We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari: Kitab Waktu-Waktu Sembahyang: Sesi 6-7 Bab Firman Allah Ta`ala { Hendaklah Kamu (Wahai Muhammad Dan Pengikut-Pengikutmu) Sentiasa Rujuk Kembali Kepada Allah.. March 26, 2014

Filed under: Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 12:45 am

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 6-7 Bab Firman Allah Ta`ala { Hendaklah Kamu (Wahai Muhammad Dan Pengikut-Pengikutmu) Sentiasa Rujuk Kembali Kepada Allah.. (dan bab seterusnya)

بَاب قَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى { مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنْ الْمُشْرِكِينَ }

Bab 84 Firman Allah Ta`ala { Hendaklah Kamu (Wahai Muhammad Dan Pengikut-Pengikutmu) Sentiasa Rujuk Kembali Kepada Allah (Dengan Mengerjakan Amal-Amal Bakti) Serta Bertaqwalah Kamu Kepadanya; Dan Kerjakanlah Sembahyang Dengan Betul Sempurna; Dan Janganlah Kamu Menjadi Dari Mana-Mana Golongan Orang Musyrik }[1]

Imam Syafie guna ayat Quran sepenuhnya dalam tajuknya kali ini. Kalau kita lihat sekali imbas, tak nampak sangat kaitan ayat itu dengan waktu solat dalam tajuk ini. Imam Syafie hendak menekankan perkataan أَقِيمُوا الصَّلَاةَ dari ayat Quran itu. Dia hendak memberitahu, mendirikan solat dengan sempurna dalam solat adalah kena solat dalam waktu. Itulah pentingnya waktu solat. Itulah kaitan tajuk ayat Quran dengan ‘waktu solat’.

وَلَا تَكُونُوا مِنْ الْمُشْرِكِينَ. Dan Janganlah Kamu Menjadi Dari Mana-Mana Golongan Orang Musyrik. Ini bermakna, yang tak mendirikan solat adalah sebahagian dari musyrikin. Atau sekurang-kurangnya mereka telah melakukan perbuatan musyrik kalau pun kita tak terima mereka jadi musyrik. Sebab ada pendapat yang mengatakan kalau tak solat dah jadi kafir, dan ada yang kata belum kafir lagi. Tapi, ayat ini menunjukkan kepentingan solat itu. Kerana itulah beza kita dan mereka. Maka hendaklah kita solat. Kerana dengan solat, kita telah menafikan sifat musyrik dalam diri kita.

Perkataan yang digunakan adalah ‘dirikan’ solat. Bukan ‘buat’ solat. Maknanya solat dalam waktunya. Itu antara maksud ‘dirikan’. Kerana banyak lagi pemahaman ‘mendirikan’ solat.

Ayat ini dijadikan dalil oleh ulama seperti Imam Ahmad yang mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat menjadi kafir. Ada yang kata belum kafir lagi, tapi mereka telah ‘kufr nikmat’ sahaja sebab solat itu adalah untuk menzahirkan syukur kepada Allah. Maka kalau tak solat, maka kita telah kufr nikmat. Yang pastinya, dua-dua itu adalah perkara yang besar. Iaitu samada kufur atau tidak. Maka, hendaklah kita menjaga betul-betul solat kita.

492 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبَّادٌ هُوَ ابْنُ عَبَّادٍ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ وَفْدُ عَبْدِ الْقَيْسِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا إِنَّا مِنْ هَذَا الْحَيِّ مِنْ رَبِيعَةَ وَلَسْنَا نَصِلُ إِلَيْكَ إِلَّا فِي الشَّهْرِ الْحَرَامِ فَمُرْنَا بِشَيْءٍ نَأْخُذْهُ عَنْكَ وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَنَا فَقَالَ آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ الْإِيمَانِ بِاللَّهِ ثُمَّ فَسَّرَهَا لَهُمْ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَأَنْ تُؤَدُّوا إِلَيَّ خُمُسَ مَا غَنِمْتُمْ وَأَنْهَى عَنْ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ وَالْمُقَيَّرِ وَالنَّقِيرِ

492. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abbad -yaitu Ibnu ‘Abbad- dari Abu Hamzah dari Ibnu ‘Abbas berkata, “rombongan ‘Abdil Qais datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Sesungguhnya kami ini dari suku kaum Rabi’ah, dan kami tidak dapat mengunjungi tuan kecuali pada bulan haram. Maka perintahlah kepada kami dengan sesuatu yang boleh kami ambil dari tuan dan dapat kami sampaikan kepada orang-orang yang dibelakang kami. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku perintahkan kalian dengan empat perkara dan aku larang dari empat perkara; Iman kepada Allah. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menafsirkannya kepada mereka; yaitu persaksian bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah, kedua, mendirikan shalat, ketiga menunaikan zakat, dan keempat mengeluarkan seperlima dari harta rampasan perang kepadaku. Dan aku larang kalian dari Ad Dubba`(Bekas dari kulit labu yang dikeringkan), Al Hantam (tempayan hijau untuk membuat arak), Al Muqayyar (bekas yang dilumur minyak hitam seperti minyak tar untuk membuat arak) dan An Naqir (pangkal pokok kurma yang ditebuk untuk membuat arak).”

Selepas cakap beriman dengan Allah dan Nabi, terus sebut tentang solat. Jadi rapat sangat iman dan solat. Seperti solat itu sebahagian dari iman.

Umat Islam ada yang susah untuk datang berjumpa untuk belajar dengan Nabi kerana mereka dihalang oleh orang orang kafir. Kerana mereka tahu kalau ada yang datang bertemu Nabi, mereka akan masuk Islam.

Tidak disebut suruhan untuk ibadat haji dalam hadis ini. Hafiz Ibn Hajar kata kedatangan mereka ini datang pada Tahun 5. Kerana ibadat Haji hanya difardhu tahun 6. Kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa kejadian kedatangan rombongan ini sampai ada yang kata datang ada tahun ke 9 Hijrah. Tapi pendapat itu tidak kuat kerana mellihat dari kedudukan beberapa perkara. Hadis ini mungkin adalah berkenaan kedatangan rombongan Abdul Qais yang pertama. Sebab mereka datang beberapa kali.

Ada dalam riwayat lain, bagaimana Nabi ada bertanya kepada mereka kenapa rupa mereka telah berubah? Mereka jawap kerana Nabi tidak benarkan mereka minum arak lagi, maka keadaan mereka dah berubah. Dulu nampak segak, tapi sekarang mereka tak dapat minum arak, mereka kelesuan sebab ketagih. Ini bermakna, memang mereka telah datang beberapa kali. Paling kurang dua kali dan ada kemungkinan lebih lagi. Kerana Nabi perasan bahawa muka mereka telah berubah dari kali dulu mereka datang.

Tempat mereka adalah Tempat kedua buat solat Jumaat dilakukan. Ini menunjukkan mereka Awal masuk Islam. Sebelum itu, Jumaat hanya dilakukan di Masjid Nabi di Madinah sahaja. Kalau tidak pergi ke sana, maka muslim waktu itu akan melakukan solat zuhr sahaja. Ini juga menjadi dalil bagi mereka yang mengatakan kalau tidak cukup manusia untuk melakukan solat Jumaat berjemaah, maka muslim hanya melakukan solat zuhur sahaja.

Dari manakah mereka datang? Tempat tinggal mereka sekarang adalah dalam kawasan Bahrain sekarang ini.

Kenapa mereka sebut mereka suku Rabiah? Ini adalah Pecahan kaum. Puak Abdul Qais adalah sebahagian dari puak Rabiah yang besar.

Bulan Haram yang mereka boleh datang dalam hadis ini bulan rejab dan juga digelar Rejab Mudhar. Ini adalah kerana puak Mudhar yang jahat itu tidak mengganggu manusia lain dalam bulan Rejab. Walaupun ada lagi tiga bulan haram yang dilarang manusia berperang padanya, tapi puak. Mudhar itu tak kira. Mereka akan serang juga. Tapi, dalam bulan Rejab, mereka hormati dan mereka tak serang orang lain. Maka, kerana bulan itu selamat, barulah boleh puak Abdul Qais datang melawat dan belajar dengan Nabi.

