We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 18 Bab Orang Yang Bersembahyang Itu Bermunajat Dengan Tuhannya May 4, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 3:51 pm

بَاب الْمُصَلِّي يُنَاجِي رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ

Bab Orang Yang Bersembahyang Itu Bermunajat / Bercakap-Cakap Dengan Tuhannya

Tidak jelas dalam tajuk ini tentang kaitannya dengan waktu solat. Tapi telah jelas kepada kita, apabila memperkatakan tentang solat lima waktu, bermakna solat itu terikat dengan solat. Solat kena dilakukan dalam waktunya. Itulah kaitan tajuk bab ini dengan Kitab Waktu Solat ini. Waktu yang telah ditetapkan itulah manusia boleh bermunajat dengan Allah. Manusia hanya boleh bermunajat dalam solat sahaja. Maknanya, dalam waktu itu sahaja. Kalau diluar waktu, sudah tidak ada peluang itu. Melepaslah peluang kalau solat di luar waktu.

Kita akan berada dalam kedudukan yang tinggi apabila kita sedang solat kerana kita sedang bermunajat dengan Allah.
Apabila masuk sahaja waktu, seolah-oleh kaunter dibuka untuk kita berinteraksi dengan Allah. Apabila cukup waktunya, kaunter akan ditutup. Begitulah kita, kalau dalam dunia ini, berurusan dengan kaunter kerajaan. Maka kita kena jaga bilakah waktu kaunter itu dibuka. Kita tahu bilakah ianya dibuka dan bilakah ianya tutup. Dengan waktu solat pun kenalah kita jaga juga. Ada masa buka dan ada masa tutup.

Imam Bukhari juga hendak mengajar adab dalam solat. Semasa solat dilarang dari meludah ke hadapan atau ke kanan. Di hadapan adalah Allah yang kita sedang bermunajat kepadaNya dan di kanan adalah malaikat yang sedang menulis amal kebaikan kita. Kita tidak mahu nampak kita tidak suka kepada yang sedang berbuat baik dengan kita. Secara tidak langsung mengajar kita beradab. Begitulah Islam, mengajar dalam banyak hal. Orang kata, sambil-sambil sahaja.

500 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ :قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا صَلَّى يُنَاجِي رَبَّهُ فَلَا يَتْفِلَنَّ عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى

500. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Qatadah dari Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seseorang dari kalian solat, sesungguhnya dia bermunajat kepada Rabbnya, maka janganlah dia meludah ke sebelah kanannya, tetapi hendaklah ke bawah telapak kaki kirinya.”

Terdapat satu hadis Qudsi bagaimana kita sedang berdialog dengan Allah. Memang kita tak dengar apa Allah kata. Tapi dari hadis itu, kita tahu bahawa kita sedang berkata-kata dengan Allah.

“Aku membagi Shalat menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku”.

Ketika hamba itu mengucapkan “Alhamdulillahi­Rabbil ‘alamin”. Allah menjawab : “Hamba-Ku telah memuji-Ku”….
Ketika hamba itu mengucapkan “Ar-Rahmanir-Ra­him”, Allah menjawab : “Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku”.

Ketika hamba itu mengucapkan “Maliki yaumiddin”, Allah menjawab : “Hamba-Ku memuja-Ku”
Ketika hamba itu mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku”.
Ketika hamba itu mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”,

Allah menjawab : “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (H.R. Muslim dan At-Turmudzi)

Maknanya kita terus berkomukasi dengan Allah. Dari itu, satu lagi pemahaman penting yang kita boleh ambil adalah: Tidak perlu tawasul untuk berdoa kepada Allah. Tidak perlu orang tengah untuk sampaikan doa kita. Tidak perlu macam agama lain. Macam Kristian, mereka perlukan paderi. Janganlah kita jadi macam mereka. Tapi yang kita lihat sekarang, apabila nak berdoa, tidak boleh berdoa sendiri, sebab rasa Allah tak dengar doa kita. Maka, kita akan panggil imam, kita panggil orang surau, kita akan suruh guru untuk doakan untuk kita. Itu adalah pemahaman yang salah. Dah pemahaman macam agama kafir pula. Adakah kita macam itu? Kafir?

Allah telah buka pintu untuk berkomunikasi denganNya luas-luas dah. Allah suka kita berkomunikasi dengan kita. Allah suka kalau kita berharap kepadaNya.

Hadis ini telah belajar dulu. Atas tajuk lain. Imam Bukhari hendak mengajar kita supaya menjadi pandai ambil hukum. Tidak perlu tahu banyak hadis. Masing-masing Imam hadis ada cara dan kekuatan sendiri. Kalau Imam Muslim, dia akan berikan banyak hadis untuk menguatkan hujahnya. Kalau Imam Tirmizi, dia tidak akan mengulang-ngulang hadis. Tapi lain dengan Imam Bukhari. Ini adalah kerana Imam Bukhari amat halus pemerhatiannya. Dari satu-satu hadis, boleh diambil banyak hukum dan banyak pengajaran. Oleh itu, kita akan nampak banyak kali pengulangan hadis dalam Bukhari.

Oleh kerana hadis ini kita belajar dahulu, maka tidak perlu dibincangkan dengan panjang lebar. Ada dalam hadis 390 dahulu. Hadis yang dibawa dalam tajuk ini sebenarnya tidak penuh, kerana telah diringkaskan oleh Imam Bukhari. Imam Bukhari memang biasa buat begini apabila sesuatu hadis itu dibawa banyak kali. Tapi kalau dia ada ulang, akan ada tempat yang dia akan bawa matan yang penuh. Hadis itu dinamakan atraf. Jadi, kita kena rujuk juga kepada hadis yang penuh di tempat lain.

