We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 85 Bab Masjid Yang Dibina Di Tengah Jalan Tanpa Membahayakan Orang Ramai August 16, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 11:52 pm

 

بَاب الْمَسْجِدِ يَكُونُ فِي الطَّرِيقِ مِنْ غَيْرِ ضَرَرٍ بِالنَّاسِ وَبِهِ قَالَ الْحَسَنُ وَأَيُّوبُ وَمَالِكٌ

Bab Masjid Yang Dibina Di Tengah Jalan Tanpa Membahayakan Orang Ramai. Harus Membuat Masjid Seperti Ini Mengikut Pendapat Al-Hasan, Ayyub Dan Malik.

456 حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ لَمْ أَعْقِلْ أَبَوَيَّ إِلا وَهُمَا يَدِينَانِ الدِّينَ وَلَمْ يَمُرَّ عَلَيْنَا يَوْمٌ إِلا يَأْتِينَا فِيهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَرَفَيِ النَّهَارِ بُكْرَةً وَعَشِيَّةً ثُمَّ بَدَا لابِي بَكْرٍ فَابْتَنَى مَسْجِدًا بِفِنَاءِ دَارِهِ فَكَانَ يُصَلِّي فِيهِ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَيَقِفُ عَلَيْهِ نِسَاءُ الْمُشْرِكِينَ وَأَبْنَاؤُهُمْ يَعْجَبُونَ مِنْهُ وَيَنْظُرُونَ إِلَيْهِ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ رَجُلا بَكَّاءً لا يَمْلِكُ عَيْنَيْهِ إِذَا قَرَأَ الْقُرْآنَ فَأَفْزَعَ ذَلِكَ أَشْرَافَ قُرَيْشٍ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

456. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Urwah bin Az Zubair bahawa ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Semenjak aku mengerti, aku tidak mendapati dua ibubapaku melainkan mereka telah beragama Islam. Dan tidak berlalu kepada kamu suatu haripun dalam kehidupan kami melainkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang menemui kami di waktu pagi dan petang. Kemudian timbul fikiran kepada Abu Bakr untuk membina masjid, di dibinalah sebuah masjid di halaman rumahnya. Beliau shalat di sana dan membaca Al Qur’an. Maka wanita-wanita dan anak-anak Musyrik memperhatikan dia dengan penuh kegamuman. Mereka kagum dan terus melihatnya. Sementara Abu Bakar adalah seseorang yang sangat mudah menangis, yang tidak bisa menguasai air matanya apabila dia membaca Al Qur’an. Dan kejadian itu telah merisaukan para pembesar Musyrikin Quraisy.”

Kejadian ini terjadi pada tahun kelima kenabian. Waktu itu Abu Bakr sudah membuat keputusan untuk meninggalkan Mekah kerana tidak tahan menghadapi tekanan dari Orang Kafir Quraish. Tapi semasa beliau hendak meninggalkan Mekah, beliau telah ditahan oleh seorang Quraish bernama Ibn Dughannah. Beliau kata seorang yang baik seperti Abu Bakr tidak patut meninggalkan Mekah. Maka, dia telah mencadangkan Abu Bakr untuk terus tinggal di Mekah dan beliau akan memberi perlindungan kepada beliau. Puak Quraish memberi kebenaran kepada Abu Bakr untuk terus tinggal di Mekah dengan syarat Abu Bakr tidak terus berdakwah menyampaikan ajaran agama Islam kepada orang Quraish.

Abu Bakr telah mengambil jalan mendirikan masjid berdekatan jalan rumahnya. Beliau telah membaca Quran dengan kuat dan telah menarik perhatian orang Quraish lebih-lebih lagi kepada kanak-kanak dan orang perempuan. Ini telah menyebabkan Pemuka Quraish marah dan telah menyuruh ibn Dughannah untuk menyuruh Abu Bakr berhenti. Abu Bakr tidak mahu berhenti dan menyerahkan nasibnya kepada Allah. Orang Quraish tidak mengambil tindakan kepada Abu Bakr, sebab mereka segan juga kepadanya kerana dia adalah seorang yang mulia juga. Tapi akhirnya, semasa Nabi hendak meninggalkan Mekah untuk berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakr, mereka telah memberikan bayaran kepada sesiapa yang boleh membunuh Nabi Muhammad dan Abu Bakr.

Ulama berbeza pendapat berkenaan membina masjid di jalanan. Ini adalah kerana membina masjid di jalanan akan mengganggu orang ramai. Hak masyarakat kena diambil kira. Begitulah Islam. Walaupun hendak dibina masjid, kenalah pilih tempat dengan baik. Jangan susahkan laluan manusia.

Tapi apakah masjid yang dibina oleh Abu Bakr itu? Ada yang kata masjid yang sebenar, tapi ada yang kata ianya hanyalah sebagai musolla sahaja. Kepada mereka yang kata ianya adalah masjid, mereka berpegang dengan perkataan yang digunakan Aisyah dalam hadis ini – masjid. Tapi ada yang berpendapat seperti Imam Bukhari bahawa ianya hanyalah masjid pada bahasa sahaja. Kerana tentulah tidak dikatakan masjid kerana kalau masjid, ada terikat dengan syarat-syarat tertentu. Antaranya sampai bila-bilapun ianya akan menjadi tapak masjid. Tapi apabila Abu Bakr meninggalkan Mekah, tempat itu ditinggalkan sahaja dan telah diambil oleh orang kafir. Dan selepas Pembukaan Mekah, tidaklah Nabi atau Abu Bakr mendirikan balik tapak itu sebagai tapak masjid. Maka, tidak sama antara masjid dalam ertikata yang sebenar dan musolla.

Imam Bukhari berpendapat bahawa boleh kalau dibina masjid, asalkan ianya tidak membahayakan atau mengganggu orang lalu lalang.

Hadis ini disampaikan oleh Aisyah bukan dengan cara mursal. Maknanya, dia ingat tentang kejadian itu. Dia ingat tentang apakah yang dilakukan oleh ayahnya. Ini adalah kerana dia telah besar dan boleh mengerti sudah waktu itu. Maka, bukanlah benar kalau dikatakan bahawa Aisyah dikahwinkan dengan Nabi pada umurnya enam tahun. Kalau dia dinikahi Nabi pada umur enam tahun, kejadian dalam hadis ini dia masih bayi lagi. Tentu itu tidak masuk akal.

Walaupun Abu Bakr mudah menangis, bukanlah dia seorang yang lemah. Dia adalah seorang pejuang juga. Tapi dia tidak tahan airmata kalau membaca Quran kerana dia amat faham tentang apa yang dibacanya dan ianya telah menyentuh hatinya. Bukan macam kita. Tak faham langsung.

Kedatangan Nabi ke rumah Abu Bakr itu menunjukkan kepentingan Abu Bakr kepada baginda. Kalau orang lain hendak berhijrah, Nabi sudah benarkan. Tapi bila Abu Bakr hendak berhijrah, dia suruh tunggu dulu supaya mereka hijrah bersama.

 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 85 Bab Masjid Yang Dibina Di Tengah Jalan Tanpa Membahayakan Orang Ramai”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s