We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 111 Bab Apabila Seseorang Bersembahyang Dengan Menghadap Tilam Yang Ditiduri Oleh Perempuan Yang Berhaid February 12, 2014

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 10:57 pm

بَاب إِذَا صَلَّى إِلَى فِرَاشٍ فِيهِ حَائِضٌ

Bab Apabila Seseorang Bersembahyang Dengan Menghadap Tilam Yang Ditiduri Oleh Perempuan Yang Berhaid

Imam Bukhari tidak beri jawapannya dalam tajuk. Ia mengandungi syarat tapi jawapannya tidak ada. Tapi dari hadis yang dibawanya, kita dapat simpulkan bahawa solat itu sah. Cuma dia tidak sebut dalam tajuknya. Kenapa? Kerana dia nak beritahu bahawa sebaik-baik jawapan adalah dari Nabi sendiri. Dan jawapan itu boleh diambil dari hadis. Banyak kali Nabi buat dengan beberapa isterinya. Kalau Nabi buat banyak kali, itu tandanya, ia adalah perkara yang dibolehkan. Kalau Nabi buat hanya sekali, mungkin boleh dikatanya ianya adalah makruh. Tapi ulama mengatakan, kalau Nabi buat banyak kali, itu tandanya, ianya adalah perkara yang dibenarkan.

Bagaimana Imam Bukhari mengatakan di hadapan sedang dalam hadis digunakan perkataan إِلَى جَنْبِهِ bermaksud di tepi?

Imam Bukhari hendak memberitahu bahawa walaupun perempuan yang haid pun tidak menjejaskan solat seseorang. Kalau tidur di hadapan pun tidak menjejaskan, apatah lagi kalau lalu sahaja.

Kalau wanita yang dalam haid pun tidak menjejaskan solat seseorang lelaki, apatah lagi kalau perempuan itu perempuan yang dalam suci. Imam Bukhari juga hendak menyatakan bahawa orang perempuan bukan ada kurang apa-apa sampai menjejaskan solat. Imam Bukhari banyak membela orang perempuan. Lawan dengan pendapat agama lain. Mereka pandang rendah orang perempuan. Pada mereka, perempuan hendaklah dijauhkan dalam perkara ibadat, kerana boleh menjejaskan ibadat manusia. Lebih teruk lagi, orang-orang agama dalam agama mereka seeloknya tidak berkahwin. Sebab kalau kahwin akan menyebabkan mereka terganggu dalam hubungan mereka dengan tuhan. Sebab itulah kita boleh lihat bagaimana paderi Kristian tidak boleh kahwin, sami Hindu tidak kahwin, begitu juga dengan sami Buddha. Mereka ingat mereka buat perkara yang baik, tapi sebenarnya mereka menentang fitrah yang Allah telah berikan kepada manusia.

Hadis di bawah juga menunjukkan bahawa amalan sunat elok buat di rumah. Bukan nak kena pergi jauh bertapa atau suluk. Yang ajaran sesat dari tarekat itulah yang mengajar pengikutnya bersuluk. Mereka berbangga kalau dapat suluk lama-lama. Ajaran dari mana kita tak tahu, kerana Nabi tak pernah ajar. Yang lagi teruk, sampai ada yang mengajar bersuluk dalam liang lahad kubur. Bukan kubur gali untuk bersuluk, tapi ambil dari kubur memang yang di tanah perkuburan. Mereka kata, mereka hendak ingat mati. Mereka kata, suluk itu adalah sunnah Nabi semasa baginda di Gua Hira’. Itu semua adalah bohong sahaja. Diajar oleh syaitan tentunya. Kerana pertama, kita tak tahu apakah yang Nabi buat semasa baginda di Gua Hira’. Dan kedua, itu adalah semasa baginda belum diberi wahyu lagi. Baginda pun tak tahu apa amalan yang elok dibuat. Dan selepas baginda menjadi Nabi, sampailah baginda wafat, tidak pernah Nabi buat. Jadi, mereka yang kata bersuluk itu baik, ketahuilah bahawa ianya bukanlah dari ajaran Islam. Kalau ajaran agama lain, mungkin ya.

Hadis itu menunjukkan bahawa walaupun Nabi mempunyai ramai isteri, tapi bukanlah tujuannya untuk memuaskan nafsunya. Lihatlah dalam hadis ini dan hadis-hadis yang lain, bagaimana baginda meluangkan masa yang lama untuk beribadat. Jangan kita terpengaruh dengan kata-kata musuh Islam dan Orientalis yang mengatakan Nabi itu banyak isterinya kerana kuat seks dan kuat nafsu syahwatnya. Lihatlah apa yang baginda buat di rumahnya?

