We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 90&91 Bab Sutrah Imam Merupakan Sutrah Orang-Orang Di Belakangnya September 19, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 11:54 am
Tags: , , , , , ,

أَبْوَاب سُتْرَةِ الْمُصَلِّي

BAB-BAB SUTRAH ORANG YANG BERSEMBAHYANG

بَاب سُتْرَةُ الامَامِ سُتْرَةُ مَنْ خَلْفَهُ

Bab 63 Sutrah Imam Merupakan Sutrah Orang-Orang Yang Dibelakangnya

Banyak orang tak tahu tentang sutrah ini. Sebab itulah ramai yang kita lihat di masjid, sembahyang pakai ambil ikut suka mereka sahaja. Mereka tidak tahu bahawa itu bukanlah sunnah Nabi. Sampaikan ada yang solat betul-betul dekat dengan pintu masjid sampai menyusahkan orang yang hendak keluar masuk.

Antara tujuan kita solat dengan ada sutrah di hadapan kita adalah supaya khusyuk dalam solat. Ini salah satu cara.
Apabila kita sudah ada sutrah, kita hendaklah tahan kalau ada orang nak lalu diantara kita dan sutrah kita.
Kalau mereka hendak lalu di hadapan sutrah, boleh lalu dengan rasa selesa.
Selain dari itu, kita akan mendapat pahala kerana mengamalkan Sunnah Nabi.

Hukum: Ada ulama kata sah solat seseorang itu walaupun dia tidak meletakkan sutrah di hadapannya semasa solat. Ini adalah pendapat Jumhur ulama. Tapi walaupun begitu, hendaklah kita tahu bahawa ada juga ulama yang kata tak sah solat tanpa bersutrah kerana Nabi sentiasa menggunakan sutrah apabila baginda solat.

Tajuk yang digunakan oleh Imam Bukhari ini adalah diambil dari lafaz hadis. Tapi dia tidak masukkan hadis itu dalam musnadnya. Ada dalam kitab lain. Walaupun dia menggunakan hadis itu di dalam tajuknya, tapi kedudukan tidak menepati syaratnya. Hadis itu statusnya Dhaif tapi maknanya betul. Itu sebab dia masukkan juga.

Kenapakah Imam Bukhari menggunakan tajuk ini? Seperti kita telah belajar banyak kali, ada makna yang mendalam dalam pemilihan dan penyusunan tajuk-tajuk dalam Sahih Bukhari ini. Shah waliyullah memberikan pendapatnya tentang kenapakah Imam Bukhari membawakan tajuk ini.
1. Dia hendak mengatakan bahawa Sutrah imam memadai untuk makmumnya. Maknanya, tidaklah perlu untuk makmum pun ada sutrah juga. Sebab sudah cukup dengan ada imam di hadapan.
2. Ketidakwajaran pendapat Imam Syafie tentang hadis riwayat Ibn Abbas di bawah. Imam Syafie mengambil makna dari hadis itu, bahawa tidak mengapa kalau tiada sutrah. Sebab pada pemahaman Imam Syafie, Nabi tidak mengadap dinding dalam hadis itu. Jadi pada beliau, Nabi tidak menggunakan sutrah dalam hadis itu. Tapi faham Imam Bukhari adalah: memang Nabi tidak mengadap dinding pada hari itu. Tapi masih ada lagi sutrah berbentuk lain. Macam lembing dan tombak. Sebab dari pengamatan beliau, baginda akan menggunakan benda lain sebagai sutrah. Hadis itu cuma menafikan penggunaan sutrah dinding. Bukan menafikan sutrah terus. Cuma pada hari itu, Nabi tidak menggunakan dinding sebagai sutrah, tapi Nabi masih lagi pakai sutrah.

Ada juga yang kata itu dalil tidak wajib sutrah. Pendapat ini dipegang oleh Hafiz Ibn Hajar dan Imam Baihaqi. Itu adalah pemahaman ulama-ulama yang berbeza tentang hadis yang sama.

