We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 16 & 17 Bab Mengabaikan Sembahyang Daripada Waktunya May 2, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 12:50 am

بَاب تَضْيِيعِ الصَّلَاةِ عَنْ وَقْتِهَا

Bab 89 Mengabaikan Sembahyang Daripada Waktunya

Apakah yang boleh dimaksudkan dengan ‘abai’? Ada berbagai-bagai tafsiran yang boleh digunakan. Boleh dikatakan maksud abai disini adalah tidak solat langsung. Atau boleh jadi ianya bermaksud seseorang itu solat tapi solat diluar waktu. Atau tidak solat dalam waktu yang afdhal.

Dalam hadis di bawah ini, disebutkan bagaimana Anas bin Malik, seorang sahabat Nabi yang terkenal telah mengadu bahawa sudah tidak sama pekerjaan solat di zamannya itu kalau dibandingkan dengan zaman Nabi. Adakah mereka waktu itu sampaikan tidak solat langsung? Tidak mungkin kerana Islam masih kuat lagi. Sahabat masih banyak lagi di kalangan mereka. Maknanya, bukanlah tidak solat, tapi kualiti solat mereka itu yang tercalar. Oleh itu, kita boleh faham bahawa bukan mereka tidak solat, tapi mereka tidak menjaga dari segi waktu solat mereka.

Imam Bukhari membawa tajuk ini untuk memberikan hujah kepentingan solat pada waktunya dengan membawa topik lawannya. Iaitu keburukan dalam tidak menjaganya. Ini adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Imam Bukhari.

Memang ada disebut keburukan mencuaikan solat seperti yang tertulis dalam ayat Maryam:59

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Ancaman neraka diberikan dalam ayat ini.
Imam Bukhari ambil kata تَضْيِيعِ dalam tajuknya dari kata أَضَاعُوا dalam ayat ini.

Abaikan solat ada beberapa cara yang hendak disampaikan dalam tajuk ini.

  1. Tinggalkan langsung.
  2. Lewat dari waktu afdhal.
  3. Lewat dari waktu harus. Sampai masuk ke dalam waktu makruh atau haram. Seperti solat dekat dengan tenggelam matahari. Sampai kelam kabut masa solat itu kerana hendak mengejar waktu. Nabi dah ajar jangan begitu. Kalau lambat pun, Nabi ajar kena solat dengan tenang sahaja. Kalau kita dapat satu rukuk dalam waktu, masih lagi dikira dalam waktu. Yang ditegur oleh Anas adalah solat yang lewat. Ianya ditujukan kepada khalifah Umaiyyah. Tapi bukanlah kerana mereka solat diluar waktu tapi diluar waktu yang afdhal.

Kenapa tidak ada riwayat sahabat-sahabat lain yang tegur? Kenapa tidak dijumpai kata-kata para sahabat lain seperti kata Anas bin Malik ini? Padahal zaman itu, masih ada lagi sahabat-sahabat lain yang masih hidup. Tapi kita tidak dengar pun mereka bising. Ini adalah sifat manusia. Ada yang kuat tegur dan ada yang tidak. Dan ada perbezaan pendapat tentang manakah waktu yang afdhal dalam solat itu. Satu kisah yang kita telah belajar adalah bagaimana pandangan Abu Dzar berlainan dengan sahabat-sahabat yang lain yang telah kaya raya. Pada beliau, wang tidak boleh disimpan. Hanya pakai cukup-cukup sahaja. Maka beliau telah banyak menegur orang lain disebabkan pendapatnya yang tidak sama itu. Pandangan sahabat-sahabat yang lain tidak sama dengan beliau. Waktu itu Islam telah kuat dan ramai yang telah kaya. Sahabat pun ada yang kaya.

Terdapat khilaf tentang bilakah waktu afdhal itu. Dari zaman sahabat lagi telah ada khilaf itu. Jadi jangan cepat menghukum kalau terdapat pendapat-pendapat yang berbeza. Ulama fekah pun ada khilaf antara mereka.

