We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Points agama ringkas August 10, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:20 am

Sedutan dari kuliah yang didengar sepanjang perjalanan:

Menziarahi orang sakit seperti berada di taman syurga. Boleh perempuan melawat lelaki dan sebaliknya. Aisyah pernah minta melawat Bilal dan Nabi benarkan. Boleh juga melawat orang berlainan agama. Kerana Nabi pernah melawat Abu Talib dan seorang anak Yahudi. Nabi mengajak mereka masuk Islam. Anak Yahudi itu masuk Islam.

Nabi macam awan. Sifat awan: sentiasa bergerak. Tidak pernah minta bil.

Nabi ada kelebihan diberikan oleh Allah. Ada yang question kenapa Nabi dapat lebih macam isteri lebih, kuat daya seks dan sebagainya. Padahal, dunia ni pun ada. Macam raja above The law. Padahal tiada apa pun mereka. Allah memiliki segalanya. Suka Dialah nak beri kepada NabiNya. Ini semua adalah hidayah. Bukan semua orang dapat hidayah. Bersyukur sangatlah kita dapat hidayah.

Syiah kata mereka Ja’fariyah. Padahal, beliau sendiri tak mengaku mereka.

Anak Nabi ada empat orang yang hidup. Tapi hanya seorang sahaja yang diiktiraf Syiah. Mereka kata yang lain-lain itu bukan anak Nabi. Padahal, dalam Quran dikatakan ‘anak-anak’ Nabi. Bermakna, anak Nabi memang telah diisyaratkan sebagai ramai.

Syiah juga tidak mengiktiraf isteri-isteri Nabi. Padahal Allah sebut dalam Quran membersihkan mereka.

Zaman Umar, ada dua imam terawih. Satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan. Zaman ali pun begitu juga. Bukan di masjid yang sama. Perempuan pun boleh jadi imam kepada perempuan. Lebih elok begitu. Tidak bercampur.

Tidak elok mengkhususkan surah surah pendek dalam solat terawih. Kena pakai surah panjang. Tak termasuk dalam bab ini tentang kena tengok makmum kot ada yg tua. Sebab itu hanya dalam solat fardhu. Solat sunat boleh panjang. Dan makmum boleh duduk kalau penat.

Takbiratul ihram. Mengharamkan segala perkara yang halal sebelum itu melainkan apa yang dibenarkan oleh Nabi.

Apabila Nabi sampai ke Madinah, sudah ada dua perayaan. Maka ditukar dengan eidul fitri dan eidul Adha. Selalunya puasa sebelum beraya. Maka eidul Adha, disunatkan puasa pada hari arafah bagi yang tidak melakukan haji.

Pasal puasa ada dalam ayat 183-188 baqarah. Tidak ada dalam Quran dimana diletakkan didalam satu tempat. Ini sahaja. Di tengah selepas kisah Yahudi. Merekalah yang telah melakukan kepincangan. Sampai bunuh Nabi mereka.
Allah tak beri limit kepada pahala puasa. Kita tak pusing ibadat. Macam mereka tangkap ikan hari Sabtu. Tapi kita apabila diberi puasa kita tak ejas.
Tawaran Allah – jadi bertaqwa.

Bila baca Quran, rasalah bahawa Allah berkata dengan kita.

Perkataan Niat itu diambil dari perkataan ‘nawa’ – biji. Maka ianya adalah perkara hati.

Ibn Sina bukanlah satu sumber rujukan dalam bab agama. Bab pengubatan itu bolehlah. Tapi dia juga ada menulis tentang falsafah. Dan kalau penulisan itu adalah pandangan dia, maka dia adalah sesat. Sampai Ibn Taimiyyah kata dia dah kafir. Keluarganya adalah Syiah Qaramitah Ismailiyah tapi dikatakan dia tidak setuju dengan pendapat mereka. Kalau dari surat-surat yang dia, menunjukkan dia berada atas landasan tauhid yang benar. Mungkin dia hanya menghuraikan falsafah aristotle.

Contoh Keindahan Quran. Ayat 143 baqarah ada perkataan tengah. Dan ianya terletak di tengah.
Tiada dua hati dalam ‘lelaki’.
Musa dan isa dua dua untuk israil. Tapi Musa panggil kaumnya kaumku. Tapi isa ayahnya tiada maka dia panggil wahai kaum bani israil.
Warabbaka fakabbir. Wa digunakan sebagai permulaan ayat. Ayat ini adalah palendrome. Terbalik pun sama juga.

Puji itu ada empat jenis. Qadim puji Qadim. Qadim puji hadis. Hadis puji Qadim dan hadis puji hadis. Semuanya balik kepada Allah. Kerana Allah lah bertanggungjawab menjadikan semua itu. Alhamdulillah lain dengan hamd. Alhamdulillah itu menyeluruh.
Kalau puji orang tu, kena lapik dengan nama Allah. Jangan puji sangat sampai tak nampak Allah dah.

Beza ilmuan: di mekah Madinah, tak pakai ilmu mantik sebab diharamkan belajar. Jadi hujah mereka selalunya adalah dalil sahaja. Di Mesir, mantik terlajak sampai tak nampak dalil dah. Di Pakistan dan India, mereka boleh dua-dua. Jadi mereka boleh berhujah panjang tanpa mereka meninggalkan nas naqli. Mereka mendirikan naqli sebelum akal. Maka, mereka lebih baik dari dua aliran yang lain itu.

