We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 86 Bab Bersembahyang Di Masjid Pasar August 18, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 5:19 pm

بَاب الصَّلاةِ فِي مَسْجِدِ السُّوقِ وَصَلَّى ابْنُ عَوْنٍ فِي مَسْجِدٍ فِي دَارٍ يُغْلَقُ عَلَيْهِمُ الْبَابُ

Bab Bersembahyang Di Masjid Pasar. Ibnu Aun Bersembahyang Di Dalam Masjid Dalam Satu Perkampungan Yang Boleh Ditutup Pintu (Gerbang).

Kali ini tajuk ini adalah tentang hukum solat di masjid pasar. Ada kurangkah atau sama dari segi pahala. Dan apakah yang dimaksudkan dengan ‘masjid pasar’ – adakah masjid yang betul atau masjid dari segi bahasa sahaja. Seperti musolla dan surau.

Banyak pendapat tentang apakah yang dimaksud Imam Bukhari. Imam Bukhari buat tajuk bukan saja-saja. Jadi ulama banyak bincang tentang tajuk beliau. Disitulah terletaknya kelebihan kitab Sahih Bukhari.

Pertamanya, Imam Bukhari hendak menyatakan keharusan solat di masjid pasar sama macam masjid pasar. Semua terima maksud ini. Iaitu samada masjid itu yang sebenar atau dinamakan juga sebagai masjid istilahi atau masjid lughawi – masjid dari segi bahasa sahaja. Yang mereka berbeza pendapat adalah tentang perkara-perkara yang lain. Apakah agaknya maksud Imam Bukhari selain dari diatas? Sampai ada sembilan pendapat yang diberikan.

1. Pertama, pensyarah Sahih Bukhari mengatakan tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini adalah untuk mengatakan Masjid pasar yang disebut dalam hadis ini adalah masjid lughawi. Bukan masjid sebenar. Seperti musolla atau tempat solat yang kecil. Dalam Islam, ada makna dari segi bahasa dan ada yang dari segi istilah. Kena faham perbezaan antara keduanya. Dalam Quran dan hadis, akan guna salah satu. Kena tahu pemakaiannya dari segi bahasa atau istilah. Contohnya, perkataan ‘Solah’ dalam Quran ada makna ‘solat’ dan ada makna ‘doa’. Jadi berbalik kepda tajuk ini, hadis yang dibawa Imam Bukhari jelas menunjukkan perbandingan solat di masjid atau di rumah dan di pasar. Tak sama pahala antara tempat-tempat itu. Solat di musolla yang boleh ditutup itu bukan masjid istilahi. Kerana masjid tak boleh ditutup. Kena benarkan orang masuk, sekurang-kurangnya orang boleh masuk ikut pintu kecil. Maka, masjid pasar yang disebut dalam hadis ini, bukan masjid sebenar. Kirmani, Imam Nawawi dan lain-lain lagi adalah antara yang berpendapat begini.

2. Kemudian, ada pensyarah Sahih Bukhari mengatakan bahawa tujuan Imam Bukhari membuat tajuk diatas adalah kerana hendak menolak pendapat ulama Hanafiah. Dikatakan Imam Hanafiah berpendapat haram untuk membina masjid dalam kawasan perumahan yang boleh ditutup. Itulah Imam Bukhari bawa atsar Ibnu Aun. Dimana Ibn Aun telah solat di tempat yang boleh ditutup. Tapi banyak tolak pendapat ini. Sebenarnya, bukan mazhab Hanafiah haramkan tapi makruh sahaja. Makruh kalau tutup tempat solat. Tapi dalam keadaan tertentu, boleh juga ditutup. Ibn Aun adalah seorang tabein.