Janganlah hadis ini dijadikan sebagai dalil mengutuk Bani Umayyah. Ini kerana ada dalam kitab kata zaman itu hanya ada syahadah sahaja. Maknanya, mereka nak kata dah teruk sangat umat Islam waktu itu. Antaranya, adalah Hafiz Ibn Hajjar yang ada meriwayatkan hadis lain yang menambah penjelasan dalam hadis ini bahawa umat Islam waktu itu hanya tinggal syahadah sahaja. Tapi, takkanlah teruk sangat Islam waktu itu. Padahal zaman itu Islam tengah kuat. Islam sedang berkembang. Tentera-tentera lain telah pergi ke negara-negara lain dan mengembangkan Islam. Jadi, kita kena tapis kitab-kitab yang dirujuk kerana sejarah telah ditulis oleh mereka yang hendak memburukkan sesuatu kerajaan. Penyokong Bani Umayyah akan memburukkan Bani Abbasid dan sebagainya. Kata Ibn Qayyim, semua hadis yang mengutuk Bani umayyah adalah dhaif.

Apa yang berlaku adalah mereka solat diluar dari waktu yang afdhal pada pandangan Anas bin Malik. Bukanlah sampai mereka tidak solat langsung. Bukanlah juga sampai solat diluar waktu. Maka hadis riwayat Anas ini hendaklah dibaca dengan kenyataan.

Dalam hal ini, Hafiz Ibn Hajjar telah tersilap. Ini adalah pencemaran sejarah kerana marahkan kerajaan Bani Umayyah. Tapi Hafiz Ibn Hajar pun telah terkeliru kerana menerima riwayat yang terdapat dalam kitab Musannaf. Padahal apabila dicari riwayat itu dalam kitab asal, tidak berjumpa pun. Ada lagi atsar yang dibawa oleh beliau, tapi lemah juga. Rujukan sanad atsar itu tidak diberikan. Jadi kita tak boleh nak pastikan. Kerana kalau atsar pun kenalah dibawa perawinya supaya boleh dikenalpasti samada ianya betul atau tidak. Dalam atsar yang ada sanad, nama perawi yang ada pun tidak dikenali dalam Rijalul Hadis. Kalau tidak dikenali, bagaimana boleh dibuat dalil? Atsar yang dibawa juga tidak jelas. Tidak jelas untuk digunakan sebagai hujah untuk mengatakan bahawa khalifah Bani Umayyah waktu itu sampai solat diluar waktu. Walaupun Ibn Hajar seorang ulama yang besar, tapi oleh kerana dia manusia juga, adalah juga sedikit sebanyak yang tersilap. Ada orang yang marah kalau kritik Hafiz Ibn Hajar. Tapi beginilah ilmu hadis. Bukan kita kena terima semuanya. Kita kena terima berdasarkan hujah dan dalil.

Setelah dibuat kajian, sebenarnya riwayat-riwayat itu nak memburukkan Khalifah Hajjaj, kerana dialah yang menentang ajaran-ajaran sesat pada zamannya. Sampai ajaran-ajaran sesat zaman itu tidak boleh angkat muka. Mereka nak menentang berhadapan tidak boleh, maka mereka menggunakan cara yang kotor. Dengan menyebarkan perkara yang tidak benar tentang beliau. Memang ada orang jenis begitu dulu dan sekarang pun. Sebenarnya kisah zalimnya Hajjaj itu tidak benar. Kisah-kisah tentang kekejaman beliau itu terlalu melampau, sampaikan kalaulah benar apa yang disampaikan, entah beliau lagi teruk dari Firuan agaknya. Tapi yang sebenarnya, beliau adalah seorang yang baik. Oleh itu, sejarah Islam memerlukan pencerahan semula, supaya kisah-kisah yang tidak benar boleh diperbetulkan.