Hafiz Aini kata perkataan ‘ghairu’ dalam hadis itu penting. Ianya digunakan sebagai sifah. Apabila ada sifah, mestilah ada mawsoof. Ini adalah pengajian dalam bentuk nahu bahasa Arab. Oleh itu, kata beliau, dari penggunaan bahasa yang digunakan, Nabi mengadap kepada sesuatu yang ‘bukan dinding’. Tapi ada sesuatu yang digunakan sebagai sutrah. Ini adalah sama dengan pendapat Imam Bukhari. Mungkin Ibn Hajar dan Baihaqi tak nampak sebegitu. Mereka pun ulama yang hebat juga.

Biasanya, apabila Nabi solat di masjid nya, baginda akan mengadap dinding. Tapi kejadian dalam hadis ini berlaku di Mina dimana Nabi tidak menggunakan dinding sebagai sutrah baginda. Tapi kebiasaannya, memang Nabi akan ada sutrah. Tak payah sebut dalam hadis ini kerana tidak perlu sebab Nabi sentiasa menggunakan sutrah. Takkan nak sebut sentiasa perkara yang telah semua orang tahu.

https://i1.wp.com/photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/189324_1290855688813_1752889223_490008_3805233_a.jpg

Contoh sutrah yang menggunakan dinding

Sahabat tidak tegur Ibn Abbas sebab dia tak buat salah. Sebab dia tidak lintas sutrah. Kerana mereka menggunakan Sutrah imam. Hendaklah kita tahu bahawa bukan imam itu sebagai sutrah. Tapi imam itu juga ada sutrah di hadapannya dan sutrah itulah sutrah kepada semua makmum di belakang. Ibnu Abbas telah lalu di hadapan sebahagian saf. Ada juga hadis yang kata Ibn Abbas lalu depan Nabi masa tu, tapi hadis itu tidak sahih.

Walaupun lafaz hadis yang digunakan dalam tajuk yang digunakan oleh Imam Bukhari diambil dari hadis yang dhaif, tapi apabila diambil dari makna hadis-hadis yang lain, maka ianya adalah makna yang benar dan boleh dipakai.

Mazhab Malik berpegang sutrah makmum adalah imam. Tapi pandangan itu tidak kemas. Ianya berdasarkan kepada riwayat yang lemah.

Maka pengajaran yang kita dapat dari ini adalah: tidak perlu setiap makmum ada sutrah masing-masing.

Kebanyakan ulama kata mustahab atau sunat pakai sutrah kepada selain makmum (apabila solat bersendirian). Imam Bukhari pun berpendapat yang sama. Tapi ada ulama yang kata menggunakan sutrah dalam solat adalah wajib. Yang berpendapat sedemikian adalah Imam Ahmad, Izzudin dan Imam Albani pun begitu juga.

463 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الاحْتِلامَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ فَنَزَلْتُ وَأَرْسَلْتُ الاتَانَ تَرْتَعُ وَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ فَلَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ عَلَيَّ أَحَدٌ

463. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah dari ‘Abdullah bin ‘Abbas bahwa dia berkata, “Pada suatu hari aku datang sambil menunggang keledai betina dan pada ketika itu usiaku hampir baligh. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang menjadi imam solat bersama orang di Mina tanpa ada dinding (tabir) di hadapannya. Maka aku lalu didepan sebahagian saf, aku lantas turun dan aku melepaskan keledaiku untuk mencari makan. Kemudian aku masuk ke barisan saf dan tidak ada seorang pun yang menegurku atas perbuatanku itu.”

Ibn Abbas hampir baligh dalam peristiwa ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau berumur 10 tahun waktu itu. Walaupun waktu itu dia belum baligh lagi, tapi dia adalah seorang yang cerdik luarbiasa. Maknanya, waktu itu pun dia sudah faham tentang hukum agama dah.

