We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Kuliah Online April 9, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 5:56 pm

 

How to Teach your children Arabic:
http://www.al-ahkam.net/home/how-teach-yourself-your-children-arabic-masood-chowdhury

Penting untuk mengajar anak-anak kita bahasa Arab. Kita pun kena belajar juga.
Mulakan dengan perkara yang mudah. Jangan terus mengajar nahu (grammar Arab) kepada kanak-kanak kerana ianya susah dan akan menyebabkan mereka bosan dan tidak mahu belajar. Ajar vocabulary dulu kepada mereka sepergi meja, rumah dan sebagainya. Iaitu perkara yang senang didapati dalam rumah.
Jangan putus asa dalam belajar Arab. Jangan percaya kata-kata yang mengatakan ianya terlalu sukar sampai tak boleh belajar.
Cari orang yang simpati dengan kita untuk mengajar kita.
Selalu bercakap Arab dengan anak-anak. Gunakan perkara-perkara yang ada dalam rumah dulu. Supaya mereka boleh terus apply bahasa Arab.

Solat istikharah:

Perkataan istikharah diambil perkataan khair. Yang bermaksud ‘kebaikan’. Maknanya, dalam solat Istikharah, kita mencari mana yang lebih baik. Pertamanya kita tahu bahawa solat istikharah itu bukanlah magic 8-ball. Atau ia juga bukan buah dadu. Bukanlah kita baling buah dadu dan dadu itu akan beri kita jawapannya. Sebenarnya, solat istikharah ini adalah proses ke 3 dalam membuat keputusan. Proses pertama, kita menggunakan akal kita yang Allah dah beri ini untuk memikirkan manakah pilihan yang bagus. Cari maklumat, tengok kebaikan dan keburukan sesuatu perkara itu. Kemudian, baru kita masuk proses kedua iaitu tanya pendapat orang lain. Iaitu orang yang tahu tentang sesuatu perkara itu. Kalau kita nak buka kedai makan, maka kita tanya orang yang pernah buka kedai makan. Kalau nak kerja kerajaan, kita tanya pendapat mereka yang kerja kerajaan. Kalau nak kahwin, kita tanyalah orang yang dah kahwin. Proses ini dinamakan Istisyarah.
Selepas dah buat dua proses itu, barulah kita buat solat istikharah. Kita solat istikharah adalah apabila kita dah ada pilihan dan kita ada pilihan yang kita dah condong ke arahnya. Tapi kita perlukan keyakinan. Untuk beri kita kekuatan dalam mengambil keputusan itu.

Apa yang perlu dilakukan sebelum kita buat istikharah? Tidak ada apa. Sama sahaja macam solat-solat sunat yang lain. Tidak ada bezanya. Jangan ada yang kata ianya lain dari yang lain. Buat macam biasa sahaja. Mungkin akan ada yang ajar macam-macam benda tapi itu tidak perlu.

Apakah prosedur solat Istikharah? Buat solat sunat 2 rakaat. Yang kita perlu ingat adalah solat sunat Istikharah ini sama sahaja macam solat-solat sunat yang lain. Juga tidak ada bacaan surah yang khusus di dalamnya. Cuma bezanya, selepas solat, kita baca doa yang khusus yang telah diajar oleh Nabi. Itulah doa solat sunat istikharah. Baca pula seeloknya dalam matan arab seperti yang diajar. Jangan ubah-ubah. Seperti yang yang telah disebut, ianya dibaca ‘selepas’ solat. Maka, kalau kita tak hafal doa itu, kita boleh membacakan dari kertas. Memang ada yang kata baca dalam solat, tapi kalau dilihat dari hadis, rumusan yang ulama dapati adalah bacaan doa itu di luar solat, bukan di dalam solat.

Jadi, apakah yang kita akan dapat apabila kita sudah amalkan solat ini? Macam-macam kita dah dengar tentang kesan dari solat ini. Sebenarnya, ianya bukanlah sesuatu yang out of this world. Tidaklah selepas kita buat solat itu, kita akan nampak pilihan kita dalam bentuk 3D ke apa ke. Apa yang kita akan dapat adalah kejelasan tentang pilihan yang kita perlu ambil. Kita pun akan rasa yakin untuk mengambil keputusan itu.

