We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Kuliah YouTube March 5, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 12:06 am

Kuliah YouTube.

Solat jenazah.
Pernah Nabi dan Ibn Abbas apabila solat jenazah membacakan fatihah dengan suara kuat. Ibn Abbas buat begitu dan mengatakan supaya manusia tahu bahawa ianya adalah Sunnah. Tapi kalau buat kat Malaysia ni, tentulah akan dianggap pelek benar. Tapi kita yang belajar ni, kalau dengar imam solat jenazah, tidaklah kita melatah. Kalau tempat Sunnah macam di Pakistan, mereka ada imam yang baca fatihah jahar.

Ahli zahiri seperti Daud zahiri dan Ibn Hazm mengatakan bahawa tidak wajib berwudu apabila melakukan solat jenazah. Pernah dalam satu ceramah, ada yang tanya kepada ustaz tentang hal ini. Terkejut ustaz tu. Dia sendiri tidak pernah dengar pendapat ini. Mereka yang berpendapat begitu adalah kerana pada mereka, solat jenazah lebih kepada doa sahaja dan bukan solat. Cuma, eloklah kalau kita ambil wuduk. Kita hanya sebut pendapat sahaja. Tidak semestinya kita ikut begitu. Supaya kita jangan memandang serong kepada orang lain kalau kita lihat mereka buat begitu. Kerana mereka ada hujah mereka. Kalau kita tak pakai pendapat mereka, jangan kita pandang setong kepada mereka.

Dalam hadis tidak dikatakan bahawa wajib baca fatihah dalam solat jenazah. Tapi ianya adalah sunat untuk dibaca. Maka, eloklah baca.

Kalau suami dan isteri adalah orang yang baik, ahli syurga, maka mereka berdua akan bertemu didalam syurga. Bagaimana kalau isteri yang berkahwin dua dan dua-dua suami dia adalah baik? Tidak boleh dua-dua bersama dengan dia. Kalau ikut hadis, isteri itu akan bersama dengan suami kedua. Tapi tidak boleh suami berwasiat supaya isteri tidak kahwin lain bila dia meninggal nanti. Kalau seorang isteri pernah kahwin dua dan hanya salah seorang sahaja yang masuk syurga, tidak ada masalah sebab hanya seorang sahaja. Yang kita musykil adalah kalau dua-dua suaminya masuk syurga. Ada pendapat mengatakan bahawa isteri tidak ada pilihan. Dia akan diberikan dengan suami yang paling baik antara dua suaminya itu. Dan kalau seorang wanita tidak pernah bersuami semasa hidupnya, tentulah Allah akan memberikan pasangannya di dalam syurga nanti. Bukankah telah disebut didalam Quran bahawa mereka akan duduk bersama pasangannya dalam lindungan?

Biasa yang kita buat dalam masyarakat kita adalah takbir 4 kali dalam solat jenazah. Tapi Nabi pernah buat lebih dari itu. Para sahabat pun pernah buat lebih dari 4. Ada yang kata sampai 9 kali pun ada juga. Maka, kalau kita nampak orang solat jenazah takbir lebih dari 4 kali, janganlah kita melatah. Maka, ada kalanya kalau kita nak takbir lebih, mungkin kerana jenazah itu adalah orang yang rapat sangat dengan kita, macam isteri kita, boleh sebenarnya kalau kita nak takbir lebih dari 4 kali.

Adakah mengangkat tangan semasa takbir? Pendapat Imam Syafie adalah mengangkat tangan semasa setiap kali takbir. Imam Syafie mengqiyaskan dari sembahyang biasa dimana kita mengangkat tangan dalam takbir selama mana kita berdiri. Kita hormati pendapat Imam Syafie, seorang ulama yang besar. Tapi dia sendiri pernah membuat kaedah bahawa: “la qiasa fil ibaadah” – tiada qiyas dalam ibadat. Tapi kali ini dia pula menggunakan qiyas dalam ibadat. Iaitu dia mengambil qiyas mengangkat takbir dari perbuatan solat yang biasa. Yang sebenarnya adalah Nabi hanya mengangkat takbir untuk takbir kali yang pertama. Untuk takbir yang tiga lagi tu, hanya sebut dimulut sahaja. Yang buatnya hanyalah Ibn Umar. Tapi Ibn Umar bukanlah Nabi. Kita kena ikut Nabi.

