We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 19 & 20 Bab Menunggu Sehingga Sejuk Untuk Sembahyang Zuhur Ketika Sangat Panas May 14, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 1:09 pm

بَاب الْإِبْرَادُ بِالظُّهْرِ فِي شِدَّةِ الْحَرِّ

Bab 91 Menunggu Sehingga Sejuk Untuk Sembahyang Zuhur Ketika Sangat Panas

Tujuan bab ini dibawakan oleh Bukhari: Untuk menyangkal pendapat Imam Syafie yang kata waktu zuhur kena awal walau dalam keadaan mana pun. Kerana kepada Imam Syafie, itulah waktu asal yang afdhal untuk zuhur. Kalau ada hadis yang menyuruh dilewatkan solat zuhur itu, itu adalah kerana hendak beri peluang untuk jemaah datang. Sebab mereka tentu susah datang kalau keadaan panas sangat. Imam Bukhari kritik pendapat itu dengan cara yang halus. Imam Bukhari memang akan jaga hati orang. Beliau memang hormat pendapat Imam Syafie tapi kepadanya, kena juga ikut apa yang dibawa oleh Nabi. Dari sini kita dapat tahu bahawa Imam Bukhari bukanlah bermazhab syafiiyah seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang. Imam Bukhari faham, bukanlah solat zuhur itu dilewatkan kalau panas kerana hendak memberi peluang jemaah datang kerana ada hadis nanti bagaimana solat zuhur dilewatkan dalam perjalanan kerana panas. Kalau dilewatkan sebab nak beri peluang jemaah datang, tidak sesuai kerana waktu itu jemaah sahabat dah ada dah. Maknanya, bukanlah nak tunggu supaya jemaah boleh sampai.

Tujuan kedua tajuk ini adalah hendak menolak qaid yang diletakkan oleh ulama dalam membolehkan untuk melambatkan zuhur. Qaid adalah ‘ikatan’ dan ‘syarat’. Maknanya, sebelum nak lambatkan zuhur itu, ada beberapa syarat. Ada bermacam alasan mereka. Antara qaid yang diletakkan oleh ulama:

  • Khusus untuk negeri yang amat panas. Tak macam cuaca di Malaysia. Maknanya, kalau Malaysia, tak boleh pakailah hadis ini
  • Hanya kalau jemaah tak boleh datang sebab panas dan tiada jalan yang teduh. Kalau cuaca panas sangat, tapi ada jalan teduh yang boleh lalu, tidak boleh dipakai.
  • Hanya pada Musim panas sahaja.
  • Tidak boleh kepada yang solat sendirian di rumah.
  • Khusus untuk tempat yang ada solat berjemaah.
  • Tidak untuk yang duduk dekat dengan masjid.

Itu semua menyempitkan hadis ini. Kalau qaid-qaid itu digunakan, makanya negara kita tidak boleh pakai hadis ini. Imam Bukhari tak setuju. Kepada beliau, hadis ini adalah mutlak tanpa qaid. Boleh pakai hadis ini dengan pemakaian yang luas. Kepanasan itu adalah sesuatu yang subjektif. Ikut orang. Ada orang yang tak tahan panas. Ada yang panas kerana cuaca, ada yang panas kerana makan durian, dan sebagainya.

Maka, kalau melambatkan solat kerana keadaan terlalu panas itulah waktu yang afdhal dalam keadaan itu. Bukannya di awal waktu.

Kenapa Imam Bukhari mendahulukan waktu zuhur pula? Manakah waktu zuhur itu tidak disebut lagi. Terus sebut melewatkan waktu zuhur. Kerana beliau ikut Quran. Susunan macam itu. Nampak tidak teratur susunan topik dalam Quran tapi ada sebabnya kalau dikaji.

Imam Bukhari hendak menekankan bahawa bukanlah waktu yang afdhal itu di awal waktu sahaja. Ada masanya lewatkan solat bila makanan dah tersedia. Atau rasa nak buang air. Ada lagi banyak disebutkan tentang waktu-waktu solat dari hadis Nabi. Maknanya bukan awal waktu sahaja.

Sebelum ini telah disebutkan tentang bagaimana seseorang yang sedang solat itu sedang bermunajat dengan Allah dalam solat. Maka kalau keadaan tidak selesa sebagai contoh,  panas sangat, maka tidak sesuai untuk bermunajat kerana tidak khusyuk.

