We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 13, 14 Bab Kelebihan Sembahyang Pada Waktunya April 15, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 6:50 pm

 

بَاب فَضْلِ الصَّلَاةِ لِوَقْتِهَا

Bab Kelebihan Sembahyang Pada Waktunya

496 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ الْوَلِيدُ بْنُ الْعَيْزَارِ أَخْبَرَنِي قَالَ سَمِعْتُ أَبَا عَمْرٍو الشَّيْبَانِيَّ يَقُولُ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَشَارَ إِلَى دَارِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي بِهِنَّ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي

496. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Hisyam bin ‘Abdul Malik berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah mengabarkan kepadaku Al Walid bin Al ‘Aizar berkata, Aku mendengar Abu ‘Amru Asy Syaibani berkata, “tuan rumah ini menceritakan kepada kami – sambil menunjuk rumah ‘Abdullah (Ibn Mas’ud) – ia berkata, “Aku pernah bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, “Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?” Beliau menjawab: “Salat pada waktunya.” ‘Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa pula?” Beliau menjawab: “berbakti kepada kedua orangtua.” ‘Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa pula?” Beliau menjawab: “Jihad fi sabilillah.” ‘Abdullah berkata, “Beliau sampaikan semua itu, sekiranya aku minta tambah, niscaya beliau akan menambahkannya untukku.”

Kitab Bukhari bukan hanya kitab fekah. Banyak sudut yang disentuh. Kira-kiranya, untuk tahu Islam secara lengkap, ianya ada dengan jelas dalam kitab ini.

Solat memang dah lebih dah dari segi pahala dan kebaikannya. Ianya akan lebih lagi kalau solat dalam waktunya.

Nabi jawap الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَ. Nabi gunakan عَلَى tapi Imam Bukhari gunakan لِوَقْتِهَا dalam tajuknya, iaitu menggunakan huruf ل dan bukan عَلَى dalam tajuknya. Kadang-kadang dia gunakan perkataan yang sama dengan hadis sebagai tajuknya, kadang-kadang tidak. Kenapa dia tukar kepada perkataan lain dan tidak menggunakan perkataan yang sama dalam hadis? Ini telah menjadi perbahasan ulama. Kerana Imam Bukhari pemahaman dia halus benar. Ulama pun dah kata kebijaksanaan Bukhari ternampak dalam tajuknya. Oleh itu, mereka pun membahaskannya untuk mencari sebab-sebabnya.

Maksud Imam Bukhari dalam tajuk beliau itu adalah kita kena benar-benar menjaga waktu solat itu. Iaitu waktu yang mustahab dan waktu yang afdhal. Jadi kena tahu manakah waktu yang afdhal. Dan tentang waktu mana yang afdhal, ulama fekah khilaf antara mereka. Tidak semestinya di awal waktu. Kalau ada hadis yang kata solat di awal, ulama mengatakan hadis itu tidak sahih. Sebab itu mereka boleh sampai kepada pemahaman yang lain. Sebagai contoh, Imam Hanafi berpendapat kalau solat asar, afdhal waktu adalah lewat petang, bukan awal masuk Asar. Iaitu apabila bayang menjadi dua kali. Memang apabila bayang sesuatu benda itu sudah lebih panjang dari barang itu, sudah masuk waktu asar dan tidak salah kalah solat waktu itu. Tapi itu bukanlah waktu yang afdhal. Waktu yang afdhal adalah lewat lagi. Begitu juga solat isyak, afdhal dilakukan lewat. Mazhab Syafie pun begitu juga. Bermakna, dalam Syafie pun, afdhal waktu isyak adalah dalam pukul 10.30 malam. Solat waktu panas pun tidak boleh. Kalau waktu zuhur itu panas, elok di lewatkan sampai sejuk sikit. Jadi, bilakah waktu yang afdhal memerlukan perbincangan yang panjang lagi.

Jadi kenapa Imam Bukhari menggunakan lafaz yang lain dari lafaz hadis? Huruf jar yang sepatutnya digunakan apabila menyebut waktu adalah فى dan bukan ل mahupun على. Tapi kenapa Imam Bukhari tidak menggunakan lafaz فى dalam tajuknya? Kerana ada penggunaan ل digunakan dalam Quran untuk mengganti lafaz فى juga. Itu menunjukkan betapa rapatnya Imam Bukhari dengan Quran. Dalam bahasa pun dia pakai contoh yang digunakan dalam Quran. Ada dalil yang digunakan. Sebagai contoh, dalam ayat 1 surah Kahf:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan didalamnya kebengkokan.

Huruf ل dalam perkataan لَّهُ itu sebenarnya bermaksud فى iaitu ‘di dalam Quran itu’. Tapi dalam ayat ini digunakan لَّهُ. Sebagai contoh ayat pertama surah kahf. Ada lagi ayat-ayat yang lain. Bermakna, penggunaan huruf ‘lam’ dalam menunjukkan maksud ‘dalam’ sudah ada dalam Quran pun.