Dari sumber hadis, masa yang baik berdoa adalah dihujung hari Jumaat. Elok kalau terus duduk di masjid menunggu waktu maghrib dan berdoa disitu. Allah akan makbulkan. Dalam hadis dikatakan orang yang ‘solat’ waktu itu. Tapi waktu itu tidak dibenarkan solat. Tapi Nabi jawap, sesiapa yang menunggu waktu solat dikira sedang solat juga.
Doa orang Pakistan pandai. Mereka sampai menangis nangis. Mereka kaitkan dengan kehidupan mereka. Mereka memohon ampun dan memohon kebaikan.

Doa yang bagus adalah doa empat perkara yang Nabi mohon perlindungan dalam tashahud: dari neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah Dajjal. Neraka dan azab kubur senang faham. Maksud fitnah kehidupan adalah dugaan dari orang orang yang hidup. Ada orang yang masih hidup, boleh menjerumuskan kita ke dalam maksiat. Anak, sahabat, mak ayah, kawan-kawan, ulama salah dan sebagainya. Fitnah mati adalah dari orang mati. Walaupun mereka dah mati tapi ada kesan lagi peninggalan mereka. Macam Abuya masih lagi ada saki baki ajaran dia. Antaranya, salam keliling selepas solat jemaah.
Mohon selamat dari Dajjal. Memang Dajjal yang besar kita tak sempat nak jumpa agaknya. Tapi Dajjal Dajjal kecil ada. Dajjal itu maksudnya yang menunjukkan yang buruk sebagai baik kepada kita. Kita mohon kepada Allah supaya tidak terpedaya dengan mereka.

Ada seorang sahabat minta nasihat yang pendek dari Nabi. Nabi jawap, beriman dengan Allah dan istiqamah.
Beriman dengan Allah kena ada tiga serangkai: percaya bahawa Allah Tuhan, Allah yang wajib disembah dan Asma wa sifat.
Percaya bahawa Allah lah yang menjadikan alam ini. Bukan mother nature. Banyak yang keliru. Sampai mereka percaya chaos theory, darwin dan sebagainya. Ada yang percaya manusia dari monyet pun ada juga. Dan mereka ada keliru dengan pentadbiran Allah. Mereka rasa kalau pakai macam feng shui tu boleh. Padahal itu bukanlah maksud dalam kaedah ‘usaha’ dan sebab musabbab. Ada dua jenis sabbab sahaja. Pertama: hukum adat. Kalau makan, kenyang. Kalau tidur, lega. Kalau makan ubat, sihat. Itu adalah hukum adat. Kalau kita terima, tak dikatakan syirik. Sabbab kedua: jikalau ada nas yang sahih yang menngatakannya. Contohnya, madu menyembuhkan, habbatus sauda’ baik untuk kesihatan dan minyak zaitun baik untuk kesihatan. Walaupun kalau sains tidak menerimanya, tapi sebab Nabi sendiri yang cakap, kita terima.

Berdoa dan meminta tolong hanya kepada Allah. Kalau minta tolong kepada manusia, kena ada beberapa syarat. Pertama, dalam keupayaan yang diminta tolong. Kedua, yang hidup. Kerana yang mati tidak mendengar dan tidak dapat tolong. Ketiga, kalau dia hidup lagi, boleh tahu kita minta tolong. Jangan seru jarak jauh.

Hadis 38 dalam hadis 40 menceritakan tentang ‘taqarrub’ kepada Allah. Dan Allah mengatakan tentang ibadat ‘fardhu’, bukan ibadat sunat. Mungkin kita tak perasan. Atau kita dah selalu sangat buat sampai kita tidak menjaga kualiti lagi. Atau tidak buat dengan betul. Kita ingat dah betul dah.

Taat kepada ibubapa adalah mutlak. Umar pernah suruh Ibn Umar ceraikan anaknya. Bila Ibn Umar tanya Nabi, Nabi suruh turutkan. Nabi Ismail pun ikut kata Nabi Ibrahim untuk ‘tukar pintu’ bermaksud menceraikan anaknya. Dan dia turut.

Banyak pengajaran dan saranan dari Allah dalam Quran. Bukan berkenaan syariat sahaja. Guru selal mengajar pasal syariat sahaja. Sebab itu manusia tak jalankan kehidupan seperti yang Allah ajar. Sebagai contoh, ayat kahwin dua tiga empat itu. Dimulakan dengan kata kahwin dengan orang yang kita suka. Maknanya kenalah orang yang kita suka. Yang ada selera. Kalau tak, itu yang tak tahan lama kalau kahwin.

Allah juga telah cerita tentang alam lama dah. Orang sains yang baru nak tahu. Macam Allah telah beritahu bahawa matahari itu memang ada orbit, cuma orang dulu sahaja yang kata matahari tak bergerak. Tapi apabila sains dah maju, baru tahu bahawa matahari pun bergerak juga.

Istiqamah bermakna tetap berada atas agama Allah tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan walau sesaat. Tidak berbuat maksiat langsung. Bukan hanya maksud ‘consistent’.

Kelebihan menghafal Quran. Nabi akan dahulukan orang yang hafal Quran untuk kebumi. Kalau jadi ketua, Nabi suruh pilih yang paling banyak hafal Quran. Kaum Yahudi dulu ulama mereka boleh ubah kitab sebab mereka tak hafal kitab mereka. Jadi bila diubah, umat tak perasan.

Untuk mengahwinkan anak dara, kena tanya dan dapatkan persetujuan dia. Cuma kalau dia diam, itu tanda setuju. Kalau janda, kena dapatkan persetujuan dia, tapi kena cakap dengan jelas. Tak boleh diam diam.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s