We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Points agama lagi February 20, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:23 pm

Points agama dalam point form:

Maksud Taqwa dari Umar Abd Aziz: al-iman bit tanzil, war ridha bil qalil, wal isti’dad liyaumir rahim.

Wakafa billahi syahida itu bermaksud cukuplah Allah sebagai saksi. Ini bermaksud Allah lah yang jadi saksi kenabian Nabi. Bukan perlu undi ataupun sokongan manusia.
Bukan itu sahaja. Syahid juga kepada segala apa yang terjadi dalam dunia.

Orang kita terlajak sayang kepada Nabi. Sampai ada buat perkara yang Nabi tak ajar. Macam maulid dan berzanji. Ini kerana pengajaran yang sebegitu yang sampai dulu kepada masyarakat kita. Sampai tulis khat Allah Muhammad di masjid dan merata-rata. Itu dah terlajak tu. Sampai kalau boleh nak cium kubur Nabi. Sepatutnya bila sayang kepada Nabi, tindakan yang perlu kita ambil adalah belajar apa yang diajar oleh Nabi dan amalkan apa yang Nabi ajar. Ikut apa yang Nabi buat. Tapi apa yang terjadi sekarang, masyarakat kita pegang mazhab lebih dari pegang kata-kata Nabi. Itu adalah salah. Ramai yang buat macam itu, termasuk mereka yang balik dari belajar di Mesir. Itu adalah kerana tidak faham kepada tuntutan sayang kepada Nabi. Termasuklah mereka buat perkara yang mereka sendiri tahu Nabi tak buat. Sebagai contoh, Solat hajat Nabi tak pernah buat. Tapi mereka kata kalau ada 40 orang solat sama, Allah akan turunkan malaikat. Datang dari mana hujah itu? Atau meraka kata sebab nampak comel, nampak molek kalau dibuat, takkan salah, kata mereka. Itu adalah hujah yang batil. Itu hanya menggunakan hujjah akal, tapi menggunakan apa dalil pun.

Bermula kerja syirik adalah dengan mengukir. Lama-lama akan sembah apa yang mereka ukir itu. Itulah yang terjadi kepada umat Nabi Nuh. Mula-mula letak gambar sahaja. Mereka letak gambar itu pun kerana hendak mengingati orang alim yang telah mati. Sebagai peringatan kepada mereka supaya mencontohi mereka. Tapi selepas keturunan itu berlalu, anak cucu mereka ingat itulah entiti yang perlu disembah. Lepas tu lama-lama jadi patung. Lepas itu mereka sembah.

Tentang nifaq:
Dah terminal ill sifat mereka.
Duduk di asfalin minan nar
Apakah tanda-tanda mereka? Macam penyakit tentu ada tanda.

Quran is our worldview
Quran has its own logic. Not how we use logic. How does Quran wants us to think? Therefore, we need to learn the tafsir of Quran.

Tentang amalan:
Tidak ada amalan nisfu syaaban.

Imam Bukhari pernah kata dia hafal enam ratus ribu hadis tapi tidak ada hadis yang mengatakan baginda zikir ‘Allah’ semata. Tapi ada yang kata boleh berdasarkan hadis yang mengatakan bahawa kiamat tidak terjadi selagi ada orang yang menyebut ‘Allah’. Tapi sebaiknya zikir itu ada nafi dan ithbat. Tapi puak tarekat yang sesat, macam-macam mereka amalkan dengan zikir ‘Allah, Allah, Allah’ ini. Contohnya, mereka buat zikr nafas, zikr itu ini dan sebagainya. Itu semua tidak ada dalam islam.