Kejadian itu terjadi di Mina. Dalam Sahih Muslim, dikatakan ianya berlaku di Arafah. Tapi hadis yang mengatakan terjadi di Arafah itu tidak kuat. Sebab dalam Sahih Bukhari, dikatakan ianya terjadi di Mina. Dan Sahih Bukhari lagi tinggi tarafnya dari Sahih Muslim.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini.

  1. Keharusan datang ke tempat sembahyang dengan menaiki kenderaan. Ibn Abbas datang solat itu dengan menaiki keledai.
  2. Solat tidak terputus jikalau ada binatang yang lalu di hadapan. Dari lafaz hadis itu, kita dapat lihat bahawa Ibn Abbas mengenderai keldai itu masuk dalam saf solat. Selepas dia dah masuk baru dia lepaskan keldai itu pergi. Bermakna, keldai itu jalan sendiri waktu itu.
  3. Hadis ini menunjukkan sutrah makmum adalah sutrah imam. Kerana Ibn Abbas lalu di hadapan sahabat yang sedang solat waktu itu.
  4. Disyariatkan dalam Islam untuk mengambil sutrah lebih-lebih lagi di tempat lalu lalang.
  5. Kalau perbuatan sahabat tidak ditegur bermaksud ianya adalah tidak salah. Ianya adalah taqrir Nabi. Kalau Nabi tak tegur pun, tentulah para sahabat akan tegur. Sahabat akan tegur kalau ada perbuatan antara mereka yang salah. Itu memang perangai mereka. Mereka mempunyai sifat dakwah yang tinggi. Mereka takkan diam. Bukan macam kita yang takut nak ditegur.
  6. Solat budak yang belum baligh adalah sah.
  7. Belum baligh boleh solat saf pertama. Tidaklah sama dengan pemahaman masyarakat yang solat di masjid sekarang. Sampai
  8. Keharusan melakukan perkara yang kurang baik untuk mendapatkan kelebihan yang lebih besar. Berjalan depan orang sedang solat tentulah akan mengganggu solat orang lain sedikit sebanyak. Tapi jikalau untuk memenuhkan saf, adalah lebih tinggi lagi.

464 حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ يَعْنِي ابْنَ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ فَمِنْ ثَمَّ اتَّخَذَهَا الامَرَاءُ

464. Telah menceritakan kepada kami Ishaq – yakni Ibnu Manshur – berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Numair berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah bin ‘Umar dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila keluar untuk salat ‘ied, beliau meminta sebuah tombak lalu ditancapkannya di hadapannya. Kemudian beliau salat dengan bersutrahkan tombak itu, dengan orang-orang salat di belakangnya. Beliau juga berbuat seperti itu ketika dalam bepergian, yang kemudian diteruskan oleh para pemimpin (Khulafa Rasyidun).”

Tombak itu lebih panjang dari lembing.
Inilah yang tunjukkan Nabi ‘selalu’ ada sutrah. Iaitu kalau tidak ada dinding, baginda akan menggunakan benda-benda lain sebagai sutrah.
Ada satu sutrah sahaja depan imam dan makmum tidak perlu kepada sutrah dah.

https://i2.wp.com/islam-facile.i.s.pic.centerblog.net/2a5fee2a.jpg

Contoh menggunakan sutrah di tanah lapang

Nabi akan solat di tanah lapang jikalau solat eid. Banyak kelebihan kalau berbuat begitu – antaranya ramai orang boleh datang. Apabila digunakan tempat lapang, ianya dipanggil musolla. Ramai orang boleh datang. Ada yang berpendapat bahawa perempuan yang sedang dalam haid dan tidak boleh masuk masjid pun boleh datang. Mereka tidaklah solat, tapi mereka menunggu di bahagian tepi sahaja.

Yang mengatakan bahawa pemimpin kemudian pun mengikuti amalan begitu, bukanlah dikatakan oleh Ibn Umar tapi anak muridnya, Nafi’. Penting kena tahu kerana tidak sama nilai kata-kata seorang tabein dan sahabat.

