We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Tambah ilmu February 15, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 9:52 pm

Bicara agama

Allah al-Awwal. Kena lebihkan Allah. Taat kepada Allah dulu. Kena dulukan hak Allah dulu.
Sampai tidak boleh samakan Allah dan Nabi.

Bukan semua 99 asmaul husna tu semua sahih. Lebih kurang 60 lebih jer yang sahih.

Ada falsafah yang kita boleh ambil dari nama al-awwal ini. Hendaklah kita awal mengerjakan ibadat. Kita nak buat dulu sebelum orang lain. Kita juga nak solat awal. Duduk saf awal. Dan lain-lain lagi.

Apakah makna taufiq dan hidayah? Hidayah itu kita tahu, taufiq adalah kita buat. Sebagai contoh, kita tahu puasa sunat bagus. Tapi kekuatan untuk buat puasa sunat itu adalah apabila diberikan taufiq oleh Allah. Ada ulama terbalik kan. Ada yg kata taufiq itu: tahu, dan hidayah: buat. Tapi itu adalah dari ego istilah sahaja.

Sunnah untuk berubat.

Sunnah melawat orang kafir. Kerana itu adalah dakwah. Kerana Nabi pernah melawat orang Yahudi.

Tidak boleh berubat dengan arak. Dengan benda haram. Ada sahabat beritahu Nabi bahawa dia ada buat arak sebagai ubat. Nabi kata ianya bukan ubat tapi ianya sendiri adalah penyakit.

Allah tidak menjadikan ubat pada benda yang haram.

Sadaqah diambil dari kata dasar yang sama dengan sadiq – membenarkan. Apakah persamaannya? Kerana kita membenarkan kata agama yang menyatakan kalau kita beri sadaqah akan memberi balasan baik. Dan membenarkan ajaran yang mengatakan ianya adalah baik dalam agama. Kerana bukan senang nak dapat duit. Kita pun sayan. Kalau bukan kerana kita percaya yang iany adalah baik dalam agama, kita tak beri kepada orang lain.

Sunnah bersalam adalah melihat muka.

Ibn Jawzi: Kalau ibadat tu sedap sahaja, maka kena check. Iblis belit. Sebab dia suka kita buat ibadat yang salah. Kalau benda yang kita buat itu salah, buat apa dia nak kacau? Maka, kita akan dengar banyaklah manusia yang masuk tarekat dan mereka kata sedap sahaja buat zikir-zikir bidaah mereka. Tak rasa pun mengantuk. Dan rasa syok memanjang. Ada yang kata, rasa macam jatuh cinta.

Ibn Abbas marah atas muridnya yg menyebut kata-kata Abu Bakr dan Umar padahal dia sedang membacakan hadis Nabi kepada mereka. Dia kata hampir-hampir batu akan jatuh atas mereka. Isu waktu itu adalah tentang haji tamattu’. Beliau membawakan hadis Nabi tentang haji Tamattu’, tapi mereka dengan cepat mengatakan abu Bakr kata begini, Umar kata begitu. Mestilah sahabat-sahabat itu ada sebab atas hujah mereka. Tapi janganlah cepat sangat nak cakap macam itu. Kena lebihkan apa kata Nabi dalam sesuatu hal.

Ayat wasilah dalam Quran adalah bermaksud ‘amalan soleh’. Ada yang tak belajar, kata ianya maksud wasilah itu adalah guru mursyid. Semua tafsir salaf mengatakan bahawa ianya adalah amalan soleh.

Al-Musawwir – yang membentuk rupa. Sebab itu kita tidak boleh melukis dan buat patung. Kerana itu adalah hak Allah. Siapa yang buat, Allah akan suruh dia beri nyawa kepada gambar dan patung itu di akhirat kelak.

Allah menjadikan makhluk sesuai dengan keadaannya.
Maka sama pula Allah dah jadikan jin tidak boleh dilihat oleh manusia. Kalau ada yang nampak, manusia itu ada masalah. Sebab Allah dah sebut dalam Quran yang manusia tidak boleh nampak jin.

Maka kita tak boleh berbangga dengan kecantikan kita dan kutuk keburukan orang lain. Begitu juga jangan kecewa kalau cacat.

Tidak boleh mengubah ciptaan Allah. Tidak boleh Tukar jantina. Atau Tukar hidung bagi mancung. Pun tidak boleh Bedah plastik. Tukar sifat pun tidak boleh juga. Contohnya, Sifat perempuan bukan untuk menggoda lelaki. Maka kalau kita jadikan mereka seperti itu, maka itu dah mengubah kejadian.

Tiada penetapan pada zaman Nabi bahawa Muharam itu adalah awal tahun. Zaman Umar sahaja baru buat. Maka macam mana yang buat amalan doa awal tahun akhir tahun? Itulah yang mengarutnya. Doa itu tidak ada masalah sebab maknanya baik. Tapi jangan khususkan kepada awal akhir tahun.

Tidak ada perayaan selain dari raya puasa dan raya haji. Apabila Nabi sampai ke Madinah, baginda melihat penduduk Madinah sedang merayakan satu perayaan. Baginda hanya mereka sedang rayakan apa? Mereka jawap sekian dan sekian. Maka Nabi bersabda bahawa hanya ada dua perayaan sahaja. Maka, macam mana dengan perayaan maulid yang manusia jahil buat tiap-tiap tahun itu? Datang dari mana?