Memang ada hadis yang mengatakan bahawa perempuan lebih elok solat di rumah. Tapi hanya dipakai Imam Abu Hanifah dan yang sependapat dengannya. Tapi sahabiat zaman Nabi ramai yang solat di masjid. Mereka mendapat kelebihan solat di masjid. Dan dari segi realiti, negara yang tidak membenarkan perempuan solat di masjid, boleh nampak bagaimana mereka ketinggalan dalam agama. Tapi pernah Aisyah kata, kalaulah Nabi lihat apa yang terjadi sekarang (zaman Aisyah), tentu Nabi tidak membenarkan orang perempuan pergi ke masjid.

Zaman Nabi ada jemaah berimankan budak belum baligh. Ini adalah kerana dia sahaja yang pandai membaca Quran. Sebelum puaknya masuk Islam, dia telah berkenalan dengan orang Islam yang lalu di situ. Dari mereka, dia telah belajar tentang Quran. Maka, apabila puaknya ramai-ramai masuk Islam, tentulah nak kena solat berjemaah. Apabila ditanya siapakah yang jadi imam mereka, Nabi tanya siapakah yang paling banyak hafal Quran? Mereka kata budak itu. Maka, budak itulah yang jadi imam mereka. Seluar dia pendek, sampaikan apabila dia sujud, ternampaklah auratnya. Maka, mereka telah memberinya seluar panjang. Dia amat sayang kepada seluar panjangnya itu. Dalam kisah ini, terdapat pengajaran tentang hukum apakah yang dimaksudkan aurat itu. Kerana budak itu pakai seluar atau kain pendek sahaja. Kalau tak, bagaimana sampai apabila dia sujud, boleh ternampak kemaluannya? Keduanya, tentang orang yang belum baligh menjadi imam.

Makna syahadah:
Sembah.
Ibadah
Manfaat dan mudharat.
Muliakan.
Bukanlah sujud sahaja.
Lebih dari agama. Patuh dan tunduk.

Nafi dan ithbat.
Jaga mulut.

Syarat kena yakin dan tahu. Kena ada ilmu. Belajar. Ustaz banyak tapi orang alim tak banyak.

Orang yang baru dapat ajaran tauhid tapi lepas tu tak terus masuk kelas. Itu adalah org yang baru ‘salama’. Belum beriman lagi.

Pasal Syiah dan bagaimana mereka bermula.

Ada elemen Parsi dalam permulaan Syiah. Umar yang menang dalam peperangan membuka negara Farsi. Tiga puteri Parsi telah dibawa ke Madinah. Mereka itu diberikan kepada Anak Umar, anak Ali dan anak Abu Bakr.
Keturunan Parsi.
Fitnah kepada Saidina Uthman. Tapi beliau dah jawap semua fitnah-fitnah itu. Cuma zaman itu tidak ada tv dan internet, jadi tak ramai orang yang tahu tentang jawapan itu. Mereka yang dengar telah terima.
Perang Jamal.
Perang Siffin.

Doa ke masjid:

Kena kenal masjid. Kalau kita baik dengan seseorang, kita akan tahu rumah dia di mana. Tambahan pula kalau ianya adalah Allah. Biasakan diri dengan masjid.
Nur itu cahaya yang merebak macam cahaya api, bukan lampu suluh.

Ada doa pergi ke Masjid:

Kenapa didoakan supaya cahaya sampai ke Hati? Kerana hati kita ini boleh bolak balik.
Apabila dah ada cahaya, baru boleh nampak jalan.
Cahaya menerangi. Bila manusia lihat, mereka akan sedar bahawa dia adalah seorang yang beriman.

Lisan. Supaya apa yang keluar dari mulut kita ada iman.

Pendengaran. Bukan telinga. Supaya apa yang masuk adalah yang baik.

Penglihatan. Bukan mata. Supaya apa yang kita terima dan proses adalah yang bermanfaat.

Belakang. Dari belakang. Ada من. Encased me with Nur. Like cloak.

Front. Same with back.

Above.

Below.

The challenge of the ummah is the family relationship.

The most important thing is doing dakwah is to have love for the people that we are doing dakwah to.

