We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 79 Bab Pintu-Pintu Dan Penyelak Pintu Ka’bah Dan Masjid-Masjid July 31, 2013

وَالْغَلَقِ لِلْكَعْبَةِ وَالْمَسَاجِدِ قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ لِي عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ يَا عَبْدَالْمَلِكِ لَوْ رَأَيْتَ مَسَاجِدَ ابْنِ عَبَّاسٍ وَأَبْوَابَه

Bab 54 Pintu-Pintu Dan Penyelak Pintu Ka’bah Dan Masjid-Masjid. Abu Abdullah berkata: Abdullah bin Muhammad telah berkata kepadaku: Sufyan telah menceritakan kepada kami daripada Ibnu Juraij katanya: Ibnu Abi Mulaikah berkata kepadaku: “Wahai Abdul Malik! Kalaulah engkau melihat masjid-masjid Ibnu Abbas dan pintu-pintunya,….”.

Tajuk ini hendak membicarakan bolehkah tutup dan kunci masjid? Ada ayat tentang orang yang melarang orang solat di masjid. Allah marah dengan orang-orang sebegini. Adakah mengunci dan menutup pintu termasuk golongan sebegini? Ayat ini boleh kita rujuk dalam 2:114

2:114
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

Tujuan Imam Bukhari buat tajuk ini:
1. Hukum memasang pintu dan selak di masjid.
2. Hukum menutup pintu masjid.
3. Apakah menutup pintu masjid menghalang orang untuk beribadat?
4. Apakah perbuatan sahabat dalam hal ini?

Memasang pintu masjid dan selak dalam keadaan biasa adalah harus. Menyempurnakan binaannya adalah mustahab. Tapi kalau hendak memelihara barang berharga dalamnya, adalah wajib menutupnya. Sekarang pun memang tak boleh nak biarkan bebas tanpa tutup. Orang jahat sekarang ramai. Macam-macam mereka akan ambil. Tapi janganlah tutup semua sekali. Hendaklah dibiarkan sebahagian untuk orang datang beribadat. Pagar jangan ditutup. Sebab mungkin ada yang hendak menjalankan ibadat qiyamul lail.

Membuka dan menutup pintu masjid yang dilakukan oleh siak itu tidak bererti menghalang orang beribadat. Tidak termasuk dalam golongan orang yang disebut dalam ayat Quran 2:114. Amalan sahabat pun begitu juga. Ini kita boleh lihat dari atsar Ibn Abbas. Kerana pintu Kaabah pun ditutup juga. Pun ada kunci juga. Ini kita boleh lihat dalam hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari. Yang penting, jangan tutup semua. Jangan tutup pagar terus. Biarkan ada ruang yang boleh digunakan.

Tengok keadaan samada sesuai atau tidak untuk menutup masjid atau tidak. Saidina Umar kena tikam waktu solat subuh. Maka pada zaman Muawiyah, dah kena solat dalam sangkar. Ini adalah untuk menyelamatkan khalifah dari ditikam, kerana keadaan dah jadi macam itu dah. Sangat terusk sekali. Kalau kita boleh menerima Muawiyah sebagai salah seorang Khalifah Rashidin Al-Mahdiyyin, maka bolehlah kita menerima perbuatannya ini sebagai ikutan orang kemudian. Malangnya, ramai yang tidak menerima Muawiyah kerana termakan dengan tohmahan puak Syiah.

Imam Bukhari nak kata untuk semua masjid. Tengok tajuk. Tapi yang hadis hanya ada pada Kaabah. Itu dia bawa athar Ibn Abbas.
Dia juga qiyas dengan Kaabah. Kalau Kaabah ada kunci, masjid lain pun boleh. Qiyas awlawi. Kalau kaabah yang sentiasa ada orang pun ada dikunci. Dia bukan zahiri.

Ibn Abbas buat masjid yang cantik dan hebat. Ada pintu dan kunci. Atsar itu dibawah oleh Ibn Juraij. Ibn Juraij adalah seorang yang baik. Tapi Syiah kata Ibn Juraij mutaah sampai 90 orang. Mereka menjadikan kisah dongeng itu sebagai dalil untuk mengatakan bahawa ahli sunnah pun buat nikah mutaah juga. Di katakan masjid Ibn Abbas itu merujuk kepada masjid yang berada di taif. Tapi dari segi bahasa, nampaknya bukan satu sahaja (masjid-masjid). Ini lebih masuk akal kerana para sahabat banyak bina masjid.

448 حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالا حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ مَكَّةَ فَدَعَا عُثْمَانَ بْنَ طَلْحَةَ فَفَتَحَ الْبَابَ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِلالٌ وَأُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ وَعُثْمَانُ بْنُ طَلْحَةَ ثُمَّ أَغْلَقَ الْبَابَ فَلَبِثَ فِيهِ سَاعَةً ثُمَّ خَرَجُوا قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَبَدَرْتُ فَسَأَلْتُ بِلالا فَقَالَ صَلَّى فِيهِ فَقُلْتُ فِي أَيٍّ قَالَ بَيْنَ الاسْطُوَانَتَيْنِ قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَذَهَبَ عَلَيَّ أَنْ أَسْأَلَهُ كَمْ صَلَّى

448. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man dan Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Makkah. Baginda memanggil ‘Utsman bin Thalhah, ‘Utsman pun membuka pintu (Ka’bah) dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam masuk diikuti oleh Bilal, Usamah bin Zaid, dan ‘Utsman bin Thalhah, lalu pintu ditutup. Baginda berada di dalam seketika kemudian mereka keluar.” Ibnu Umar berkata, “Aku pun bersegera untuk mendapatkan mereka. Aku bertemu Bilal untuk menanyakan sesuatu (tentang solat Nabi dalam Kaabah), Bilal pun menjawab, “Baginda melaksanakan shalat di dalamnya.” Aku bertanya lagi, “Di bahagian mana?” Bilal menjawab, “Di antara dua tiang.” Ibnu Umar berkata, “tapi aku terlupa bertanya berapa rakaat Nabi telah salat.”

