We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 92 Bab Berapakah Jarak Yang Sepatutnya Antara Seseorang Yang Bersembahyang Dengan Sutrah October 19, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 2:48 am

بَاب قَدْرِ كَمْ يَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ بَيْنَ الْمُصَلِّي وَالسُّتْرَةِ

Bab 64 Berapakah Jarak Yang Sepatutnya Antara Seseorang Yang Bersembahyang Dengan Sutrah

Sekarang kita masuk dalam bab yang membincangkan jarak antara tempat sujud dengan sutrah. Ini adalah kerana banyak pendapat yang diberikan. Jadi manakah yang lebih sesuai dan munasabah?

Apakah jarak yang sepatutnya? Apakah yang dimaksudkan dengan بَيْنَ مُصَلَّى yang diletakkan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya itu? Yang nampak logik adalah ianya merujuk tempat sujud dan sutrah. Tapi ada yang mengatakan yang dimaksudkan dengan musolli itu adalah ‘tempat berdiri’. Itulah pendapat Imam Malik. Dia kata memang Nabi berdiri dekat dengan dinding. Dan kalau begitu, memang tak muat untuk rukuk dan sujud. Mereka yang berpendapat begitu mengatakan, apabila hendak rukuk dan sujud, Nabi akan berundur ke belakang. Hujah mereka pula memang ada dalam satu hadis bagaimana Nabi pernah solat di atas mimbar dan apabila hendak rukuk dan sujud, Nabi akan turun. Tapi kita katakan itu jarang dilakukan. Nabi buat begitu untuk menunjukkan bagaimana cara solat. Nabi berdiri atas mimbar supaya senang orang ramai lihat. Waktu itu, sudah ramai yang masuk Islam dan antara mereka tidak pernah melihat Nabi solat. Tidaklah Nabi selalu buat begitu. Apa yang sepatutnya kita pegang adalah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi. Kalau sekali sekala itu, tidaklah sesuai

Adakah Nabi solat rapat benar dengan dinding? Tidak. Kalaulah Nabi kena berundur apabila hendak rukuk dan sujud, tentulah akan menyusahkan makmum di belakang baginda. Mereka kena duduk jauh pula. Dan tidakkah susah kalau kena ke depan dan ke belakang?

Tapi hendaklah kita ingat bahawa Imam Malik bukanlah calang-calang ulama. Tambahan pula ada hadis yang lebih kurang sama yang ada dalam riwayat Abu Dawud yang mengatakan bahawa jarak itu adalah antara tempat berdiri dan sutrah itu. Jadi, hujah mereka yang berpendapat sebegitu pun ada dalil juga.

Jumhur ulama termasuk Imam Bukhari memegang pendapat bahawa jarak itu adalah dari tempat sujud ke sutrah. Bukan dari tempat berdiri ke sutrah.

Imam Bukhari juga ‘dikatakan’ hendak mengkritik hujah Imam Malik dan hadis dalam riwayat Abu Dawud itu. Kerana walaupun sanad hadis itu sahih, tapi matannya tidak sahih. Perkataan ‘maqam‘ yang digunakan dalam hadis itu adalah tasarruf perawi (pendapat perawi) sahaja. Ianya adalah perkataan perawi untuk menjelaskan. Tapi dalam penjelasannya itu telah menyebabkan kekeliruan. Perawi dalam hadis itu telah meriwayatkan hadis itu dalam bilmakna (dengan makna) – bukan dengan lafaz yang diterimanya. Sebab itulah ulama hadis ada yang tidak suka riwayat bilmakna. Mereka lebih suka kalau pakai riwayat billafzi – dengan perkataan. Maksudnya menggunakan perkataan dari Nabi sendiri. Kerana kadang-kadang kalau pakai lafaz sendiri akan menyebabkan pemahaman yang silap.

Imam Bukhari nak mengatakan yang lebih sahih adalah hadis yang dibawanya dibawah ini. Seolah-olah dia hendak mengatakan: Kenapa nak pakai hadis yang syaz kalau ada yang sahih? Hadis syaz adalah hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah (dipercayai) tetapi riwayatnya bercanggah dengan banyak riwayat orang lain yang thiqah juga.

Satu lagi tujuan Imam Bukhari adalah untuk memberitahu bahawa tidak perlu seorang imam solat itu duduk jauh dari dinding. Tidak perlu ruang yang besar. Islam adalah agama yang tidak menyusahkan. Cuma perlu tiga hasta sahaja antara tempat berdiri seorang yang sedang bersolat dan sutrah. Itupun kalau saiz orang Arab. Kalau saiz Melayu, lagi sikit ruang yang diperlukan.