Pasal bidaah: Puak Jahmiah dan mereka yang seumpamanya mengalami masalah menjelaskan sifat Allah yang seakan sama dengan sifat manusia. Seperti melihat, mendengar dan sebagainya. Sebab mereka ambil makna dari ayat yang tidak menyamakan Allah dengan makhluk. Oleh itu, kalau manusia melihat, takkan Allah pun melihat juga? Jadi bila terima sahaja sifat Allah yang sama dengan makhluk, mereka terus takwil. Tapi puak Sunnah senang. Terima dulu sifat yang disebutkan dalam hadis dan Quran itu, dan selepas itu baru membezakan dengan makhluk. Kita ithbat dahulu. Sebagai contoh, kita terima sifat Allah yang ‘mendengar’. Iaitu memang Allah bersifat mendengar. Tapi sifat mendengar Allah itu tidak sama dengan sifat mendengar manusia. Takkan sama. Begitu juga dengan ‘tangan’ Allah. Memang Allah dah kata Dia ada tangan. Kita terima itu dulu. Tapi kita katakan bahawa tangan Allah tentu tidak sama dengan tangan manusia. Tangan kita tidak sama dengan tangan beruk. Tapi tangan beruk itu dipanggil tangan juga.

Muktazilah: melebihkan akal dari nas.

Rofidhah: menolak Imam Zaid bin Ali apabila beliau tidak mahu menolak Abu Bakr dan Umar. Sebab itu, pada masa dahulu, Syiah Zaidiyah diterima sebagai salah satu mazhab dalam Islam. Tapi sekarang susah nak terima. Sebab dah menular dalam semua syiah bagaimana mereka pun mengkafirkan para sahabat.

Khawarij: mengatakan sesiapa yang buat dosa besar adalah kafir. Padahal, pendapat mereka itu tidak bertepatan dengan apa yang disebut dalam Quran dan hadis. Merekalah kumpulan pertama yang keluar dari Islam. Maknanya, orang yang lari dari Quran dan Sunnah lah yang memecahkan umat. Bukan mereka yang mengajak kepada Quran dan Sunnah. Tapi sekarang mereka kata kita pula yang memecah belahkan. Padahal, kita yang pegang Quran dan Sunnah ini hendak membawa manusia kembali kepada dua sumber itu. Kalau kita lihat, kalau ada yang tolak Quran atau hadis, atau kedua-duanya yang ada masalah.

Jenis-jenis bidaah:

Bidaah haqiqiah.
Bidah idhofiah.

Dua dua haram.

Perkara yang kita bidaah itu adalah perkara yang dalam bentuk agama. Maka, kalau pakai facebook, pakai kereta, pakai aircond, itu semua tak termasuk dalam perkara bidaah yang kita tentang itu. Memang ianya perkara baru dalam kehidupan kita, tapi ianya bukanlah perkara yang bersangkutan dengan agama.

Susah nak faham Quran dan Sunnah kerana banyak dosa. Kalau kita selalu buat dosa, maka akan terganggu nak masuk ilmu agama dalam diri kita. Maka, jauhkan dari buat dosa.

Buat bidaah, maka mati Sunnah.

Sikap mengambil berkat adalah menyerupai orang kafir. Pada zaman jahiliah, terdapat satu pokok yang dinamakan Zaatul anwa’. Sebelum orang jahiliah berperang, mereka akan menggantung pedang dan peralatan perang mereka di pokok itu untuk mengambil berkat. Pada ketika Perang Hunain, ada sahabat yang baru masuk Islam pun minta dibuatkan untuk mereka pokok yang sebegitu. Maka, Nabi marah mereka dan kata adakah mereka hendak minta seperti kaum Nabi Musa minta? Apakah yang kaum Nabi Musa minta kepada baginda? Mereka minta supaya dibuatkan berhala untuk mereka seperti ada kaum yang mereka nampak ada berhala. Maka, perbuatan menyembah berhala itu adalah perbuatan kafir, maka kalau Nabi menyamakan permintaan sahabat yang jahil itu dengan permintaan kaum Nabi Musa, maka itu menunjukkan persamaan antara mengambil berkat itu dengan menyembah berhala.

