We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Kuliah atas jalan dalam Kereta February 28, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 5:51 pm

Tidbits dari kuliah agama.

Cara mandi junub Nabi:

Nabi akan mulakan dengan ambil wudu dahulu.

Jangan malu bertanya.

Tidak ada istilah air mustaqmal seperti yang kita fahami sekarang.

Tafsir surah baqarah:

Quran adalah panduan orang bertaqwa. Kalau tak menjadikan Quran sebagai panduan, maka bukanlah ia dikira sebagai orang bertaqwa.

Tidak ada keraguan pada Quran. Ianya adalah kalam Allah. Maka tidak boleh ragu dan kena pegang dengan kemas. Jangan ada rasa ianya tidak sesuai dengan kita. Jgn tolak ayat ayat Quran.

Bacaan Quran

Penerangan tentang bidaah:

Takrif syatibi tentang apakah bidaah itu adalah paling baik setakat ini. Dia kata satu cara dalam agama yang direka seolah benda itu agama kerana melampau dalam ibadat. Tariqatun fiddin. Hal hal agama sahaja.

Syatibi bezakan bidaah dan maslahah. Macam kumpul Quran. T

Apakah maksud bermanhaj salaf? Apakah maksud salafi? Iaitu berpegang kepada Quran dan Sunnah.

Ulama salaf tidak ada kata yang pelik-pelik. Ada salaf dari segi zamani dan manhaji. Begitu juga kepada ulama khalaf. Taimiyyah khalaf zamani tapi salafi manhaji.

Kena ada ilmu. Kena belajar. Dan ambil pendapat ulama. Bukan Google dan kawan sama bodoh. Kena tanya ahliah.

Kena faham apakah ijmak itu? Kalau ada yang kata ijmak ulama, kena check balik. Kadangnya, ianya adalah ijmak mazhab sahaja.

Ada sahaja pendapat muktabar yang shaz.

Jawapan isu-isu semasa. Yang penting adalah kita jangan cepat mengatakan sesuatu perkara itu bidaah sampai ada keputusan muktamad dari ulama muktabar.

Puasa. Eidul Fitri maksud perayaan makan. Macam perkataan iftar adalah makan untuk buka puasa. Sebab kita dah sebulan puasa. Bukan seperti yang dikatakan kebanyakan ustaz iaitu hari raya fitrah. Itu tidak tepat.

Ada kisah mengarut dari orang sufi yang mengatakan puasa sebulan itu adalah dari Adam. Kerana selepas baginda makan pokok larangan, Allah tahan pengampunan selagi ada bekas pokok itu dalam perut baginda. Itu adalah mengarut. Orang sufi memang pandai mereka cerita. Ikut suka dan khayalan mereka sahaja.

Solat jemaah. Adab-adab dalam melaksanakan salat. Seeloknya kita mengikut apa yang dilakukan oleh imam. Jangan sibuk buat perkara sunat tapi sampai tertinggal mengikut imam.

Jaga solat. Selalunya kalau kita ada masalah dengan solat, terlupa rakaat dan sebagainya, mungkin sebab kita ada masalah dalam akhlak kita di luar solat.

Kita banyak solat untuk menyelesaikan keperluan fekah sahaja. Tapi rohnya tidak ada.

Amat susah menjaga hati. Kadang-kadang kita terlepas dalam kita nak jaga. Kadang-kadang kita berbangga dengan ilmu yang kita ada. Kita hendak orang tahu yang kita ada banyak ilmu.

http://m.youtube.com/watch?v=DXHwVCT1ydI

Berhati-hati dengan kata-kata kita. Jangan guna kata ‘kebetulan’, ‘nasib baik’.

Ini lagi adalah zikir selepas solat yang boleh kita amalkan:

Jangan zikir la hawla wala quwwata illa …. dalam nada sedih. Atau dlm nada marah. Hilang maksud yang dimaksudkan asalnya.

Kena amalkan zikir ikut apa yang Nabi ajar. Macam kita makan ubat. Dalam bilangan yang telah ditetapkan dan waktu yang ditetapkan.

Zikr nada perlahan. Jangan dlm lagu. Yang sedap zikr berlagu tu sebab asyik dgn lagu. Padahal makna zikr itu yang sepatutnya mengasyikkan kita.

Imam Syafie meninggalkan Iraq kerana mereka zikr kuat pakai gendang.

Hijab patutnya mengalihkan pandangan. Tapi tudung sekarang menarik pandangan.

Doa elok dalam solat. Kerana Waktu itu mengadap Allah. Ianya lebih baik lagi. Tapi orang kita yang hanya ingat doa itu selepas solat.

Ini adalah doa yang diajar oleh Nabi:

اللهم ! اغفر لي ما قدمت وما أخرت . وما أسررت وما أعلنت . وما أسرفت . وما أنت أعلم به مني . أنت المقدم وأنت المؤخر . لا إله إلا أنت

Doa ini mengingatkan kita betapa kita banyak sekali dosa. Antaranya dosa yang kita tidak tahu. Kita tak tahu pun kita buat dosa itu. contohnya, kalau kita bawa kereta di jalan yang sibuk, entah-entah kita terlanggar air dan terkena orang. Ataupun, kita ingat kita buat kebaikan, tapi sebenarnya ianya adalah salah. Itulah yang selalu terjadi kepada orang yang tidak belajar, jadi ada amalan mereka yang amalan bidaah. Amalan jenis itu tertolak sebenarnya, tapi kadang-kadang kita tidak tahu.

Atau kadang-kadang kita tak sedar dosa kita tak gerak anak isteri untuk solat. Kita solat tapi anak isteri tak solat.

Agama

Tiga jenis tanya:
1. Untuk tahu hukum.
2. Untuk mendalami agama.
3. Mengada/ngada. Ustaz ni kata boleh. Ustaz tu kata macam ni. Haram jadah.

Mensiakan harta. Kalau beli tapi tak pakai.

Takkan Kereta rolls royce kita nak tambah spoiler, ejas sana sini lg. Begitulah agama Islam.

Kalau kita tahu saudara kita ada makan daging babi, mestilah kita tegur. Kerana mereka tak tahu.

Khusyuk adalah hati sedar apa yang tubuh lakukan. Hati sedar tengah sembahyang.

Tawadhuk merendah diri. Terima hakikat siapa kita. Hamba Allah. Bukan menghina diri tapi merendah diri.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s