We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Pengaruh Syiah dalam tasawuf dan tarekat August 21, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 2:00 pm
Tags: , , ,
Pengaruh Syiah dalam tasawuf dan tarekat.
Pada dasarnya kita semua terima tasawuf sebagai ajaran Islam iaitu akhlak – ihsan.
Tapi tidak dapat dinafikan bahawa ajaran tasawuf itu telah diserapi ajaran luar dari Islam. Bukan dari ajaran Nabi.
Yang Ulama hadis terima sebagai tasasuf itu adalah apa yang dinamakan ‘tazkiyatun nafs’. Itu ada dalam Quran. Perkataan sufi dan tasawuf tidak ada.
Kita boleh lihat bahawa tasawuf itu asa Pengaruh Ajaran kristian, Hindu, Buddha dan Syiah.
Sebagai contoh, kita boleh lihat tentang kisah Ibrahim adham. Iaitu bagaimana seorang raja menjadi wali. Kisahnya amat Sama macam apa yang dialami oleh Gautama Buddha.
Kemudian kita boleh lihat bagaimana konsep Wahdatul wujud yang dipegang oleh ahli sufi itu boleh dikatakan diambil dari ajaran kristian. Bagaimana Tuhan bergabung dengan manusia. Tapi kita nak sentuh tentang pengaruh Syiah sahaja kali ini.
Pengaruh dari Syiah. Ini semua terjadi kerana ahli sufi telah Keliru. Mereka telah Terpedaya dengan permainan Syiah.
1. Silsilah tasawuf dari Imam Syiah
Hampir semua silsilah guru sufi sampai kepada Saidina Ali. Dan diturunkan kepada samada Hassan Basri atau keturunan Ali yang mereka itu juga asalah Imam-Imam dalam Syiah.
Kalau ada yang kata silsilah mereka dari Abu Bakr dan bukan Ali, itu adalah sebagai pengaburan sahaja. Kerana tokoh tarekat Naqsyabandiah sendiri tidak menerima silsilah yang sampai kepada Abu Bakr.
Antara sebab mereka kata Ali yang layak adalah kerana mereka Claim bahawa Saidina Ali adalah manusia yang paling Zahid selepas. Tapi Sebenarnya ulama Sunnah mengatakan bahawa yang paling zahid adalah Abu Bakr dan diikuti Umar. Kita pun tahu kisah bagaimana Abu Bakr membelanjakan seluruh hartanya di jalan Islam dan Umar memberikan separuh hartanya. Saidina Ali apabila meninggal dunia, mempunyai empat orang isteri dan 19 hamba yang mempunyai hubungan kelamin dengannya. Anak cucunya ramai sekali. Hartanya juga banyak.
Merely juga menus but Hadis ugut mengatakan Nabi kata baginda adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya – itu adalah hadis palsu.
Kemudian, ada juga silsilah yang mengatakan Hassan Basri menerima ajaran dari Ali. Tak sempat bertemu Ali. Kenapa hanya ini adalah mustahil kerana Hassan Basri tidak pernah bertemu dengan Ali dari segi sejarah. Bagaimana dia boleh terima ajaran dari Ali?
Timbul persoalan kepada kita, kenapa Nabi menyampaikan ajaran khas kepada Ali sahaja? Dan kenapa Hanya kepada Hassan Basri sahaja? Tidak kepada sahabat lain dan tidak kepada orang lain? Ini adalah agenda Syiah untuk kata bahawa sahabat lain tak mampu dan tak layak. Jadi hujah mereka nanti bahawa benarlah sahabat-sahabat yang lain tidak boleh dipakai. Kalau sahabat Nabi sendiri tidak layak, Adakah kita manusia zaman ini lebih layak?
Pernah ada orang tanya Ali, Nabi ada bagi lebih tak? Beliau menjawap tidak – hanya menerima ajaran Quran dan hadis sahaja.
Dan ada juga tarekat yang tiada sanad seperti tarekat Ahmadiysh yang tiada sanad. Mereka dakwa bahawa gurunya menerima ajaran terus dari Nabi.
Mereka kata Hassan telah menyerahkan pangkat khalifah kepada muawiyah kerana dia zuhud dan hendak pegang pangkat wali sahaja.
Dan mereka dakwa Hussein seorang yang berani dan sanggup mengorbankan nyawa. Maka bagaimana dengan para sahabat yang juga telah mengorbankan nyawa mereka? Seperti dilupakan segala yang dilakukan oleh sahabat.
2. Pujaan kepada Ali
Pujaan melambung melebihi manusia kepada Ali. Ini adalah perbuatan Syiah. Mereka sahaja yang buat macam ini. Tapi telah masuk dalam tarekat. Banyak dalam syair dan kisah luar biasa yang tak masuk akal.
Termasuk kisah karut ini ada dalam syair Jalaludin Rumi.
3. Mahdi
Sama macam Syiah.
Khidr. Perangkap. Tiada dalil. Tak jumpa Nabi.
4. Lebihkan wali dari Nabi
Banyak mikraj. Bertemu Allah. Lagi hebat dari Nabi. Macam Syiah melebihkan Imam mereka dari Nabi.
Boleh cakap dengan malaikat. Nabi pun dua kali sahaja.
Siap jumpa jibrail.
Macam Syiah yang kata Imam didatangi malaikat bawa perintah dan larangan.
Dengar kalam Allah. Sama dengan Syiah juga. Bersembang. Macam Musa pula.
Pengikut berlumba-lumba melebihkan guru mereka.
Wali maksum. Malaikat akan betulkan kalau salah. Jadi pengikut terus terima tanpa usul periksa lagi dah. Asalkan ada dalam kitab syeikh mereka, mereka akan terima.
Banyaklah amalan bidaah dalam Islam. Mereka-reka amalan seperti solat solat tertentu pada hari dan malam tertentu. Dan pahala yang diberikan adalah pahala seorang Nabi dan ada yang sama dengan pahala mengerjakan haji dan umrah. Semua itu adalah berlandaskan kepada hadis yang palsu belaka.
Ada tingkatan pangkat. Dengan berbagai-bagai tugas mereka. Seperti mereka lah sebabnya dunia ini masih ada lagi.
Minta tolong kepada wali. Macam Syiah juga.
Tapi kenapa ada banyak ulama yang terlibat dengan tasawuf? Ini adalah kerana mereka telah terpengaruh dengan dakyah syiah.
 

One Response to “Pengaruh Syiah dalam tasawuf dan tarekat”

  1. Amar Says:

    jazakumullahu khair


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s