3. Ada pendapat yang mengatakan masjid yang dimaksudkan Imam Bukhari diatas adalah masjid istilahi. Nabi terima solat berseorangan di pasar. Cuma kalau di masjid, pahalanya adalah 27 kali ganda. Tapi kalau buat masjid di pasar pun, pun boleh dapat 27 juga. Yang kurang itu adalah kalau berseorangan sahaja. Bukanlah kalau buat masjid di pasar, pahala kurang juga. Elok kalau buat masjid di pasar. Supaya senang orang yang bekerja di pasar untuk solat berjemaah. Mereka pun hendak beramal soleh juga. Nak pahala banyak juga. Semua masjid sama sahaja dari segi pahala yang didapati, kecuali tiga masjid yang telah disebut Nabi: masjid Nabi, Masjidilharam dan Masjidil Aqsa.

4. Pendapat seterusnya mengatakan Imam Bukhari hendak menisyaratkan kedaifan hadis yang berbunyi lebih kurang begini: Sesungguhnya tapak tanah yang terbaik adalah tapak tanah masjid. Dan tapak tanah yang terburuk adalah pasar-pasar.
Bukhari nak kata hadis ini tak sahih. Tak boleh nak kata masjid di pasar kurang dari masjid di tempat lain disebabkan ada hadis yang mengatakan tanah pasar buruk.

5. Kalau hadis itu sahih pun, itu kalau sahaja, ia tidak menghalang untuk membina masjid di pasar. Apabila ada masjid, tanah itu jadi yang sebaik-baiknya pula. Kerana pasar yang terpengaruh dengan masjid dan bukan sebaliknya. Masjid memang mulia. Pengaruhnya lebih kuat. Jadi, tanah yang sebelumnya itu adalah tidak molek akan jadi molek.

6. Oleh kerana pasar itu satu tempat yang sibuk, penuh dengan huru hara manusia, mungkin ada yang kata masjid tidak sesuai dibina di pasar. Mereka kata bertentangan sangat antara keadaan masjid dan pasar. Kerana kita pun tahu bahawa masjid tidak boleh diangkat suara di dalamnya. Tapi pasar akan sentiasa riuh rendah. Keduanya, berjual beli tidak dibenarkan di masjid. Jadi, bagaimana pula dengan perbuatan di pasar yang sememangnya berjual beli? Sebab itulah  Bukhari membawa tajuk ini. Dia nak kata harus sebenarnya. Dengan adanya masjid yang di pasar, akan dapat mengurangkan riuh rendah pasar. Dalam masjid memang tak boleh bising. Jadi, apabila manusia dari pasar pergi ke masjid, dia akan masuk ke dalam suasana yang tenang. Itu dapat mengajar disiplin yang perlu ada dalam masjid. Yang di pasar, memang dah tak boleh buat apa tentang hiruk pikuk itu, tapi kena kurangkan kalau dalam masjid.

Masjid yang berada di pasar

7. Kalau solat fardhu berjemaah di mana-mana bahagian masjid yang bersih adalah sah dan lebih banyak pahala daripada solat sendirian. Memang tidak disebut dalam hadis tapi Imam Bukhari pakai kaedah minbabil awla. Kalau solat seorang sudah sah, tentulah kalau solat berjemaah lebih lagi. Sebab tidak disebut di mana-mana, bahawa seseorang itu hanya dapat pahala lebih kalau solat bukan di pasar. Tidak berkurang pahala solat kalau solat di pasar.

8. Ada yang mengatakan Imam Bukhari hendak menyatakan tentang keharusan solat di masjid lughawi. Sebab itulah masjid itu dibolehkan tutup. Kerana, kalau masjid yang istilahi, tidak boleh ditutup.

9. Akhirnya, ada pendapat mengatakan tujuan Imam Bukhari bawa tajuk ini adalah kerana hendak menyatakan keharusan membina masjid di pasar supaya jangan ada kata yang kata tak boleh dibina masjid yang ditutup. Tapi mungkin tidak buat solat jumaat di situ. Pasar juga tempat solat seperti di rumah. Kepada mereka maksud Bukhari  sebagai ‘masjid pasar’ dalam tajuk di atas adalah masjid istilahi.

