We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Bab (Sesi 8-10) Sembahyang Itu Adalah Kaffarah (Penebus Dosa) April 3, 2014

Bab Sembahyang Itu Adalah Kaffarah (Penebus Dosa)

بَاب الصَّلَاةُ كَفَّارَةٌ

كَفَّارَةٌ bermaksud ‘menutup’ dari segi bahasa. Dalam syarak, ia bermaksud menutup dosa-dosa yang telah dilakukan. Kita memang memerlukan sangat supaya dosa kita ditutup atau dihapuskan. Malu kita kalau perbuatan buruk kita dipertunjukkan kepada orang lain samada di dunia atau di akhirat kelak.

Memang kita sudah tahu bahawa perbuatan yang baik akan menghapuskan dosa.

Dalilnya adalah firman Allah Ta’ala,
وَأَقِمِ الصَّلاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ
Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. (QS. Huud: 114)

 

Kali ini, Imam Bukhari hendak membawa dalil bagaimana solat itu adalah salah satu dari amalan baik, malah lebih lagi dari amalan ibadat yang lain. Kerana dalam solat, ia melibatkan waktu-waktu tertentu ianya kena dilakukan. Oleh itu ianya lebih tinggi lagi. Dosa yang dibersihkan dengan amalan solat adalah lebih banyak lagi atau lebih besar lagi. Kerana kalau amalan lain yang tidak berkaitan dengan waktu pun boleh menutup dosa, maka tentunya solat yang berkait dengan masa akan lebih lagi dapat menghapuskan dosa-dosa.

Kaitan solat dengan tajuk ini adalah solat mestilah dilakukan dalam waktu solat yang telah ditetapkan. Kalau tidak dilakukan dalam waktunya, bukan hanya tidak boleh menghapuskan dosa, tapi akan menyebabkan kita berdosa.

Solat itu terikat dengan waktu. Antaranya ada waktu terlarang. Antaranya selepas asar tidak ada solat sunat. Berdosa pula kalau solat dalam waktu terlarang. Sampaikan Maliki dan Hanafi mengharamkan walau solat jenazah sekalipun. Kerana pada mereka, itu adalah waktu yang telah diharamkan solat, maka solat apa pun tidak boleh. Termasuklah solat Jenazah. Imam Shafie mengharuskan solat jenazah dalam waktu terlarang, dengan hujah bahawa ianya adalah solat yang tidak menetapkan masa. Maka, kalau kita tahu pendapat itu, maka kita akan berhati-hati: kalau boleh kita tangguhkan sekejap solat jenazah itu sehingga waktu yang confirm tidak ada khilaf padanya, itu adalah lebih baik. Lainlah kalau tidak boleh tidak, kena solat juga waktu itu. Contohnya, mayat dah semakin busuk.

Tajuk Imam Bukhari ini adalah general – apa-apa solat pun dapat menghapuskan dosa. Tapi kalau solat itu adalah solat yang tertakluk dengan masa, maka kalau dilakukan dalam masanya, ianya lebih besar lagi kuasa untuk menghapuskan dosa. Apatah lagi kalau dilakukan dalam waktunya yang afdhal, lagi kuat kuasanya. Samada lagi banyak dosa yang dapat dihapuskan, atau dosa-dosa yang lebih besar lagi.

Bilakah waktu yang afdhal itu pula banyak pendapat. Tidak sama antara satu mazhab dan mazhab yang lain. Sebagai contoh, selalunya kita sangkakan bahawa waktu yang afdhal adalah awal waktu. Tapi pada pendapat Imam Hanafi, solat subuh, isyak itu lebih afdhal didirikan di hujung waktu. Macam mana kita nak tahu samada ianya afdhal untuk kita atau tidak? Kalau waktu itu kita mengantuk sangat, maka ianya tidak afdhal untuk kita. Kalau keadaan tidak selesa, seperti panas sangat, pun tidak sesuai. Jadi, kena tengok keadaan.

Perlu diingat bahawa solat hanya Kafarah kepada orang Islam sahaja. Kalau kafir tidak termasuk.

