We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 87 & 88 Bab Menyilangkan Jari-Jemari Di Dalam Masjid Dan Selainnya August 26, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 12:24 pm

بَاب تَشْبِيكِ الاصَابِعِ فِي الْمَسْجِدِ وَغَيْرِهِ

Bab Menyilangkan Jari-Jemari Di Dalam Masjid Dan Selainnya

Salah satu cara menyilangkan jari

Masih lagi perbincangan berkenaan dengan masjid. Ini berkenaan adab-adab dalam masjid. Bolehkah menyilangkan jari dalam masjid? Ini perlu dibincangkan kerana ada hadis yang seperti melarang. Tapi Imam Bukhari tidak bersetuju dengan hadis-hadis itu. Ada sebab kenapa Nabi larang.

Ada banyak pendapat ulama kenapa Imam Bukhari buat bab ini:
1. Ibn Battal: menolak riwayat yang melarang menyilang jari dalam masjid. Hadis-hadis itu adalah Hadis mursal yang tidak sahih. Hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari lebih kuat untuk dijadikan hujah untuk membenarkan dari hadis yang berbentuk larangan. Imam Bukhari nak ajar bahawa kenalah pakai hadis yang sahih.

2. Ibn Munyil: tidak ada pertentangan antara larangan dan perbuatan Nabi dalam hadis dalam tajuk ini. Yang dilarang adalah jika melakukannya dengan sia-sia. Perbuatan Nabi dalam hadis-hadis ini ada sebabnya. Bukan baginda sengaja buat tanpa sebab.

3. Al Ismaili menjamakkan dua jenis hadis yang melarang dan tidak melarang itu dengan mengatakan bahawa ianya dilarang kalau buat semasa solat dan semasa hendak pergi solat. Kerana larangan Nabi itu adalah dalam keadaan seperti itu – semasa solat dan semasa hendak pergi ke masjid. Bukan mutlak untuk semua keadaan.

4. Kirmani: Keharusan mungkin secara mutlak. Kalau dalam masjid telah dilakukan oleh Nabi sendiri, di luar masjid tentu lagi boleh. Hafiz Ibn Hajar dan Shah Waliyullah pun berpendapat begitu juga. Ini bermakna, kalau dalam solat pun boleh.

5. Maulana Ganghuri. Larangan itu bukan dalam bentuk haram. Ia hanya larangan untuk menjaga adab sahaja. Begitulah, larangan Nabi tidak semestinya haram. Contoh lain adalah larangan Nabi untuk minum berdiri.
Larangan Nabi itu ada sebab. Kerana kalau dalam solat menyilangkan atau mematahkan jari, ganggu khusyuk. Dan yang dilarang melakukan semasa dalam perjalanan ke masjid adalah kerana kalau dalam perjalanan pun, sudah dikira seperti dalam solat dah.

6. Maulana Asri. Harus menyilangkan jari. Larangan Nabi adalah kerana sebab sesuatu. Antaranya jangan menyerupai syaitan dan ahli kitab. Oleh itu jangan menyerupai perbuatan mereka. Setakat itu pun dah Nabi ingatkan jangan ikut mereka. Cara hidup mereka pun sepatutnya kita tak ikut. Tapi sebab kita dah lama kena jajah, kita macam rasa bagus perbuatan mereka itu. Dari segi pakaian, bahasa, makanan dan sebagainya. Padahal, apa yang kita ada dah bagus dah. Jiwa kita dah terjajah sebenarnya. Nabi mengajar kita membebaskan diri dari jajahan jiwa itu. Tidakkah pelik kalau musuh kita, kita anggap molek?

Ulama berbeza pendapat tentang menyilangkan jari dalam solat. Dalam solat, hukumnya makruh tahrimi – sangat makruh. Kerana bercanggah dengan solat yang diajar Nabi.

Semasa menunggu solat pun makruh juga – cuma kurang sikit.
Selepas solat, harus. Kerana perbuatan Nabi dalam hadis Dzul Yadain. Sebenarnya, Nabi buat dalam solat tu. Sebab masih dalam solat kerana baginad tertinggal rakaat. Selagi Nabi tak sambung, itu bermakna, baginda masih dalam solat lagi. Yang Nabi itu larang itu adalah supaya jangan mengikut perbuatan Yahudi. Waktu itu, Yahudi adalah macam penjajah mereka. Mereka memandang tinggi kepada Yahudi dan meniru-niru perbuatan mereka. Nabi hendak membebaskan jiwa dan fikiran para sahabat dari berkiblatkan kepada mereka. Selepas sahabat dah faham, tidak menjadi masalah lagi dah.

