We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Dokumentari kuliah March 26, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 10:35 pm

Credit to Dokumentari Kuliah yang terus merakamkan kuliah-kuliah ustaz Sunnah.

Utusan-utusan kematian:

Banyak peringatan kepada kita tentang kematian. Rambut dah uban. Badan dah lemah. Umur dah lanjut. Lihat orang lain sakit. Orang lain mati. Itu semua peringatan kepada kita. Hendaklah kita ingat selalu kepada kematian. Kerana setiap hari dan setiap langkah kita adalah menuju kepada kematian sebenarnya.

Doa Nabi ajar – gangguan, susah tidur, ada masalah yang mengusutkan fikiran,

Kalau kita terkejut terjaga dari tidur atau tidak boleh tidur, maka bacalah doa ini.
أعوذ بكلمات الله التامة من غَضَبِه وعِقابِه ، ومن شَرِّ عِبادِهِ ومِن شَّر هَمَزاتِ الشَياطين وأن يَحضُرون

‘I take refuge in the perfect words of Allah from His anger and punishment, and from the evil of His servants, and from the madness and appearance of devils.’

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna dari kemurkaanNya, dan dari balasanNya dan dari kejahatan hambaNya dan dari rasukan dan bisikan syaitan dan dari syaitan dekati aku.

Ini pula adalah doa yang diajar kepada Khalid al Walid apabila beliau mengadu tidak boleh tidur.
اللَّهُمَّ ربَّ السمواتِ السَّبعِ وما أظَـلَّت .. وربَّ الأرضِينَ وما أقَـلـَّت وربَّ الشَياطين َوما أضَلـَّت .. كُـنْ لِّى جارًا مِن شَرَّ خَـلقِـكَ أجمعـين أن يَفرُطَ عـليَّ أحَدٌ أو أن يّطغِى عـليَّ.. عَزَّ جارُكَ .. وَجَلَّ ثَنَاؤك، ولا إله غَيرُك‏”.
Wahai Allah Tuhan langit yang tujuh, dan apa yang Dia bayangi, dan Tuhan kepada segala bumi, dan apa yang ditanggungnya, dan Tuhan kepada syaitan dan apa yang disesatkannya, jadikanlah kepada kami pelindung daripada kejahatan makhlukMu semua sekali dari ada yang bertindak ganas kepada kami, atau berbuat jahat terhadapku. Maha gagah perlindungan Engkau dan maha kuat kepujian Engkau. Dan tidak ada tuhan selain Engkau.
– apabila dibacakan doa ini, syaitan tidak boleh memudaratkan orang yang berkata sebegitu. Kenalah percaya sebab Nabi sendiri yang cakapnya begitu.

Ini pula adalah doa untuk dibaca kalau kita ada rasa keluh kesah, macam ada tak kena.

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ، رَبِّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ ، جَلَلْتَ السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ بِالْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ
Maha suci Allah Raja segala raja yang maha suci, Tuhan kepada malaikat dan ruh, Kamu gagahi segala langit dan bumi dengan penuh kekuatan dan kekuatan jabbar – tidak dengar kata orang.

Kalau mimpi yang kita tak suka, contohnya ada gangguan syaitan, atau mimpi benda yg kita tak suka. Maka hendaklah ludah ke sebelah kiri, mohon perlindungan dari syaitan dan ubah pergerakan tidur. Jangan cerita kat orang lain. Tidak ada guna.
Kalau mimpi yang baik, ketahuilah bahawa ianya dari Allah. Maka ucapkan alhamdulillah, dan esoknya ceritakan kat orang lain. Nabi selalu selepas solat subuh dan tanya sahabat apakah mimpi mereka malam tadi.

Banyak orang salah menceritakan mimpi. Contohnya mimpi mak kena seksa. Ada lah yang buat meratib sesat tu. Malam esoknya mimpi mak dia suka. Maka manusia jahil jadikan itu sebagai dalil elok meratib untuk orang mati. Mimpi tidak boleh dijadikan hujah.
Hujah abuya adalah mimpi sahaja. Mimpi jumpa Nabi lah, ceraikan bini sebab mimpi la dan sebagainya.

Memandikan mayat:

Seeloknya memandikan mayat dibuat sebaik sahaja kematian kerana badan masih lagi lembut dan senang nak mengeluarkan apa yang hendak dikeluarkan. contohnya, tahi dari perut. tak payah nak tekan kuat. macam juga ibu nak bersalin, Allah dah mudahkan – bukaan pada faraj dan kepala anak pun lembut.

