We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 24 Bab Melewatkan Zuhur Sehingga Ke `Asar May 30, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 10:11 pm

بَاب تَأْخِيرِ الظُّهْرِ إِلَى الْعَصْرِ

Bab 94 Melewatkan Zuhur Sehingga Ke `Asar

Masih tentang waktu zuhur. Bolehkah lewat sampai ke asar?
Hadis tentang masuk nya masuk asar – tentang panjang bayang melebihi dari batang – tidak menepati syarat Bukhari. Kerana syarat Bukhari amat ketat.

Ulama memberikan pendapat kenapakah Imam Bukhari memasukkan bab ini.

Ada yang mengatakan tujuan Imam Bukhari adalah kerana hendak menolak hujah tentang adanya waktu mushtarak. Iaitu kongsi waktu antara Zuhr dan Asar. Ianya waktu mukmal – hampa – kerana tidak mendapat pahala kalau solat di waktu itu. Oleh itu, apabila Imam Bukhari menggunakan perkataan إِلَى, bermaksud dia hendak kata, tidak ada perkongsian waktu antara zuhur dan asar. Apabila habis sahaja zuhur, terus masuk asar.

Hadis dibawah terjadi semasa di Madinah – bukan masa musafir. Tapi Nabi buat jamak. Jamak zuhur-asar dan maghrib-isyak. Kenapa begitu? Mengikut mereka yang bermazhab Hanafiah, mereka mengatakan bahawa Nabi solat jamak soori, iaitu hujung waktu zuhur dan awal asar – bermakna, masih lagi dalam waktunya masing-masing. Jamak haqiqi yang kita selalu amalkan di Malaysia ini tidak ada dalam Hanafi. Oleh itu, mereka tafsir hadis ini ikut mazhab mereka.

Ada yang mengatakan tajuk bab kali ini adalah sebagai Tarjamah syaarihah iaitu untuk menjelaskan hadis bawah. Untuk huraikan apakah maksud yang hendak disampaikan dalam hadis di bawah. Sebab Nabi telah melakukan solat jamak di Madinah. Takut orang keliru. Adakah Nabi jamak takdim atau ta’khir? Kepada mereka yang bermazhab Hanafi, Nabi dalam hadis ini buat jamak soori, mereka kata. Kalau begini, pendapat ini mengheret kepada mazhab mereka.

Ada yang mengatakan bahawa tujuan ini adalah, sebelum ini telah disebut tentang awal zuhur. Sekarang tentang hujung zuhur pula. Iaitu hendak menyatakan bahawa waktu zuhur itu sampai masuk asar. Dan masuk asar itu khilaf pula.

Atau beliau hendak menceritakan bahawa waktu zuhur pun ada hujung waktunya seperti waktu yang lain. Sebab ada yang kata zuhur sampai masuk maghrib. Itu pendapat yang pelik sikit. Jadi hadis ini dibawa untuk tunjuk Nabi buat jamak zuhur dan asar dalam waktu salah satunya. Mungkin Imam Bukhari hendak mengatakan bahawa jamak yang dilakukan dalam hadis ini adalah ta’khir. Kerana dia letak dalam tajuk itu ila. Itu adalah tanda bahawa zuhur itu ada hujungnya.

Dan ada dalam hadis, riwayat Ibn Abbas yang lain ada menunjukkan bahawa solat jamak yang dilakukan adalah jamak ta’khir. Ini adalah kerana pernah satu hari Ibn Abbas berceramah sampai lepas waktu maghrib. Manusia sekelilingnya sudah mula bising-bising. Sampai ada yang tegur dia berhadapan. Maka dia kata – adakah kamu hendak mengajar aku Sunnah? Maka dia terus menyebut kejadian seperti yang ada dalam hadis di bawah. Maka, kalau kita lihat perbuatan Ibn Abbas itu, dia telah lepas waktu maghrib. Maka, tentunya mereka akan solat jamak ta’khir maghrib dan isyak.

Ada yang kata tujuan hadis ini adalah kerana beliau hendak mengatakan bahawa solat jamak boleh dilakukan tanpa musafir.