Kalau bukan dalam masjid, lagi lah harus.

Mungkin di Malaysia, kita tak dengar pun tentang silang jari ini. Ini adalah kerana ulama telah menerima bahawa ianya adalah harus. Jadi tidak diceritakan langsung kepada umum tentang perkara ini. Tapi kalau kita tak buat, lagi molek. Untuk kita jauhkan dari amalan puak Yahudi.

Kita kena luaskan maksud hadis. Walaupun Nabi hanya sebut menyilangkan jari dalam solat, bukan hanya itu sahaja. Kalau ada amalan agama lain pun kita tak elok buat. Jangan ambil yang disebut sahaja. Macam hadis kata jangan kita dilaknati manusia kerana berak di tengah jalan. Bukan setakat berak sahaja. Maksudnya jangan buat perkara yang menyebabkan manusia laknat kita. Antaranya parking kereta merata-rata.

Sekarang kita masuk ke perbincangan hadis. Hadis 458 ini dikatakan tidak ada disemua nuskhah Sahih Bukhari. Jadi ulama bahas pasal ini. Ini ada masalah sikit. Ada kemungkinan tersilap di dalam penyalinan kerana zaman dulu, salinan kitab hanya pakai tangan. Sahih Bukhari bukan Quran yang tak boleh salah sikit pun. Jangan kita salah faham sampai anggap Kitab Sahih Bukhari tak boleh salah langsung. Yang ada hadis ini adalah dalam nuskhah Firabri sahaja.
Yang menjadi masalah dengan hadis ini adalah perawi yang bernama Ashim bin ‘Ali. Ada dua orang yang bernama Ashim didalam hadis ini. Yang pertama tidak ada masalah. Tapi yang bernama Ashim bin ‘Ali itu dikatakan tidak boleh dipercayai.
Kalau kita perhatikan, memang Imam Bukhari tidak menerima beliau sebagai sahih. Tidak menepati syaratnya. Kita boleh lihat bahawa riwayatnya dibawa secara muzakarah. Apabila pada namanya, Imam Bukhari tidak menggunakan perkataan haddasana, tetapi qaala sahaja.

Kenapa pakai juga hadis itu walaupun lemah? Sebab beliau nak pastikan siapakah yang mendengar dari Nabi itu. Ibnu ‘Umar atau Ibnu ‘ammar, jadi telah nampak dalam hadis ini bahawa yang dimaksudkan adalah Ibnu ‘ammar. Ada sebab dia masukkan dalam kitabnya. Bukan suka-suka. Kepada yang tahu, mereka tidak ada masalah. Cuma yang tidak belajar dengan jalan yang betul atau mereka baca sendiri yang ada masalah. Itulah pentingnya belajar hadis dengan cara yang betul. Walaupun begitu, Hadis ini ada dibawakan secara mausul oleh ulama lain. Maknanya, ada yang membawakan hadis ini dengan sanad yang sahih.

458 حَدَّثَنَا حَامِدُ بْنُ عُمَرَ عَنْ بِشْرٍ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ حَدَّثَنَا وَاقِدٌ عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَوِ ابْنِ عَمْرٍو شَبَكَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصَابِعَهُ وَقَالَ عَاصِمُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ مُحَمَّدٍ سَمِعْتُ هَذَا الْحَدِيثَ مِنْ أَبِي فَلَمْ أَحْفَظْهُ فَقَوَّمَهُ لِي وَاقِدٌ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي وَهُوَ يَقُولُ قَالَ عَبْدُاللَّهِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَبْدَاللَّهِ بْنَ عَمْرٍو كَيْفَ بِكَ إِذَا بَقِيتَ فِي حُثَالَةٍ مِنَ النَّاسِ بِهَذَا

458. Telah menceritakan kepada kami Hamid bin ‘Umar dari Bisyr telah menceritakan kepada kami ‘Ashim telah menceritakan kepada kami Waqid dari Bapanya dari Ibnu ‘Umar atau Ibnu ‘ammar, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyilangkan jari-jemarinya.” Ashim bin ‘Ali berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Ashim bin Muhammad berkata, aku mendengar hadits ini dari ayahku, tapi aku tidak mengingatinya. Lalu Waqid membetulkannya untukku dari ayahnya, ia berkata; aku mendengar ayahku berkata; ‘Abdullah berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai ‘Abdullah bin ‘ammar, bagaimana keadaanmu apabila berada dikalangan hampas manusia?”

