepatutnya itu diterima sebagai mungkar kerana banyak lagi riwayat lain lagi yang lain. Itulah yang kita katakan bahawa hujah-hujah yang dibawakan oleh mereka yang berpegang dengan pendapat Imam Abu Hanifah itu adalah lemah.

 

Satu lagi dalil bagi mereka yang menyokong Abu Hanifah, adalah hadis amalan puak kitab dan umat Islam.

“Sesungguhnya masa kalian dibandingkan umat-umat sebelum kalian adalah bagaikan antara salat ashar hingga matahari terbenam. Ahli taurat diberi Taurat, lantas mereka mengamalkannya hingga pertengahan siang, kemudian mereka penat sehingga mereka diberi satu-satu qirath. Kemudian ahlu Injil diberi Injil dan mengamalkannya hingga salat ashar, kemudian mereka penat melaksanakannya, dan mereka diberi satu-satu qirath. Kemudian kalian diberi al Quran, lantas kalian mengamalkannya hingga matahari terbenam, akhirnya kalian diberi dua-dua qirath. Ahli Taurat dan Injil berkata: ‘Bagaimana ini, mereka (umat Islam) kurang lagi amalannya daripada kami, namun pahalanya lebih banyak? ‘ Maka Allah menjawab, ‘apakah aku menzhalimi (mengurangi) apa-apa terhadap ganjaran kalian? ‘ Mereka menjawab, ‘Engkau tidak menzhalimi! ‘ Maka Allah berkata, ‘Itulah kelebihan kurniaan-Ku yang Aku berikan kepada siapa saja yang Aku kehendaki’. (HR. Al Bukhari).

Kita orang Islam kurang sikit amalan kita tapi kita dapat lebih banyak dapat dari mereka. Dari hadis itu mereka mengatakan bahawa waktu asar itu sepatutnya lebih pendek dari waktu zuhur. Kerana kalau waktu asar itu lebih dari waktu zuhur, tentunya puak ahli kitab tidak bising. Tapi sekarang mereka bising kerana amalan kita buat, tidaklah sebanyak mereka, tapi pahala kita dapat lebih banyak dari mereka.

Itulah dalil-dalil mazhab Hanafiah untuk menyatakan yang solat asar waktunya mula lambat. Tapi dalil-dalil yang diberikannya itu tidak cukup kuat untuk dijadikan sebagai hujah. Ianya hanya sampai ke tahap isyarat nas sahaja. Tidak sampai kepada ibarat nas. Inilah dua terminologi yang digunakan dalam usul fiqh. Ibarat nas adalah nas yang jelas dan terang. Isyarat nas adalah sesuatu maksud di sebaliknya.

Contoh ayat ini:
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

maka bertanyalah kamu kepada AhluzZikri” jika kamu tidak mengetahui.

Ibarat nas ayat ini adalah: kalau kita tidak tahu, maka kenalah kita tanya. Jangan buat memandai. Itu adalah arahan yang jelas dalam ayat ini. Ianya adalah terang.

Isyarat nas ayat ini: kena ada orang berilmu dalam dunia ini. Kalau tidak, kita nak tanya kepada siapa? Maka hendaklah kita mendapatkan ilmu. Dan hendaklah kita menyediakan persiapan untuk mendapatkan ilmu itu. Seperti mengadakan universiti, kelas pengajian dan sebagainya. Itu pun wajib juga. Tapi isyarat nas ini kena diterangkan lagi kerana ianya tidak jelas dengan sekali baca sahaja.

Oleh itu, hujah-hujah yang mereka bawa bukanlah jelas dan terang mengatakan yang Nabi solat Asar lewat. Hanya hujah yang tidak pasti sahaja.

Hanafiah juga bawa atsar sahabat yang solat asar lewat seperti Ali, Ibn Mas’ud. Riwayat itu sahih tapi tidak pasti samada mereka anggap waktu asar hanya masuk waktu itu atau lebih afdhal waktu itu. Adakah apabila dikatakan mereka ‘selalu’ itu adakah sepanjang hayat atat tidak?

