We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Travelog Minda Tajdid – Book July 29, 2013

Filed under: Books — visitor74 @ 12:42 am

20130729-004146.jpg

Alhamdulillah. Dapat saya habiskan buku kecil Dr Asri ini. Bukan senang hendak membaca buku sekarang. Saya baca sikit-sikit.

Dulu saya selalu baca dan dengar ceramah beliau. Tapi sekarang tidak lagi. Kerana ada banyak lagi ulama sunnah yang sudah saya kenali. Tapi saya tidak lupa bahawa dialah yang memperkenalkan saya kepada jalan sunnah dan sayang kepada ilmu hadis. Dan saya rasa bukan saya sahaja yang rasa begitu. Semenjak beliau menjadi Mufti Perlis, banyak pembaharuan yang dia lakukan. Alhamdulillah, apabila beliau mendapat pangkat, beliau gunakan dengan sebaiknya. Kesannya mendalam sampai sekarang. Ulama ahli sunnah semakin bercambah. Kalau dulu, mereka boleh dikatakan tidak dikenali, tapi sekarang tidak lagi.

Ramai orang yang sayang dengan Dr. Asri. Tapi ramai juga yang membencinya. Pemikirannya kritis. Rajin dia menulis dan tulisannya amat menarik sekali. Dia tidak berkiblatkan mana-mana parti politik. Dan kerana itu saya senang membaca karyanya. Beliau akan tegur mana yang salah tanpa rasa ragu – without fear or favour. Begitulah yang sepatutnya.

Buku ini banyak pengajarannya. Dia menceritakan pengalamannya. Saya berdoa semoga saya mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan sepertinya. Menghambakan diri kepada agama. Memberi pencerahan kepada manusia. Dalam keadaan sekarang, amat payah kerana sibuk dengan segala. Entah Allah akan makbulkan atau tidak.

Semoga Allah terus memberi ruang kepada beliau untuk terus berkarya dan memberi pandangan beliau tentang keadaan semasa. Kedudukan beliau membolehkan beliau menegur dimana mampu. Orang lain tidak dikenali sangat. Tapi beliau, walau tiada jawatan penting lagi, tapi dicari orang. Suara beliau masih bergema.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s