Begitu juga tidak elok solat waktu sedang panas. Ada hadis bagaimana Nabi mengatakan tidak elok solat di tempat bekas Allah turunkan azab. Sebagai contoh, tempat burung Ababil jatuhkan batu-batu. Kerana tempat itu adalah tempat Allah menunjukkan kemurkaanNya. Begitu juga kalau kesan panas neraka. Kerana apabila api neraka panas, itu adalah isyarat Allah tengah murka. Kalau orang marah pun tak patut kita minta bantuan kepadanya waktu itu.

502 – حَدَّثَنَا أَيُّوبُ بْنُ سُلَيْمَانَ بْنِ بِلَالٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ عَنْ سُلَيْمَانَ قَالَ صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ حَدَّثَنَا الْأَعْرَجُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ وَغَيْرُهُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَنَافِعٌ مَوْلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُمَا حَدَّثَاهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا عَنْ الصَّلَاةِ فَإِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ

502. Telah menceritakan kepada kami Ayyub bin Sulaiman bin Bilal berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Bakar dari Sulaiman berkata, Shalih bin Kaisan telah menceritakan kepada kami Al A’raj ‘Abdurrahman, dan selainnya dari Abu Hurairah dan Nafi’ mantan budak ‘Abdullah bin ‘Umar, dari ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa keduanya menceritakan kepadanya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahawa baginda bersabda: “Apabila udara sangat panas maka tundalah salat sehingga agak sejuk, karena panas yang sangat menyengat itu berasal dari hembusan api neraka jahannam.”

Apakah hukum melambatkan solat dalam keadaan yang teramat panas? Ada ulama yang kata wajib untuk melambatkannya, ada yang kata sunat, amar irsyadi dan sebagainya. Pendapat yang paling banyak adalah ianya adalah sunat. Lebih afdhal untuk dilewatkan.

Amar irsyadi adalah nasihat Nabi tentang hal-hal dunia. Tidaklah kata-kata Nabi dalam suruhan itu sebagai wajib.

503 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْمُهَاجِرِ أَبِي الْحَسَنِ سَمِعَ زَيْدَ بْنَ وَهْبٍ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَذَّنَ مُؤَذِّنُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ فَقَالَ أَبْرِدْ أَبْرِدْ أَوْ قَالَ انْتَظِرْ انْتَظِرْ وَقَالَ شِدَّةُ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا عَنْ الصَّلَاةِ حَتَّى رَأَيْنَا فَيْءَ التُّلُولِ

503. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Ghundar berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Al Muhajir Abu Al Hasan bahwa ia mendengar Zaid bin Wahb dari Abu Dzar berkata, “Pernah mu’adzin Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam hendak mengumandangkan adzan Zhuhur. Baginda terus bersabda: “Nanti agak sejuk, nanti agak sejuk.” Atau baginda katakan: “Tunggulah, tunggulah.” Baginda kemudian melanjutkan:: “Panas yang menyengat ini berasal dari hembusan api jahannam. Jika udara sangat panas menyengat maka lewatkanlah shalat dzuhur hingga agak sejuk. Solat itu dikerjakan agak lewat oleh Nabi sehingga kita dapat melihat bayangan busut itu.”

Solat itu dilakukan sehingga telah nampak bayang-bayang busut. Busut di sana tidaklah tinggi. Ini bukan bukit, tapi busut. Kalau rendah dan sampai boleh nampak bayang busut, maknanya matahari dah condong sangat dah. Nak tunjuk bahawa lewat betul solat zuhur itu dikerjakan oleh Nabi dan sahabat pada hari itu.