501 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ وَلَا يَبْسُطْ ذِرَاعَيْهِ كَالْكَلْبِ وَإِذَا بَزَقَ فَلَا يَبْزُقَنَّ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَا عَنْ يَمِينِهِ فَإِنَّهُ يُنَاجِي رَبَّهُ
[1] وَقَالَ سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ لَا يَتْفِلُ قُدَّامَهُ أَوْ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمَيْهِ وَقَالَ شُعْبَةُ لَا يَبْزُقُ بَيْنَ يَدَيْهِ وَلَا عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ وَقَالَ حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَبْزُقْ فِي الْقِبْلَةِ وَلَا عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ

501. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Qatadah dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Bersujudlah kamu dengan sebaik-baiknya dan janganlah seseorang itu bersujud dengan menghamparkan kedua lengannya seperti anjing. Dan jika meludah, maka jangan sekali-kali ia meludah ke arah depan atau ke sebelah kanannya. Karena sesungguhnya dia sedang bermunajat dengan Rabbnya.”

Sa’id menyebutkan dari Qatadah, “Janganlah seseorang itu meludah ke arah depannya, tetapi ke sebelah kiri atau di bawah kedua tapak kakinya.” Syu’bah menyebutkan: “Seseorang itu tidak boleh meludah ke arah depan atau sebelah kanannya, tetapi hendaklah meludah ke sebelah kiri atau di bawah kaki kirinya.” Dan Humaid menyebutkan dari Anas dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam: “Janganlah seseorang itu meludah ke arah kiblat atau sebelah kanannya, tetapi hendaklah dia meludah ke sebelah kiri atau di bawah kakinya.”

[1] Dalam nuskhah Maktabah Syamilah menyatakan riwayat ini hanya setakat ini dan tidak ada apa-apa penambahan riwayat lain, adapun penambahan dan perbezaan lafaz dalam riwayat ini tidak diletakkan pada akhir hadis ini (ya`ni riwayat riwayat Imam Bukhari daripada Hafsh bin `Umar) tetapi diletakkan pada akhir hadis sebelum ini (ya`ni riwayat Imam Bukhari daripada Muslim bin Ibrahim)

 

Dalam hadis ini juga menceritakan tentang sujud. Sujud adalah satu perbuatan penting dalam solat. Dalam hadis ini diajar tentang sujud yang tidak elok dilakukan. Kita kena sujud dengan baik. Hikmat sujud yang baik adalah:

  1. Nampak rendah diri kepada Allah
  2. Dahi dapat diletak dengan sempurna
  3. Tidak nampak malas.
  4. Tidak serupa dengan binatang.
  5. Nampak kesungguhan dalam solat.

Pengajaran yang boleh diambil dari dua hadis diatas:

  1. Orang yang sedang solat hakikatnya sedang bermunajat dengan Allah.
  2. Kelebihan solat dalam waktunya. Kerana waktu itulah kita dapat bermunajat dengan Allah.
  3. Ada adab dalam bermunajat dengan Allah. Jangan kita buat tak elok seperti meludah ke hadapan atau ke kanan.
  4. Tidak boleh meludah ke kanan. Kerana ada malaikat yang mencatat.
  5. Peringatan untuk beribadat sebaik mungkin. Dalam hadis ini ditekan tentang sujud.

 

Sessi Soalan:

1. Ada hadis dimana Nabi pernah bersabda yang baginda berlepas diri dari Khalid.
Jawapan: Hadis itu menceritakan tentang kesalahan yang dilakukan oleh Khalid al Walid. Khalid adalah panglima perang. Suasana perang tidak sama dalam suasana biasa. Dalam keadaan macam itu, tentulah ada kesalahan yang telah dilakukan oleh sahabat walaupun mereka berjaga-jaga. Tapi, walaupun ada kesalaha, lihatlah juga bahawa Nabi tak pecat pun Khalid al Walid. Itu biasalah selagi kita manusia. Waktu perang pula tu. Tapi Nabi tunjuk bahawa ada yang salah dan Nabi mengajar kita bahawa perbuatan itu salah. Mengajar kita jadi pemimpin. Janganlah kita marah seseorang bawahan kita sampaikan kita lucut jawatan mereka.

2. Kalau kita baca hadis yang menceritakan tentang Isra’ Mi’raj, nampak macam Abu Bakr sahaja yang terima isra mi’raj, sedangkan sahabat-sahabat lain seolah-olah tidak terima dan sampai ada yang disebut ada yang telah murtad sebab tak dapat terima.
Jawapan: Kekeliruan itu timbul kerana hadis itu adalah riwayat Ibn Ishak. Ibnu Ishak itu adalah seorang Syiah. Dia akan membawa hadis yang mengelirukan dan menjatuhkan sahabat. Kalau betul ada yang tidak percaya dan jadi murtad, siapa? Tidak disebut langsung dalam riwayat itu. Memang Syiah nak burukkan sahabat. Mereka kononnya nak kata kebanyakan sahabat lain dah murtad disebabkan isra mi’raj.

Lompat ke kuliah yang seterusnya:

Kuliah Maulana Asri

Lompat ke awal Kitab Waktu Solat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s