Yang patut ada masa mandi mayat adalah orang berkenaan sahaja. bukan kena ada ramai nak tengok tengok sahaja.

bogelkan mayat dan lapik dengan kain. bahagian kemaluan, kena pakai pelapik seperti sarung tangan untuk sentuh.

mulakan dengan wuduk untuk mayat. Ramai yang buat, wuduk selepas mandi. Tidak begitu.

Kalau seorang lelaki mati, dan tidak ada orang lain selain seorang Perempuan, maka hendaklah tayamum sahaja. Begitu juga kalau Perempuan yang mati dan tidak ada Perempuan lain hanya ada seorang lelaki sahaja.

Kalau suami mati, isteri boleh mandikan dia. Begitu juga kalau isteri mati, suami boleh mandikan isteri itu.

Mengadakan sutrah di hadapan dalam solat:

Menjaga fokus dalam solat. Supaya orang tak lalu lalang.

Pakai barang. Atau pacak tongkat. Atau garis. Seeloknya pakai barang yang tinggi kerana ada yang mengatakan hadis yang menyebut tentang garis itu adalah dhaif.

Talfiq mazhab:

Mazhab adalah jalan. Tapi bukanlah ianya adalah pandangan mutlak. Rujukan utama adalah Quran dan Sunnah. Tidak ada ijtihad kalau ada dalil nas.

Mazhab fekah bukan memecah belahkan masyarakat. Jgn kita taksub.

Bukan lah kita mengambil pandangan mazhab lain sebab cari yang mana mudah. Tapi yang mana lebih tepat. Kita mencari perbuatan yang paling afdhal. Mencari redha Allah.

Tak boleh pilih-pilih mana pendapat yang senang sampaikan akhirnya jadi ntah apa-apa.

Semua ulama setuju cara yang paling baik adalah yang Nabi buat – basuh keseluruhan kepala. Yang berbeza adalah kadar minima sapu air ke kepala.

Mengenang ulama’ dahulu

Doakan ulama kita lepas solat.

Sahabat bertebaran menyampaikan dakwah. Dari usaha merekalah Islam sampai kepada kita.
Semua Nabi tidak minta upah. Upah mereka hanya mereka harapkan dari Allah sahaja.

Ali telah menukar ibu negara ke Kufah, Iraq. Sahabat banyak pergi ke sana. Seperti Abdullah Ibn Mas’ud.

Quran pasti akan beri petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bukan secara jelas. Kalau semua nak cerita detail, berapa besar Quran itu. Tapi perkara asas sudah ada dalam Quran.

Dari khilaf ulama kita dpt ilmu. Ada masa boleh pakai.

Ilmu sanad memang penting. Kalau tidak semua org boleh cakap apa sahaja. Inilah kebanggaan kita. Jaga ketulenan. Orientalis pun impressed dan kata Islam boleh bangga dengan ilmu sanad.

—–

Nabi suruh kita ikut sunnahnya dan Sunnah khulafa ur rasyidin. Maka perbuatan khalifah yang empat itu tidak dikira bidaah. Walaupun tak sama dengan perbuatan Nabi. Sebab ada huruf و dalam hadis itu menunjukkan ianya benda yang lain.

Tidak sama belajar dgn YouTube dan berdepan. Kita pun tak pasti. Semoga mendapat pahala juga.

Adakah syahid siapa yang terkorban perang Jamal dan Siffin? Mereka dimandikan dan dikafankan. Maka tak boleh nak kata mereka syahid dunia. Paling kuat pun syahid akhirat. Ini menunjukkan kalau peperangan antara muslim tidak syahid dunia. Mereka masih lagi Islam. Contoh syahid akhirat lagi adalah macam mati lemas, bangunan runtuh etc.

Zaman Nabi mmg lah tidak ada peperangan antara Islam. Tapi apabila Islam dah berkembang zaman sahabat, maka ada lah juga. Kerana manusia.

Sahabat sendiri dah pergi ke India menyampaikan Islam. Mereka telah lama dengan Islam. Telah kemas Islam mereka. Sebab itulah banyak keluar ulama dari sana. Ulama Islam bukan di Arab sahaja. Di India, masyarakat memberikan sokongan yang kuat kepada penyebaran dan pengajian agama. Bukan macam kita. Asal guru pondok mengajar sendiri, tidak ada pendapatan. Lama-lama, itulah sampai sekarang ambil upah baca doa, imam solat jenazah dan macam-macam lagi. Kalau dulu, tidak ada.

Tawasul:

Tawasul yang dibenarkan ada tiga:
1. Dengan menggunakan nama Allah.
2. Dengan menggunakan amalan-amalan salih kita.
3. Doa orang yang salih.