Bagaimana pula kalau ada yang kata kita akan dapat mimpi? Kita kena ingat bahawa mimpi tidak boleh dijadikan sebagai satu cara untuk membuat keputusan. Maka, jangan kita excited sangat kalau dapat mimpi itu.

Kalau kita tak dapat apa yang kita hendak, maka apa yang kita perlu buat adalah buat lagi solat istikharah. Solat istikharah bukan hanya buat sekali sahaja. Ada ulama yang kata dia hanya dapat keputusan sesuatu perkara itu selepas solat sebanyak tiga kali.

Lagi satu, kita kena buat sendiri solat itu. Jangan beri upah kepada orang lain pula. Kalau ada yang mengambil upah, ketahuilah bahawa itu adalah orang yang menggunakan agama untuk mencari duit sahaja. Ianya tidak dengan cara begitu.

Nabi telah mengajar doa ini kepada para sahabat seperti baginda mengajar mereka Quran. Apakah maksudnya? Pertamanya, kita digalakkan untuk menghafalnya sepertimana kita menghafal ayat-ayat Quran. Keduanya, kita perlu membacanya dalam bahasa Arab. Ketiganya, kita baca sebiji-sebiji seperti apa yang telah diajar – jangan ditukar, sepertimana kita tidak boleh ubah ayat-ayat Quran, doa ini juga tidak boleh diubah.

Bagaimana kalau tidak boleh baca Arab? Pertama, kenapa tidak boleh baca dalam Arab? Sepatutnya belajar tentang agama. Tapi, katakanlah, orang itu baru masuk Islam dan memang tidak tahu membaca jawi, maka Islam itu mudah. Mereka boleh buat apa yang mereka boleh. Kalau perlu baca dalam bahasa melayu atau bahasa apa sahaja yang dia boleh, maka itu dibenarkan.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ، وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ، وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ، وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ  فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan [yang tepat] kepada Engkau dengan ilmu [yang ada pada]-Mu,: Penerangan: – Kita tidak tahu apa-apa, tapi Allah tahu segala-galanya. Hanya Allah yang tahu apakah yang baik untuk kita. Kadang-kadang ada perkara yang kita ingat baik untuk kita, tapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita.

وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ: ‘dan aku memohon kekuasaan-Mu [untuk menyelesaikan urusanku] dengan kodrat-Mu‘. Penerangan: kita tidak mempunyai kuasa apa-apa. Kita mengaku dengan Allah bahawa kita ini lemah sangat. Kalau Allah tidak tolong kita, tidak boleh buat apa-apa.

وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ: ‘Dan aku memohon kepada-Mu sebagian karunia-Mu yang agung, Pengerangan: Kita memohon dengan mengharap kepada Allah. Telah banyak yang Allah berikan kepada kita. Kita mengaku bahawa Allah mempunyai banyak sangat anugerah. Kita minta kepada Allah supaya diberikan sedikit kepada kita. Kita memuji Allah dalam doa ini.

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ: ‘karena sesungguhnya Engkau Mahakuasa sedangkan aku tidak berkuasa‘, : Pengerangan: lihatlah betapa indahnya kata-kata ini. Ini adalah susunan yang telah diberikan kepada kita. Tidak perlu diubah-ubah lagi. Kita mengaku kepada Allah bahawa kita tidak berkuasa langsung. Dalam masa yang sama, kita memuji Allah.

وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ: ‘dan Engkau Maha tahu sedangkan aku tidak tahu‘, Penerangan: kita kadang-kadang ingat kita tahu, tapi sebenarnya kita tidak tahu. Kita mengaku bahawa Allah lah yang tahu segala-galanya

وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ: ‘dan Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib‘. Penerangan: Hanya Allah sahaja yang tahu perkara yang ghaib. Allah tahu apa yang jadi pada masa hadapan, kita tidak tahu. Allah tahu perkara yang tidak zahir dan kita tidak tahu.

اَللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ خَيْرٌ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ; ‘Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih baik pula] akibatnya‘. Penerangan: yang dimaksudkan dengan وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ adalah akibat kepada akhirat. Kita tidak tahu kesan dari perbuatan kita akan jadi apa. Tapi Allah tahu. Kadang-kadang kita ingat akibatnya adalah baik tapi tidak semestinya.

فَاقْدُرْهُ لِيْ وَيَسِّرْهُ لِيْ: ‘maka takdirkanlah dan mudahkanlah urusan ini bagiku‘ Penerangan: ada dua permintaan kita dalam ayat ini:
– berilah ianya terjadi
– bagi ianya mudah bagi kita

Maknanya, kita minta kepada Allah supaya bagi jadi perkara itu. Allah boleh jadikan sesuatu perkara itu kalau Dia mahu. Mudah sahaja bagi Allah. Kita pun berharap ianya dimudahkan bagi kita.

ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ: ‘kemudian berkahilah aku dalam urusan ini‘. Kita minta supaya Allah berkati kita. Kita memang memerlukan keberkatan Allah. Kalau Allah berkati sesuatu perkara, yang sikit akan terasa banyak. Kebaikannya akan bertambah-tambah. 

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا اْلأَمْرَ شَرٌّ لِيْ فِيْ دِيْنِيْ وَمَعَاشِيْ وَعَاقِبَةِ أَمْرِيْ فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ: ‘Dan sekiranya Engkau tahu bahwa urusan ini lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, serta [lebih buruk pula] akibatnya [di dunia dan akhirat], maka jauhkanlah urusan ini dariku, dan jauhkanlah aku dari urusan ini, Penerangan: kalau ianya tidak baik bagi kita, samada dunia atau akhirat, kita minta dijauhkan dari perkara itu. Kita minta supaya tak jadi apa yang kita nak buat itu. Kalau kita ingat lelaki atau perempuan itu sebagai pasangan kita, kita minta supaya tidak terjadi perkahwinan itu. Tapi apabila Allah telah tolak perkara itu dari kita, masalah tidak selesai. Sebab katakanlah kita memang hendak kahwin, tapi kalau dah tolak mana yang tidak baik, kita masih keseorangan. Itu lah sebabnya doa ini disambung seterusnya:

وَاقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ: ‘dan takdirkanlah kebaikan untukku’. Penerangan: kita minta Allah tunjukkan mana yang baik. Mungkin pilihan yang baik ini tidak ada pun dalam list kita sebelum ini. Kita minta Allah tunjukkan kepada kita. 

حَيْثُ كَانَ: ‘dimana sahaja‘: penerangan: dimana sahaja ianya berada, kita minta Allah sampaikan kepada kita. Kerana kadang-kadang kita tak terfikir pun perkara itu kerana ianya jauh dari kita.

ثُمَّ أَرْضِنِيْ بِهِ: ‘kemudian jadikanlah aku ridha menerimanya‘. Kita minta jiwa kita dimudahkan menerimanya. Contohnya, pasangan yang baik untuk kita itu mungkin kita tidak pernah jumpa, tapi kita minta apabila kita berjumpa dengan dia, kita akan senang dengan dia. 

Semasa kita berdoa itu, kita bayangkan perkara yang kita sedang minta Allah beri petunjuk itu. Atau kita boleh sebut dalam doa kita pun. Kerana kita sekarang berada diluar solat, maka kita boleh sebut perkara itu dalam bahasa kita pun kalau kita tidak tahu nak sebut dalam bahasa Arab.

Itulah doa yang amat cantik sekali. Ianya seperti kita memohon kepada seorang raja, maka ini adalah cara kita mengetuk pintu raja itu. Dalam doa ini, kita merendahkan diri kepada Allah, dimana kita meminta petunjuk Allah dalam perkara ini.