Khalifah kemudian membawa lembing sebagai lambang kebesaran. Walaupun mereka tidak memerlukan lembing itu sebagai sutrah. Maka asal perbuatan membawa lembing itu dari agama sebenarnya. Banyak perbuatan kita yang asalnya dari agama. Contohnya, konsep penjara diambil dari neraka. Nama hari diambil dari turutan kejadian alam dlm 6 hari. Sabtu diambil dari makna ‘rehat’. Itu adalah syariat yang dikenakan kepada bangsa Yahudi.

Pengajaran dari hadis ini:

  1. Keharusan membawa senjata. Antaranya untuk mempertahankan diri.
  2. Keharusan berkhidmat kepada pemimpin. Bilal yang membawakan lembing untuk dipacak. Menyenangkan pemimpin supaya mereka boleh fikirkan benda lain.
  3. Sutrah imam adalah sutrah makmum. Ini memudahkan mereka yang perlu bergerak dalam saf. Kadang-kadang seseorang itu terbatal wuduknya kerana terkentut atau sebagainya. Apabila dia tahu hukum ini, tidaklah dia rasa susah untuk berjalan keluar.
  4. Kebiasaan Nabi menggunakan lembing sebagai sutrah apabila solat eid di tanah lapang dan semasa baginda dalam perjalanan musafir.
  5. Selalu juga para pemimpin mengambil contoh perbuatan Nabi sebagai inspirasi mereka.
  6. Kalau bukan dalam perjalanan, Nabi tak pakai tombak atau lembing. Kalau solat di Masjid Nabi, baginda akan menggunakan dinding sebagai sutrah baginda.

465 حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِمْ بِالْبَطْحَاءِ وَبَيْنَ يَدَيْهِ عَنَزَةٌ الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ وَالْعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ تَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ الْمَرْأَةُ وَالْحِمَارُ

465. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari ‘Aun bin Abu Juhaifah berkata, aku mendengar Bapakku, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengimani salat bersama para sahabat di daerah Bathha`, dan di hadapan baginda dipacakkan sebuah lembing. Baginda mengerjakan salat Zhuhur dua rakaat dan salat Ashar dua rakaat, sementara wanita dan keledai berlalu lalang di hadapannya.”

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Nabi pakai sutrah walaupun dalam musafir di tanah lapang. Tiada hadis yang kata Nabi tak pakai sutrah.
  2. Solat jemaah dilakukan samada bermukim atau musafir. Itulah sebabnya ada ulama kata jemaah wajib. Kerana Nabi dan sahabat tidak meninggalkan solat berjemaah.
  3. Biasanya Nabi akan jadi imam. Kalau baginda ada. Kerana itu adalah salah satu dari peranan baginda sebagai ketua negara. Orang dulu-dulu, memang ketua negara yang jadi imam. Cuma sekarang sahaja tidak dilakukan lagi, entah kerana apa. Mungkin kerana tidak tahu. Jadi, Nabi akan jadi imam kepada solat berjemaah, kecuali dalam keadaan tertentu seperti apabila baginda sakit.
  4. Dalam musafir, baginda akan qasar dan jamak. Dalam hadis ini Nabi melakukan jamak takdim kerana baginda solat jamak itu buat dalam waktu zuhr.
  5. Lembing letak di depan.
  6. Sutrah imam adalah sutrah makmum. Seperti telah dijelaskan sebelum ini.
  7. Tidak batal kalau ada apa-apa binatang atau manusia yang lalu lalang di depan sutrah.
  8. Sahabat suka berkhidmat kepada Nabi. Untuk memudahkan Nabi.

Klik untuk lompat ke hadis yang seterusnya.

 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 90&91 Bab Sutrah Imam Merupakan Sutrah Orang-Orang Di Belakangnya”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s