Jadi semuanya ada dua pendapat. Ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh buat masjid sebenar di pasar. Zaman sahabat lagi dah ada masjid di pasar.

Siapakah ibn Aun? Dia adalah Abdullah bin Aun. Kalau di Malaysia nama Aun ini akan jadi Onn macam Dato Onn. Maknanya pertolongan dan bantuan. Beliau adalah seorang Tabein dan sempat melihat Anas Malik. Beliau dikenali sebagai Ketua qura’. Seorang yang baik sangat sampai ada yang kata malaikat tak pernah tulis kejahatan dia. Macam tiada buat salah langsung. Ada kata dia manusia paling baik di zamannya.

457 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنِ الاعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلاةُ الْجَمِيعِ تَزِيدُ عَلَى صَلاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَصَلاتِهِ فِي سُوقِهِ خَمْسًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وَأَتَى الْمَسْجِدَ لا يُرِيدُ إِلا الصَّلاةَ لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْهُ خَطِيئَةً حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ وَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي صَلاةٍ مَا كَانَتْ تَحْبِسُهُ وَتُصَلِّي يَعْنِي عَلَيْهِ الْمَلائِكَةُ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي يُصَلِّي فِيهِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ فِيهِ

457. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awanah dari Al A’masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Salat berjama’ah melebihi dari salatnya di rumah atau di pasarnya sebanyak dua puluh lima derajat. Apabila salah seorang dari kalian berwudu dengan elok lalu pergi ke masjid dengan tidak ada tujuan lain kecuali untuk salat, maka tidak ada satu langkah yang dilangkahnya melainkan Allah mengangkatnya dengan sebabnya satu derajat, dan menggugurkan dengan sebabnya satu dosanya hingga dia memasuki masjid. Apabila dia telah memasuki masjid, maka dia akan dihitung dalam keadaan salat selagi sembahyang lah yang menahannya (untuk berada di masjid itu), para malaikat akan mendoakannya selama dia masih berada di tempat sembahyangnya, ‘Ya Allah ampunkanlah dia. Ya Allah rahmatilah dia’. Selama dia tidak berhadas di dalamnya.”

 

Solat berjemaah itu lebih tinggi darjatnya. Ada kata 25 dan ada yang kata 27. Berbeza sebab peringkat permulaan dan selepas itu naik jadi 27. Nabi takkan cakap kalau bukan dari Allah. Tapi orang kita ada yang memandai kata buat sesuatu amalan bidaah dapat pahala sekian-sekian banyak. Nampak sangat tak belajar hadis. Tak bolehlah kalau macam itu. Institusi agama kenalah jaga. Janganlah kata ada kelebihan nisfu syaaban. Tak munasabah langsung. Padahal kalau tengok dari kaedah dirayah pun kita dah tak dapat pahala. Sebab ada kata kalau buat amalan pada nisfu syaaban boleh dapat pahala sampai sama banyak dengan pahala Nabi.

Kelebihan solat berjemaah sangat banyak

Ada yang kata 25 derajat dan ada yang kata 27 derajat – itu benar keduanya. Ada yang kata perbezaan itu bergantung kepada keadaan jemaah. Atau keadaan tempat. Jemaah itu jenis macam mana pula. Atau sikit dan banyak jemaah. Itu semua adalah antara pendapat ulama tentang kenapa berbeza tentang bilangan derajat pahala. Tapi ada yang kata asalnya Nabi diberitahu derjatnya 25 kali ganda dan selepas itu jadi 27 kali ganda.

Hadis ini menunjukkan sah solat orang yang solat sendiri. Tapi tak dapat lebih. Sebab Nabi kata kalau solat jemaah, akan dapat lebih, bukan tidak dapat langsung. Sebab itu ada yang kata solat jemaah itu tidak wajib.

