We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Points agama sambil lalu August 17, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:12 am

Points agama

Anjing. Hadis tentang ‘jilatan anjing’. Kena basuh tujuh kali dan salah satunya dengan air tanah. Jadi mazhab Syafie ambil sebab ‘basah’ sebab jilatan anjing tentu basah. Maka kalau pegang anjing basah pun kena basuh dengan air tanah juga. Dan dilanjutkan lagi dengan pegang babi, pun kena macam tu juga sebab kalau anjing pun kena buat macam tu, babi lagilah sebab babi lagi teruk. Jadi anjing dan babi dimasukkan dalam jenis najis mughallazah.
Tapi mazhab lain tak macam tu. Mereka hanya basuh dengan air tanah kalau jilatan sahaja. Sebab kalau tak boleh pegang, macam mana pula dengan ayat mukallabeen dalam surah Maidah yang membolehkan kita pakai anjing buruan. Dan zaman Nabi pun memang ada banyak anjing berkeliaran sampai dalam masjid dan sahabat tak buat apa-apa.
Lagi satu, hadis itu sebut air tanah. Bukan air selut. Kat Malaysia mereka suruh pakai air selut. Kalaulah kena pakai air selut, kat mekah dan Madinah, manalah mereka ada tanah selut kat sana.
Mazhab Malik lain sikit. Hadis tentang jilatan anjing itu mereka tak pakai. Samada mereka kata ada masalah dengan hadis itu atau sebab hadis itu bukanlah hukum kena ikut, tapi panduan sahaja – lil irsyadi. Nak ikut boleh, tak ikut pun tidak mengapa. Sebagai langkah berjaga-jaga kalau anjing itu adalah jenis membawa penyakit.
Dan ada yang kata ini adalah amar taabbudi – perintah untuk diikuti – bukan dikata kena basuh sebab najis.
Maka sebab itu kalau negara bermazhab Malik, mereka banyak bela anjing.
Kajian sains menunjukkan bahawa yang bahaya pada air liur anjing adalah kalau dia hendak makan. Kalau dia jilat kerana hendak makan, maka dia akan keluarkan enzim yang merbahaya kepada kita dalam air liurnya. Yang itu yang kena sertu. Yang air liur pun bukan najis. ada hadis dalam Bukhari juga yang mengatakan kalau anjing jilat air dan tidak ada air lain, boleh pakai air itu untuk wudu. Dan selalu anjing masuk dalam masjid berteduh dan mereka kencing tapi Nabi tak suruh buat apa. Tapi apabila seorang lelaki kencing dalam masjid sekali sahaja, Nabi dah suruh jirus.
Tambahan pula ada hadis dalam Bukhari yang menceritakan tentang orang yang memberi minum kepada anjing dan dimasukkan ke dalam syurga. Tidak disebut tentang berhati-hati.
Yang teruk sampai kata kena sertu satu rumah bila masuk rumah yang diduduki orang bukan Islam sebelum itu. Itu nak buat duit. Macam mana nak sertu Kereta pula? Itu perbuatan orang jahil. Bulu anjing tidak najis. Anjing juga tidak najis. Seperti yang dibawa dalil oleh Imam Bukhari.
Kenapa tujuh kali? Itu dose dalam perubatan. Tidak tetap. Ada kata lapan. Ada kata tiga. Abu Hurairah buat tiga sahaja.
Dalam surah kahfi pun dikisahkan anjing yang berkhidmat untuk pemuda kahfi. Jadi apa salah kita pakai. Anjing sekarang digunakan sebagai binatang pengesan. Rugi kalau kita tak pakai.

Kalau mamak pecah telur ada tahi sikit tidak najis. Sebab dah takde kesan dah.

Syafie pernah kata la tukalliduuni, faiza soohal hadith, fahua mazhabi.

Memang ada hadis kata kena wudu dan tayammum kalau sakit. Tapi itu adalah hadis dhaif. Jadi tak payah nak susahkan orang sakit. Kalau tak sakit sekali wudu jer. Tapi kalau sakit, sampai kena dua kali.