Inilah hadis pengajian kita pada hari ini:

498 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا مَهْدِيٌّ عَنْ غَيْلَانَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ مَا أَعْرِفُ شَيْئًا مِمَّا كَانَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِيلَ الصَّلَاةُ قَالَ أَلَيْسَ صَنَعْتُمْ مَا صَنَعْتُمْ فِيهَا

498. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Mahdi dari Ghailan dari Anas berkata, “Aku tidak mengetahui sesuatu yang pernah saya ketahui ada di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (yakni masih ada sekarang ini).” Dikatakan kepadanya, “Apakah yang kau maksud salat?” Anas berkata, “Bukankah kamu telah mengabaikannya sedemikian rupa?”

Ada riwayat lain yang hampir sama dengan hadis ini sebagai hendak memburukkan Hajjaj Yusuf. Kerana mereka hendak memburukkan sangat Hajjaj.

Hadis ini hanya diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Tidak diriwayatkan oleh tokoh-tokoh hadis yang lain. Jadi ada yang mengatakan ini adalah antara hadis yang ada dalam Sahih Bukhari yang ada masalah. Ada sesuatu yang memusykilkan. Bukanlah semua hadis dalam Sahih Bukhari ini selamat dari kritikan ulama hadis. Walaupun mereka menerima kehebatan kitab ini, tapi kalau ada kesalahan di mana-mana, mereka akan beritahu.

Anas faham waktu solat yang afdhal adalah diawal waktu. Tapi pemimpin Bani Umayyah mungkin ada pemahaman lain tentang waktu yang afdhal itu. Seperti juga ulama-ulama fekah yang juga ada khilaf tentang bilakah waktu yang adfhal.

Kita kena faham sejarah sedikit. Sebenarnya penting bilakah khalifah itu solat. Kerana khalifah waktu itu menjadi imam dalam solat kerana mereka adalah pemimpin negara. Kalau gabenor, mereka pula jadi imam di jajahan mereka. Kita sekarang susah nak faham, sebab tidak diamalkan lagi sekarang, seorang pemimpin akan menjadi imam dalam solat. Pada zaman itu, seperti juga zaman Nabi dan Khalifah selepas baginda, seorang pemimpin negara juga adalah pemimpin dalam solat jemaah.

499 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ وَاصِلٍ أَبُو عُبَيْدَةَ الْحَدَّادُ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي رَوَّادٍ أَخِي عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادٍ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ يَقُولُ دَخَلْتُ عَلَى أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ بِدِمَشْقَ وَهُوَ يَبْكِي فَقُلْتُ مَا يُبْكِيكَ فَقَالَ لَا أَعْرِفُ شَيْئًا مِمَّا أَدْرَكْتُ إِلَّا هَذِهِ الصَّلَاةَ وَهَذِهِ الصَّلَاةُ قَدْ ضُيِّعَتْ وَقَالَ بَكْرُ بْنُ خَلَفٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ الْبُرْسَانِيُّ أَخْبَرَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي رَوَّادٍ نَحْوَهُ

499. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Zurarah berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdul Wahid bin Washil Abu ‘Ubaidah Al Haddad dari ‘Utsman bin Abu Rawwad saudara Al ‘Aziz bin Abu Rawwad, ia berkata, aku mendengar Az Zuhri berkata, “Aku masuk menemui Anas bin Malik di Damaskus, sementara saat itu ia sedang menangis. Aku lalu bertanya, ‘Apa yang membuatmu menangis? Anas lalu menjawab, “Aku tidak mendapati sasuatu yang telah kudapati kecuali sembahyang ini yang telah kudapati di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali solat ini. Salat ini pun sudah dilalaikan.” Bakar bin Khalaf berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Bakar Al Barsani telah mengabarkan kepada kami ‘Utsman bin Abu Rawwad dengan hadits seperti ini.”

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

Lompat ke awal Kitab Waktu Solat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s