Nak dapat lebih kena pergi ke masjid. Berwuduk pula dengan elok. Maksudnya adalah isbaaghul wudu’. Buat lagi molek. Macam Imam Malik, dia kata kena gosok. Sampai dia kata kalau tak gosok tak sah. Keduanya, wudu dengan mengikut sunnah Nabi. Antaranya menghisap air ke hidung, berkumur dan lain-lain lagi. Maka kita buat semua sekali. Termasuk kalau boleh, gosok gigi. Baca bismillah. Jaga tertib. Jaga tertib tidak wajib kecuali kepada mazhab Syafie. Ada yang kata melebihkan anggota wudu. Contohnya Abu Hurairah sampai basuh tangan hingga ke ketiak. Dia perlebih lagi. Tapi ada yang kata yang molek adalah setakat apa yang telah Nabi dan Quran sebut. Kerana Quran kata hanya hingga ke siku. Sama juga kalau puasa hingga sampai malam sahaja – tidak elok kalau lambat buka. Kerana perkataan yang digunakan adalah ‘ila’. Jadi tidak boleh lebih dari siku. Itu adalah pendapat-pendapat yang ada diantara ulama.

Kena faham apakah falsafah wudu yang kita ambil itu. Setiap amal ibadat dalam islam ada hikmat – ada falsafah. Kita ambil wudu sebagai isyarat membasuh api neraka. Neraka ada tujuh dan kita basuh tujuh anggota. Bahan neraka adalah api dan kita padam api dengan air. Dan kita ambil wudu kerana hendak bertaubat. Basuh sucikan yang zahir dan batin. Sebab itu ada doa selepas wudu yang menyebut kita memohon kepada Allah supaya menjadikan kita orang yang bertaubat. Oleh itu kita sedang bertaubat semasa wudu. Rukun taubat ada tiga. Tinggalkan, menyesal dan berazam tidak mahu buat dah kesalahan yang telah dibuat. Itulah sebabnya kita disunatkan membasuh anggota wudu tiga kali. Jadi semasa ambil wudu kena ingat semua perkara itu. Setiap kali kita ambil wudu kita berjanji tidak akan buat lagi dah dosa yang telah kita lakukan. Kalau buat lagi, dia akan jatuh malu. Kerana kita berjanji dengan Tuhan untuk tidak buat lagi dah dosa kita itu. Kalau berjanji dengan manusia pun kita dah malu dah kalau pecahkan. Kerana itu doa selepas wudu ada sebut pasal Allah suka orang yang suka bertaubat. Ada kaitan antara wudu dan taubat tu. Dan memang ada hadis yang mengatakan gugur dosa dengan mengambil wudu. Imam Hanifah pernah nampak sendiri dengan matanya bagaimana air wudu jadi hitam kerana gugur dosa manusia dengan gugur air wudu itu. Tapi lepas itu dia minta kepada Allah supaya tak nampak.

Seterusnya, orang yang mendapat kelebihan itu adalah orang yang tidak ada tujuan lain dia pergi ke masjid itu melainkan untuk sembahyang. Dan mengerjakan ibadat yang lain. Bukan solat sahaja. Nabi sebut solat itu kerana solat adalah ibadat yang paling utama dibuat di masjid. Kalau nak baca Quran pun tidak boleh nak baca dengan kuat kalau mengganggu orang yang sedang solat. Sebab itu Nabi cakap solat sahaja kerana solat itu yang utama. Tapi kalau buat ibadat yang lain pun akan dapat pahala juga.

Allah akan mengangkat darjat dan menggugur dosa. Tidak kira masjid itu dimana. Asalkan masjid. Itulah kepentingan masjid. Yang membina masjid pun akan mendapat banyak pahala. Rajin ke masjid adalah satu cara yang mudah untuk menggugurkan dosa. Molek sangat pergi ke masjid. Bukanlah nak kata kena jalan kaki sahaja. Naik kereta pun boleh. Bukan nak kira berapa langkah.

Kita seperti berada dalam solat apabila berada dalam masjid. Ada riwayat lain yang kata dalam perjalanan dah dikira seperti berada dalam solat dah.