Bagaimana bertawasul dengan Nabi. Ada kisah tentang Sahabat yang buta yang memohon semoga Nabi mendoakan dia melihat. Tapi itulah dalil yang mengatakan orang yang kit hendak minta doakan kita itu kena hidup. Selepas Nabi wafat, Saidina Umar pernah bertawasul dengan Abbas. Kalau boleh bertawasul dengan Nabi yang telah wafat, kenapa Nabi bertawasul kepada abbas pula? Kenapa tak terus tawasul dengan Nabi? Memang ada Fuqaha’ yang kata boleh bertawasul dengan Nabi Muhammad yang telah wafat. Tapi mereka menggunakan dalil yang tak boleh dijadikan hujjah.

Kita boleh lihat sekarang bagaimana kalau salah faham tentang tawasul sampai ada yang minta kepada Kubur. Itu dah Syirik. Kita sepatutnya Terus minta doa kepada Allah.
Malangnya, banyak antara kita yang nak buat Benda tak pasti. Yang masuk Tarikat sebab nak dapat ilmu agama cara ekspres. Tapi kena tipu.

Kalau minta diruqyah, tidak dapat masuk syurga tanpa hisab. Kerana dari hadis yang mengatakan demikian. Oleh itu, kenalah ruqyah diri sendiri. Kenalah belajar. Kenalah yakin dengan Allah.

Sebenarnya, Satu Quran itu adalah ruqyah. Bacalah Quran banyak-banyak.

Golongan yang selamat:

Ahlul Sunnah wal jamaah. Apakah maksud jamaah itu? Itulah jamaah sahabat. Kerana terma ini adalah semasa zaman sahabat. Maka ianya merujuk kepada perbuatan para sahabat. Yang pandangan salah kata, kena ikut majoriti. Bukan begitu maksudnya.

Golongan ghuraba’. Iaitu golongan yang asing. Asing dari orang lain. Beza dengan org lain.

Berbagai gelaran mengejek diberikan kepada golongan Sunnah. Dari dulu lagi.

Ada yang kata Ibn Taimiyyah mengatakan Allah berjisim.
Fitnah kepada Ibn Taimiyyah. Ibn Battutah mengatakan beliau nampak Ibn Taimiyyah Tahun 706. Waktu itu beliau dalam penjara.

Cinta Nabi:

Cinta Nabi adalah ibadah. Nabi cintakan kita. Takkan kita tak cintakan baginda. Bagaimana baginda tidak mahu menyusahkan kita dengan perbuatan-perbuatan yang mungkin menyusahkan kita. Seperti bersiwak sebelum solat.

Solat sunat menunggu imam:

Solat hari Jumaat sementara menunggu imam. Imam Syaukani menggelarnya sebagai solat sunat Intidzar. Itu nama sahaja. Sebenarnya ia adalah solat sunat mutlak dari segi hukum.

Eloklah mengadakan tazkirah pada hari Jumaat? Seeloknya tidak ada. Tidak ada Sunnah. Sepatutnya solat sunat. Itulah yang dilakukan oleh sahabat dahulu. Antara sebab orang buat tazkirah itu adalah kerana khutbah tidak menarik langsung.

Kena buat solat tahiyatul masjid. Kerana Nabi pernah suruh sahabat solat itu walaupun sedang khutbah. Selepas Nabi suruh, Nabi meneruskan khutbah. Jadi tidak benar pendapat yang mengatakan Nabi berhentikan khutbah waktu itu.
Kalau khatib sedang baca khutbah, maka solat sunat itu kenalah pendek sahaja.

Khatib boleh bercakap. Macam Nabi bercakap. Makmum memang tidak boleh. Kecuali kalau berkomunikasi dengan khatib. Kerana pernah Nabi tanya kepada makmum dalam khutbah. Dan makmum memang boleh menegur khatib. Kerana pernah umat menegur Umar semasa Umar beri khutbah. Jadi khatib kenalah tegur kalau perlu. Contohnya, kalau tengah khutbah, ada yang makan pisang lagi. Mana boleh macam itu.

Janganlah buat benda tak patut dalam khutbah. Contohnya ada yang jahil sampai bertakbir semasa khatib beri khutbah. Ataupun kalau mic tengah rosak, bolehlah suruh orang betulkan. Jangan buat bodoh sahaja.

Banyak kelebihan pada hari Jumaat. Api neraka tidak di nyalakan. Kerana itulah dibolehkan solat semasa tengahari hari Jumaat boleh solat Jumaat. Kalau hari lain tidak boleh.

Pegang tongkat semasa khutbah bukan sunnah. Yang dimulakan adalah khalifah marwan. Nabi tunjuk dengan jari sahaja. Yang kata Nabi pegang pedang adalah riwayat Syiah.

Tauhid Asma’ wa sifat:

Sifat khaliq. Telah ada sihat itu sebelum ada satu pun yang Allah cipta. Sifat itu telah sedia ada.