Ada pula yang kata tujuan Imam Bukhari buat tajuk ini adalah kerana hendak membela Bani Umayyah. Waktu itu, ada yang caci mereka kata mereka sengaja lewatkan solat. Waktu itu adalah zaman Abbasiysah dan banyak banyak caci Bani Umayyah untuk dapat duit. Imam Bukhari tak suka macam itu. Tidak suka dengan cara mereka mencaci-cari. Mereka pun ada hujah juga. Bukankah dalam hadis ini Nabi pun pernah melewatkan solat zuhur? Samada dalam bentuk jamak soori atau jamak haqiqi. Jadi, tidaklah pemimpin-pemimpin bani Umayyah itu melakukan kesilapan yang besar sampaikan mereka dicaci dengan teruk. Bukanlah Imam Bukhari hendakkan duit dari Bani Umayyah kerana Bani Umayyah telah tiada pada zamannya. Jangan kita salah sangka pula dengan mengatakan bahawa Imam Bukhari pun buat perkara yang sama macam mereka yang mencaci Bani Abbasiah kerana hendakkan wang.

510 – حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ هُوَ ابْنُ زَيْدٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِالْمَدِينَةِ سَبْعًا وَثَمَانِيًا الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ فَقَالَ أَيُّوبُ لَعَلَّهُ فِي لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ قَالَ عَسَى

510. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad -yaitu Ibnu Zaid- dari ‘Amru bin Dinar dari Jabir bin Zaid dari Ibnu ‘Abbas, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melaksanakan salat di Madinah sebanyak tujuh dan lapan rakaat, iaitu shalat Zhuhur, ‘Ashar, Maghrib dan ‘Isya’.” Ayyub berkata (kepada Jabir bin Zaid), “Barangkali hal itu ketika malam dan siang yang hujan.” Ibnu Abbas berkata, “Boleh jadi.”

Dalam hadis ini, menceritakan Nabi dan sahabat solat jamak tanpa musafir – iaitu dilakukan di Madinah – mukim Nabi. Zuhur telah dijamak dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Tidak ada sebab atau alasan tertentu ianya dilakukan. Dilakukan semata-mata untuk memudahkan umatnya. Cuma jangan dijadikan kebiasaan. Nabi pun tidak buat selalu. Kalau dijadikan kebiasaan, dah jadi syiah pula. Mereka sentiasa solat jamak setiap kali solat.

Hadis ini tidak berapa jelas. Ada yang lebih jelas dalam Sunan Tirmizi. Dalam itu disebut Nabi buat solat jamak itu tanpa ada ‘ketakutan atau hujan’. Nabi lakukan begitu supaya ‘tidak menyusahkan umatnya’. Jadi boleh untuk solat jamak dalam mukim kalau ada keperluan. Cuma jangan dijadikan kebiasaan. Contohnya, kepada doktor, kepada mereka yang kerja jaga lalu lintas, kepada askar dan juga kepada mereka yang tersangkut dalam jalan jem dan sebagainya. Kena yang munasabah sikit. Tidak perlu masuk Syiah untuk dapat kebolehan untuk menjamakkan solat. Kerana dalam sunni pun ada juga.

Kepada mereka yang tidak menerima pendapat yang mengatakan boleh jamak tanpa sebab, mereka akan takwil hadis ini. Kerana kepada mereka, kalau nak solat jamak, mesti kena ada sebab. Tapi kalau kita lihat hadis ini, tidak dinyatakan apakah sebab baginda melakukan sedemikian. Yang pertanyaan perawi itu (Ayyub berkata (kepada Jabir bin Zaid), “Barangkali hal itu ketika malam dan siang yang hujan.” Ibnu Abbas berkata, “Boleh jadi.”) adalah satu andaian sahaja.

Berbagai sebab dijadikan alasan kenapa Nabi solat dengan cara sedemikian pada hari itu. Antaranya, mereka kata Nabi solat jamak di Madinah itu adalah kerana hujan. Itulah yang dikatakan oleh Ayyub al Sakhtiani. Kerana kalau hujan, sahabat susah nak datang ke masjid. Jadi Nabi jamak takdim terus dengan mereka yang telah ada di masjid. Itu untuk memudahkan mereka – tidak perlu nak datang lagi untuk waktu asar. Ini juga adalah pendapat Imam Syafie. Tapi pendapat ini tertolak dengan kata-kata Ibn Abbas dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi. Iaitu apabila beliau telah menjamakkan solat maghrib semasa beliau berceramah. Ibn Abbas kata Nabi solat jamak itu dilakukan tanpa ketakutan atau hujan. Apabila ditanya kenapa baginda buat macam itu, Ibn Abbas kata untuk memudahkan umatnya. Jadi, sedikit lemah kalau pendapat mengatakan Nabi buat jamak itu kerana hujan.