Taghut adalah makhluk yang hidup dan yang berkomunikasi dengan manusia. Bukan jenis berhala. Zumar:17

Bagaimana mengenali Islam? Kena tahu rukun Agama. Agama pun ada rukun juga. Terletak dalam hadis jibrail. Islam, iman dan ihsan. Lengkap.
Berbeza umat kita sekarang dengan zaman Nabi. Mereka faham bahasa Arab. Maka mereka takkan sebut syahadah kecuali mereka terima apakah yang disebutkan. Masalah kita tak faham Arab. Maka kita sebut sahaja.
Iman itu makna aman hati dari tidak percaya sikit pun dari rukun iman itu. Tak ragu-ragu. Tak boleh main-main. Bila tak percaya itulah yang menyebabkan ada yang cakap main-main tentang neraka, tentang hukum hudud.
Ihsan: melakukan ibadah macam kita nampak Allah. Dan kalau Allah tak nampak kita, kita pasti Allah nampak kita. Macam kisah guru suruh anak murid untuk sembelih ayam di tempat dia tidak dilihat. Dia pulang balik, kalau di mana-mana sahaja, Allah nampak.
Perkataan ihsan itu bermakna, berbuat baik lebih dari yang sepatutnya. Macam kita disuruh berbuat baik kepada ibubapa kita. Buat lebih dari yang sepatutnya.

Tentang Qada’ dan Qadar:
Telah ditulis untung nasib seseorang. Apabila nyawa telah dimasukkan ke dalam jiwa seorang manusia, dia telah tahu tempat perkara tentang dirinya.
Dan ada hadis yang mengatakan bahawa ada manusia yang beramal dengan amalan ahli syurga, tapi hujung hayatnya, dia akan beramal dengan amalan ahli neraka dan dia akan dimasukkan ke dalam neraka. Begitu juga, ada juga orang yang sepanjang hidupnya beramal dengan amalan ahli neraka, tapi di hujung hayatnya dia akan beramal dengan amalan ahli syurga dan dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Ini semua telah ditaqdirkan oleh Allah. Lalu bagaimana?
Apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari pengetahuan tentang taqdir ini? Sebenarnya bukan empat perkara itu sahaja. Tapi semua sekali. Adakah nak ajar kita tidak boleh buat apa-apa lagi? Tidak. Kita kena ambil pengajaran bahawa jangan kita ingat kita dah selamat. Kalau kita sekarang baik, belum tentu di akhirnya nanti kita akan terus baik. Kerana ada yang tidak berterusan jadi baik. Begitu juga, ada yang kita lihat tidak baik sekarang, tapi kita tidak tahu hujungnya macam mana. Mungkin Allah akan mengubah dia jadi seorang insan yang baik dihujungnya.
Adakah ini hendak menakutkan kita? Takut ada yang kata jangan beramallah, sebab kalau beramal pun belum tentu lagi selamat. Bukanlah nak kata selalu jadi macam itu. Macam juga orang gila. Ada banyak ke sikit orang gila kat pekan? Tentulah orang biasa lagi banyak dari orang gila. Orang gila ada seorang dua sahaja. Yang banyaknya biasa sahaja. Nak cerita bahawa mungkin boleh jadi, orang baik tapi akhirnya jadi tak baik. Macam kisah Barshisha, bukan ramai yang jadi macam itu.
Yang penting, kita beramal. Sebab kita tak tahu hujung kita macam mana. Berdoa supaya masukkan kita ke dalam golongan orang yang selamat.
Kita hanya berusaha. Kena usaha. Allah akan menolong orang yang usaha. Apabila kita memohon kepada Allah, macam dalam Fatihah – iyyaka nastain – itu sebenarnya kena tahu adab dia – kena ada usaha kita juga. Bukan duduk relaks sahaja. Macam kalau kita minta orang tolong tukar tayar kita, takkan kita duduk relaks sahaja. Kita kena usaha buat juga, tapi sebab kita tak mampu buat seorang diri, itu lah yang kita minta tolong tu.
Nama kita mungkin dah ada dalam golongan orang yang selamat. Tapi kita tak pasti, maka kita kena ada usaha kearah itu.
Ada taqdir yang tak boleh diubah – Mubram; dan ada yang masih boleh diubah – Muallaq.