Dalam doa, ada doa yang memohon kepada Allah semoga tidak diputuskan pahalanya dari kita. Apakah yang dimaksudkan dengan itu? Dalam banyak keadaan, manusia akan mendapat pahala dari manusia lain. Contohnya, bapa akan mendapat pahala daripada amalan anaknya. Jika anaknya seorang yang baik. Tapi ada kemungkinan pahala itu ada yang terputus. Contohnya, jikalau ibubapa tidak melakukan aqiqah anaknya itu. Mengikut kata ulama, kalau tak buat aqiqah, di akhirat kelak, anak tidak mengenal ibubapa dan ibubapa tidak mendapat pahala hasil anak itu. Maka, itu adalah contoh pahala terputus. Ada lagi contoh-contoh lain. Maka, kita berdoa semoga pahala orang mati itu yang boleh mengalir kepada kita tidak terputus hendaknya.

Apakah doa selepas takbir keempat? Tidak ada. Nabi selepas salam, terus baginda beri salam ke kanan dan habis solat itu.

Adakah doa selepas solat jenazah? Tidak dibuat Nabi. Dalam Islam, doa terbaiknya dilakukan dalam solat atau dalam melakukan sesuatu ibadat itu. Bukan selepas ibadat dah habis. Tambahan pula, apa yang kita lakukan didalam solat jenazah itu memang dah doa dah pun. Tapi masyarakat kita yang tidak belajar, sebab dah biasa doa selepas solat, akan nak doa juga. Mereka macam tak tahu bahawa mereka dah doa untuk simati dalam solat tadi. Mungkin mereka tak faham bahasa Arab. Ataupun mereka dah terbiasa dengan satu-satu perbuatan.

Secara ringkasnya, beginilah cara mendirikan solat jenazah:

1. Takbir pertama
2. Bacaan fatihah
3. Takbir kedua tanpa angkat tangan.
4. Baca selawat keatas Nabi. Selawat sama macam dalam tahiyat. Ataupun dinamakan ‘selawat ibrahimiyyah’.
5. Takbir ketiga tanpa angkat tangan
6. Mendoakan kepada simati. Boleh cari sendiri ni.
7. Takbir keempat tanpa angkat tangan
8. Terus salam ke kanan sekali sahaja. Tanpa salam kekiri.

Kenapa perempuan masyarakat tidak mengerjakan solat jenazah? Padahal yang mati itu adalah emak atau ayah mereka, suami mereka dan sebagainya. Amat penting kalau mereka doakan kepada jenazah. Yang selalunya adalah kerana mereka tak bawa telekung. Padahal sebenarnya kalau dah tutup aurat, boleh sahaja solat pakai baju itu juga.

Adakah perlu salam kiri dan kanan? Nabi tak buat. Maka seeloknya tidak buat. Tidak perlu salam kekiri. Kalau pergi ke Masjidil Haram, kita pun boleh lihat bahawa salam hanya kekanan sahaja.

———————-

Martabat takdir:
Ilmu
Penulisan. Semua telah ditulis di dalam Lauh Mahfuz
Masyiah. Kehendak Allah.
Al khalq ciptaan Allah. Semuanya Allah cipta. Baik dan buruk.