Jumhur ulama mengatakan masuk asar apabila bayang panjang sikit dari diri. Mereka menggunakan dalil jibrail solat dengan Nabi pada hari pertama selepas isra mi’raj. Iaitu apabila bayang panjang sedikit dari diri. Jelas sekali hadis itu yang terdapat dalam Sunan Tirmizi. Maaf, ada terjemahan English sahaja:

حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الزِّنَادِ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ عَيَّاشِ بْنِ أَبِي رَبِيعَةَ، عَنْ حَكِيمِ بْنِ حَكِيمٍ، وَهُوَ ابْنُ عَبَّادِ بْنِ حُنَيْفٍ أَخْبَرَنِي نَافِعُ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ أَمَّنِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ عِنْدَ الْبَيْتِ مَرَّتَيْنِ فَصَلَّى الظُّهْرَ فِي الأُولَى مِنْهُمَا حِينَ كَانَ الْفَىْءُ مِثْلَ الشِّرَاكِ ثُمَّ صَلَّى الْعَصْرَ حِينَ كَانَ كُلُّ شَيْءٍ مِثْلَ ظِلِّهِ ثُمَّ صَلَّى الْمَغْرِبَ حِينَ وَجَبَتِ الشَّمْسُ وَأَفْطَرَ الصَّائِمُ ثُمَّ صَلَّى الْعِشَاءَ حِينَ غَابَ الشَّفَقُ ثُمَّ صَلَّى الْفَجْرَ حِينَ بَرَقَ الْفَجْرُ وَحَرُمَ الطَّعَامُ عَلَى الصَّائِمِ ‏.‏ وَصَلَّى الْمَرَّةَ الثَّانِيَةَ الظُّهْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّ كُلِّ شَيْءٍ مِثْلَهُ لِوَقْتِ الْعَصْرِ بِالأَمْسِ ثُمَّ صَلَّى الْعَصْرَ حِينَ كَانَ ظِلُّ كُلِّ شَيْءٍ مِثْلَيْهِ ثُمَّ صَلَّى الْمَغْرِبَ لِوَقْتِهِ الأَوَّلِ ثُمَّ صَلَّى الْعِشَاءَ الآخِرَةَ حِينَ ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ أَسْفَرَتِ الأَرْضُ ثُمَّ الْتَفَتَ إِلَىَّ جِبْرِيلُ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ هَذَا وَقْتُ الأَنْبِيَاءِ مِنْ قَبْلِكَ ‏.‏ وَالْوَقْتُ فِيمَا بَيْنَ هَذَيْنِ الْوَقْتَيْنِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَبُرَيْدَةَ وَأَبِي مُوسَى وَأَبِي مَسْعُودٍ الأَنْصَارِيِّ وَأَبِي سَعِيدٍ وَجَابِرٍ وَعَمْرِو بْنِ حَزْمٍ وَالْبَرَاءِ وَأَنَسٍ ‏.‏

Ibn Abbas narrated that :
the Prophet said: “Jibril (peace be upon him] led me (in Salat) twice at the House. So he prayed Zuhr the first time when the shadow was similar to (the length of) the strap a sandal. Then he prayed Asr when everything was similar (to the length of) its shadow. Then he prayed Maghrib when the sun had set and the fasting person breaks fast. Then he prayed Isha when the twilight had vanished. Then he prayed Fajr when Fajr (dawn) began, and when eating is prohibited for the fasting person. The second time he prayed Zuhr when the shadow of everything was similar to (the length of) it, at the time of Asr the day before. Then he prayed Asr when the shadow of everything was about twice as long as it. Then he prayed Maghrib at the same time as he did the first time. Then he prayed Isha, the later one, when a third of the night had gone. Then he prayed Subh when the land glowed. The Jibril turned towards me and said: “O Muhammad! These are the times of the Prophets before you, and the (best) time is what is between these two times.”

Dalam hadis ini, jelas mengatakan bahawa Nabi solat Asar bersama Jibrail pertama kali apabila bayang sama dengan panjang diri.

 

Mari kita lihat hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari untuk menguatkan hujahnya.

