We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Keluarga Nabi yang terpinggir August 14, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 1:22 am

Assalamualaikum

Kita hanya mendengar kisah anak Nabi, Fatimah, dan cucu baginda Hassan dan Hussein. Padahal kita disuruh menyayangi ahli keluarga baginda. Sebenarnya ada usaha untuk meminggirkan ahli keluarga baginda yang lain. Atas sebab-sebab yang tidak baik.

Marilah kita mengenali dengan ringkas siapakah lagi anak cucu baginda.

Zainab adalah anak Nabi paling tua. Anak Khadijah. Lahir sepuluh tahun sebelum kenabian. Tapi jarang kita dengar. Kahwin dengan Abu al As. Dia anak saudara Khadijah. Selepas Nabi berhijrah, dia pun cuba Hijrah, kena kacau untanya dengan orang kafir dan dia telah jatuh sampai dia gugur kandungannya. Kena balik ke mekah balik. Abu As memeluk Islam pada tahun keenam Hijrah. Dikenali sebagai al Amin. Mula kena tinggal, tapi kemudian dia telah masuk Islam. Dia benarkan zainab Hijrah walaupun dia bukan Islam lagi. Sebab dia jujur. Masa itu boleh nikah dengan orang kafir. Tapi walaupun isterinya telah Hijrah, dia tidak menikah lain selama dia duduk sorang di Mekah. Kerana sayangkan isterinya. Nabi pernah memuji menantunya itu. Sebab tak sibuk nak kahwin lain. Padahal zaman itu senang sangat kalau nak kahwin. Zainab pun sayangkan suaminya itu. Abu As ditawan semasa perang Badr. Dia bukan nak join pun. Bila ditawan, Zainab lah bayar tebusan. Dia bagi kalung untuk tebus. Mereka tidak boleh bersama sebab belum Islam lagi. Nabi kenal kalung itu. Bertenang air matanya kerana kalung itu adalah hadiah dari Khadijah. Nabi minta dibebaskan dan diberikan semula kalung itu. Sahabat bebaskan. Maknanya, hubungan Zainab dan Abu As masih baik. Pernah rombongan Abu As ditawan oleh orang Islam yang lari sebab perjanjian Hudaybiyah. Zainab terus beri perlindungan keamanan kepada bekas suaminya. Maka barangnya terus diberikan balik kepadanya. Nampaklah keindahan Islam kepadanya. Dia balik ke Mekah dan dia kemudian telah masuk Islam.
Abu al As adalah seorang yang berani. Apabila keluarga Nabi dipulau, dialah yang mengusahakan untuk memberi makan kepada keluarga Nabi. Walaupun dia masih kafir masa itu, tapi dia terima Nabi sebagai mertuanya. Nabi kata Abu As telah menunaikan haknya sebagai menantu. Itulah pujian Nabi kepada Abu As apabila baginda dengar bahawa Saidina Ali hendak menikah dengan anak Abu Jahal. Tidak sesuai anak Nabi duduk sekali dengan anak musuhnya.

Mereke telah dikurniakan dua anak: Ali dan Umamah.
Zainab meninggal 8H dan Abu As pada 12H selepas mati syahid menentang puak murtad. Tidak ada kisah dia menikah lain selepas zainab meninggal.

Ali adalah cucu pertama lelaki Nabi. Nabi sendiri minta untuk mendidik Ali sehingga remaja. Selalu bawa cucunya itu. Baginda gendong dia masa Pembukaan Mekah. Nabi sayang sangat. Tapi kenapakah kisahnya tidak didengar. Ali lah yang berdiri atas bahu Nabi untuk membersihkan berhala dalam Kaabah. Umur 14/15 tahun. Dia telah memainkan peranan dah masa itu. Berperang dalam Perang Yarmuk pada 15H. Dalam pemerintahan Umar. Dia syahid disitu dalam umur 22 tahun. Dia lah mati syahid pertama cucu Nabi. Tapi orang yang jahat kata dia mati masa kecil. Sebab nak lebihkan Hasan Husin.

