We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 21 Bab Menunggu Sehingga Sejuk Untuk Sembahyang Zuhur Dalam Perjalanan May 16, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 3:02 pm

بَاب الْإِبْرَادُ بِالظُّهْرِ فِي السَّفَرِ

Bab 93 Menunggu Sehingga Sejuk Untuk Sembahyang Zuhur Dalam Perjalanan

Dalam tajuk bab sebelum ini, Imam Bukhari membawa tajuk tentang membicarakan melewatkan zuhur apabila panas. Tajuk itu dalam bentuk umum. Tidak disebutkan dalam keadaan mana. Kali ini, lebih khusus lagi, iaitu apabila dalam perjalanan. Kenapa dibawakan tajuk ini? –

Pertama, beliau hendak berhujah bahawa melewatkan solat zuhur bukan khusus untuk keadaan hadhar sahaja. Iaitu berada di mukim sendiri. Kalau dalam musafir pun boleh.

Menolak pendapat Syafie secara halus. Pendapat Imam Syafie, seperti yang disebut sebelum ini, solat waktu zuhur kena dilakukan awal, dalam keadaan mana pun. Kalau ada hadis yang menyatakan tentang abrid (melewatkan sampai sejuk sedikit), itu adalah untuk memberi masa dan kemudahan untuk jemaah datang ke masjid. Tapi kalau berdasarkan hadis ini, pendapat itu tidak tepat. Kerana kalau Nabi hendak menunggu jemaah lain, tidak perlu lagi kerana semua jemaah telah ada bersama Nabi waktu itu.

Juga menolak pendapat Hanafiah. Mereka kata masuk asar apabila bayang-bayang jadi double – dua kali panjang tongkat, contohnya. Kerana Nabi solat apabila bayang busut jadi sama dengan tinggi busut. Itu bermakna sudah hujung waktu zuhur. Tapi masih lagi dalam waktu zuhur. Hanafiah kata berdasarkan hadis ini, Nabi solat dalam zuhur lagi. Tapi kena ingat ini adalah dalam musafir.

Kata-kata tentang bayang-bayang pada busut itu adalah untuk menyatakan lewat benar Nabi dan sahabat buat zuhur hari itu. Tapi masih lagi solat itu dilakukan dalam zuhur.

Kalau dalam mukim, boleh solat zuhur sampai hujung waktu zuhur kalau panas sangat. Tapi kalau dalam musafir, boleh solat dalam waktu asar dah. Ini kerana boleh dijamakkan solat asar dan zuhur.

Ulama ada yang berpendapat bahawa bab ini adalah sebagai pelengkap kepada bab ‘bermunajat dengan Allah dalam solat’. Yang hendak disampaikan adalah tentang munajat itu sebenarnya. Kerana dalam bermunajat kepada Allah, hendaklah kita dalam keadaan selesa dan tenang supaya kita lebih khusyuk. Kalau kita berjumpa dengan orang besar pun, kita kena dalam keadaan tenang, apatah lagi kalau kita bermunajat kepada Allah. Ini memberi penekanan kepada kepentingan khusyuk dalam solat. Jadi, pendapat ini menyatakan bahawa Imam Bukhari bukan hendak menyebut tentang waktu zuhur lagi tapi melengkapkan hujah tentang munajat. Lagi pun, waktu zuhur dari bila ke bila pun belum disebut lagi, jadi ulama berpendapat ini bukan lagi nak sebut pasal waktu zuhur, tapi tentang benda lain lagi.

506 – حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا مُهَاجِرٌ أَبُو الْحَسَنِ مَوْلَى لِبَنِي تَيْمِ اللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ زَيْدَ بْنَ وَهْبٍ عَنْ أَبِي ذَرٍّ الْغِفَارِيِّ قَالَ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفَرٍ فَأَرَادَ الْمُؤَذِّنُ أَنْ يُؤَذِّنَ لِلظُّهْرِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْرِدْ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يُؤَذِّنَ فَقَالَ لَهُ أَبْرِدْ حَتَّى رَأَيْنَا فَيْءَ التُّلُولِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا بِالصَّلَاةِ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ { تَتَفَيَّأُ } تَتَمَيَّلُ

506. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami dari Muhajir Abu Al Hasan mantan budak bani Taimillah, ia berkata, aku mendengar Zaid bin Wahb dari Abu Dzar Al Ghifari berkata, “Kami pernah bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam suatu perjalanan. Mu’adzin hendak mengumandangkan adzan Zhuhur, tetapi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tunggulah sehingga agak sejuk.” Tidak berapa lama kemudian, mu’adzin itu kembali hendak mengumandangkan adzan. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun kembali bersabda: “Tunggulah sehingga agak sejuk hingga kita melihat bayang-bayang busut.” Pada ketika itulah baru dilaungkan azan dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya panas yang sangat menyengat itu berasal dari hembusan api jahannam. Maka apabila udara sangat panas menyengat tundalah shalat (hingga panas) mereda.” Ibnu ‘Abbas berkata, maksud تَتَفَيَّأُ adalah berubah, beredar, berpindah, berbolak-balik dan sebagainya.”