511 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ لَمْ تَخْرُجْ مِنْ حُجْرَتِهَا

511. Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin ‘Iyadl dari Hisyam, dari bapanya, bahawa ‘Aisyah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu melaksanakan salat ‘Asar ketika sinar matahari belum lagi keluar dari bahagian dalam rumahnya yang tidak berbumbung.”
Abu Usaamah menyebutkan dari Hisyam, “Dari laman rumahnya yang tidak berbumbung.”

Imam Bukhari membawakan hadis ini untuk menyatakan bahawa Nabi solat Asar itu awal, kerana sinar matahari masih ada lagi. Iaitu masih ada lagi sinar yang masuk ke bahagian dalam rumah. Bukanlah matahari tak keluar. Tapi ‘sinar’ matahari. Takkan nak kata matahari ada dalam rumah pula kan?

حُجْرَتِهَا ditafsirkan “laman rumahnya yang tidak berbumbung.” Bukan ambil makna asal – bilik. Ini kena periksa dalam kamus hadis. Dalam hadis ini bermaksud ‘rumah’. Rumah waktu itu ada bahagian yang tidak berbumbung dan tempat itu selalu dijadikan tempat wanita duduk dalam musim panas, untuk mereka jemur pakaian dan sebagainya. Rumah sebegini penting kerana wanita selalunya tidak keluar rumah. Jadi kalau tidak ada tempat sebegini, mereka langsung tak dapat cahaya mataharilah jawapnya.

Kenapa dalam hadis ini disebut ‘rumahnya’? Padahal yang meriwayatkan hadis ini adalah Aisyah. Dan dalam Hadis selepasnya sebut ‘rumahku’? Padahal yang menceritakannya adalah orang yang sama, Aisyah? Seperti ada iltifad dalam ayat ini. Ada yang kata tajrid pula. Iaitu nak menceritakan bahawa bukan rumah dia tapi rumah isteri yang lain. Tapi boleh jadi, rumahnya juga, tapi cara sebutnya sebegitu. Macam bahasa kita jugalah – Macam suami isteri bersembang. Guna ‘dia’ tapi maksud suami dia. Contoh: “Dia tu yang tak datang ambil kita, sekarang nak marah pula…”. Ini dinamakan iltifad. Iaitu menggunakan bahasa yang halus. Iaitu nak marah seseorang, tapi tak sebut kena tepat. Berlembut sedikit.

Jadi, Hadis ini hendak memberitahu kita, kalau sinar matahari masih ada lagi, bermakna Nabi solat asar dalam waktu yang awal. Kalau dah lambat baginda solat, tentulah sinar matahari lewat petang dah tak nampak dah sinar itu. Itulah yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari dalam hadis ini.

 

512 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ فِي حُجْرَتِهَا لَمْ يَظْهَرْ الْفَيْءُ مِنْ حُجْرَتِهَا

512. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Ibnu Syihab dari ‘Urwah dari ‘Aisyah, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam salat ‘Asar ketika sinar matahari masih ada di dalam rumahnya masih belum naik bayang- bayang dari permukaan laman di bahagian dalam rumah ke dinding di sebelah timur rumahnya.”

Hadis ini lebih kurang sama dengan hadis sebelumnya. Kalau matahari telah jatuh, tentulah bayang-bayang akan tinggi dalam rumah. Tapi ini tidak. Bayang-bayang belum naik lagi. Maknanya, Nabi solat Asar awal. Bukanlah lambat seperti yang dipegang oleh Mazhab Hanafiah.

 

513 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ أَخْبَرَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلَاةَ الْعَصْرِ وَالشَّمْسُ طَالِعَةٌ فِي حُجْرَتِي لَمْ يَظْهَرْ الْفَيْءُ بَعْدُ وَقَالَ مَالِكٌ وَيَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ وَشُعَيْبٌ وَابْنُ أَبِي حَفْصَةَ وَالشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ تَظْهَرَ

513. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah mengabarkan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dari Az Zuhri dari ‘Urwah dari ‘Aisyah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam selalu salat ‘Ashar ketika sinar matahari masih lagi kelihatan dalam bahagian dalam rumahku yang tidak berbumbung dan belum nampak bayang-bayang sesuatu.” Malik dan Yahya bin Sa’id dan Syu’aib dan Ibnu Abu Hafsh menyebutkan, “ketika matahari belum lagi naik.”