Syiah menghilangkan kisah Ali ini kerana hendak melebihkan Hasan dan Hussein. Semasa Nabi membersihkan Kaabah dari berhala, cucunya Ali di atas bahu baginda. Tapi Syiah pusing cerita mengatakan Saidina Ali yang diatas bahu. Tidak masuk akal kerana umur Nabi masa itu adalah lebih 60 tahun dan Saidina Ali 20 an tahun atau 30 an tahun. Tentulah dia berat kerana telah dewasa. Mana mampu dan logik untuk Nabi memikul beliau. Syiah memang selalu melonggokkan kelebihan para sahabat yang lain kepada Ali. Sayyidul syuhada’ sepatutnya Hamzah. Siddiq sepatutnya Abu Bakr. Hakim bin Nizam yang lahir di dalam Kaabah sebenarnya tapi mereka kata Ali.

Umamah adalah cucu perempuan Nabi yang sulung. Kita selalu mendengar kisah baginda solat sambil memegang seorang bayi. Bayi itulah Umamah. Beliau sangat disayangi oleh Nabi. Pernah suatu hari, baginda mendapat hadiah kalung. Nabi kata baginda akan memberinya kepada ahli keluarganya yang dia paling sayang. Orang ingat dia hendak beri kepada Aisyah. Tapi akhirnya mereka nampak Umamah pakai kalung itu. Nabi lah yang menjaga Umamah. Kerana apabila Zainab hijrah ke Madinah, Abu al As tidak ikut sekali. Jadi dia tiada bapa. Dan apabila Abu al As datang ke Madinah akhirnya, tidak berapa lama Zainab pun meninggal.
Apabila Nabi hampir wafat, Fatimah berkata kepada Saidina Ali untuk mengahwini anak saudaranya – Umamah. Maka, apabila Fatimah meninggal, Saidina Ali telah berkahwin dengan Umamah. Mereka hidup bersama selama 30 tahun sehinggalah Saidina Ali dibunuh oleh seorang Syiah yang berlakon sebagai Khariji. Mereka tidak dikurniakan anak walaupun lama hidup bersama. Ada yang kata Umamah itu mandul. Betulkah? Sebenarnya ada anak dengan Ali. Bernama Muhammad al awsab. Selepas Ali meninggal pun, dapat anak lagi dengan orang lain. Sebenarnya, Syiah susup sejarah sebab keturunan Umayyah. Kalau benarnya mereka keturunan tidak baik, takkan Ali kahwin dengan dia?

Syiah kata anak Nabi Fatimah sahaja. Mereka kata Zainab dan lain-lain itu adalah anak Khadijah dengan suami yang dulu. Tapi Quran kata anak-anak perempuan Nabi adalah ramai. Sila rujuk ayat Ahzab:59 dan perkataan yang digunakan adalah ‘anak-anak’. Mereka sampai reka hadis kata Nabi cakap bahawa Allah jadikan zuriat Nabi dari sulbi Ali.

Ruqayyah pun banyak kita tak tahu. 7 atau 8 sebelum kenabian. Cantik sangat. Cerita karut yang ada dua anak Nabi telah kahwin dengan anak Abu Jahal. Tapi takkan muda lagi nak kahwin pula. Itu kisah tak munasabah. Mereka hendak memburukkan keturunan Nabi dengan mengatakan mereka kahwin dengan anak musuh Nabi. Mereka keluarkan kisah Nabi pun kahwin dengan Aisyah pun masa muda – padahal itu adalah tidak kuat.