Hadis ini tidak penuh. Dalam hadis yang penuh, Nabi bertanyakan kepada Ibnu ‘ammar, bagaimana kalau dia berada di kalangan orang yang tidak baik, antaranya Nabi sebut tentang mereka berlawanan sambil baginda menyilangkan jarinya. Cara baginda menyilangkan jari itu adalah dengan cara yang renggang.

Imam Bukhari membawakan hadis ini untuk menyatakan bahawa boleh untuk menyilangkan jari.

459 حَدَّثَنَا خَلادُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ عَنْ أَبِي مُوسَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ

459. Telah menceritakan kepada kami Khallad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Abu Burdah bin ‘Abdullah bin Abu Burdah dari Kakeknya dari Abu Musa dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Sesungguhnya orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti satu binaan, sebahagiannya menguatkan yang lain.” sambil baginda menyilangkan jari jemarinya.”

photo 1

Beginilah Nabi menyilangkan jari baginda

Perkataan ‘mukmin’ dalam hadis ini kena difahami dengan maksud ‘mukmin sejati’ kerana ada الً dalam perkataan yang digunakan. Ada beza. Itulah pentingnya kita tahu bahasa Arab.
Kadang-kadang kita sebagai manusia ada buat perkara yang salah. Tidaklah sampai mengkafirkan kita. Kita masih Islam, cuma bukan Islam sejati. Ini kena faham. Kerana macam puak muktazilah, mereka terus mengkafirkan orang kalau ada yang melakukan dosa. Padahal, sebenarnya bukan begitu.

Yang dikehendaki adalah supaya orang mukmin dengan mukmin lain saling menguatkan. Nabi gunakan perumpamaan sebuah bangunan. Nabi akan pakai perumpamaan yang tepat sekali. Jadi kena tengok dengan betul bagaimana bangunan itu. Tentulah kita hendakkan bangunan yang kuat dan cantik. Yang teguh. Ini juga menunjukan bahawa orang mukmin bukan hidup bersendirian. Memerlukan sokongan orang mukmin yang lain. Kalau kita hanya sebagai satu batu bata sahaja, tentu tidak bernilai apa. Tapi apabila telah menjadi binaan, tentu ianya adalah sesuatu yang bermanfaat.

Yang Imam Bukhari nak ambil dari hadis ini adalah tentang menyilangkan jari tu. Maknanya Nabi sendiri ada buat. Berbeza silang jari dalam hadis yang pertama dan kedua. Yang pertama tentang perpecahan dan kedua tentang kekukuhan. Tak sama cara Nabi buat.

460 حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنِ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِحْدَى صَلاتَيِ الْعَشِيِّ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ سَمَّاهَا أَبُو هُرَيْرَةَ وَلَكِنْ نَسِيتُ أَنَا قَالَ فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ فَقَامَ إِلَى خَشَبَةٍ مَعْرُوضَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَاتَّكَأَ عَلَيْهَا كَأَنَّه غَضْبَانُ وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ وَوَضَعَ خَدَّهُ الايْمَنَ عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَخَرَجَتِ السَّرَعَانُ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ فَقَالُوا قَصُرَتِ الصَّلاةُ وَفِي الْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فَهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ وَفِي الْقَوْمِ رَجُلٌ فِي يَدَيْهِ طُولٌ يُقَالُ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ أَمْ قَصُرَتِ الصَّلاةُ قَالَ لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ فَقَالَ أَكَمَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ فَقَالُوا نَعَمْ فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى مَا تَرَكَ ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ فَرُبَّمَا سَأَلُوهُ ثُمَّ سَلَّمَ فَيَقُولُ نُبِّئْتُ أَنَّ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ ثُمَّ سَلَّمَ