494 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ الْأَعْمَشِ قَالَ حَدَّثَنِي شَقِيقٌ قَالَ سَمِعْتُ حُذَيْفَةَ قَالَ كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ أَيُّكُمْ يَحْفَظُ قَوْلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْفِتْنَةِ قُلْتُ أَنَا كَمَا قَالَهُ قَالَ إِنَّكَ عَلَيْهِ أَوْ عَلَيْهَا لَجَرِيءٌ قُلْتُ فِتْنَةُ الرَّجُلِ فِي أَهْلِهِ وَمَالِهِ وَوَلَدِهِ وَجَارِهِ تُكَفِّرُهَا الصَّلَاةُ وَالصَّوْمُ وَالصَّدَقَةُ وَالْأَمْرُ وَالنَّهْيُ قَالَ لَيْسَ هَذَا أُرِيدُ وَلَكِنْ الْفِتْنَةُ الَّتِي تَمُوجُ كَمَا يَمُوجُ الْبَحْرُ قَالَ لَيْسَ عَلَيْكَ مِنْهَا بَأْسٌ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ إِنَّ بَيْنَكَ وَبَيْنَهَا بَابًا مُغْلَقًا قَالَ أَيُكْسَرُ أَمْ يُفْتَحُ قَالَ يُكْسَرُ قَالَ إِذًا لَا يُغْلَقَ أَبَدًا قُلْنَا أَكَانَ عُمَرُ يَعْلَمُ الْبَابَ قَالَ نَعَمْ كَمَا أَنَّ دُونَ الْغَدِ اللَّيْلَةَ إِنِّي حَدَّثْتُهُ بِحَدِيثٍ لَيْسَ بِالْأَغَالِيطِ فَهِبْنَا أَنْ نَسْأَلَ حُذَيْفَةَ فَأَمَرْنَا مَسْرُوقًا فَسَأَلَهُ فَقَالَ الْبَابُ عُمَرُ

494. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Al A’masy berkata, telah menceritakan kepadaku Syaqiq berkata, Aku mendengar Hudzaifah berkata, “Kami pernah duduk bersama ‘Umar, lalu ia berkata, “Siapa di antara kalian yang masih ingat sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang fitnah? ‘ Aku lalu menjawab, ‘Aku masih ingat seperti yang baginda sabdakan! ‘ ‘Umar berkata, “sesungguhnya kamu berani dengan baginda” Aku menjawab, ‘fitnah seseorang dalam keluarganya, harta, anak dan tetangganya. Dan fitnah itu akan terhapus oleh amalan salat, puasa, sedekah, amar ma’ruf dan nahi munkar.” ‘Umar berkata, “Bukan itu yang aku maksudkan. Tapi fitnah yang dahsyat seperti dahsyatnya gelora lautan.” Hudzaifah berkata, “Wahai Amirul Mukminin, engkau tidak perlu risau, sesungguhnya fitnah itu tidak akan membahayakan engkau! Antara engkau dengannya terhalang oleh pintu yang tertutup.” ‘Umar bertanya; “adakah pintu akan pecah atau terbuka?” Hudzaifah menjawab, “ia akan dipecahkan.” ‘Umar pun berkata, “Kalau begitu ia tidak akan bisa ditutup selamanya! ‘ Kami (perawi) bertanya, “Apakah ‘Umar mengerti pintu yang dimaksud?” Hudzaifah menjawab, “Ya. Sebagaimana mengertinya dia bahwa sebelum pagi adalah malam ini. Aku telah menceritakan kepadanya suatu hadits yang tidak merupakan teka teki malah tepat sekali.” Kerana kami takut untuk bertanya kepada Hudzaifah, lalu aku suruh Masruq untuk bertanya, lalu ia pun menanyakannya kepadanya. Hudzaifah lalu menjawab, “Pintu yang dimaksudkan itu adalah Umar.”

