We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 112 Bab Adakah Boleh Seseorang Itu Menyentuh isterinya Ketika Mahu Sujud Supaya Dia Dapat Bersujud February 15, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 9:23 pm

بَاب هَلْ يَغْمِزُ الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ عِنْدَ السُّجُودِ لِكَيْ يَسْجُدَ

Bab 81 Adakah Boleh Seseorang Itu Menyentuh isterinya Ketika Mahu Sujud Supaya Dia Dapat Bersujud

Tajuk ini Imam Bukhari letakkan dalam bentuk soalan. Dia tidak terus berikan jawapan kerana jawapannya ada dalam hadis. Itulah sebaik-baik jawapan. Iaitu yang datang dari hadis dan ayat Quran sendiri. Imam Bukhari tidak perlu syarah panjang-panjang pun. Yang kitab panjang-panjang adalah dari ulama-ulama yang mensyarahkan kitab beliau.

Tujuan Imam Bukhari bawa tajuk ini adalah:
1. Bab sebelum ini tentang kain orang yang solat terkena wanita. Itu tidak membatalkan solat. Kali ni Imam Bukhari nak bawa hujah, kalau badan pun tersentuh wanita pun tidak terbatal solat. Inilah pendapat yang kuat dengan hujah-hujah yang kuat. Bukan di sini sahaja hujahnya. Inilah pendapat yang memudahkan kita. Kita tidak perlu risau lagi kalau kita tersentuh dan sebagainya. Dengan hujah yang lebih kuat.
2. Kalau perempuan duduk di depan dengan dekat sampai boleh sentuh pun tidak membatalkan solat seseorang, apatah lagi kalau laku sahaja – lagilah tidak membatalkan.
3. Sentuh wanita tidak membatalkan wudu dan solat. Perempuan bukanlah najis sampai tak boleh sentuh dalam wuduk. Dalam waktu yang lain, Nabi pernah menciumi isterinya sebelum pergi solat dan tidak ambil wuduk balik. Imam Syafie tak pakai hadis itu kerana ada perawi di dalam sanadnya yang dia tidak kenal. Tapi ulama hadis lain menyatakan perawi itu tsiqah. Bukanlah Imam Syafie menolak hadis, cuma berdasarkan ilmunya yang ada, beliau tidak kenal perawi itu. Zaman itu, mungkin maklumat susah untuk sampai. Kitab-kitab pun mungkin tidak banyak lagi. Kita yakin, kalau Imam Bukhari kenal perawi itu, dia pun akan menerima hujah yang mengatakan kalau sentuh perempuan tidak membatalkan solat dan wudu’. Dan Imam Syafie pun pernah kata, kalau hadis itu sohih, itulah mazhabnya.
4. Oleh kerana terdapat khilaf ulama dalam perkara ini, itulah sebabnya Imam Bukhari meletakkan perkataan ‘adakah’ dalam tajuknya. Kerana dia menjaga hati mereka yang tidak sependapat dengannya. Tapi dalam hadis yang dibawanya, kita tahu apakah pendapatnya. Maknanya dia menolak dengan cara yang baik dan halus. Tidaklah dia terus menyatakan keputusannya kerana hendak menjaga hati ulama lain. Begitulah halus dan indahnya akhlak Imam Bukhari.

489 حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا الْقَاسِمُ عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عَنْهَا قَالَتْ بِئْسَمَا عَدَلْتُمُونَا بِالْكَلْبِ وَالْحِمَارِ لَقَدْ رَأَيْتُنِي وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا مُضْطَجِعَةٌ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَسْجُدَ غَمَزَ رِجْلَيَّ فَقَبَضْتُهُمَا

489. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin ‘Ali berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Qasim dari ‘Aisyah berkata, “Sangat buruk apa yang kalian lakukan dengan menyamakan kami dengan anjing dan keledai! Padahal, masih lagi terbayang di mataku Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam salat sedangkan aku berbaring antara bginda dan arah kiblatnya. Apabila hendak sujud, baginda menyentuh kakiku, maka aku pun melipat kedua kakiku.”

Hadis ini telah dibawa sebelum ini. Iaitu Hadis ke – 483 dan Hadis 369. Imam Bukhari akan membawakan hadis yang sama kerana ada banyak pengajaran yang boleh diambil dari sesuatu hadis itu.

Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Keharusan solat mengadap wanita.
  2. Keharusan solat mengadap wanita yang sedang tidur.
  3. Menyentuh wanita tidak batalkan wudu mahupun solat.
  4. Harus solat dalam gelap.
  5. Keelokan mengerjakan solat malam.
  6. Pergerakan sedikit yang diluar gerakan solat tidak membatalkan solat. Kerana perbuatan menyentuh atau meramas kaki wanita itu bukanlah salah satu dari perbuatan solat. Tapi pergerakan itu tidak banyak dan ianya adalah perlu, jadi ianya dibenarkan.
  7. Harus untuk tidur di hadapan orang yang solat dalam tempat yang sempit. Sebab tidak mengganggu.
  8. Keharusan solat di tempat yang sempit.
  9. Kesempitan hidup baginda dan keluarga kerana sikap zuhud mereka. Ada ketikanya pula, Nabi tidak begitu. Bukanlah sentiasa Nabi hidup dalam keadaan macam itu. Ada ketikanya, Nabi senang sedikit. Tapi tidaklah keluar dari lingkungan zuhud itu.
  10. Kebanyakan rumah waktu itu tidak berlampu.

Kuliah Maulana Asri.

Lompat ke hadis yang seterusnya dan hadis yang terakhir dalam Kitab Solat.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s