We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Kutubus Sittah – 6 kitab Hadis yang masyhur August 31, 2013

Filed under: Hadith,Ilmu — visitor74 @ 8:44 am

Kita mungkin sudah selalu dengar hadis yang diriwayatkan dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Sekurang-kurangnya kita dengar di tv. Kadang-kadang ada juga kita dengar di majalah dan sebagainya, menyebut kitab-kitab lain, seperti Sunan Abu Dawud, contohnya. Jadi, apakah kitab-kitab itu?

Itu semua adalah kitab-kitab hadis yang mahshur. Sebenarnya, ada sekurang-kurangnya 6 kitab hadis yang masyhur. Itu tidak termasuk kitab Muwatta’ karangan Imam Malik yang juga masyhur. Banyak lagi kitab-kitab hadis yang lain. Kepada mereka yang mengaji hadis, mereka akan tahu. Cuma sebab kita orang awam, kita sahaja yang tak kenal.

Sebenarnya, keenam-enam kitab itu atau disebut ‘kutubbus sittah’ – kitab yang enam itu, adalah satu syllabus pembelajaran hadis. Ianya telah disusun oleh ulama hadis untuk memperkenalkan hadis kepada para pelajar. Para pelajar melalui satu persatu kitab hadis itu. Ada sebab-sebab tertentu kenapa ia disusun begitu. Dan ia disusun sebegitu rupa untuk mencapai sesuatu maksud. Tidak sama antara satu kitab dengan kitab yang lain.

Berikut adalah penerangan yang amat ringkas tentang perbezaan dan pengenalan kepada kitab-kitab itu.

Kitab Pertama: Sunan Tarmizi nak menceritakan berkenaan mazhab-mazhab mujtahideen. Contohnya Mazhab Syafie, Maliki dan sebagainya. Ianya adalah tentang khilaf mazhab. Perbincangan dari segi fekah. Sebab itu ada pendapat ulama dimasukkan dalam kitabnya – bukan hanya hadis sahaja. Dari kitab ini, kita dapat tahu ada lebih mazhab dari empat yang masyhur. Barulah kita tahu betapa ramai cerdik pandai Islam dalam dunia ini. Mereka itu adalah orang-orang yang cukup alat untuk mendatangkan hukum berdasarkan ilmu mereka.

Kitab Kedua: Sunan Abu Dawud bawa pendapat mazhab dan bagitahu dalil Imam Imam itu. Dan apakah kedudukan dalil mereka. Dia buat penilaian tentang hadis-hadis yang dibawa itu. Ada kata cukup kitab ini untuk seseorang itu untuk menjadi Mujtahid. Jadi kitab ini adalah untuk membina minda untuk menjadi seorang mujtahid.

Kitab Ketiga: Sahih Bukhari. Ianya mengandungi Hadis sahih sahaja. Ia adalah satu kitab jami‘. Iaitu ia mengumpulkan banyak bab-bab agama di dalamnya. Sekurang-kurangnya kena ada lapan perkara.
Kitab Bukhari ini tujuanya adalah dia hendak ajar istimbat hukum. Iaitu cara ambil hukum dari hadis-hadis yang ada.

Kitab Keempat: Sahih Muslim. Ianya mengandungi Hadis sahih sahaja. Dia bawa semua matan atau teks sesuatu hadis. Dan dia akan bawa semua hadis yang dijumpai berkenaan dengan satu-satu topik. Kalau beza itu disebabkan satu perkataan pun dia bawa juga. Dia nak beritahu kepada kita bahawa hadis yang sahih yang sampai kepada kita bukan dengan satu jalan sahaja. Lafaz berbeza pun tapi maknanya sama sahaja. Banyak jalan sanad dia bawa. Dia bawa dengan lengkap. Hadis yang dibawa semakin jelas dan semakin jelas. Contohnya, hadis yang pertama, mungkin tidak berapa jelas hukumnya. Kemudian dia akan bawa hadis yang lain yang akan menjelaskan lagi perkara itu. Akhirnya selepas membaca beberapa hadis berkenaan sesuatu perkara itu, kita akan jelas dengan apakah yang dimaksudkan.

Kitab Kelima: Kitab Imam Nasaei. Kitab ini dipelajari untuk seseorang pelajar itu tahu mencari kecacatan hadis. Dia akan belajar kenapa ulama tolak sesuatu hadis itu. Secara ringkasnya, ulama akan tolak hadis sebagai dhaif jikalau ada masalah pada sanad atau matan hadis itu. Kadang nampak macam dah molek dah. Tapi ulama tak terima juga sebab ada masalah dalam hadis itu. Inilah satu topik dan pembelajaran yang paling susah nak difahami. Tapi penting sebab kalau tak, manusia akan pakai hadis yang dhaif sebagai pegangan.

Kitab Keenam: Kitab Ibn Majah masuk semua jenis – ada yang sahih, yang dhaif malah yang maudu’ pun ada juga. Kenapa? Untuk mengajar pelajar mengesan sendiri hadis sahih dan dhaif dan palsu. Melatih pelajar.

Enam kitab ini adalah untuk melahirkan ahli hadis.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s