Imam Bukhari juga hendak isyarat bahawa memang ada hadis yang menggunakan لِوَقْتِهَا untuk menunjukkan kelebihan solat dalam awal waktu. Jadi, bukan sahaja dalam Quran, tapi dalam Hadis pun Nabi pernah menggunakan huruf ‘lam’.

Imam Bukhari juga tidak menggunakan perkataan أَحَبُّ (paling suka) seperti dalam hadis untuk dijadikan tajuknya. Sedangkan dia menggunakan perkataan فَضْلِ (afdhal) dalam tajuknya. Pada Imam Bukhari, ianya sama sahaja. Lazimnya, kalau Allah paling suka, maka sudah tentunya ianya adalah satu amalan yang afdhal.

waktu-sholat

Perbincangan hadis:
Kenapa ada perbezaan jawapan dari Nabi apabila ditanya soalan yang hampir sama atau kadang-kadang memang sama pun soalan yang diberikan. Iaitu apabila ditanya apakah amalan yang paling afdhal, paling Allah suka, jawapan dari Nabi berbeza-beza? Kepada orang ini, Nabi jawap lain, kepada orang itu, Nabi jawap lain pula. Kalau golongan anti-hadis, tentunya ini menjadi satu bahan kepada mereka. Mereka akan kata, bagaimana nak pakai hadis, sedangkan jawapan Nabi tidak tetap? Sekejap kata begini, sekejap kata begitu. Itu adalah kata-kata mereka yang tidak belajar hadis.

Memang kita terima bahawa jawapan Nabi memang berbeza-beza. Sebagai contoh, selain dari hadis ini, banyak lagi jawapan Nabi yang tidak sama seperti yang ada dalam riwayat ini, tapi hadis itu juga sahih. Ada sebut tentang haji mabrur, amalan yang istiqamah, puasa, beri makan kepada orang lain, dan lain-lain lagi.

Ada beberapa sebab kenapa jawapan Nabi berlainan:

1. Nabi jawap sesuai dengan orang yang bertanya. Sebagai contoh, orang yang bertanya itu ada ibubapa yang perlu diuruskan. Maka untuk dia, amalan paling baik adalah menjaga ibubapa.
2. Nabi melihat kecenderungan orang yang bertanya, kerana kecenderungan manusia juga berbeza. Kalau orang yang bertanya itu adalah jenis seorang lelaki yang berani, maka jihadlah amalan yang paling baik untuknya. Kalau dia seorang yang lemah, seorang yang sudah contohnya, tentulah jihad bukan sesuatu yang sesuai.
Itulah menunjukkan realistiknya ajaran Islam, mengikut kesesuaian manusia. Begitu juga, kalau orang itu seorang yang kaya, maka tentulah infak harta di jalan agama yang paling sesuai untuknya.
3. Masa dan tempat bertanya tidak sama. Kalau soalan itu diberikan semasa negara sedang berperang, jihadlah yang paling sesuai sebagai memberi motivasi kepada orang yang bertanya. Kalau masa itu manusia sedang ramai yang susah, maka memberi makan kepada orang lainlah yang paling utama.

4. Nabi juga tengok apakah maksud orang yang bertanya itu. Orang itu bertanya itu mungkin dia hendakkan amalan afdhal dari segi membentuk jiwa. Memang tidak dinyatakan oleh yang bertanya. Tapi Nabi adalah seorang yang amat bijak. Maka baginda faham apakah maksud mereka yang bertanya itu. Maka jawapannya kalau kepada orang yang hendak mengetahui apakah amalan untuk membentuk jiwa adalah puasa. Kerana puasa dapat membentuk jiwa.

5. Atau jawapan itu Nabi pandang manakah yang paling tinggi dari segi pahala. Manakah amalan yang paling banyak mendapat pahala dengan amalan yang sedikit. Macam kalau meniaga, apakah perniagaan yang paling tinggi untungnya? Maka yang paling menguntungkan adalah solat dalam waktu yang afdhal.