 

514 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا عَوْفٌ عَنْ سَيَّارِ بْنِ سَلَامَةَ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَأَبِي عَلَى أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ فَقَالَ لَهُ أَبِي كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الْمَكْتُوبَةَ فَقَالَ كَانَ يُصَلِّي الْهَجِيرَ الَّتِي تَدْعُونَهَا الْأُولَى حِينَ تَدْحَضُ الشَّمْسُ وَيُصَلِّي الْعَصْرَ ثُمَّ يَرْجِعُ أَحَدُنَا إِلَى رَحْلِهِ فِي أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَالشَّمْسُ حَيَّةٌ وَنَسِيتُ مَا قَالَ فِي الْمَغْرِبِ وَكَانَ يَسْتَحِبُّ أَنْ يُؤَخِّرَ الْعِشَاءَ الَّتِي تَدْعُونَهَا الْعَتَمَةَ وَكَانَ يَكْرَهُ النَّوْمَ قَبْلَهَا وَالْحَدِيثَ بَعْدَهَا وَكَانَ يَنْفَتِلُ مِنْ صَلَاةِ الْغَدَاةِ حِينَ يَعْرِفُ الرَّجُلُ جَلِيسَهُ وَيَقْرَأُ بِالسِّتِّينَ إِلَى الْمِائَةِ

جل جليسه ُويقر 514. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Auf dari Sayyar bin Salamah berkata, “Aku dan bapaku pernah mengunjungi Abu Barzah Al Aslami. Lalu bapaku berkata kepadanya, “Bagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan salat fardhu?” Abu Barzah menjawab, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan shalat الْهَجِيرَ, yang kalian sebut sebagai sembahyang yang pertama – (zuhur), ketika matahari telah tergelincir, salat ‘Ashar lalu seseorang dari kami pulang ke rumahnya dengan kenderaannya (selepas solat bersama Nabi) di hujung Kota sementara matahari masih hidup (cerah dan bersinar). Aku (Sayyar bin Salamah ) terlupa apa yang beliau katakan tentang Maghrib. Baginda suka melewatkan shalat ‘Isya yang kalian sebut الْعَتَمَةَ itu, dan baginda tidak suka orang tidur sebelum salat Isya dan berbual-bual sesudahnya. Dan baginda selesai melaksanakan salat Shubuh ketika seseorang dapat mengetahui siapa yang ada di sebelahnya, dan baginda membaca enam hingga seratus ayat (dalam solat subuh itu).”

الْهَجِيرَ waktu panas terik. Ini adalah satu lagi nama yang digunakan untuk solat Zuhur.

Ini juga adalah satu lagi dalil bahawa Nabi solat asar awal. Kalau lewat, tak mungkin mereka balik ke hujung kota dan cuaca masih lagi cerah. Kawasan itu paling dekat tiga batu. Dan mereka ada yang naik unta dan ada yang berjalan kaki sahaja.

Kenapa perawi dalam hadis ini terlupa tentang apa yang dikatakan tentang solat maghrib? Sebagai manusia, adalah perkara yang terlupa. Tidak ada masalah dengan hal itu. Tanda dia amanah dengan ilmu. Kalau dia tidak ingat molek, dia akan beritahu. Dia bukan tidak tahu apakah fekah tentang solat maghrib. Tapi dia tidak ingat dengan tepat apakah yang dikatakannya tentang waktu maghrib itu. Dia tidak ingat perkataan yang digunakan oleh perawi di atasnya.

Nabi tak suka orang tidur sebelum isyak takut tertinggal solat isyak.

Nabi juga tidak suka kalau sahabat berbual-bual selepas solat isyak. Sebabnya:
1. Takut tidur lewat dan akan menyebabkan tertinggal solat subuh.
2. Ini adalah perbuatan semasa jahiliah. Mereka memang suka bersembang sampai jauh malam. Sebab mereka bukan nak kena solat subuh.
3. Supaya catatan kitab amalan hari itu berakhir dengan perbuatan yang baik: solat isyak. Kalau bersembang kosong pula, entah apa kesalahan akan dibuat lagi dalam percakapan kita itu.