Dikatakan replika rumah Nabi

Hadis ini juga menunjukkan Nabi mesra dengan isterinya. Walaupun dalam ibadat, Nabi tidak menjauhkan diri dari isteri-isterinya. Layanan Nabi yang mesra dan saksama kepada isteri-isterinya. Dulu kita telah baca bagaimana baginda solat dekat dengan Aisyah sekarang dengan Maimunah pula.

Isteri dalam haid adalah bersih. Yang kotor itu adalah darah haid, bukan keseluruhan perempuan tu. Tapi yang lain tidak ada masalah. Cuma tak boleh bersetubuh sahaja. Tidak perlu menyisihkan perempuan kalau perempuan itu dalam haid. Kalau Yahudi, tak boleh tidur dan makan sekali. Maka Nabi menukarkan pemahaman agama mereka. Islam tidak begitu, Islam adalah agama yang praktikal. Tidak merendahkan martabat wanita.

Hadis ini juga menunjukkan kepada kita bahawa solat tidak terjejas kalau kain terkena perempuan berhaid. Kalau kena tubuh tidak mengapa. Jangan kena pada darah haid itu sudah kerana darah haid adalah najis.

Yang penting untuk dipastikan adalah orang perempuan itu bersih dari suci zahir sahaja. Tidak ada masalah kalau dia dalam haid. Begitu juga, kalau perempuan yang dalam haid pun boleh masuk masjid juga. Kerana bukan kotor pada baju, tangan atau kaki perempuan itu. Cuma dia tidak boleh solat sahaja. Begitu juga kalau perempuan dalam haid, boleh pegang Quran kerana bukan tangannya yang kotor. Sama juga, boleh baca Quran dalam haid pun. Itulah pendapat Imam Bukhari dan beliau adalah Mujtahid mutlaq. Kalau tak pakai pendapat beliau, buat apa belajar kitab hadis beliau? Buat apa kita lebihkan dia kalau pendapat dia kita tak kisah? Ini adalah perkara khilaf, jadi jangan pegang kemas sangat dengan pegangan yang kita dah biasa. Maka kenalah berlapang dada. Lihat kepada hujah yang diberikan. Jangan pegang satu pendapat hanya kerana kita dah biasa dengan pendapat itu sampai minda kita tertutup.

487 حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ عَنِ الشَّيْبَانِيِّ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ شَدَّادِ بْنِ الْهَادِ قَالَ أَخْبَرَتْنِي خَالَتِي مَيْمُونَةُ بِنْتُ الْحَارِثِ قَالَتْ كَانَ فِرَاشِي حِيَالَ مُصَلَّى النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرُبَّمَا وَقَعَ ثَوْبُهُ عَلَيَّ وَأَنَا عَلَى فِرَاشِي

487. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Zurarah berkata, telah mengabarkan kepada kami Husyaim dari Asy Syaibani dari ‘Abdullah bin Syaddad bin Al Had berkata, emak saudara saya, Maimunah binti Al Harits mengabarkan kepadaku, ia berkata, “Tempat tidurku dekat dengan tempat salat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dan terkadang pakaian beliau terkena aku ketika aku sedang tidur di atas tilamku itu.”

Perkataan حِيَالَ dipakai sebagai makna ‘hadapan’ kepada Imam Bukhari.

488 حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ قَالَ حَدَّثَنَا الشَّيْبَانِيُّ سُلَيْمَانُ حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ شَدَّادٍ قَالَ سَمِعْتُ مَيْمُونَةَ تَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي وَأَنَا إِلَى جَنْبِهِ نَائِمَةٌ فَإِذَا سَجَدَ أَصَابَنِي ثَوْبُهُ وَأَنَا حَائِضٌ وَزَادَ مُسَدَّدٌ عَنْ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ الشَّيْبَانِيُّ وَأَنَا حَائِضٌ

488. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid bin Ziyad berkata, telah menceritakan kepada kami Asy Syaibani Sulaiman berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Syaddad berkata, “Aku mendengar Maimunah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam salat sedangkan aku tidur disampingnya. Apabila baginda sujud, kainnya mengenaiku, padahal saat itu aku sedang haid.” Musaddad menambahkan dari Khalid ia berkata, Sulaiman Asy Syaibani menceritakan kepadaku dengan lafadz, “Dan aku sedang haid.”

إِلَى جَنْبِهِ maksud ‘di sebelah’.

Lompat ke hadis yang seterusnya

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s