Maulid tiru kristian. Menyanyi lagu ketuhanan macam kristian. Kubur kita pun dah nak sama macam kristian. Sebab ada replika Quran dan sebagainya. Kafir jer yang hias kubur mereka.

Dikatakan bahawa Imam Ahmad hafal sejuta hadis. Lagi banyak dari Imam Bukhari. Imam Syafie lagi sikit. Jadi walaupun Imam Syafie adalah guru kepada Imam Ahmad, Imam Syafie telah meminta Imam Ahmad menasihatinya tentang hadis. Jadi tidak boleh dijadikan hujah: ada yang kata – takkan lah Imam Syafie tak tahu hadis.

Ulama berbeza pendapat sebab ada hadis yang mereka tak tahu.

Ada yang faham hadis cara lain. Sebagai contoh, apabila salam dalam solat, Nabi sebenarnya akan mengadap ke kanan dahulu, baru lafazkan salam. Bukan macam sekarang yang manusia dok buat. Siap ada sayonara lagi. Dan apabila imam beri salam ke kanan, kita sepatutnya sudah ikut beri salam. Tak payah nak tunggu imam beri salam ke kiri baru kita nak salam ke kanan.

Org dulu dulu mereka belajar tak banyak. Tapi mereka amalkan apa yg mereka belajar. Buah kilas mereka panggil. Yang penting adalah amalan. Rugi kalau kita banyak tahu tapi tak amalkan.

Tidak boleh berjual beli dalam masjid. Pernah suatu hari semasa Nabi ada di dalam masjid, seorang sahabat datang dan bertanya orangramai adalah sesiapa nampak untanya? Nabi kata: semoga tidak berjumpa.

Ada hadis yang berbunyi lebih kurang: kalau orang dibenarkan kata apa sahaja, maka hak orang akan jadi hak dia.
Maka, kalau ada yang menuduh, dia kena bawa saksi. Dan yang kena tuduh, bersumpah.

Ilmu tauhid paling penting.
Berpegang dengan tali Allah.

Ahli Sunnah wal jamaah. Jamaah itu adalah jemaah para sahabat. Yang salah faham sekarang adalah yang kata majoriti. Kalau majoriti buat bidaah, takkan semua nak buat bidaah?


Beza keluarga dan keturunan. Kes anak Nuh yang tidak selamatkan. Nuh tanya kenapa, sebab Allah kata nak selamatkan keluarganya? Rupanya anak dia yang sesat itu bukan keluarga tapi keturunan sahaja.
Dalam selawat, kalau kita sebut ‘ali Muhammad’, itu termasuk keturunan termasuklah Aku Lahab sekali sebab Abu Lahad bapa saudara Nabi. Tapi kata Sibaaweh, kalau kita sebut ‘Aali Muhammad’ itu hanya kepada yang islam sahaja.

Syarat taubat:
Rasa berdosa. Nikmat rasa bersalah. Sesal. Gelisah. Nikmat Allah tanamkan rasa itu. Ada manusia tak rasa pun. Ada yang seronok dengan dosa. Ada yang tak rasa dia berdosa.

Meninggalkan maksiat dan dosa itu. Waktu taubat tu taknak buat dah. Boleh berperingkat.

Azam untuk tidak kembali buat maksiat.

Ikhlas kepada Allah. Malu dan takut kerana Allah bukan kepada manusia. Punca taubat itu kepada Allah.

Kalau ada salah dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia. Boleh muflis.


Orang Islam kisahkan tentang kenapa mereka berpecah belah. Tapi kenapa tidak mencari jalan untuk bersatu padu? Jawapannya tidak lain tidak bukan adalah berpegang kepada Quran dan hadis.

Ms 875

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s