 

Perkara-perkara yang membatalkan solat:

  • Meninggalkan rukun dengan sengaja.
  • Keluar sesuatu dari qubul dan dubur. Termasuk kentut. Tapi jangan was-was. Kalau kita tak pasti kentut atau tidak, jangan putuskan solat sampai kita dengar bunyi atau cium bau.
  • Kena najis yang tidak dimaafkan. Kalau sikit-sikit sahaja tidak mengapa. Banyak orang tak solat sebab mereka rasa seluar atau baju mereka tidak bersih kerana mereka dah masuk tandas tandas dengan pakaian itu. Mereka ingat, takkan tak memercik najis pada pakaian kita kalau dah masuk tandas. Padahal tak nampak pun najis betul-betul kena. Lain lah kalau mereka betul-betul nampak atau pasti memang kena najis, barulah tak boleh solat.
  • Bercakap dalam solat. Zaman awal Islam memang boleh bercakap, tapi tidak boleh kemudiannya.
  • Mendedahkan aurat dengan sengaja sampai terbuka 1/4 dari aurat. Tapi kalau terbuka tanpa sengaja dan cepat-cepat ditutup tidak membatalkan solat.
  • Makan dan minum sengaja.
  • Mengubah niat. Tukar waktu solat. Atau niat untuk berhenti. Itu kalau dah dalam solat. Kalau kita baru mula solat, baru takbirlah katakan, kita teringat bahawa kita tersilap waktu, kita betulkan balik niat kita, itu tidak mengapa.
  • Pergerakan banyak yang tidak perlu. Kalau pergerakan yang perlu tidak mengapa. Sebagai contoh, kalau handphone berbunyi, kenalah ambil keluar Phone itu dari poket dan tutup. Janganlah biar berbunyi sampai ganggu orang lain.
  • Murtad.

Doa iftitah:

Banyak jenis lagi doa iftitah selain yang orang kita biasa baca. Yang selalu dibaca itu pun tidak tepat sebab dicampur dua doa dalam satu bacaan. Dan yang ditambah itu pun tidak lengkap.

Soalan dalam kubur:

Semua makhluk dapat dengar azab dalam kubur melainkan manusia dan jin.
Kena selaras jawapan kita dan hidup kita. Jawapan itu bukan boleh kita hafal atau diberitahu oleh pembaca talqin. Kalau sepanjang kehidupan kita, kita tidak mengamalkan apa yang sepatutnya, maka kalau kita hafal pun kita tak dapat nak jawap. Kerana yang menjawap soalan semasa dalam kubur itu adalah amalan kita.
Kena ada ilmu.

Takbiratul ihram.

Tangan paras bahu atas cuping telinga.
Sunat tapak tangan mengadap ke kiblat.

Zikr matsurat

Buat sendiri-sendiri. Bukan nak kena buat ramai-ramai. Tidak ada hadis yang sahih Nabi pernah buat ramai-ramai.

Zikir pagi dan petang. Buat selepas solat subuh sebelum matahari naik dan selepas solat asar sebelum matahari terbenam.

Kenapa ada zikir pagi dan petang?
Kerana kita mudah lupa. Maka ada zikr yang Allah ajar untuk ingatkan kita.
Sebab pagi dan petang adalah permulaan bahagian hidup dalam seharian. Dua bahagian hidup.

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
‘O Allaah, You are my Lord, none has the right to be worshipped except You, You created me and I am Your servant and I abide to Your covenant and promise as best I can, I take refuge in You from the evil of which I have committed. I acknowledge Your favour upon me and I acknowledge my sin, so forgive me, for verily none can forgive sin except You.’

بِسْمِ اللهِ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (3×)

‘In the name of Allaah with whose name nothing is harmed on earth nor in the heavens and He is The All-Seeing, The All-Knowing.’ [three times]

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا. (3×)
“Aku rela Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai Nabi. (Dibaca 3 kali).

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ: فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ وَنُوْرَهُ، وَبَرَكَتَهُ، وَهُدَاهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْهِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ.
‘We have reached the morning and at this very time all sovereignty belongs to Allaah, Lord of the worlds. O Allaah, I ask You for the good of this day, its triumphs and its victories, its light and its blessings and its guidance, and I take refuge in You from the evil of this day and the evil that follows it.’