6. Atau mungkin jawapan itu berdasarkan kepada kedudukan amalan itu dalam Islam. Solat adalah amalan yang paling utama selepas mengucap dua kalimah syahadah. Berbudi kepada kedua ibubapa pula mengajar manusia untuk berterima kasih kepada mereka yang telah banyak berbudi dengan mereka. Tentulah ibubapa yang paling banyak berbudi dengan kita. Maka, sebaiknya kita berterima kasih dengan mereka dengan berkhidmat dengan mereka. Kalau dengan ibubapa kita disuruh berbuat begitu, apatah lagi dengan Allah. Tentulah lagi banyak Allah telah berbudi dengan kita. Dan cara utama untuk berterima kasih dengan Allah adalah dengan melakukan solat. Berjihad adalah juga satu perbuatan yang besar dalam Islam, tapi masih lagi dibawah berbuat baik kepada ibubapa. Kerana berjihad itu bukan sentiasa dilakukan. Kalau pemerintah memerintahkan kita untuk berjihad, baru kita berjihad. Lainlah kalau negara kita diserang, barulah semua orang jatuh wajib untuk berjihad. Oleh itu, tidaklah selalu berjihad. Tapi, selalunya kita ada ibubapa. Dan kepada mereka yang tidak ada ibubapa, tentunya mereka kena melakukan solat. Semua orang kena solat. Jadi, susunannya adalah: solat – berkhidmat kepada ibubaba – berjihad.

Abdullah ibn Mas’ud mengatakan bahawa Nabi akan jawap lagi kalau ditanya lagi. Dia cakap begitu sebab dia nampak Nabi bersedia untuk menjawap. Kadang-kadang kita boleh tahu samada orang yang bersembang dengan kita masih lagi mahu melayan kita atau sebaliknya. Itu kita boleh tahu dari riak wajahnya. Agaknya apa Abdullah Ibn Mas’ud nak tanya lagi agaknya? Kenapa beliau tidak tanya lagi? Tentu kita kata, kalau Nabi dah nak jawap lagi, seeloknya beliau tanya lagi dan kita tentunya akan dapat lebih lagi maklumat. Tapi, tentunya Abdullah ibn Mas’ud yang berada dalam situasi itu sendiri tahu apa yang dilakukannya. Ada disebut dalam riwayat lain kenapa beliau tidak terus bertanya lagi. Kerana beliau hendak menjaga hati baginda. Beliau tidak mahu kacau baginda. Sahabat amat beradab dengan Nabi. Mereka faham tentang adab. Mungkin dia nampak Nabi dalam kesibukan. Atau baginda ada tempat lain baginda hendak pergi. Atau baginda sudah nampak penat dan sebagainya.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini.

  1. Amalan yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya. Kemudian berkhidmat kepada ibubapa dan seterusnya jihad fi sabilillah.
  2. Soalan Ibn Mas’ud itu adalah tentang amalan yang berkenaan dengan ibadat tubuh badan. Nabi faham apakah yang hendak diketahui oleh beliau dan sebab itulah jawapan baginda begitu.
  3. Amalan itu tidak sama. Banyak sudut kenapa sesuatu amalan itu lebih dari amalan yang lain. Ianya boleh jadi lebih dari segi manfaat, boleh mendekatkan diri dengan Allah dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, kalau pemimpin buat keputusan yang menyebabkan kebaikan kepada umat, maka itu adalah tinggi sekali.
  4. Amalan itu lebih afdhal kalau ianya disukai Allah.
  5. Suka, redha dan sayang adalah sifat-sifat Allah. Kita kena terima bahawa Allah ada sifat sebegitu. Tentulah tidak sama dengan sifat manusia. Sifat itu walaupun makhluk pun ada juga tapi sifat yang dimaksudkan adalah sifat yang layak denganNya.
  6. Kelebihan bertanya untuk mendapat ilmu. Lihatlah bagaimana ibn Mas’ud bertanya dengan Nabi. Ubat untuk penyakit jahil adalah bertanya.
  7. Keharusan bertanya manakah amalan yang paling baik. Untuk dapat pahala yang banyak dengan usaha yang sikit. Macam berniaga kita pun nak untung dengan usaha sikit. Sahabat bertanya kepada Nabi dan Nabi jawap. Nabi tak marah dengan soalan-soalan sebegitu. Nabi bersifat terbuka. Maknanya tak salah kalau tanya.
  8. Keharusan memberitahu sesuatu yang tidak berlaku. Ibn Mas’ud memberitahu perawi, andai kalau dia tanya lagi, Nabi akan jawap. Padahal benda itu tak terjadi.
  9. Kewajiban berbuat baik dengan ibubapa. Walaupun mereka kafir.
  10. Keharusan bertanya lebih dari satu soalan dalam satu majlis. Ibn Mas’ud bertanya banyak kali dalam hadis ini.
  11. Adab untuk tidak bertanya lebih kalau nampak guru sedang keletihan. Ibn Mas’ud tak sambung tanya lagi sebab dia nampak baginda keletihan. Atau kalau nampak guru ada hal lain.
  12. Isyarat yang memberi orang lain faham apa yang dimaksudkan, boleh digunakan. Dalam hadis ini, perawi menyatakan ‘tuan rumah ini’ sambil isyarat kepada rumah Ibn Mas’ud.

 

 

Link hadis seterusnya

Link kepada kuliah Maulana Asri

Link kepada permulaan Kitab Waktu Solat

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s