Huzaifah berani bertanya kepada Nabi. Dia bertanya tentang perkara yang tidak molek. Yang tidak elok – perkara-perkara yang buruk-buruk. Orang lain banyak tanya yang baik-baik sahaja – apa yang elok kena buat, apa yang baik, tapi dia tanya apakah perkara tidak elok. Dia tanya dengan niat yang baik – Supaya dia boleh bersedia. Dengan pertanyaannya itu, kita pun pun dapat maklumat-maklumat itu yang sampai kepada kita. Antaranya tentang apakah yang akan terjadi selepas baginda wafat nanti. Beliau juga tahu tentang siapakah orang munafik. Sebab itulah kalau ada jenazah, Umar akan melihat dahulu samada Huzaifah solat jenazah itu atau tidak. Kalau dia tak pergi, Umar pun tak pergi.

Sahabat akan bertanya sesama mereka samada mereka ada dengar Nabi cakap. Jadi punca ilmu mereka adalah Quran dan hadis Nabi. Tiada dari sumber yang lain. Masa itu tidak ada lain sumber ilmu mereka melainkan Quran dan hadis Nabi sahaja. Islam pun tengah naik waktu itu. Itulah rahsia kejayaan sebenar Islam. Mereka semakin maju dan maju. Semakin ramai yang masuk Islam. Setiap hari akan ada sahaja yang masuk Islam. Maka tidak benarlah kalau ada yang mengatakan dengan Islam akan mundur kalau hanya berpegangkan Quran dan sunnah. Kerana memang telah terbukti zaman itu mereka berjaya dunia dan akhirat. Itulah keberkatan kalau kita mengaji Quran dan hadis. Jangan tinggalkan dua sumber itu. Zaman sekarang, Quran dan hadis sudah ditinggalkan ramai orang. Mereka buat tak kisah sahaja. Yang hendak kembali kepada Quran dan Sunnah pula yang dikeji dan dicaci dan dipandang serong.

Mereka percaya benar-benar dengan Quran dan Nabi. Mereka percaya dengan kata-kata Nabi dan ayat-ayat Quran. Kita sekarang nak tengok dulu. Kalau ianya dipakai oleh orang barat dan berjaya, baru kita nak amalkan. Para sahabat tidak begitu, mereka akan percaya terus dan mereka akan amalkan. Kerana mereka yakin bahawa ianya adalah perkara yang benar. Mereka tidak perlukan kepada bukti yang lain.

Dalam hadis ini, digunakan perkataan ‘fitnah’. Fitnah itu boleh membawa banyak erti. Maksud yang utama adalah dugaan dan ujian. Ini adalah makna asal kepada fitnah. Kemudian, macam yang orang kita faham – mengata yang tidak benar. Seksaan. Ulama menyenaraikan beberapa makna fitnah itu. Semuanya ada makna ‘ujian’ di dalamnya:

  • Kesesatan.
  • Dosa.
  • Kufur.
  • Yang memalukan.
  • Penyakit.
  • Helah.
  • Usaha.
  • Kesukaran hidup.
  • Pengajaran.
  • Harta.
  • Anak pinak.
  • Kekacauan.
  • Dosa kerana cuai – dosa kecil.
  • Terpesona dengan sesuatu.
  • Penerangan.
  • Kusut fikiran.

Perkataan ‘fitnah’ diambil dari kata dasar فتن. Maka, tak elok kalau namakan anak ‘Fatin’. Ada makna fitnah dalam nama itu. Tapi dari dulu sampai sekarang, ramai yang pakai Fatin sebagai nama anak. Itu sebab tak belajar. Mereka akan pakai nama yang sedap sahaja, tanpa tahu apakah maknanya.

Huzaifah rapat dengan Nabi. Itu sebab dia berani tanya. Kalau kita nak tanya lebih-lebih, tentulah kita berani tanya kepada orang yang rapat dengan kita. Kalau kita biasa-biasa sahaja, tentu kita segan. Banyak dikisahkan bagaimana para sahabat takut atau segan nak tanya sesuatu kepada Nabi. Itu bukanlah bermakna Nabi itu garang. Cuma ramai yang segan. Sebab itu mereka amat suka kalau ada orang yang baru masuk Islam dan yang baru masuk Islam itu akan tanya berbagai perkara. Kerana dengan pertanyaan mereka itu, para sahabat akan dapat belajar benda yang baru.