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. (100×)
‘How perfect Allaah is and I praise Him.’ [one hundred times]

 

Berzikir

Zikir itu kena dalam bentuk Sirr iaitu senyap. Kerana dari hadis, disebut Fi nafsika – dalam diri kamu. Baca kepada diri sendiri sahaja. Iaitu dalam bentuk senyap. Bukan nak kena jerit-jerit seperti yang dibuat oleh orang sekarang. Kita sahaja dengar.
Dalam kita berzikir itu, kena hadhir hati. Kena faham apa yang kita sedang zikr kan.

Apakah majlis zikr? Majlis yang mendatangkan ingat kepada Allah. Kalau kita lalu semasa majlis sebegitu tengah ada, elok singgah. Bukan panggil orang pada sekian-sekian hari untuk meratib. Bukan nak kena buat setiap malam Jumaat kena baca yaasin ramai-ramai. Itu adalah bidaah.

Kesian orang kita. Hanya berzikir dalam majlis sahaja. Padahal kena zikir setiap masa. Macam orang sufi, mereka sentiasa zikir dalam hati mereka kerana guru mereka suruh. Tapi mereka buat itu bukan sebab ingat Nabi suruh. Itu kerana tok syeikh mereka yang suruh.

Setiap ajaran agama, Nabi dah ajar. Tidak ada yang ditinggalkan. Maka janganlah kita mereka-reka benda amalan ibadat yang baru.

 

Larangan jual beli gharar

Pembelian gharar – barang yang tidak pasti. Macam buah atas pokok, susu dalam tembuni, atau barang yang tak nampak. Zaman jahiliah banyak diamalkan perkara macam ini. Ada pilih barang pakai baling sahaja. Ada boleh sentuh tanpa lihat. Mana boleh macam itu. Tapi zaman ini ada juga kita buat seperti itu. Apabila kita beli barang tak nampak. Tak tahu lagi kualiti nya. Contohnya kalau kita beli barang MLM. Atau sistem piramid. Itu memang jelas perkara gharar.

 

Tafsir الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Ayat الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ sebelum ini adalah tentang rububiyyah. Apabila disebut رَبِّ الْعَالَمِينَ, ianya menyebut tentang Kekuasaan. Kalau dalam dunia, orang yang ada kuasa itu akan ada yang akan jadi kejam, salah guna kuasa dan sebagainya. Tapi bagaimana Allah menggunakan kuasaNya? Corrupt? Tidak sama sekali. Kekuasaan yang Allah tunjukkan adalah kekuasaan yang rahmah.
Allah jadikan alam untuk zahirkan rahmatNya. Sangat banyak rahmahNya telah diberikan kepada kita. Tidak terkira.
Allah ingatkan perkara ini dalam surah Fatihah. Lebih banyak maklumat lagi disebut dalam Surah Rahman.

Bayangkan betapa sayangnya Allah kepada kita. Allah tahu segalanya tentang kita, tapi Allah masih beri rahmat kepada kita. Perkara yang Allah tahu tentang kita itu, kalau emak ayah kita tahu, mereka tentu tidak mengaku kita anak mereka. Kalau suami atau isteri kita tahu, mereka akan ceraikan kita. Kalau kawan kita tahu semuanya tentang kita, mereka pun tidak mahu kawan dengan kita dah. Tapi Allah tahu segala-galanya tentang kita, tapi Allah masih lagi beri rahmat kepada kita.

Allah beri rahmat dan pemberianNya kepada orang muslim dan juga orang kafir. Walaupun orang kafir itu telah tolak Allah. Tapi Allah masih beri rahmat lagi kepada mereka. Tapi lihatlah apa yang mereka balas kepada Allah? Mereka kata macam-macam tentang Allah. Tapi Allah maha penyabar.
Allah ada 100 rahmat dan Allah berikan 1 sahaja kepada dunia yang dikongsi oleh semua makhluk.