Qudrat: Maha Berkuasa. Syura:11 – segala sesuatu perlu kepadaNya. Kita memerlukan Tuhan tapi Allah tidak memerlukan kita. Walaupun kita tidak ada. Penciptaan kita adalah bukti kepada adanya Allah.

Kita memerlukan kepada Allah dalam segala hal. Allah boleh buat apa sahaja. Macam ada orang yang doktor kata tak boleh beranak, tapi kalau Allah nak buat, boleh sahaja Allah. Kerana kuasa di tangan Allah.

Mudah bagiNya.

Hikmah dakwah:

Dakwah dengan hikmah. Hikmah itu pula bermaksud dengan Quran dan Sunnah.
Bukan hanya dengan cara berlembut sahaja. Kita mungkin ingat kalau hikmah itu bermaksud lembut sahaja. Bukan begitu. Kalau orang itu jenis kena dakwah keras, maka kena dakwah keras.
Kadang boleh sampai kita kena boikot. Macam Ibn Sirin buat – ada orang dia tegur tak mahu dengar jadi dia tidak mahu cakap dengan orang itu sampai bila-bila.

Kita tidak boleh senang-senang kata orang Islam yang lain itu kafir. Kerana kalau dia tak kafir, kita pun akan jatuh kafir. Tapi kalau kita kata mereka melakukan perbuatan orang kafir, itu boleh lagi. Tapi kalau dah memang jelas orang itu kafir, kenalah cakap dia kafir.

Yang penting adalah samada kita Islam atau kafir depan Allah. Kalau kita ingat kita Islam tapi ada amalan shirk kita buat, mati tanpa sempat taubat, langsung tidak berguna status Islam kita di mata manusia itu.

Tentang roh:

Tidak banyak yang kita tahu tentang roh. Kerana dalam Quran Allah dah cakap yang roh adalah dalam urusan Allah. Jadi jangan memandai.
Kita akan baik dengan roh yang bersama kita masa di alam roh.
Roh tak balik ke dunia. Hadis kata roh baik akan bersama roh yang baik apabila mati dan roh jahat akan bersama dengan roh jahat. Roh yang dah lama di alam roh akan bertanya kepada roh yang baru sampai. Kalau dia boleh balik, maka tentu dia tidak perlu tanya. Maka yg diajar oleh guru yang kata roh balik ke rumah adalah ajaran tanpa dalil.

Hukum Islam dan jihad dalam Islam.

Hukum
Kafir: tak terima hukum Islam.
Zalim: terima hukum Islam tapi tak amalkan sepenuhnya. Contohnya kalau orang kecil dihukum. Kalau orang besar lepas.
Fasiq: terima hukum Islam wajib tapi tak jalankan sbb takut. Takut orang x faham. Takut ekonomi jatuh. Tapi lihatlah bahawa mereka tak berusaha ke arah itu. Siap mereka takut-takutkan kalau ada yang nak buat.

Jihad wajib. Fardhu Ain kalau musuh dah masuk. Dan pemerintah dah suruh perang. Kalau negara tu mampu, kena jiran tolong. Dengan arahan pemerintah.

Jihad lisan. Ajak ke arah Islam. Menolak ahli bidaah. Imam Ahmad kata lebih suka yang menentang ahli bidaah. Kena cakap. Jangan guna alasan nak menyatukan umat, jangan tegur. Itu faham salah.
Nabi dah declare yang ada umatnya nanti yang akan syirik. Sampai sembah berhala. Bukan berhala macam agama lain tu.

Jihad harta. Beri bantuan. Jangan sampai sekarang muslim jumpa gereja. Jangan pandang serong. Nabi bagi dan bagi. Tak tanya pun. Sampai habis.

Jihad perang. Anak anak kita patut diajar pegang senjata. Negara lain diajar.

Jihad fardhu kifayah kena minta izin mak ayah. Termasuk nak belajar keluar negeri. Termasuk nak umrah pun. Walau dah kerja.

Ayat-ayat Allah ada dua jenis: Ayat maqru’ah – kalam Allah seperti Quran dan Taurat yang dibaca. Dan satu lagi adalah: Ayat manzoo’ah – tanda-tanda kewujudan Allah dalam alam ini. Kewujudan alam yang indah ini adalah sebagai tanda bahawa tentu ada yang menjadikannya. Ianya tentulah Tuhan yang Maha Agong.

Perkataan Hubb diambil dari perkataan habbah iaitu biji benih. Asalnya kecil sahaja.
Kita Kena kasih kepada Allah. Macam mana? Kena taat kepada Nabi. Ittiba rasuli. Semua yang kita buat adalah ikut dia.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s