Bilal adalah muazzin dalam hadis ini. Memang selalu dia yang jadi muazzin. Memang ada juga muazzin lain, bukan Bilal sahaja. Tapi dalam hadis ini memang ianya adalah Bilal. Kita dapat tahu kerana ada dalam riwayat lain yang dengan jelas menyebut nama Bilal.

Dalam hadis ini, adakah azan yang dilambatkan atau iqamah yang dilambatkan? Kalau dibaca zahir hadis dalam bab ini, nampak bahawa azan waktu yang dilambatkan. Dan begitulah pandangan kebanyakan ulama. Cuma ada juga yang berpendapat bahawa yang dilambatkan itu adalah iqamah. Kerana ada juga riwayat hadis dalam tirmizi tentang cerita yang sama dan dengan jelas hadis itu menggunakan perkataan ‘iqamah’. Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan hadis yang biasa menggunakan perkataan ‘azan’ untuk iqamah juga. Jadi, ada kemungkinan, apabila waktu telah masuk, azan telah dilaungkan. Cuma yang dilewatkan adalah iqamah.

Jadi, kalau kita berada di mukim, sesuatu masjid itu eloklah melaungkan azan apabila telah masuk waktunya dan kalau keadaan tidak membolehkan solat lagi, maka lewatkan iqamah sahaja. Tapi kalau bermusafir dan memang tidak ada orang lain lagi yang hendak dipanggil, maka boleh lewatkan azan juga.

Apabila Nabi kata panas itu disebabkan oleh neraka, bukanlah menidakkan kajian sains yang mengatakan panas itu dari matahari. Kerana Nabi menyampaikan sebab yang jauh lagi. Ini telah diterangkan dalam bab sebelum ini. Sebagai contoh, kalau saya kata saya anak ayah saya, itu memang benar. Tapi kalau saya kata saya anak Nabi Adam pun benar juga. Kerana kita semua adalah anak Adam. Tapi, kalau saya kata saya anak Nabi Adam, bermakna saya merujuk kepada punca yang lebih jauh lagi. Tapi tidaklah saya menidakkan saya juga anak ayah saya. Ini penting disebut, kerana ada yang keliru dengan hadis. Ada yang kata hadis bercanggah dengan sains dan sebagainya, padahal tidak.

Busut bukan tinggi. Jadi, kalau nak nampak bayang-bayangnya, memang kena matahari dah condong benar. Maknanya lewat benar.

Apakah status suruhan Nabi ini? Sunat, wajib atau amar irsyadi sahaja? Ini kena tahu usul fekah. Bukanlah kalau Nabi suruh tu, kena ikut semuanya. Ada yang wajib, ada yang sunat dan ada suruhannya yang tak boleh ikut (macam juga bapa kita suruh main hujan, bukan dia suruh tapi dia larang sebenarnya tu). Maka arahan ini diterima oleh jumhur ulama sebagai sunat sahaja, tidak sampai ke tahap wajib. Walaupun ada juga yang kata ianya wajib.

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ { تَتَفَيَّأُ } تَتَمَيَّلُ

Beliau membawakan kata-kata Ibn Abbas. Quran ada juga menggunakan perkataan تَتَمَيَّلُ ada. Walaupun ini adalah kitab hadis, tapi dalam masa yang sama, beliau sentiasa merujuk kepada Quran dan mengingatkan kita supaya jangan lupa kepada Quran. Kata ini ada dalam Nahl:48

أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَىٰ مَا خَلَقَ اللَّهُ مِن شَيْءٍ يَتَفَيَّأُ ظِلَالُهُ عَنِ الْيَمِينِ وَالشَّمَائِلِ سُجَّدًا لِّلَّهِ وَهُمْ دَاخِرُونَ

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredar (berpindah-randah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini: 

  1. Elok melambatkan zuhur ketika panas sangat
  2. Dibolehkan melewatkan solat zuhur ketika panas yang amat, ketika bermukim dan juga ketika musafir. Ini memudahkan umat. Itulah agama Islam yang praktikal dan tidak menyusahkan umatnya.
  3. Zuhur dalam hadis ini dikerjakan dalam jamak ta’khir.
  4. Hikmat untuk tunggu sehingga sejuk adalah untuk kita tenang dan khusyuk dalam solat. Jadi kena tengok juga hal-hal lain yang boleh menghilangkan khusyuk kita, bukan panas sahaja. Cuba hilangkan sebab-sebab itu.
  5. Perintah Nabi itu dalam bentuk umum. Untuk mereka yang boleh berjemaah atau sendiri.
  6. Perkataan ‘azan’ juga digunakan untuk maksud ‘iqamah’ dalam hadis.
  7. Fenomena alam adalah peringatan kepada kita. Selepas ini, apabila panas terik sangat, kita akan ingat bahawa kepanasan itu datang dari neraka. Dan mengingatkan kita tentang bahayanya buat dosa.

 

Link kepada hadis yang seterusnya

 

Soalan:

Lafaz taala tidak ada dalam solat

Lafaz sayyidina tidak ada dalam selawt masa solat

Tahlil, adakah dibolehkan? Ianya adalah Bidaah idafiyah. Masih juga bidaah dan tidak boleh dilakukan.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s