Fitnah dalam hadis ini adalah tentang kecuaian sehingga menyebabkan dosa kecil. Tak sampai peringkat dosa besar. Dosa besar tak dapat dihapuskan dengan ibadat. Kerana kes dosa besar itu lain. Selalunya ianya melibatkan kaitan kesalahan dengan orang lain, maka kena selesaikan dengan orang itu juga. Dan dosa besar itu adalah melibatkan perbuatan-perbuatan besar yang hendaklah meminta ampun secara spesifik dengan Allah. Tidak terhapus dengan amalan ibadat yang biasa-biasa sahaja.

Fitnah dengan keluarga adalah apabila sayang mereka terlebih sangat. Mereka leka dengan keluarga sampai tidak melakukan kebaikan dengan orang lain. Tidak salah sayang isteri tapi jangan sampai melupakan adik beradik yang lain. Ada yang sayang sangat kepada isteri sampai mereka lupa tanggungjawab kepada ibubapa mereka sendiri. Asyik mengadap isteri sahaja.
Maksud lain: Kecuaian memberikan hak kepada anak. Contohnya, tak ajar pengetahuan agama kepada isteri dan anak. Itu kecuaian dalam membimbing. Sepatutnya suami yang mengajar dan membimbing. Tapi zaman sekarang, isteri pula yang kena bawa suami belajar agama. Kalau yang pergi surau dan masjid untuk belajar kelas agama selalunya banyak yang perempuan sahaja. Yang lelaki tinggal di rumah tengok tv sahaja.
Atau kecuaian itu bermakna kekasaran terhadap mereka.
Bukan semua yang melibatkan mereka itu hanya dosa kecil sahaja. Ada yang sampai jadi dosa besar kalau melibatkan perkara yang wajib. Contohnya kalau mereka tidak tutup aurat, kita buat tak kisah sahaja. Atau kita pukul mereka tanpa sebab yang syar’i, pun dosa besar juga. Jangan kita salah faham yang menganggap kalau dengan keluarga, hanya melibatkan dosa kecil sahaja.

Memang harta dan anak-anak adalah fitnah, seperti yang disebut dalam ayat 15 surah at-Taghabun:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Dengan anak, macam-macam ada berlaku. Kadang ada yang dapat anak cacat. Kena jaga sampai besar. Itu ujian yang besar. Kalau kita tidak jaga mereka dengan baik, maka kita telah cuai dengan mereka. Itu tidak kira dalam usaha menjaga anak-anak kita. Memastikan mereka makan dan pakai cukup, segala permintaan mereka, segala keluh kesah mereka.

Juga disebut dalam Furqan:20
وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا

dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).

Kita sesama kita adalah ujian kepada masing-masing. Setiap yang kita ada hubungan dengan mereka. Kadang-kadang menduga kesabaran kita. Ada yang menyenangkan kita, ada yang menyusahkan kita. Begitulah kehidupan dalam dunia ini. Semuanya adalah ujian belaka.

Kalau ikut hadis ini, dosa kecil boleh dihapuskan dengan amalan ibadat termasuk solat. Tak payah niat pun tujuan kita ibadat itu hendak membersihkan dosa kita. Apabila kita buat sahaja, dengan otomatik tergugur dosa-dosa kita. Bila banyak kita buat, dosa kita makin banyak yang terhapus.

Bukan solat sahaja tapi semua amalan baik. Kerana Nabi sebut bukan solat sahaja. Ada juga disebut puasa. Itu adalah isyarat kepada dua ibadat yang paling utama dan yang paling membebankan tubuh manusia. Tapi tidaklah terhad kepada dua ibadat itu sahaja.

Sedekah pula adalah amalan maaliah (harta) yang utama. Tak sama dengan zakat. Zakat memang dah wajib dan manusia akan keluarkan zakat sebab takut neraka.

Amar makruf nahi mungkin pula adalah ibadah lidah yang kita boleh lakukan. Ianya amat luas. Dari memberi nasihat kepada keluarga kita sampaikan kepada pemimpin negara. Walaupun yang kita nasihatkan itu adalah anak kita yang memang kita kena beri nasihat pun.