Kenapa Allah gunakan perkataan ‘Kami’ untuk merujuk kepada DiriNya?
– ini adalah Royal We. Kalau raja, dia akan membahasakan dirinya pun ‘kami’ juga. Sebagai tanda kebesaran.
– Allah gunakan perkataan ‘Kami’ apabila ayat itu membicara tentang penurunan rahmat dariNya.
– Allah akan gunakan ‘Aku’ kalau extreme anger atau extreme rahmah.
– Walaupun Allah menggunakan perkataan ‘Kami’ dalam sesuatu ayat, Allah akan meletakkan juga perkataan yang merujuk kepada DiriNya yang satu dalam ayat yang sama. Sebagai tanda tak confuse kepada makhluk bahawa Allah itu banyak.

Bagaimana merangkumkan Quran dalam dua ayat?
– accept Allah as Master. Easy for people to accept as One, as Merciful. But to accept as Master, that’s hard. To follow what a master say.
– accept ourselves as slave. A lot of people can easily accept Allah as master, but its harder to accept ourselves as slave.

Kepentingan belajar bahasa Arab. Kalau umat dahulu, mereka diberikan dengan message yang perlu disampaikan dan mereka ada juga mukjizat. Contohnya, mukjizat Nabi Musa adalah membelah laut. Tapi Nabi Muhammad, message dan mukjizat baginda adalah sama: Quran. Jadi, kalau kita tidak faham bahasa Arab, kita tidak dapat menilai mukjizat Quran itu. Masalahnya adalah kita tidak faham, jadi kita tak nampak. Masalah umat terdahulu, mereka hanya membaca dan menghafal.

Concern with our children happened to prophets of past too. Jadi nabi pun tidak mendapat kelebihan dari segi anak. Ada nabi yang anak mereka menentang agama. Ada nabi yang isteri menentang Agama. Anak perempuan adalah Sunnah Nabi. Zaman dahulu dan sekarang pun ibubapa mengharap anak lelaki. Sama sahaja macam zaman dulu rupanya.
Our culture is consumerism. Anak anak melihat apakah yang manusia lain pakai. Ini adalah kerana iklan yang ditayangkan. We need to understand what is happening to our world. Semuanya dah pasal wang dan harta benda. Anak anak sebenarnya belajar dengan ibubapa. Mereka sentiasa melihat apakah yang dikatakan oleh ibubapa mereka. Mereka melihat apakah yang mereka lakukan. Kalau selalu bercakap benda tidak berfaedah, maka mereka akan sangka benda itulah yang penting. Bercakaplah tentang benda benda yang baik. Antaranya tentang quran dan tentang membantu orang lain. Kena luangkan masa dengan mereka. Kalau tidak, mereka tidak mendapat ilmu dan mereka akan tinggalkan kita. Mereka lebih banyak bergaul dengan kawan kawan dan kadang kadang ntah apa apa. Ini adalah satu tugas yang ambil masa. Tapi memang kena spend masa dengan mereka.

Advertisements
 

2 Responses to “Points agama sambil lalu”

  1. ismail Says:

    assalamualaikum akhi,

    ana terbaca fakta akhi dlm entry di atas. cuma saya berpendapat tulisan akhi kurang tepat dan kurang tajam. lemah penghuraian dan membutuhkan explanation. tambah lagi mengelirukan. sbagai contoh fakta akhi spt di bawah :

    “Dalam surah kahfi pun dikisahkan anjing yang berkhidmat untuk pemuda kahfi. Jadi apa salah kita pakai. Anjing sekarang digunakan sebagai binatang pengesan. Rugi kalau kita tak pakai.”

    ketika kisah Kahfi ni syariat islam dr Muhammad PBUH belum sampai. saya berpendapat statement akhi ni di perincikan dan dinyatakan bahawa ketika ini Syariat Islam belum diturunkan. pembaca statement akhi akan terkeliru dgn penghujahan yg lemah

    Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (Kitab al-Halal wa alHaram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang
    mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim

    Wallahua’lam

    • visitor74 Says:

      terima kasih. saya pun masih musykil tentang samada bolehkah memelihara anjing sebagai binatang peliharaan di rumah seperti kucing. Belum ada lagi yang memberikan penjelasan yang mantap.
      allahu a’lam.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s