Larangan Nabi itu adalah kalau berbual kosong. Kalau menimba ilmu atau melibatkan sembang yang molek, tidak mengapa.

Hadis ini juga menunjukkan yang Nabi solat subuh waktu gholas.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis-hadis ini:

  1. Bertanya tentang agama kepada mereka yang tahu. Itu menunjukkan kepentingan belajar agama.
  2. Para sahabat menjadi rujukan kepada tabein. Mereka yang rapat dengan Nabi akan ditanya tentang agama. Itulah cara mendapat ilmu agama. Macam sekarang kita kena tanya kepada mereka yang tahu hadis.
  3. Nabi mengambil berat tentang waktu solat. Amat menjaga waktu solat yang afdhal.
  4. Sesetengah solat dinamakan dengan lebih dari satu nama.
  5. Secara umumnya, semua solat, baginda Nabi akan melaksanakannya di awal waktu kecuali waktu isyak. Sesekali sahaja Nabi akan melakukannya lewat. Itu kalau ada sebab tertentu.
  6. Solat zuhur selalu dilakukan baginda sebaik sahaja matahari tergelincir.
  7. Solat asar juga dilakukan awal. Apabila selesai solat asar bersama baginda, sahabat pulang ke rumah dan matahari masih cerah lagi.
  8. Nabi suka solat isyak lewat sedikit. Kiranya dalam pukul 10.30 ke atas. Tapi kalau mengantuk, baik solat awal.

 

 

 

515 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي الْعَصْرَ ثُمَّ يَخْرُجُ الْإِنْسَانُ إِلَى بَنِي عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ فَيَجِدُهُمْ يُصَلُّونَ الْعَصْرَ

515. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Ishaq bin ‘Abdullah bin Abu Thalhah dari Anas bin Malik berkata, “Kami salat ‘Ashar kemudian orang-orang (yang solat bersama nabi) keluar menuju Bani ‘Amru bin ‘Auf (di Quba’), dan kami dapati mereka sedang melaksanakan salat ‘Ashar.”

Hadis ini menceritakan bagaimana mereka yang solat Asar bersama Nabi dan kemudian mereka pergi ke Quba’, mereka melihat mereka masih lagi mendirikan solat Asar. Itu bermakna, mereka solat lewat sedikit dari waktu Nabi solat. Itu tidak mengapa. Ini menunjukkan bahawa Islam itu terbuka. Mereka solat mengikut waktu yang mengikut keperluan mereka. Mereka rasa mereka lebih sesuai solat lewat, maka itu tidak mengapa. Tentunya Nabi tahu bahawa mereka solat lewat dari baginda, tapi baginda tak tegur. Ini menunjukkan takrir Nabi tentang perbuatan melewatkan solat Asar. Bermakna, ianya boleh. Ini adalah sebagai Dalil boleh lewatkan sokat asar.

 

 

 

Link kepada hadis yang seterusnya

Soalan:
Soalan: Tentang Husin Habsyi yang masuk Syiah.
Jawapan: Beliau adalah seorang ulama besar di Indonesia. Ada pesantren sendiri. Tapi dia akhirnya telah masuk Syiah. Siap promosikan Syiah lagi kepada anak-anak muridnya. Dia masuk Syiah kerana berdasarkan kajiannya, Quran yang ada sekarang ini telah diubah. Ini adalah kerana salah faham dan kerana maklumat yang sampai kepada kebanyakan kita adalah silap. Isu besar nya adalah tentang ‘pengumpulan Quran’. Permasalahnya itu sepatutnya terjawap kalau dia baca satu kitab yang bernama Jam’ul Quran. Ianya dalam bahasa Urdu. Jadi tidak popular.

Soalan: Adakah sempat Imam Bukhari mengajar kitabnya?
Jawapan: Sempat. Sepuluh tahu selepas itu.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s