Bulan Haram adalah bulan yang dilarang berperang di dalamnya. Puak Arab memang kuat berperang. Salah sikit sahaja dah boleh berperang. Kalau ada puak mereka kena bunuh, mereka akan balas. Kalau mereka kena bunuh sorang, mereka nak bunuh dua orang dari puak yang membunuh itu. Apabila dah selalu sangat berperang, mereka pun memikirkan susahnya kalau sentiasa begitu. Maka mereka telah memilih empat bulan dalam setahun dimana mereka tidak berperang langsung. Maka bolehlah mereka hidup dalam aman sepanjang bulan haram itu. Bolehlah mereka buat kerja lain. Antaranya, bolehlah mereka keluar berdagang.

Bulan Haram ini sebenarnya Allah sendiri yang tetapkan. Memang telah ditentukan oleh Allah bahawa ada 12 bulan dalam setahun. Mungkin nampak macam orang Arab yang tetapkan, tapi sebenarnya atas kerja Allah juga. Allah hendak menunjukkan kepada manusia betapa eloknya kalau mereka tidak berperang. Kalau mereka nampak betapa amannya waktu itu, sepatutnya mereka boleh nampak betapa Eloknya kalau mereka jangan perang langsung. Bulan Haram adalah bertujuan untuk menampakkan kepada mereka Nikmat hidup dalam aman. Begitu juga bulan Ramadhan. Bukan nak suruh kita buat baik bulan itu sahaja. Sebenarnya Ramadhan adalah bulan latihan kepada manusia untuk hidup dengan baik dan membanyakkan ibadat, meninggalkan perkara yang tidak elok. Apabila manusia sudah nampak kelebihan hidup dalam suasana ibadat, meninggalkan larangan, maka mereka sepatutnya meneruskan usaha baik itu dalam bulan-bulan yang lain juga. Bukanlah jadi baik dalam bulan Ramadhan sahaja tapi dalam bulan lain jadi setan. Begitu juga ibadat haji itu untuk melatih manusia untuk hidup dengan baik dalam dunia ini. Bukan hanya jadi baik semasa di mekah dalam bulan Haji sahaja, tapi dalam masa-masa lain dan di mana-mana sahaja. Jangan sempitkan ibadat bulan puasa dan ibadat haji pada waktu tertentu sahaja.

Kesot bulan. Nabi isytihar balik bila haji.

Belajar utk mengajar. Yang tak datang dan ank cucu.

Kepadaku: pemerintah. Nabi bercakap sebagai pemerintah. Negara.
Umar ubah.
Sahabat kaya sebab perang.
Syiah khumus dari pendapatan. Sebab itu mereka banyak duit.

Nabi cakap kepada mereka kerana tahu mereka berani dan akan perang.

Mereka suka arak.


بَاب الْبَيْعَةِ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ

Bab 85 Bai`ah Untuk Mendirikan Sembahyang

Mendirikan solat termasuk menjaga waktu.

493 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنَا قَيْسٌ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

493. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Qais dari Jarir bin ‘Abdullah berkata, “Aku berbai’ah dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mendirikan shalat, menunaikan zakat dan ikhlas kepada setiap Muslim.”

Baiah untuk menguatkan lagi. Kalau tak baiah pun kena buat juga. Nabi baiah atas benda besar.

Solat kemuncak ibadat badaniah.
Zakat kemuncak ibadat maaliah.
Jarir adalah ketua kaum. Jadi kena ikhlas. Kalau tak boleh salah guna kuasa. Baiah ikut keperluan orang itu.

Ada kata menasihati orang lain. Tapi tak kemas lagi. Kerana takkan nasihat kepada Allah dan rasul.
Kejujuran dan mahukan kebaikan dengan ikhlas.

Jujur kepada seseorang. Makna yg luas. Termasuk nasihat juga. Tapi tak lengkap.

Jujur dengan Allah bermaksud sembah Dia. Jujur dengan Nabi antaranya ikut sunnahnya.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s