We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 80 Bab Orang Musyrik Masuk Ke Dalam Masjid August 1, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 9:51 pm

بَاب دُخُولِ الْمُشْرِكِ الْمَسْجِدَ

Bab 55 Orang Musyrik Masuk Ke Dalam Masjid

Imam Bukhari tak sebut hukum orang musyrik dalam masjid dalam tajuk ini sebab memang ada khilaf dalam perkara ini. Jadi sebab dia beradab, dia tidak sebut dia kritik pendapat orang lain. Cuma dia akan berikan pendapatnya tentang perkara ini dan dalil darinya. Pendapat Imam Bukhari adalah ianya adalah harus. Ini kita boleh tahu berdasarkan hadis yang dibawanya.

Mazhab Malik tidak benarkan orang kafir masuk masjid. Syafie tidak mengapa. Kaabah sahaja tak boleh pada pendapat mazhab Syafie. Mazhab Hanafi kalau Masjidilharam pun boleh. Maka semua ada pendapat dan hujah masing-masing. Yang kata tak boleh itu adalah kerana orang-orang kafir itu adalah orang yang tidak menghormati Allah. Maka tidak boleh bawa mereka masuk dalam masjid. Tapi yang tidak setuju dengan pendapatitu mengatakan tidak jelas pendapat yang mengatakan bahawa tidak boleh dibawa masuk orang kafir dalam masjid.

Ada ayat yang mengatakan bahawa orang kafir itu adalah najis. Tapi apakah makna ‘najis’ itu? Najis yang ada pada mereka adalah najis kepercayaan mereka. Bukanlah tubuh mereka yang najis. Sebab kalau kita sentuh mereka pun kita tidak kena basuh balik tangan kita.

Lalu bagaimana dengan ayat Quran yang mengatakan orang kafir tidak boleh memasuki Masjidilharam?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا

 

ertinya: Wahai orang2 beriman, Sesungguhnya orang2 musyrik adalah najis. Maka janganlah mereka mendekati masjidil haram selepas tahun ini. (Al-Taubah: 28).

Mereka yang tidak membenarkan orang kafir memasuki masjid menggunakan ayat ini sebagai dalil. Kalau Masjidilharam tidak boleh, masjid yang lain pun tidak boleh juga. Bukankah Imam Bukhari pun telah menggunakan dalil yang seperti ini dalam tajuk sebelum ini? Iaitu tentang kunci pada Kaabah? Dia menggunakan dalil kalau Kaabah boleh dikunci, maka masjid-masjid yang lain pun boleh juga dikunci. Sebab itulah Imam Bukhari menghormati pendapat orang lain kerana mereka ada hujah juga.

Tapi kepada Imam Bukhari, bukan Kaabah sahaja ada kunci. Dia juga membawakan dalil masjid binaan Ibn Abbas juga. Maka bukanlah hanya Kaabah sahaja yang ada kunci. Dan ada hadis dimana Nabi pun membawa masuk orang kafir dalam masjid seperti hadis yang dibawa dibawah nanti.

Dan Imam Syafie pun mengatakan boleh orang kafir memasuki masjid. Asalkan mendapat kebenaran orang Islam dan mereka menjaga adab dalam masjid. Contohnya tidak pakai kasut dan kena tutup aurat. Kalau mereka tak jaga adab, wajib untuk kita menghalang mereka.

Imam Ahmad berpendapat bukan hanya Masjidilharam orang kafir tak boleh masuk. Tanah Haram pun tak boleh juga.

Ini adalah satu soalan yang sering ditimbulkan: Kenapakah Syiah dibenarkan beribadat di Tanah Haram? Padahal, Saudi itu bermazhab Ahmad yang mengatakan orang kafir tak boleh masuk Tanah Haram pun. Jawapannya kerana kalau mereka tak benarkan, umat Islam akan marah juga. Kerana ada yang tak faham bahawa Syiah itu kafir. Dan di pasport mereka pun tulis Islam. Kalau ditulis Syiah, bolehlah mereka halang dari masuk Tanah Haram. Macam kalau di negara Pakistan, mereka yang berfahaman Qadiani ditulis ‘qadiani’ dalam kad pengenalan mereka. Sebab itulah Guru Nanak pun pernah pergi bertawaf di Kaabah. Dan memang Nabi pernah ditunjukkan Dajjal tawaf di Kaabah. Itu adalah dalam alam mithal. Menunjukkan bahawa ada orang yang bukan Islam pun ada tawaf di Kaabah. Zahirnya mereka tawaf tapi sebenarnya mereka bukan Islam. Dalam hadis dikatakan Dajjal tidak boleh masuk Tanah Haram. Oleh itu yang ditunjukkan kepada baginda itu adalah alam mithal.