Apabila Huzaifah menyebut tentang amalan-amalan ibadat boleh menjadi kaffarah kepada fitnah-fitnah, Umar kata bukan itu fitnah yang dimaksud. Apakah fitnah yang Umar maksudkan? Tentu ada makna lain kepada fitnah itu. Itulah sebabnya, dua bahagian fitnah yang telah dibahagikan oleh ulama:

  1. Fitnah kecil. Ini yang melibatkan urusan Peribadi. Fitnah dengan diri sendiri, dengan keluarga dan sebagainya. Yang kecil-kecil sahaja.
  2. Fitnah umum. Yang besar. Melibatkan orang ramai. Melibatkan negara. Ini adalah fitnah atau ujian yang besar.

Yang Huzaifah sebutkan tadi adalah jenis yang kecil. Yang Umar tanya pada mulanya adalah fitnah yang besar.

Fitnah yang besar bermula dengan pembunuhan Saidina Uthman yang seterusnya menyebabkan perpecahan umat Islam.
Pintunya dipecahkan sampai berpanjangan sampai sekarang. Ada sahaja perpecahan umat Islam. Asalnya bermula dari waktu itu. Memang tidak dapat dielakkan lagi. Memang Nabi dah minta dah supaya umatnya tidak berpecah tapi ianya tidak dimakbulkan. Bermakna, kita akan berpecah sampai bila-bila. Akan ada satu ketidaksamaan yang akan ditimbulkan. Kita tidak dapat bersatu betul-betul.

Maksud ‘pintu’ itu adakah kewujudan Umar sendiri. Begitu hebatnya beliau sampaikan tidak ada perpecahan semasa zamannya. Bukan Huzaifah sahaja yang berpendapat begitu tetapi sahabat lain pun berpendapat begitu. Rupanya Nabi dah menceritakan kepada sahabat-sahabat baginda. Ada hadis lain yang menyebut kepada sahabat lain bahawa fitnah tidak akan ada selagi ada Umar. Kerana Umar adalah penghalang kepada kejadian besar itu. Hadis itu dhaif tapi boleh dijadikan sebagai penguat kepada hadis sahih yang dibawa Imam Bukhari.

Kalau pintu itu dibuka sahaja, bolehlah lagi ditutup semula. Tapi kerana ianya dipecahkan, maka ianya tidak dapat ditutup semula.

Huzaifah dah tahu bahawa Umar akan dibunuh. Dia gunakan bahasa kiasan sahaja. Kerana Umar pun dah tahu. Umar tahu dia akan syahid kerana pernah Nabi berada di bukit Uhud bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman. Tiba-tiba bukit Uhud bergoncang. Maka Nabi berkata: diamlah wahai Uhud. Kerana di atasmu ini ada seorang Nabi, seorang siddiq dan dua syahid.
Apabila pintu itu dikatakan dipecahkan, ia bermaksud kematian cara dibunuh. Kalau ianya dibuka, maka ia bermaksud mati secara biasa.