Ibadat hati:
Cinta.
Ikhlas
Sabar
Tawakal

Lisan
Zikr
Doa

Afdhal untuk qasar solat dalam musafir. Walaupun aman dalam perjalanan. Sebab Nabi pun pernah buat qasar walaupun dalam keadaan aman. Walaupun asal qasar ini adalah dimulakan semasa keadaan tidak aman di zaman Nabi.
Kalau dalam musafir, Nabi tak buat qabliah dan ba’diah. Kecuali subuh dan witr. Dapat pahala kalau dia biasa buat kalau tak musafir. Maknanya, walaupun dalam musafir, tak buat solat sunat itu, tapi sebab kalau dalam keadaan biasa dia dah biasa buat, maka dia akan dapat pahala secara otomatik walaupun dia tak buat dalam musafir. Boleh buat witr kalau jamak takdim. Sebab Nabi kata buat witr lepas isyak.

Hadis gharib adalah hadis ganjil. Seorang jer riwayatkan.
Sunnah adalah buat jamak takhir.
Boleh jamak Kalau ada keperluan.
Boleh solat dalam Kereta. Masa driving. Hadis bani quraizah. Selepas perang Khamdak, Nabi telah diarahkan untuk menyerang Bani Quraizah. Kerana hendak cepat, Nabi suruh sahabat solat apabila sampai sahaja ke sana. Dalam perjalanan, solat asar dah masuk. Ada yang solat asar juga. Yang solat asar tak berenti, iaitu mereka solat atas kenderaan mereka. Mereka solat atas kenderaan mereka. Itu Kalau tak boleh berhenti. Jadi ini boleh dijadikan dalil untuk solat dalam kenderaan kita kalau terpaksa.

Jamak suri ketika musim panas. Lewatkan zuhur untuk mudahkan mereka yang duduk jauh. Boleh digunakan kepada mereka yang sakit tenat.
Imam Shafie tak bagi pun nama solat menghormati waktu pun. Ini ulama yang kemudian sahaja yang reka.

Nabi tidak menetapkan distance perjalanan untuk membolehkan jamak dan qasar. Tentang Jarak perjalanan ini sampai ada 20 pendapat. Kita kena lihat dari perbuatan Nabi. Ada juga Nabi dah solat qasar walaupun perjalanan itu hanya 9 batu. Ibn Hajar kata: Kalau sekiranya menganggap diri dia musafir, dah boleh qasar dah. Untuk perjalanan yang harus. Jadi kalau perjalanan itu bukan yang baik, macam nak pergi dating dengan kekasih kita, tak layak untuk solat qasar. Tapi ibn taimiyah kata boleh juga kalau pun perjalanan itu sebab maksiat, sebab tiada dalil yang melarangnya.

Bacaan Quran
Ada Hizib bacaan Nabi. Nabi ada tetapkan jumlah untuk dibaca dalam waktunya kaut tertentu. Tapi bukan separuh juzuk macam pendapat sufi. Imam Shafie habis baca satu Quran dalam tiga hari. Tapi bulan Ramadhan khatam 60 kali. Maknanya, dalam bulan Ramadhan, beliau khatam Quran dua kali dalam sehari.
Bacaan dengan tartil. Ayat per ayat. Kalau sedang dibuka kaset Quran, elok jangan bercakap.
Shafie kata haram berjunub baca Quran. Berdasarkan hadis yang dhaif. Bukhari kata boleh. Kerana pernah Aisyah haid dalam ihram. Dia tanya apa boleh buat? Nabi kata buat apa saja melainkan tawaf. Maka boleh baca. Shafie kata boleh baca Kalau haid Kalau dia Hafizah. Maka pendapat kuat, boleh baca Quran walaupun dalam haid. Dan boleh pegang quran. Takpun senang pegang terjemahan Quran. Orang musyrik yang najis, bukan orang Islam. Jadi apakah yang menghalang kita untuk pegang Quran?
Cuma Nabi Kalau junub dia tak baca sebab menghormati.

Bolehkan Perempuan dalam haid masuk dalam masjid? Ada pendapat kata Kalau boleh jaga darah dari jatuh, maka boleh lalu dalam masjid.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s