Ambil berkat tabarruk adalah syirik. Semasa permulaan Islam, ada sahabat yang minta Nabi buatkan satu pokok seperti pokok zaatul anwa’ untuk mereka letakkan pedang mereka seperti musyrikin buat. Nabi sabda kata permintaan mereka itu seperti permintaan umat Nabi Musa. Apa yg kaum Nabi Musa buat dulu? Mereka nampak orang sembah berhala maka mereka pun minta Nabi buat buatkan berhala utk mereka juga. Itu dah jelas syirik. Kalau mereka itu dikira buat syirik, maka ambil berkat itu juga adalah syirik.

Firaun suruh Hamman buat menara tinggi sebab dia nak jumpa tuhan Nabi Musa, katanya. Sebab Nabi Musa kata Tuhan ada kat atas. Firaun pun tahu Tuhan ada kat atas. Maka, mereka yang tidak menerima Tuhan ada di atas itu sebenarnya lebih teruk dari firaun lagi.

Manhaj maksudnya ‘cara beragama’.
Yang kena ikut adalah perbuatan sahabat yang disepakati. Bukan kalau ada sahabat buat sahaja, terus boleh ikut. Macam Ibn Umar bila wuduk air masuk mata sekali. Itu bukan syariat. Kena pandai memilih. Kena belajar. Kalau belajar sikit-sikit itulah yang bahayanya.

Sunnah boleh yang baik dan boleh yang buruk. Sebab ada hadis Nabi kata kalau yg buat Sunnah yang baik dan Sunnah yang tidak baik. Tapi dari segi istilah, selalunya perkataan Sunnah itu disandarkan kepada Nabi.

Makna ‘Khabar’ lebih luas. Samada maklumat itu datang dari Nabi atau dari sahabat.
Perkataan qudsi diambil dari makna qudus – suci.

Lagu Quran datang dari Parsi. Maknanya, yang dok melagukan Quran itu, mereka tiru orang Parsi. Mereka tu ada masalah. Dari sanalah asal Syiah.

Kebersihan sebahagian dari iman. Bukan hanya zahir sahaja. Tapi dalaman juga. Macam bersih dari syirik dan dari sifat hasad dan sebagainya.

Nabi suruh khatam Quran sebulan sekali.

Aisyah hidup lama selepas Nabi. Aisyah kata, kalaulah Nabi hidup lagi, tentu baginda akan melarang wanita untuk pergi ke masjid. Memang Nabi pernah kata jangan larang wanita pergi ke masjid. Tapi keadaan dah lain. Banyak masalah kalau ke masjid.

Nazar ini bukan suruhan syariat. Kalau bernazar, syariat kata kena tunaikan. Itu sahaja. Tapi bukan suruh kita bernazar in the first place. Orang yang bernazar itu adalah mereka yang desperate. Kadang-kadang nazar perkara dalam perkara yang tidak patut.

Duduk rehat sebelum naik rakaat: Dalam Syafie, sunat. Dalam mazhab Ahmad, tidak sunat kalau tidak ada sebab. Nabi duduk itu bersebab. Sebab Nabi waktu itu dah tua. Dalam riwayat selalunya Nabi akan naik terus. Cuma bila dah tua dan Nabi dah tak larat nak naik terus, Nabi akan rehat dulu sebelum naik.

Ibadat terbahagi kepada 4:
Ibadat hati
– mahabbah
– redha
– ikhlas
– sabar
– tawakal
Ibadat badan
Ibadat lisan
– doa
– zikrullah
Ibadat harta

Imran hussain mengajar dan ada anak muridnya menyebut tentang kitab kitab hikmah. Maka dia marah mereka.

Kalau ada orang puji kita, kata Haza Min Fadli rabbi.

Amalan ibadat kita Depan orang kena sama dengan kalau kita tidak dilihat orang. Supaya jangan riak. Tapi kita selalunya depan orang, hebat sahaja ibadah. Tapi kalau kita sendiri sahaja, buat sambil lewa sahaja.

Maksiat menghalang masuk ilmu. Sebab ilmu itu adalah cahaya.
Tak mengamalkan ilmu juga adalah masalah. Lagi awal diazab dari penyembah berhala. Sebab yang sembah berhala tu takde ilmu.
Maksiat menyebabkan rezeki tak masuk. Dan akan menyebabkan hati menjadi keras.

Perubatan
Yang pertama adalah gunaQuran. Lepas tu apa yang ada dalam hadis. Sebab Allah yang menyembuhkan. Kalau dah habis ikhtiar, barulah perubatan alternatif.

Kalau berlaku musibah, sahabat akan solat dua rakaat dulu. Supaya doa makbul. Ibadat dan doa tidak boleh pisah. Jadi lepas ibadat, kena doa. Haram doa dengan angkat tangan semasa doa di kubur. Sebab takut orang kata kita minta kat orang dalam kubur pulak.

Syaitan itu adalah dari manusia dan jin.

Kalau tak sembuh tu, Allah nak mengajar kita bahawa Allah lah yang menyembuh, bukan kita manusia.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s