Ruqayyah telah berkahwin dengan Uthman. Perkahwinan itu disebut sebut kerana dua dua cantik. Sampai ada orang buat syair. Dia Hijrah ke Habshah dengan Uthman. Tahun kelima kenabian. Kemudian Hijrah ke Madinah – maka dia telah Hijrah dua kali. Ini satu kelebihan dalam Islam. Kalau nak dibandingkan dengan Fatimah, sekali sahaja. Uthman hormatkan anak Nabi sampaikan dia suruh Ruqayyah duduk unta dan dia ikut belakang. Dia tidak kahwin dengan orang lain semasa dia bernikah dengan anak Nabi.
Di Habshah, dapat anak lelaki. Dinamakan Abdullah. Dia anak cucu lelaki kedua Nabi. Kuniah Uthman adalah Abu Abdillah. Cerita tidak benar mengatakan dia meninggal semasa kecil. Kisah karut mati kena patuk ayam. Boleh mati ke kena patuk ayam?
Nabi beri pembantu rumah kepada Ruqayyah.
Masa perang Badr, dia jatuh sakit. Kerana itulah Uthman tak pergi perang. Sebab Nabi tak bagi pergi. Usamah pun Nabi tak bagi pergi untuk tolong Uthman. Walaupun Uthman tak pergi perang, Nabi bagi juga harta ghanimah sama macam orang yang pergi perang. Yang jaga anaknya pun diberikan harta perang – begitu sayangnya Nabi. Dia dikatakan kena penyakit cacar. Mati masa itu. Berita kemenangan perang semasa Uthman menanam Ruqayyah. Nabi pergi dan menangis di kubur. Kalau menangis boleh. Fatimah pun pergi juga bermakna perempuan pun boleh pergi.

Fatimah anak perempuan ketiga, bukan anak bongsu seperti yang dikatakan banyak orang. Ulama beza pendapat bila lahirnya. Sebelum atau selepas kenabian. Kuatnya selepas. Yang kuatnya adalah sebelum kenabian. Kerana ada hadis tentang nasihat Nabi kepada kaumnya selepas baginda disuruh buat begitu kepada keluarganya yang dekat. Baginda sebut nama kaumnya satu persatu. Dan Nabi ada sebut nama Fatimah. Kalau Fatimah tak lahir atau kecil lagi, buat apa baginda nak sebut. Mereka hendak sangat mengatakan yang Fatimah lahir lambat kerana hendak mengatakan bahawa dia lahir selepas Nabi dah jadi Nabi. Supaya kononnya, lahir semasa Nabi dah suci. Tapi kalau lahir sebelum baginda jadi Nabi, adakah Nabi tak suci? Adakah kurang Nabi.

Susunan anak-anak Fatimah dan Ali. Orang syiah kata Hasan paling sulung dan selepasnya Hussein. Tapi dari sejarah dan dari hadis-hadis yang lain, kita boleh dapat tahu bahawa mereka kecil lagi semasa Nabi wafat. Hassan sampaikan tidak ingat rupa Nabi, sampai kena tanya orang lain. Mereka kata Umi Kalsom lah yang paling muda. Mereka tak suka kerana Umi Kalsom itu telah dikahwinkan dengan Saidina Umar dan mereka tak suka Umar. Mereka hendak mengatakan bahawa Umar itu tidak baik, sampai budak pun dia hendak. Mereka kata Umi Kalsom telah dirampas oleh Umar. Tapi takkanlah Ali nak benarkan Umar rampas anaknya? Ini tidak masuk akal. Sebenarnya, pertalian yang baik antara Umar dan Ali sampaikan Ali mengahwinkan anaknya kepada Umar. Mereka nak kata bahawa Umar ambil menggunakan kuasa.

