We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 84 Bab Tidur Terlentang Di Dalam Masjid August 11, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 1:03 pm
Tags: , ,

بَاب الاسْتِلْقَاءِ فِي الْمَسْجِدِ وَمَدِّ الرِّجْلِ

Bab 58 Tidur Terlentang Di Dalam Masjid dan melunjurkan kaki di dalamnya

Seperti kita telah belajar, masjid adalah tempat yang mulia. Maka bolehkah kalau melunjurkan kaki dalam masjid? Takut ada yang kata perbuatan itu biadab. Ini adalah penting sebab kalau kita jaga adab dalam masjid, kita akan dapat pahala yang lebih. Tapi bagaimana kalau seseorang itu sedang iktiraf dalam masjid, takkan tak boleh melunjurkan kaki? Imam Bukhari nak beritahu bahawa perkara itu diharuskan. Yang ada hadis Nabi melarang beberapa jenis keadaan duduk itu adalah kerana hendak menjaga aurat. Zaman Nabi dahulu, kain yang dipakai sahabat tidak menutup semua aurat kalau tidak berhati-hati.

Boleh lunjurkan kaki dalam masjid

Keharusan tidur terlentang dan melunjurkan kaki dalam masjid walaupun kearah kiblat. Kalau kita tidak boleh berdiri dan solat duduk pun, tentulah kita melunjurkan kaki ke kiblat. Ataupun kalau solat baring, kalau tak boleh menyenggeng, kenalah berbaring dengan kaki melunjur mengadap kiblat. Yang tak boleh adalah melunjurkan kaki mengadap Quran.

Keharusan baring dengan meletakkan kaki atas satu kaki yang lain. Asalkan tidak mendedahkan aurat. Boleh duduk macam mana pun. Yang tak boleh, duduk bertinggung sebab macam nak buang air.

Nabi sendiri pernah letak kaki macam ini dalam masjid

Memang ada larangan melunjurkan kaki dalam kitab, tapi tidak ada dalam hadis. Tidak boleh nak dipakai sangat kalau tiada hadis. Itu semua adalah pendapat manusia. Tidak kiralah siapa yang cakap. Macam nak potong kuku, boleh potong bila-bila hari pun. Sebab ada kepercayaan karut kata tak boleh nak potong kuku pada hari tertentu. Padahal datangnya Islam itu hendak membenteras kepercayaan khurafat. Tapi ada pula manusia yang mengajar kepercayaan khurafat. Dan yang lagi teruk, mereka kata itu adalah dalam Islam.

Sesuatu perbuatan Nabi tidak boleh dikatakan khusus kepada baginda jikalau tiada isyarat mengatakan ianya khusus kepada baginda. Perbuatan Nabi adalah contoh kepada umat. Untuk tahu samada khusus atau tidak, kita boleh lihat samada sahabat pun ada buat juga atau tidak. Umar dan Uthman pun ada buat juga. Maka itu jelas menunjukkan bahawa ianya bukan hanya untuk sahabat. Beruntung sungguh orang Islam. Perkara kecil macam ini pun ada penjelasan dalam ajaran. Maka eloklah Islam itu sebagai agama yang terakhir yang memansukhkan agama lain. Agama lain, bukan kata perkara kecil, perkara besar macam cara sembahyang mereka pun tiada pengajaran yang jelas.

Imam Bukhari bawa tajuk ini kerana hendak menjelaskan kedudukan larangan Nabi dalam hal ini. Sebab memang ada Nabi larang. Dan hadis itu sahih. Jadi nak kena faham apakah maksud baginda. Tidak boleh terus menerima dengan fahaman yang umum. Macam kalau Nabi makan dengan tiga jari, kita kena lihat Nabi makan makanan apa? Itu makan kurma, bolehlah kalau nak pakai tiga jadi – tapi kalau makan nasi, macam mana nak pakai tiga jari?

Ada hadis riwayat Jabir yang Nabi melarang tidur terlentang dan meletakkan satu kaki atas kaki lain.
Pertama, ianya mungkin telah mansukh kerana Umar dan Uthman ada buat. Tentulah mereka tahu samada perbuatan itu boleh atau tidak. Kedua, ianya masih lagi larangan kalau ianya boleh menyebabkan aurat ternampak. Iaitu dalam keadaan tertentu. Contohnya, kalau ada orang ramai. Kain pula singkat. Kalau tidak ada kemungkinan sebegitu, tidak mengapa. Kalau pakaian kita sempurna, boleh buat macam mana pun. Kalau aurat kita tertutup molek, nak buat macam itu depan orang ramai pun boleh.

Kalau dalam masjid pun dibenarkan, maka kalau diluar lagilah boleh buat. Ini adalah satu kaedah – Kalau masjid boleh, diluar lagi boleh.

Perbuatan sebegitu tidaklah melanggar adab dalam masjid. Yang dilarang adalah mendedahkan aurat. Kalau duduk lama, seperti iktiraf dalam masjid, maka boleh sampai nak pasang khemah dalam masjid. Kalau buat macam tu, tentulah terselamat dari perkara sebegitu.

455 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّهُ رَأَى رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسْتَلْقِيًا فِي الْمَسْجِدِ وَاضِعًا إِحْدَى رِجْلَيْهِ عَلَى الاخْرَى وَعَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ كَانَ عُمَرُ وَعُثْمَانُ يَفْعَلانِ ذَلِكَ

455. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Ibnu Syihab dari ‘Abbad bin Tamim dari bapa saudaranya bahwa dia pernah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidur terlentang di dalam masjid dengan meletakkan satu kakinya di atas kaki yang lain.” Dan dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Al Musayyab berkata, “‘Umar dan ‘Utsman selalu melakukan demikian.

Pengajaran dari hadis ini:

  1. Keharusan tidur terlentang dalam masjid.
  2. Keharusan tidur dan rehat dalam masjid dalam pelbagai cara. Boleh tidur dengan selesa. Kalau nak tidur, tentulah kita nak selesa.
  3. Segala perbuatan Nabi boleh dijadikan panduan kecuali yang khusus dengan baginda.
  4. Untuk tahu samada perbuatan Nabi itu khusus kepada baginda atau tidak, tambahan pula ada larangan, kena tengok apakah amalan sahabat. Itulah sebabnya penting kita tengok perbuatan sahabat.
  5. Perbuatan sahabat besar terutama khalifah ur rashidin adalah tarjih yang kuat. Kalau ada dalil perbuatan mereka, maka itu adalah satu dalil yang kuat. Contohnya, mereka apabila membaca fatihah, tidak memulakan dengan bacaan basmalah.
  6. Nabi dan sahabat sangat mesra dengan masjid. Selain buat pertemuan disitu, mereka juga berehat di masjid. Jadikanlah masjid sebagai satu tempat kita selalu berada dalamnya. Kerana kalau tidur di masjid, boleh pahala juga.

Kuliah Maulana Asri

 

One Response to “Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 84 Bab Tidur Terlentang Di Dalam Masjid”

  1. […] Buang Air Besar Duduk Dan Bertinggung, Mana Lebih Bagus | Apa jenis jamban yang anda pakai di rumah? Kalau kita duduk di taman perumahan biasanya ada dua jenis jamban. Satu jenis bertinggung secara tradisi turun temurun yang diajar oleh tok nenek kita dan satu lagi jenis duduk sambil baca surat khabar yang diperturunkan oleh Barat. […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s