460. Telah menceritakan kepada kami Ishaq berkata, telah menceritakan kepada kami An Nadlr bin Syumail telah mengabarkan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Ibnu Sirin dari Abu Hurairah berkata, “Pernah Rasulullah mengimami kami dalam salah satu sembahyang petang.” Ibnu Sirin berkata, “Abu Hurairah pernah menyebutkan sembahyang itu, tetapi aku terlupa.” Abu Hurairah mengatakan, “Setelah baginda salat bersama kami dua rakaat, baginda memberi salam, kemudian baginda pergi kepada sebatang kayu yang melintang di masjid itu dan bertelekan diatasnya. Baginda seperti seorang yang sedang marah. Rasulullah meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya sambil menyilangkan jari jemarinya, dan meletakkan pipi kanannya diatas belakang tangan kirinya. Orang-orang yang mahu pergi cepat telahpun keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan sembahyang telah diqasar. Abu Bakar dan ‘Umar ada di kalangan orang-orang yang hadir itu, tetapi mereka berdua gerun untuk bercakap dengan Nabi SAW. Di kalangan mereka itu ada juga seorang yang tangannya panjang dan dipanggil dengan nama Dzul Yadain, dia berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Tuan terlupa atau salat telah diqashar?” Baginda menjawab: “Aku tidak lupa dan salat juga tidak diqashar.” Seterusnya baginda bertanya: “Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain?” Para sahabat menjawab, “Ya.” Maka Rasulullah maju ke depan lalu menyempurnakan salat yang tertinggal kemudian salam. Setelah itu beliau takbir seraya sujud seperti sujudnya dalam sembahyang (yang lain) atau lebih lama daripada itu. Kemudian baginda mengangkat kepalanya sambil bertakbir, kemudian baginda bertakbir seraya bersujud seperti sujudnya dalam sembahyang atau lebih lama lagi, kemudian mengangkat kepalanya sambil bertakbir.” Kadang-kadang mereka bertanya dia (Ibnu Sirin): ‘Kemudian baginda memberi salam?’ lalu ia berkata; aku diberitahu bahawa Imran bin Hushain berkata; kemudian baginda memberi salam’.”

Beginilah Nabi buat

Beginilah Nabi buat

Hadis ini juga dinamakan dinamakan hadis ‘Dzul Yadain’ kerana dia yang memainkan peranan yang penting dalam hadis ini.

Ibn Sirin seorang yang cermat. Dia akan meriwayatkan lafaz hadis dengan tepat. Kalau dia tak tahu solat apa yang dimaksudkan dalam kisah ini, dia cakap. Bermakna, dia tidak agak-agak.

Begitulah Nabi tidak ada wirid ramai-ramai atau baca doa ramai-ramai lepas solat. Terus bangkit padahal banyak sangat hadis yang dikeluarkan tentang solat. Padahal sahabat kisahkan segala ibadat secara detail. Kalau Nabi dan para sahabat ada wirid dan doa ramai-ramai, tentu ada dikisahkan dengan tepat cara dan apakah doa yang dibaca Nabi. Apabila tidak ada tu, bermakna memang Nabi tak buat lah. Begitu juga kita boleh lihat, ada sahabat yang terus keluar. Nabi tak larang pula mereka. Tapi, kita sekarang, kalau ada jemaah yang keluar awal, dah mula menjuihkan bibir.

Nabi macam rasa ada sesuatu tak kena. Itu yang baginda buat macam tu. Tabiat manusia. Sebab Nabi pun manusia juga. Selepas solat, dia rasa macam ada yang tak kena.

Sahabat-sahabat yang besar pun ada rasa gerun kepada Nabi. Bukanlah mereka buat biasa sahaja dengan dia. Mereka hormat baginda sampai rasa segan. Walaupun mereka itu sahabat yang sentiasa bersama dengan Nabi. Itu adalah kelebihan dan mukjizat Nabi juga. Kalau orang biasa, lama-lama macam mana besar pun pangkat seseorang itu, manusia akan jadi biasa sahaja dengan mereka apabila telah lama bergaul dengan mereka. Tapi tidak dengan Nabi.