Uthman bin Talhah adalah dari keturunan pemegang kunci Kaabah. Beliau telah masuk Islam pada tahun perjanjian Hudaybiyah pada tahun 6 Hijrah. Selepas Pembukaan Mekah, kunci Kaabah diserahkan kepadanya, dan dia telah pulang hidup bersama Nabi di Madinah. Kerana dia Muhajirin. Selepas Nabi wafat baru dia tinggal di Mekah. Tugas dia jaga kunci Kaabah sampai dia meninggal. Nabi serahkan kepada keturunannya sampai kiamat.

Dari hadis ini, kita dapat tahu bahawa apabila Nabi dan sahabat telah masuk ke dalam Kaabah, pintu Kaabah telah dikunci dari dalam. Inilah yang Bukhari nak ambil. Yang dipanggil Utsman itu pun supaya disuruh buka itu pun sebab sebelum itu memang pintu Kaabah dikunci. Nabi tak larang pintu Kaabah dikunci. Kisah ini terjadi pada Pembukaan Mekah.

Kenapa selepas Nabi masuk, pintu Kaabah dikunci dari dalam?

1. Supaya Nabi berada dalam keadaan tenang di dalamnya tanpa gangguan. Tentu kalau tak dikunci, akan ramai nak masuk. Inilah kali pertama yang Nabi boleh masuk selepas sekian lama. Macam-macam lagi benda-benda syirik ada dalam Kaabah. Nabi nak bersihkan dalamnya. Takut kalau orang lain nampak, apakah mereka akan kata. Takut mereka kata Nabi mengagungkan benda-benda yang masih ada di dalam Kaabah itu. Padahal baginda nak bersihkan.
2. Takut kalau orang lain nampak, mereka ingat perbuatan Nabi itu adalah satu ibadat untuk diikuti. Padahal tujuan Nabi adalah untuk bersihkan bahagian dalam Kaabah. Kali ini lah baru Nabi berkuasa di Mekah dan Nabi nak periksa keadaan dalam Kaabah.
3. Dengan menutup pintu dari dalam, baginda dapat meninjau dengan teliti apakah yang perlu dibaiki.
4. Supaya orangramai tidak menganggap masuk Kaabah adalah satu keperluan. Nabi masuk sekali sahaja. Nabi pernah buat umrah selepas itu pun tidak masuk Kaabah. Bukanlah masuk Kaabah adalah sebagai penyempurnaan ibadah. Kalau ianya dikira satu ibadat, tentu ramai orang nak masuk dan tentu itu tidak sesuai.

Ibn Umar tanya sebab dia suka ikut ittiba’ soori. Yang tak perlu ikut pun dia nak ikut. Maka kalau perbuatan Nabi yang kecil pun dia ikut, yang besar tentulah.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Kaabah mempunyai selak dan kunci. Masjid lain pun sama juga. Satu ruang ada dikunci dan ada bahagian yang dibuka.
  2. Jika ada keperluan, pintu masjid boleh dikunci dari dalam atau luar.
  3. Keluarga Utsman bin Thalhah telah menjaga kunci Kaabah sejak dari zaman jahiliah lagi. Nabi mengekalkan penjagaan kunci itu kepada keluarga mereka selepas Pembukaan Mekah.
  4. Nabi masuk Kaabah semasa Pembukaan Mekah bersama Bilal, Utsman bin Thalhah dan Usamah bin Zaid. Bilal adalah kerana orang kanannya. Utsman kerana beliaulah yang memegang kunci Kaabah. Usamah bin Zaid kerana beliau membonceng Nabi.
  5. Nabi tidak membenarkan orang lain masuk bersama baginda waktu itu kerana ada maslahah. Bukan nak meminggirkan orang lain. Tak boleh nak masuk ramai-ramai dalam Kaabah.
  6. Tidak lama Nabi berada dalam Kaabah. Tapi baginda sempat solat sunat di situ.
  7. Ibn Umar amat suka mengikuti apa sahaja perbuatan Nabi. Menghayati Sunnah Nabi semata-mata. Ittiba soori pun penting baginya. Janggut itu ittiba’ soori atau ittiba’ haqiqi? Ada yang kata ianya adalah soori sahaja dan ada yang kata ianya haqiqi – wajib. Apapun tak boleh perlekeh sesiapa yang nak simpan janggut. Tidak pernah jumpa mana-mana hadis yang Nabi pernah cukur janggut.
  8. Imam Bukhari gunakan hadis ini sebagai dalil untuk mengatakan bahawa boleh dikunci pintu masjid jika ada keperluan.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s