Selalunya, kalau cuaca panas sangat, selalu dikaitkan dengan matahari. Bagaimana dikaitkan dengan neraka pula dalam hadis ini? Tidakkah ini berlawanan dengan apa yang disampaikan kepada kita oleh sains? Sains tidak dapat menjelaskan segalanya. Saintis hanya boleh kaitkan kepanasan cuaca dengan matahari sahaja. Setakat itu sahaja kajian mereka boleh sampai. Kerana begitu terhadnya ilmu manusia. Tapi Nabi kaitkan dengan punca yang lebih jauh lagi iaitu neraka. Kerana pengetahuan Nabi berdasarkan ilmu yang haq. Allah berikan ilmu yang lebih kepada Nabi. Sebab dia itu Nabi, kenalah lebih ilmunya dan kata-katanya dari orang yang biasa. Ada benda-benda yang akal kita tak dapat faham lagi. Jangan kita ingat yang ianya bertentangan dengan sains. Kerana sains hanya dicapai oleh kemampuan akal sahaja. Jadi kadang-kadang memang kita tak faham dengan hadis dan takut kalau-kalau ada percanggahan. Sebenarnya tidak. Quran dan hadis mendahului sains zaman semasa sebenarnya. Kalau dikaji baru akan dapat kefahaman. Ini penting kerana kadang-kadang kalau seseorang itu belajar tinggi, mereka akan ada rasa bagaimana apa yang dikatakan dalam agama itu macam mengarut. Itu adalah kerana tidak faham. Jangan kita tergolong dengan jenis manusia yang seperti itu. Kononnya akal dah pandai, sampai boleh menolak nas Quran dan Hadis pula.

504 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْمَدِينِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَفِظْنَاهُ مِنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ وَاشْتَكَتْ النَّارُ إِلَى رَبِّهَا فَقَالَتْ يَا رَبِّ أَكَلَ بَعْضِي بَعْضًا فَأَذِنَ لَهَا بِنَفَسَيْنِ نَفَسٍ فِي الشِّتَاءِ وَنَفَسٍ فِي الصَّيْفِ فَهُوَ أَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الْحَرِّ وَأَشَدُّ مَا تَجِدُونَ مِنْ الزَّمْهَرِيرِ

504. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, kami telah menghafalnya dari Az Zuhri dari Sa’id bin Al Musayyab dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda: “Apabila panas sangat menyengat maka tundalah salat hingga agak sejuk. Sebab panas yang sangat menyengat itu berasal dari hembusan api jahannam. Neraka jahannam mengadu kepada Rabbnya dengan berkata, ‘Wahai Rabb, sebahagianku telah makan sebahagian yang lain! ‘, maka Allah pun memberinya izin menghembuskan dua nafas; satu nafas nyata kesannya pada musim dingin dan satu nafas lagi nyata kesannya pada musim panas. Itulah puncanya kepanasan luar biasa, dan kesejukan luar biasa yang kalian alami.”

Bagaimanakah neraka itu mengadu kepada Allah? Adakah dengan benar-benar bercakap macam manusia bercakap atau dengan cara lain?

Ulama hadis hampir kesemuanya mengatakan bahawa neraka memang bercakap betul. Cuma dengan cara dia. Kita sahaja tak tahu. Macam juga kalau binatang bercakap sesama mereka. Mereka memang betul bercakap, cuma percakapan cara mereka, cuma kita sahaja tak faham. Sesama kita pun banyak bahasa. Makanya, dari sini ulama hadis banyak terima bahawa neraka memang bercakap, tapi dengan cara dia. Allah faham apa yang dikatakan olehnya. Tidak perlu pelik dalam hal ini.

Ada juga yang mengatakan komunikasi neraka itu adalah dalam bentuk ‘hal’ – keadaan dia. Seperti contoh, kadang-kadang dengan body language seseorang, kita boleh agak perasaan dia. Kalau seseorang masuk dalam bilik dan hempas meja, tentunya kita tahu yang dia itu sedang marah.

Ada juga yang kata percakapan neraka itu adalah dalam bentuk kiasan sahaja. Oleh itu, ada banyak pendapat. Semua boleh dipakai.

‘Makan’ itu bermaksud api membara sampai bakar sesama sendiri. Sampai kena sesama neraka. Kerana neraka itu bukan segalanya api sahaja. Ada lagi selain dari api. Jadi, apabila dah membakar sangat, api telah memakan bahagian yang bukan api.

Dalam neraka ada tempat yang sejuk sangat. Bukanlah semuanya api panas sahaja. Kadang-kadang ada yang tak tahu. Mereka ingat neraka itu api sahaja. Sejuk itu pula bukanlah sejuk yang nyaman, tapi sejuk yang menyeksakan. Jangan ingat yang sejuk itu baik pula.