Imam Bukhari berpendapat bahawa ayat Quran yang mengatakan tidak boleh orang kafir masuk Tanah Haram itu adalah tidak boleh melakukan ibadat lagi di situ. Bukan tidak boleh berada di situ. Oleh itu, orang kafir boleh masuk Tanah Haram, cuma mereka tidak boleh tawaf dan saie lagi di sana. Kerana sebelum itu, memang mereka melakukan dua ibadah itu pun. Tapi dengan cara mereka. Tidak boleh lagi. Nabi telah menghantar sahabat untuk mengisytiharkan kepada orang ramai bahawa selepas tahun ke 9, mereka tidak boleh lagi beribadat di situ. Disebut dengan jelas bahawa mereka tidak boleh lagi tawaf telanjang lagi dah.

Banyak Hadis orang kafir masuk masjid. Ada yang masuk kerana hendak bertanya tentang agama kepada Nabi dan kemudian masuk Islam. Ada juga wakil dari tempat lain yang datang menemui Nabi. Ada juga orang kafir yang datang hendak membayar wang tebusan mereka yang kena tangkap semasa perang Badr. Nabi siap suruh pasangkan khemah untuk mereka dalam masjid.

Banyak kelebihan kalau membenarkan orang kafir memasuki masjid. Didalamnya mereka boleh melihat keindahan Islam. Ramai yang masuk Islam cara begini.

Dan bukan zaman Nabi sahaja yang benarkan orang kafir memasuki masjid. Selepasnya pun dilakukan oleh para khalifah. Jadi kita tidak boleh kata yang ianya adalah hanya khas sebagai perbuatan Nabi sahaja.

Ada seorang ulama yang memberikan maksud yang menarik atas larangan Quran kepada orang kafir untuk memasuki masjid. Dia mengatakan bahawa ianya adalah berkenaan dengan politik. Macam rumah kita, takkan kita benarkan orang masuk ke semua bahagian rumah. Tentulah ada bahagian kita tidak benarkan. Malah kita mungkin kunci. Begitulah juga dengan negara kita. Masjidilharam itu adalah tempat perkumpulan umat Islam sedunia. Sepatutnya disitulah ada mesyuarat tahunan yang dijalankan. Jadi kerana pentingnya tempat muktamar sebegitu, tentulah tidak sesuai kalau dibenarkan orang kafir memasukinya. Kerana mestilah ada rahsia yang kita tak mahu mereka tahu. Ini adalah dari sudut politik. Menarik juga pandangan dia. Bukanlah kita hanya melihat dari sudut fekah sahaja. Kadang-kadang kita bertindak balas kepada orang kafir kerana sebab politik. Contohnya mereka ada membunuh orang Islam. Maka kita tidak beli barang mereka. Macam kita tak benarkan penggunaan nama Allah. Kerana kita tahu bahawa mereka ada agenda untuk menggunakan nama Allah di negara ini. Maka kita tidak boleh benarkan. Selagi kita ada kuasa, selagi itu kita tidak boleh benarkan.

449 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْلا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ مِنْ بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ لَهُ ثُمَامَةُ بْنُ أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ

449. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Sa’id bin Abu Sa’id bahwa dia mendengar Abu Hurairah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengirim pasukan berkuda mendatangi Najed, kemudian pasukan tersebut kembali dengan membawa tawanan seorang laki-laki dari kabilah Bani Hanifah yang bernama Tsumamah bin Utsal. Kemudian laki-laki itu diikat di salah satu tiang masjid.

Hadis ini telah dibincangkan dengan panjang lebar sebelum ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s