Kenapa mereka sisihkan Umi Kalthum? Ini adalah berkenaan kisah pemergian Hussein ke Kufah setelah dipanggil puak Syiah. Mereka memanggil beliau dengan mengatakan bahawa mereka akan menyokongnya. Banyak sahabat dah nasihat jangan pergi kerana mereka tidak boleh dipercayai. Tapi Hussein nak pergi juga. Pergi bersamanya adalah kakaknya, Umi Kulthum. Telah ditakdirkan. Bila ke sana, beliau telah dibunuh. Tapi Umi Kalthum terselamat kerana Yazid menghantar tentera beliau untuk menyelamatkan mereka. Maka sebenarnya Yazid hantar tentera nak selamatkan mereka, bukan nak serang mereka. Jadi apabila Umi Kulthum terselamat, maka dia telah membocorkan rahsia mereka. Dia lah yang memberitahu kepada dunia bahawa puak Syiah lah yang membunuh adiknya. Itulah sebabnya berdendam kepadanya. Tambahan pula dia telah berkahwin dengan Umar. Syiah memang tak suka benar dengan Umar.

Anak kedua Zainab juga kita tak biasa dengar. Dia telah berkahwin dengan Abdullah bin Jaafar bin Abu Thalib. Iaitu sepupunya dan telah mendapat beberapa orang anak. Zainab telah bercerai dengan suaminya kerana tidak sependapat dengan elokkah Hussein pergi ke Kufah. Zainab setuju tapi Abdullah kata tak harus. Sebab berbeza pendapat mereka telah bercerai. Tapi Zainab bila pergi, dia kesal. Betullah suaminya dan orang-orang lain yang menghalang mereka untuk pergi. Zainab rasa tertipu dengan puak Syiah. Dia terkejut sangat.

Anak bongsu Nabi ummu Kulthum. Setelah Fatimah dinikahkan dengan Ali, Nabi tidak nampak siapa lagi yang sesuai untuk dinikahkan dengan Ummi Kulthum. Turun wahyu kepada Nabi untuk menikahkan Ummi Kulthum dengan Uthman. Maknanya pernikahan itu adalah atas arahan Allah. Begitulah baiknya Uthman. Tapi ada orang yang sampai mengkafirkan beliau. Mereka berdua hidup bahagia tapi tidak dikurniakan anak. Apabila Ummi Kulthum meninggal pada tahun 9H, Nabi kata kalau dia anak perempuan lagi, dia akan kahwinkan dengan Uthman juga. Kuniah Uthman adalah Dzun Nur’Ain. Yang mempunyai dua cahaya kerana dia telah berkahwin dengan dua anak Nabi. Ummi Kulthum memandang tinggi Uthman sampai pernah dia bertanya kepada Nabi: antara Ali dan Uthman, siapakah yang lebih baik. Nabi kata Uthman antara orang yang menyaingi Allah dan Allah menyayanginya. Dan Nabi juga kata pernah dia masuk ke syurga dan dia lihat istana Uthman lebih besar dari istana menantunya yang lain.

Jadi kenapakah sampai jadi begini? kenapa keturunan Nabi yang lain dipinggirkan? Ini semua adalah serangan kepada Kerajaan Bani Umayyah. Kerajaan Bani Umayyah lah yang menentang dan telah mengalahkan mereka. Dan mereka juga menjadi Pengampu Kerajaan Abbasiah. Dan kerana puak Syiah hendak melebihkan Hasan dan Hussein. Sampai ada hadis yang direka untuk mengatakan Hasan dan Hussein ketua pemuda syurga. Hadis itu memang ada dalam Tarmizi. Tapi Tarmizi sendiri mengatakan bahawa hadis itu gharib – palsu. Sebab mana boleh hendak jadi ketua pemuda pula sedangkan ahli syurga semua sama sahaja umur. Semua orang sama. Takkan mereka jadi ketua kepada semua orang? Takkan mereka menjadi ketua kepada para Nabi? Dan berapa umur mereka berdua waktu wafat? Dua-dua berumur lebih lima puluh tahun. Hassan meninggal semasa berumur 59 tahun.

Ringkasan dari Kuliah Maulana Asri.

 

One Response to “Keluarga Nabi yang terpinggir”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s