505 – حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْرِدُوا بِالظُّهْرِ فَإِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ تَابَعَهُ سُفْيَانُ وَيَحْيَى وَأَبُو عَوَانَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ

505. Telah menceritakan kepada kami ‘Umar bin Hafsh bin Ghiyats berkata, telah menceritakan kepada kami Bapakku ia berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy telah menceritakan kepada kami Abu Shalih dari Abu Sa’id berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tunggulah sehingga agak sejuk untuk bersembahyang Dzuhur, kerana panas yang sangat menyengat berasal dari hembusan neraka jahannam.” Hadits ini dikuatkan oleh Sufyan dan Yahya dan Abu ‘Awanah dari Al A’masy.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis-hadis ini:

  1. Dalam keadaan panas sangat, Nabi suruh lewatkan solat sampai sejuk sikit. Supaya lebih khusyuk dalam solat. Itulah menunjukkan pentingnya khusyuk itu sampaikan solat boleh dilewatkan. Khusyuk itu dituntut.
  2. Kebanyakan ulama kata perintah ini adalah istihbab – molek. Ada juga yang kata wajib.
  3. Pernah Nabi sendiri dan para sahabat solat zuhur lewat. Sampai nampak bayang-bayang busut.
  4. Neraka Jahannam telah dicipta dan telah ada sekarang. Panas dan sejuk yang kita alami sekarang, datang dari neraka itulah. Ini berlawanan dengan pendapat Muktazilah yang tidak percaya bahawa neraka telah wujud sekarang. Mereka percaya bahawa ianya hanya akan dijadikan selepas kiamat. Sebab mereka tak rasa perlunya diadakan neraka lagi kerana bukan ada orang yang hendak diadili lagi. Bagaimana dengan kisah isra’ mi’raj Nabi yang baginda melihat syurga dan neraka? Mereka kata itu hanyalah cadangan yang ditunjukkan kepada Nabi bagaimana rupa syurga dan neraka nanti. Mereka tidak terima ayat Quran yang memberi maksud syurga dan neraka telah ada. Ayat itu mereka kata bermaksud yang syurga dan neraka ‘pasti’ akan diadakan. Dan Allah boleh jadikan syurga dan neraka sekelip mata sahaja. Itulah masalahnya apabila agama ditakwil menggunakan akal. Tidak mahu menerima ajaran yang disampaikan oleh Nabi dan para sahabat. Mereka ingat mereka dah pandai.
  5. Bukan manusia sahaja mengadu hal mereka kepada Allah. Benda-benda yang tidak hidup seperti kita pun mengadu juga. Binatang, tumbuhan, batu batan pun mengadu juga. Tapi mereka mengadu dengan cara mereka. Kita sahaja yang tak tahu. Begitulah Allah adalah tempat mengadu semua makhluk kejadian. Maka hendaklah kita pun jangan segan nak mengadu kepada Allah.
  6. Neraka ada dua bahagian: bahagian yang panas dan bahagian yang sejuk. Kadang-kadang kita terfikir juga kenapa Allah nak seksa manusia yang buat salah ke neraka? Padahal, bukan Allah perlukan ibadat kita pun. Kalau kita tak buat amal pun, langsung tidak ada kesan kepada Allah. Kita sahaja yang ingat kesan dari kesalahan kita itu kecil. Kita tidak sedar kesalahan yang kita buat itu besar. Sebagai contoh, dari kesan puntung rokok yang masih menyala dibuang tak tentu arah, boleh menyebabkan rumah terbakar, malah seluruh hutan terbakar.

 

Soalan: Hangguk kepala dalam salam.

Jawapan: Tidak ada.

Soalan: Bolehkah belajar secara digital. Tanpa berguru berdepan?
Jawapan: Tidak ada masalah. Adalah lebih baik kalau belajar secara langsung. Kalau tidak ada, mungkin malu, mungkin elok belajar dengan cara digital. Mungkin kawasan kita tidak ada guru yang layak. Kadang-kadang kalau kita dapatkan pengajaran dari orang yang memang alim tapi dengan cara digital pun bagus juga.
Yang kata kalau belajar tanpa guru maka gurunya adalah syaitan – itu adalah pendapat sahaja. Bukan hadis.

Soalan: Rukun solat ada 13. Ada yang kata setiap rukun itu ada rukunnya lagi. Sebagai contoh, dalam takbiratul ihram, ada 20 rukun. Kalau tak tahu, tak sah solat.
Jawapan: Mengarut.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

Lompat ke awal Kitab Waktu-waktu solat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s