Dia berada dalam masjid kerana menunggu waktu solat. Tapi bukanlah islam suruh kita tak buat kerja apa dah, tunggu waktu solat sahaja. Kerja kena buat juga. Ada pahala juga kalau buat kerja. Contohnya bermain dengan anak cucu. Tapi katakanlah seorang itu tidak ada apa yang hendak dibuat, bolehlah dia duduk di masjid sahaja. Jadi kalau dalam keadaan biasa, seseorang itu datang awal untuk menunggu waktu solat.

Yang penting, selagi tidak berhadas. Kalau berhadas, kena ambil wudu balik. Selagi kita dalam wudu, Malaikat akan berdoa untuk kita. Malaikat jenis yang duduk hanya duduk di masjid sahaja. Tidak ada tugas lain. Tak tahu berapa ramai kerana malaikat itu banyak. Jadi kelebihan itu hanya ada di masjid sahaja. Kita sahaja tak nampak mereka. Kalau nampak pun masalah juga. Tak jadi kerja kalau kita nampak. Macam kita kalau nampak hidupan yang ada dalam air yang jernih pun dah tak lalu nak minum air dah.
Bukan malaikat sahaja boleh doakan kepada kita. Manusia pun boleh doakan untuk orang lain. Tapi kalau malaikat yang doakan tentu lebih baik sebab mereka tidak ada dosa. Asalkan bukan kita doakan supaya diampunkan dosa orang kafir sebab kita tidak boleh mendoakan supaya Allah ampunkan dosa mereka. Kita boleh doakan supaya mereka masuk Islam, boleh. Doa kepada orang Islam adalah amat luas untuk kita berdoa untuk mereka.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Solat berjemaah melebihi 25 darjat. Adakah hanya dapat kalau buat di masjid sahaja? Ada ulama kata hanya di masjid. Ada yang kata, janji berjemaah sahaja. Sebab hadis ini membandingkan solat berjemaah dan tidak. Bukan banding antara di masjid atau tidak. Imam Qurtubi kata kalau di masjid dapat bilangan darjat yang sama. Tapi nilainya tidak sama. Macam beza antara 10 ringgit dan 10 dollar. Bilangan sama tapi nilai tak sama. Sekilo beras dan sekilo emas tidak sama. Sama dari segi ‘kam’ tapi tidak sama dari segi ‘kaif’. Kalau solat jemaah di masjid, nilainya tetap sama samada ramai atau tidak. Tapi kalau jemaah bukan di masjid, nilainya bergantung kepada bilangan makmum. Itulah kelebihan solat di masjid. Tidak perlu dibahas kenapa 25 darjat, tidak seratus dan sebagainya.
  2. Kelebihan wudu dengan elok.
  3. Kelebihan pergi masjid dengan ikhlas.
  4. Solat adalah ibadat paling istimewa. Sebab itu Nabi sebut solat dalam hadis ini. Syiar agama. Walaupun ibadat lain boleh dapat pahala juga. Nak kenal orang Islam dengan solat lah.
  5. Setiap langkah ke masjid akan naikkan darjat dan gugurkan dosa.
  6. Dapat pahala macam solat selama menunggu waktu solat di masjid.
  7. Malaikat mendoakan mereka yang pergi ke masjid. Selagi tidak berhadas. Kelebihan berada dalam keadaan suci. Molek kalau malaikat damping kita.
  8. Keharusan solat di rumah, di pasar dan mana-mana sahaja.
  9. Keharusan mengambil tempat tertentu sebagai tempat solat. Elok kalau ada tempat khusus. Boleh solat tempat berniaga tu, tapi elok kalau ada tempat solat khusus.
  10. Kelebihan masjid istilahi. Masjid sebenar. Lebih banyak kelebihan. Kita kena cari tempat yang lebih untung. Bukankah kalau berniaga, kita nak perniagaan yang untung lebih kan?
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s