Satu lagi tujuan Imam Bukhari adalah untuk menunjukkan bahawa tidaklah hadis yang mubham (hadis yang dalam bentuk umum – tidak jelas. Boleh jadi macam-macam makna yang boleh diambil darinya) boleh dijelaskan dengan hadis yang syaz. Kena kekalkan pemahaman dalam bentuk Mubham juga. Jangan kita tak puas hati dengan sifat mubham itu tapi hadis yang syaz untuk menjelaskannya. Cara beliau menafsirkan hadis ini adalah cara yang terbaik yang ditunjukkan pada pendapatnya. Kena tengok status hadis yang kuat. Yang selalu tersebar tidak semestinya benar. Kena cari hadis yang sama taraf juga baru boleh hendak menjelaskan kedudukan hadis yang mubham.

Bab selepas ini akan diberikan contoh apakah yang dijadikan sutrah oleh Nabi.

466 حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُالْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ كَانَ بَيْنَ مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الْجِدَارِ مَمَرُّ الشَّاةِ

466. Telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Zurarah berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin Abu Hazim dari Bapaknya dari Sahl bin Sa’d berkata, “Jarak antara tempat salat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (tempat sujud) dengan dinding (pembatas) adalah selebar untuk dilalui seekor biri-biri.”

467 حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدٍ عَنْ سَلَمَةَ قَالَ كَانَ جِدَارُ الْمَسْجِدِ عِنْدَ الْمِنْبَرِ مَا كَادَتِ الشَّاةُ تَجُوزُهَا

467. Telah menceritakan kepada kami Al Makki bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Abu ‘Ubaid dari Salamah berkata, “dinding masjid (Masjid Nabi) dekat mimbar di sebelah kiblat itu biri-biri pun sukar melepasinya.”

Ini adalah salah satu hadis tsulatsiat Imam Bukhari. Ianya adalah hadis yang hanya ada tiga perawi antara beliau dan Nabi. Bangga betul Imam Bukhari dengan hadis sebegini. Imam Bukhari amat suka dengan hadis yang sebegini kerana lebih terjamin kebenarannya. Tak banyak hadis tsulatsiat yang Imam Bukhari ada. Dua puluh lebih sahaja. Ini adalah kerana jarak beliau dan Nabi adalah jauh.

Hadis ini menjelaskan lagi jarak antara tempat sujud Nabi dan dinding yang digunakan sebagai sutrah. Tapi halus pembacaan Imam Bukhari. Kalau kita yang baca sendiri, mungkin kita akan sampai kepada pemahaman seperti yang dia dapat. Kerana dalam hadis itu ada disebut ‘mimbar’, bukan tempat sujud Nabi. Ini adalah kerana mimbar masjid Nabi berdekatan dengan dinding. Kedudukan mimbar Nabi itu ada dijelaskan dalam hadis yang lain. Dan Nabi akan solat di sebelah kiri mimbar itu. Zaman Nabi tidak ada mihrab di masjidnya. Dinding sahaja. Dan saiz mimbar itu adalah tiga hasta. Jadi berdasarkan maklumat ini, Imam Bukhari mengatakan bahawa jarak antara tempat berdiri Nabi dan dinding sutrah adalah tiga hasta sahaja. Kerana Nabi akan berdiri di sebelah tangga pertama mimbar itu. Oleh itu, kita boleh tahu bahawa jarak antara tempat berdiri Nabi dan dinding adalah sepanjang lebih kurang tiga hasta.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Mengambil sutrah adalah Sunnah Nabi. Tapi sedih kerana ramai tak tahu tentang sunnah ini. Ini kerana tidak belajar.
  2. Sembahyang tidak jauh dari sutrah. Tiga hasta adalah pendapat jumhur ulama. Nabi suruh menghampiri sutrah supaya solatnya tidak terjejas oleh syaitan. Kena sekat sesiapa yang lalu. Maknanya, sutrah itu adalah dekat. Menghalang orang lalu di antara sutrah kita adalah arahan Nabi. Macam mana nak halang? Mestilah dengan tangan. Kalau jauh sangat, tentu dengan tangan pun tak sampai nak halang. Begitulah Nabi kalau ajar, dia akan ajar perkara yang masuk akal.
  3. Memang harus duduk jauh dari sutrah tapi ia tidak menepati Sunnah Nabi. Ada ulama berpendapat jangan lebih dari tujuh hasta. Memang pernah ada sahabat yang solat jaraknya tujuh hasta dari sutrah tapi ianya adalah perbuatan yang ganjil.
  4. Mimbar Nabi rapat berdekatan dinding di kiblat. Nabi solat sebelah mimbar semasa jadi imam.
  5. Dulu masjid Nabi tidak bermihrab. Ringkas sahaja. Tapi, tak salah kalau ada mihrab.
  6. Sahabat memerhatikan dengan cermat segala perbuatan Nabi untuk diikuti. Senang kepada kita sekarang, kerana mereka telah menyampaikan segala perbuatan Nabi itu untuk kita pula ikuti.
  7. Gunakan contoh yang masyarakat faham. Digunakan contoh biri-biri dalam hadis ini. Sebab mereka semua kenal sangat dengan biri-biri dan saiznya. Jadi senang untuk mereka agak jarak itu.
  8. Jarak antara tempat sujud dan sutrah seelok eloknya sejengkal.

Cara menghalang orang yang hendak lalu antara kita dan sutrah

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s