Ada yang kata nama ‘Dzul Yadain’ itu bermaksud ‘Tangan panjang’. Bukanlah bermaksud tangan panjang macam pepatah orang melayu – suka mencuri. Memang dikatakan tangan dia panjang. Atau ada kata namanya diberikan begitu kepadanya kerana dua-dua tangan boleh pakai. Macam kita manusia biasa, satu tangan sahaja yang dominan, tapi beliau dua-dua tangan dominan.

Dia penting dalam hadis yang disampaikan kali ini kerana dia yang tanya. Apabila Nabi ditanya adalah baginda terlupa, baginda kata tidak sebab Nabi tak sedar terlupa. Apabila ditanya kepada orang lain dan memang Nabi terlupa, Nabi telah tambah.

Banyak pengajaran dalam hadis ini. Banyak kali disebut oleh Imam Bukhari di tempat-tempat yang lain.
Penting hadis ini. Tapi ada yang tak terima. Antaranya adalah golongan Syiah dan anti-hadis. Mereka kata ini adalah hadis palsu. Mereka kata rekaan sahaja. Mereka kata takkan Nabi boleh terlupa. Padahal hadis ini ada dalam kitab Kahfi (Kitab Hadis mereka yang pada mereka sama taraf macam Sahih Bukhari) mereka dengan sanad berbeza.
Ada pula yang kata macam mana Abu Hurairah boleh ada dalam hadis ini. Sebab dikatakan kejadian ini terjadi pada tahun-tahun awal di Madinah sebab Dzul Yadain mati semasa Badr dan Abu Hurairah baru masuk Islam tahun ketujuh. Cara Abu Hurairah riwayatkan pun seperti beliau ada dalam kejadian itu.

Pada kita, tidak ada masalah dengan hadis ini. Abu Hurairah sahabat penting dan walaupun dia sekejap sahaja dengan Nabi tapi dia banyak meriwayatkan hadis. Dia banyak mengajar kepada orang Islam selepas Nabi wafat. Ini adalah kerana dia adalah seorang yang berilmu. Kita jarang dengar hadis yang diriwayatkan Abu Bakar dan Umar kerana mereka sibuk dalam mentadbir negara. Begitu juga, mereka tidak banyak mengajar kerana sibuk.

Masalah kalau tak belajar hadis dengan molek. Ulama pun ada keliru. Tak faham kaedah periwayatan hadis.

Abu Hurairah meriwayatkan hadis ini macam dia ada dalam kejadian itu. Padahal dia belum Islam lagi. Kaedah yang dipakai adalah Majaz isnad. Ada dalam kaedah ilmu hadis. Samada perawi meriwayatkan secara hakikat atau majaz. Lumrah dalam bahasa Arab. Semua tokoh hadis terima. Tidak ada masalah.
Perawi seperti Abu Hurairah dalam kes ini menggunakan kaedah ini untuk menyatakan keyakinan terhadap apa yang diriwayatkan. Seolah mereka ada sekali. Walaupun mereka dapat dari sahabat lain, tapi mereka percaya dengan kisah yang diberikan kepada mereka kerana yang menceritakan kepada mereka adalah sahabat juga. Dan semua sahabat adalah adil. Mereka tidak akan menipu.
Ia juga untuk menyatakan keyakinan kepada orang yang meriwayatkan kepadanya. Sama macam dia sendiri dengar.
Ini menunjukkan persatuan yang jitu dikalangan sahabat.

Kaedah kedua yang digunakan juga adalah dinamakan mursal Sahabi. Mursal bermaksud tidak memberitahu daripada siapakah hadis itu diambil. Sahabat dengar dari sahabat lain tapi mereka riwayat seperti mereka dengar sendiri. Mursal sahabi semua ulama hadis terima. Ada dalam ilmu mustolah hadis. Kaedah ini banyak dipakai lebih-lebih lagi dalam bahasa Arab.

Dalam Quran pun ada pakai majaz. 2:72 وَإِذْ قَتَلْتُمْ نَفْسًا فَادَّارَأْتُمْ فِيهَا وَاللَّهُ مُخْرِجٌ مَّا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ

Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap melahirkan apa yang kamu sembunyikan.

Ayat ini ditujukan kepada Yahudi zaman Nabi tapi bukan mereka yang bunuh. Yang bunuh adalah Yahudi zaman Nabi Musa a.s. Tapi difahami bahawa kesan perbuatan mereka yang dahulu ada sangkut dengan yang mereka yang kemudian. Maka digunakan bahasa itu seperti mereka lah yang melakukannya.