Kedua, mereka kata kerana hari itu mendung. Oleh kerana itu tidak jelas samada waktu asar atau zuhur – tak nampak matahari. Mereka sangka ianya waktu zuhur. Jadi mereka solat zuhur. Selepas itu, apabila selesai solat zuhur, terus langit cerah dan nampak sudah masuk asar. Maka mereka terus solat asar. Takwilan ini juga tertolak. Sebab tak kemas. Ianya boleh digunakan kalau waktu itu siang sahaja. Bagaimana pula bila malam pun Nabi buat juga?

Ketiga, kemungkinan hari itu Nabi sakit. Ini pendapat Imam Ahmad antaranya yang mengatakan sedimikian. Imam nawawi pun terima pendapat ini. Takwilan ini juga lemah. Walaupun orang besar juga yang berpendapat begitu. Kerana jelas dalam riwayat Ibn Abbas ini bahawa baginda solat berjemaah ‘bersama’ sahabat. Tak mungkin semua jemaah sahabat sakit sekali. Takkan nak ikut Nabi yang sakit. Takkan kalau imam kita sakit, seluruh jemaah kena ikut imam itu.

Keempat. Jamak itu adalah jamak soori, bukan jamak haqiqi. Ini pendapat Qurtubi dan lain-lain. Imam Nawawi kata pendapat ini karut semata-mata. Kerana ia terlalu bercanggah dengan zahir hadis.

Kelima. Shah waliyullah mengatakan hadis diatas adalah kerana waham dan tasarruf perawi. Kekeliruan dan pendapat perawi sahaja. Tidak ada Nabi buat begitu sebenarnya. Apa yang berlaku adalah Nabi telah menjamak solat itu ‘dalam perjalanan’ (musafir) dalam Perang Tabuk. Jadi, sebenarnya musafir juga. Bukanlah solat jamak itu dilakukan di Madinah. Tapi tafsiran seperti ini akan menghilangkan kepercayaan manusia kepada hadis sahih. Shah waliyullah menggunakan riwayat Ibn Abbas juga. Yang mengatakan bahawa Nabi solat jamak dalam perjalanan Perang Tabuk. Ini ada disebut dalam Sahih Muslim. Jadi, Shah Waliyullah menganggap hadis di atas tidak mahfuz. Kalau tidak mahfuz, itu bermaksud hadis di atas tidak sahih. Bukan tidak sahih dari sanad, tapi tidak sahih dari matan. Tambahan pula, hadis di atas sebut tujuh dan lapan. Sepatutnya lapan dan tujuh. Jadi itu sudah menunjukkan kelemahan perawi.

Tapi ada juga yang tidak menerima pendapat Shah Waliyullah itu. Yang dia bawa riwayat Ibn Abbas itu adalah kisah lain iaitu semasa Perang Tabuk. Yang hadis di atas adalah kisah lain. Iaitu memang Nabi solat jamak di Madinah. Andaian Shah Waliyullah sahaja yang ianya adalah waham perawi. Yang disebut tujuh sebelum disebut lapan itu pun tidak salah dalam penggunaan bahasa Arab.

Ulama mentakwil hadis di atas kerana mereka berpendapat jamak adalah satu rukhsah atas keperluan sesuatu sebab. Seperti musafir dan sebagainya. Jadi kalau bukan dalam musafir, mereka susah nak terima. Maka mereka mencari dan mengagak apakah ilat Nabi buat jamak dalam Madinah itu. Itulah sebabnya bermacam-macam pendapat diberikan sebagai ilat kenapa Nabi buat begitu.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis di atas:

  1. Ada ketikanya Nabi melewatkan zuhur sehingga ke hujung waktunya. Masih sah lagi kalau solat waktu itu. Selalunya Nabi akan buat di awal waktu.
  2. Ada ketikanya Nabi akan menjamak ketika berada di Madinah ketika tidak pergi ke mana-mana. Inilah pendapat Bukhari tentang hadis ini.
  3. Kalau ketika tidak apa-apa sebab pun boleh jamakkan solat, apatah lagi kalau ada sebab. Itulah kesenangan yang diberi dalam Islam. Tidak perlu risau. Contohnya doktor bedah yang sibuk. Orang sakit, dalam jem jalanraya dan sebagainya.
  4. Keharusan melakukan jamak ta’khir. Jamak takdim hadis lain. Kalau jamak pun boleh, Qasar lagi boleh sebab kebolehan melakukan qasar ada dalam Quran.

 

Lompat ke syarah hadis yang seterusnya

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s