Musuh Islam memang dah ada zaman Umar lagi dah tapi mereka tak berani kerana Umar seorang yang tegas dan garang. Umar ketat benar dalam pemerintahannya. Tidak ada ruang untuk umat menyalahkannya. Contohnya, anak beliau tidak dilantik sebagai pemimpin walaupun layak. Tapi Saidina Uthman banyak orang fitnah sebab ada ruang kepada mereka untuk menimbulkan fitnah. Banyak pemimpin-pemimpin yang dilantik dari ahli keluarganya. Uthman pula memang asalnya seorang yang kaya. Jadi ramai yang kata dia mengambil harta negara. Zaman dia pula semakin ramai yang masuk Islam. Dah bermacam jenis dah umat manusia – yang baik dan yang jahat. Sebenarnya, Saidina Uthman difitnah. Sampaikan fitnah itu telah sampai ke dalam teks sejarah Islam kita. Padahal itu semuanya tidak benar. Pada masanya lagi dia dah jawap dah segala tohmahan yang diberikan kepadanya. Semuanya terjawap, sampaikan yang menuduhnya pun tidak boleh kata apa-apa dan yang termakan dengan fitnah itu pun terdiam dan terima jawapannya itu. Tapi jawapannya itu tidak sampai kepada semua orang. Kerana waktu itu maklumat tidak dapat disampaikan dengan cepat. Maka, akhirnya Uthman telah terbunuh. Yang tertipu dan termakan dengan tohmahan itu pun kadang-kadang orang yang baik-baik juga. Sebagai contoh, antara yang panjat rumah Uthman adalah anak Saidina Abu Bakr sendiri. Kerana dia telah termakan dengan tohmahan orang. Saidina Uthman terkejut dengan kemasukan nak Abu Bakar itu sampaikan dia berkata: “Kamu? Kalaulah ayah kamu tahu…..”. Dia termalu sendiri dan melarikan diri. Sampai begitu sekali keadaan fitnah waktu itu. Tapi Uthman redha dengan apa yang terjadi. Dia tahu yang dia akan mati syahid. Dia tidak melepaskan jawapan khalifah walaupun ramai yang suruh dia lepaskan. Kerana dia ingat pesan Nabi bahawa beliau akan dipakaikan dengan baju, maka jangan sesekali dia lepaskan baju itu. Orang-orang yang hebat memang akan redha dengan apa yang terjadi kepadanya.

Lima kali hadis ini dibawa Imam Bukhari.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Solat secara mutlak adalah kaffarah. Solat apa pun. Samada solat sunat, solat fadhu, sendirian atau jemaah dan lain-lain.
  2. Selain solat, amalan ibadat lain pun boleh menjadi kaffarah juga.
  3. Dosa yang dihapuskan itu adalah dosa kecil. Jangan ingat semua dosa pula. Dosa-dosa besar tidak termasuk dalam janji ini.
  4. Dosa kecil itu boleh hilang dengan syarat dosa besar dijauhi.
  5. Fitnah ada dua: fitnah peribadi yang melibatkan perkara personal dan fitnah umum yang melibatkan masyarakat.
  6. Kita boleh lihat bagaimana prihatinnya sahabat kepada hadis Nabi. Mereka akan bertanya sesama mereka. Kerana itulah panduan agama.
  7. Ketepatan ramalan Nabi. Tidak ada yang lari. Zaman sekarang kita boleh nampak. Menambahkan iman kita sebenarnya. Satu persatu kita jumpa. Dalam hadis ini, Nabi telah isyarat kepada kematian Umar dibunuh.
  8. Keistimewaan Huzaifah. Dia ingat molek kepada hadis Nabi. Kerana dia ambil berat kepada kata Nabi. Dia berani bertanya kepada Nabi. Dia tanya yang tak molek sebagai persediaan. Dia digelar sohibul sirr – penyimpan rahsia Nabi. Nabi nak cakap pun baginda akan tengok orang. Dia juga tahu siapakah yang munafik. Dia juga pandai menggunakan bahasa kiasan. Begitu juga Nabi – bercakap dengan halus.
  9. Kepandaian sahabat secara umum dengan bahasa kiasan.
  10. Redhanya Umar dengan nasib yang akan dihadapinya. Itulah maqam redha. Jiwa yang tenang. Rela dengan apa yang Allah taqdirkan. Ada kemungkinan dia tahu apa yang disebut oleh Huzaifah itu sebab dia orang yang pandai. Cuma dia hendak orang lain pun tahu juga dan dengar dari mulut orang lain.
  11. Penggunaan gelaran Amirul Mukminin kepada Umar dibolehkan. Dialah yang mula sekali menggunakan gelaran itu secara rasmi.
  12. Para tabein sangat menghormati guru mereka dari sahabat. Kadang sampai takut bertanya. Sahabat besar pun segan bertanya dengan Nabi.
  13. Sesetengah anak murid rapat dengan gurunya. Antara anak murid yang rapat dengan Huzaifah adalah Masruq. Masruqlah yang selalu ditugaskan untuk bertanya Huzaifah.
  14. Asas jawapan Huzaifah adalah diambil dari hadis.

————————————–

Kuliah Maulana Asri di Darulkautsar

Link kepada awal Kitab Waktu Solat

Link kepada hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s