Ada pula yang kata: kalau begitu sifat rahmat Allah, kenapa ada suffering dalam dunia? Pertama, ini cakap tentang dunia sahaja. Yang cakap itu hanya lihat tentang hal dunia sahaja. Hendaklah kita yakin bahawa Allah tidak zalim kepada makhlukNya. Kalau seorang yang paling celaka dalam dunia diberikan rahmat akhirat, dia tak ingat langsung dah kesusahan di dunia nanti. Maknanya, kesusahan di dunia tidak kekal. Yang kekal adalah akhirat. Kenikmatan di akhirat yang kita lebih perlukan.

Kita juga jangan lihat dunia dengan mata kasar sahaja. Apa yang kita rasakan sebagai musibah mungkin ada kebaikannya. Kita tidak tahu. Tidaklah sentiasa Allah beri nikmat sahaja. Sebagai contoh, kalau ibubapa beri segalanya kepada anaknya, itu pun tidak baik. Dia akan lupa bahawa apa yang dia sedang terima itu adalah nikmat. Hanya orang sakit sahaja yang akan kenal apakah itu nikmat kesihatan.
Kesakitan pun rahmah dari Allah. Kerana kalau tak rasa sakit, ianya akan merosakkan kita juga. Kita pun pernah baca bagaimana ada kanak-kanak yang tiada deria sakit. Jadi, dia tak tahu pun tentang benda-benda bahaya. Kalau dia tak rasa panas, kita mungkin letak tangan dia pada api sampai rosak tangan dia. Oleh itu, kita kena ingat, kesakitan itu menolong kita hidup sebenarnya.

Kesusahan juga dapat mengingatkan kita untuk memperbetulkan perbuatan kita. Kerana kesusahan dunia ini akan mengingatkan kita tentang kesusahan yang kekal abadi di akhirat kelak kalau kita tak ikut arahan Allah. Kalau susah yang sedikit di dunia pun kita dah tak tahan, apatah lagi kalau di akhirat kelak. Kalau kita dah rasa susah sikit sahaja di dunia, maka kita kena betulkan apa-apa yang kita sedang buat supaya kita tidak susah di akhirat kelak. Untuk tahu itu, kenalah belajar tentang akhirat. Tentang Mahsyar, tentang syurga dan neraka. Kerana kalau kita tidak tahu, kita tidak tahu dengan apa yang akan terjadi di hari kiamat nanti.

Musibah yang Allah berikan kepada kita juga dapat menghapuskan dosa kita yang banyak. Entah berapa banyak dosa yang kita lakukan. Samada kita sedar atau tidak. Dengan musibah, Allah akan hilangkan dosa itu dari kita.

Tidak ada apa pun yang Allah lakukan boleh dikatakan sebagai tidak elok. Walaupun dengan mengadakan syaitan. Ada guna juga syaitan ini. Kita beribadat kerana hendak melindungkan diri dari syaitan. Dengan itu kita dapat mendekatkan diri dengan Allah. Iblis juga menjadi contoh sempadan yang jangan diikuti. Kita belajar tentang apakah kesalahan yang dia lakukan, maka kita jadikan sempadan. Jangan kita sombong, jangan tinggi diri, jangan itu dan ini.
Kalau tidak ada keburukan, kita tak nampak keindahan. Kalau tidak ada gelap, kita tidak tahu tentang bezanya dengan cahaya. Kalau tidak ada malam, kita tidak tahu adanya siang.

Jangan kita putus harap dengan rahmat Allah. Putus harap dengan Allah adalah kufur. Allah kata dalam surah az-zumar. Tidak ada yang putus harap dengan rahmat Allah melainkan orang kafir sahaja.

Sifat rahmah Allah ini juga mengajar kita bahawa ktia pun kena bersifat rahmah dengan makhluk. من لا يرحم لا يرحم (sesiapa yang tidak bersifat rahmah, tidak akan dirahmati)

Kunci untuk mendapat rahmah yang diberikan khas kepada mukmin adalah dengan mengikut arahanNya.

Ini juga adalah dalil yang Allah menurunkan syariat kepada kita. Kalau Allah berikan segalanya kepada kita, kenapa Allah tidak berikan syariat untuk kita gunakan sebagai panduan hidup? Takkan apabila Allah dah jadikan kita, Dia biarkan kita begitu sahaja?

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s