Bukan bahasa Arab sahaja pakai bahawa majaz. Bahasa Melayu pun ada. Kalau orang tanya kepada kita kemana kita nak pergi, kita terus sebut tempat nak pergi sahaja tanpa ayat yang penuh.

Ada satu lagi hujjah. Sebelum ini dikatakan Dzul Yadain mati semasa perang Badr. Jadi kejadian hadis ini terjadi awal hijrah. Masa itu memang Abu Hanifah tak masuk Islam lagi. Tapi ada hujjah mengatakan yang mati semasa perang Badr itu bukan Dzul Yadain, tapi Dzul Syimalain (yang ada dua tangan kiri). Dan hujjah itu mengatakan Dzul Yadain hidup lama lagi. Sampai zaman kekhalifahan Muawiyah. Maka kalau begitu, kejadian dalam hadis ini boleh berlaku selepas tahun ketujuh Hijrah dan mungkin Abu Hurairah ada sekali semasa kejadian itu. Cuma riwayat itu ada masalah – mungkin dhaif.

Pengajaran yang boleh diambil:

  1. Sujud sahwi ada dua. Walaupun lebih dari satu kesalahan dalam solat, masih perlu buat dua sujud sahaja. Dan sujud itu dibuat dihujung.
  2. Ada yang menggunakan hadis ini sebagai hujjah untuk mengatakan sujud sahwi dibuat selepas salam. Tapi tidak dipakai oleh mazhab Syafie kerana pada mereka, sujud sahwi sebelum salam. Ada hujjah masing-masing.
  3. Kalau dah lama habis solat pun boleh lagi sambung sujud sahwi. Sebab terlupa. Bukan sengaja.
  4. Makmum boleh menegur imam. Kalau terlupa tidak membatalkan solat. Makmum boleh tegur.
  5. Tidak berdusta orang yang berkata dalam terlupa. Nabi ingat baginda tak lupa – sebab itu bila ditanya adalah baginda terlupa, baginda jawap tidak, kerana memang baginda tak sangka baginda terlupa.
  6. Harus untuk memanggil orang dengan gelaran sebagai pengenalan. Bukan sebagai menghina. Dia pun tahu kita pakai nama itu. Berdosa besar kalau panggil orang lain dengan nama yang menghina.
  7. Keharusan menyilang jari dalam masjid. Hadis ini lebih sahih dari hadis-hadis yang mengatakan Nabi melarang menyilangkan jari.
  8. Nabi sebagai manusia bersifat juga dengan perasaan macam ada yang tak kena. Sahabat boleh juga mengagak situasi yang dialami oleh Nabi. Sebab itu ada sahabat yang tahu Nabi dalam kelaparan.
  9. Hormat dan gerun sahabat kepada baginda. Walaupun sahabat yang rapat dengan baginda. Yang baginda ajak berbincang dalam perkara penting pun.
  10. Gambaran perawi yang nyata jelas. Mereka ceritakan satu persatu perbuatan Nabi. Tidak ada manusia lain yang dikaji macam Nabi Muhammad. Itu adalah mukjizat.
  11. Orang boleh keluar masjid dengan segera kalau habis solat.
  12. Nabi dan rasul pun boleh terlupa. Kerana mereka pun manusia juga. Kalau mereka melakukan kesalahan yang melibatkan agama, akan diperbetulkan oleh Allah. Macam dalam hadis ini, sahabat tanya Nabi. Itu semua adalah dalam perancangan Allah. Allah bagi Nabi kadang terlupa sebagai ingatan kepada manusia bahawa Nabi adalah manusia. Kalau Nabi-Nabi dulu banyak diangkat manusia sebagai tuhan.
  13. Tidak dinyatakan apakah yang dibaca Nabi dalam sujud sahwi. Lama Nabi sujud. Yang kita dok baca sekarang bukan hadis Nabi. Tak tahu dari mana. Cuma ulama mazhab Syafie kata sesuai dibaca. Ada yang kata baca macam sujud biasa. Atau kalau tak baca apa pun boleh.

Kuliah: http://www.youtube.com/watch?v=MNbxKDwp3M0

Advertisements
 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 87 & 88 Bab Menyilangkan Jari-Jemari Di Dalam Masjid Dan Selainnya”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s