We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 76 & 77 & 78 Bab Pintu Kecil Dan Tempat Lalu Di Dalam Masjid July 29, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 5:11 pm

بَاب الْخَوْخَةِ وَالْمَمَرِّ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 53 Pintu Kecil Dan Tempat Lalu Di Dalam Masjid

الْخَوْخَةِ Itu adalah pintu kecil. Yang bersambung antara satu rumah ke rumah yang lain. Dalam hadis ini, ianya bersambung dengan masjid Nabi. Mungkin ada persamaan dengan bab 40 sebelum ini iaitu melalui masjid. Tapi kali ini, ianya lebih khusus lagi iaitu berkenaan dengan melalui pintu kecil itu. Kelebihannya, kita dapat tahu tentang apakah yang terjadi pada zaman Nabi.

Asalnya, muslimin mengadap kiblat ke Baitulmaqdis. Kemudian bertukar ke kiblah Kaabah. Maka itu adalah arah utara dan selatan. Maka kiri dan kanan ada dibina rumah-rumah yang bersambung dengan masjid. Kalau tak bersambung pun, dekat sangat. Mereka yang duduk disitu, mereka masuk masjid ikut الْخَوْخَةِ itu. Orang lain ikut pintu biasa kerana rumah mereka tidak berdekatan dengan masjid. Bukan semua orang boleh ada begitu. Yang duduk berdekatan dengan masjid itu terutamanya adalah keluarga Nabi. Setelah sekian lama, baginda memerintahkan semua الْخَوْخَةِ yang menghala ke dalam masjid ditutup kecuali pintu Abu Bakr. Maka mereka yang rumah dekat dengan masjid pun kena masuk ikut pintu biasa macam orang lain. Kenapakah jadi begitu? Itulah persoalannya. Itulah yang hendak dibawa oleh Imam Bukhari. Ada 4 perkara sekurang-kurangnya yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya ini.
1. Hukum menggunakan pintu kecil untuk lalu ke dalam masjid.
2. Perkataan baab – pintu dalam hadis pertama adakah kena pakai makna asalnya atau kena pakai perkataan الْخَوْخَةِ.
3. Adakah benar rumah Abu Bakr terletak di Sunn? Sebab ada kisah bila Nabi meninggal, orang panggil dia yang duduk jauh iaitu di satu tempat yang bernama Sunn. Jadi macam mana pula ada kisah pintu rumah Abu Bakr yang terus ke masjid ini? Sampai ada kata hadis ini mengarut sahaja. Padahal rumah dia bukan ada kat sebelah masjid. Ini penting untuk dijelaskan.
4. Benarkah pendapat yang mengatakan ada dua perintah tentang penutupan pintu itu? Ada pula kisah yang mengatakan pernah Nabi menyuruh untuk tutup semua pintu kecuali pintu rumah Ali. Manakah yang benar? Benda ini penting untuk dicerahkan. Terutama kepada mereka yang menghadapi Syiah. Syiah pandai seleweng maklumat. Dan mereka menggunakan alasan itu untuk mengatakan bahawa ketinggian Ali berbanding sahabat yang lain.

Berikut adalah jawapan kepada empat perkara yang ditimbulkan diatas:

1. Apakah hukumnya ada pintu yang menghala ke dalam masjid? Macam mana pula kalau sekarang ada rumah tok imam yang terus masuk ke masjid? Imam Bukhari dan jumhur ulama berpendapat larangan baginda ini adalah hanya untuk Masjid Nabi sahaja. Dan untuk sementara waktu sahaja. Iaitu semasa baginda sebut itu. Bukan selama-lamanya. Kerana kalau selama-lamanya, pintu rumah Abu Bakr pun tak dibenarkannya. Jadi kenapa Nabi suruh tutup pintu-pintu rumah yang lain?
Sebagai isyarat kepada keistimewaan Abu Bakr. Tidak ada yang lebih banyak berjasa dari Abu Bakr.
Juga sebagai iIsyarat kepada kedudukan khalifah selepas baginda. Itulah yang terjadi pun – Abu Bakr telah dipilih menjadi Khalifah selepas wafatnya Nabi. Baginda nak isyarat dengan arahannya itu bahawa yang layak menggantikan dia adalah Abu Bakr. Orang lain tak dapat kelebihan macam ini.
Oleh kerana Abu Bakr akan menjadi pemimpin selepas baginda, maka kenalah ada kemudahan untuk Abu Bakr. Senang untuk Abu Bakr hendak masuk masjid untuk jadi imam. Kerana seorang pemimpin negara adalah juga seorang ketua dalam ibadat. Apabila dia ada pintu yang terus ke dalam masjid, senang untuk beliau memasuki masjid. Kerana kalau orang ramai berpusu-pusu, tentulah agak susah kalau dia hendak masuk dan pergi ke depan untuk menjadi imam.
Menghapuskan salah faham di masa hadapan, takut nanti orang akan ingat ada kelebihan kepada sahabat-sahabat yang dibenarkan pakai pintu ke masjid. Nabi nak isyarat bahawa Abu Bakr sahaja ada kelebihan. Jadi, Nabi suruh yang selain dari Abu Bakr untuk tidak menggunakan pintu rumah mereka ke masjid.
Melenyapkan terus spekulasi siapakah yang akan jadi khalifah selepas baginda. Kalau ramai ada pintu, orang tak pasti siapakah yang layak jadi khalifah sebab ada ramai yang diberi kelebihan menggunakan pintu ke masjid. Sekarang hanya ada Abu Bakr sahaja.

2. Perkataan baab – pintu tidak dipakai dan sepatutnya pakai perkataan perkataan: الْخَوْخَةِ. Itulah sebabnya Imam Bukhari pun pakai perkataan الْخَوْخَةِ dalam tajuknya. Itu menunjukkan bahawa Imam Bukhari berpendapat itulah perkataan yang sepatutnya digunakan. Tidak pernah ada pintu besar yang masuk ke dalam masjid. Yang menggunakan perkataan ‘pintu’ itu pun sebagai kata umum sahaja.

3. Selain dari ada rumah di Sunn di pinggir Madinah, Abu Bakr pun ada rumah yang bersebelahan dengan Masjid Nabi. Orang Syiah kata macam mana ada pintu pula sedangkan rumah dia jauh? Semasa Nabi wafat, Abu Bakr berada di rumahnya di Sunn. Di rumah isterinya yang bernama Habibah. Mereka lupa bahawa Abu Bakr ada dua orang lagi isteri. Dia ada lebih dari satu rumah. Adakah semuanya di Sunn? Yang pasti, dia ada juga rumah bersebelahan dengan Masjid Nabi. Orang Syiah cuba mengelirukan orang Islam dengan mengatakan tidak ada rumahnya di situ.

4. Memang benar ada satu lagi hadis yang sebut tutup semua pintu kecuali pintu Ali. Hadis yang lebih kurang dengan hadis yang kita bincangkan ini tapi kali ini sebut Ali pula. Memang ada dalam kitab ASWJ. Jadi, persoalannya, berapa kali arahan tutup pintu itu? Ada yang kata dua kali. Sekali sebut Ali dan sekali lagi sebut Abu Bakr. Mana dulu kalau begitu? Kalau tak tahu, itulah yang boleh terpengaruh dengan puak Syiah. Dalam kitab yang mana? Yang sebut pintu Abu Bakr ada dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Tapi yang sebut pintu Ali, dalam kitab yang lain. Mana yang sahih? Yang sahihnya adalah yang dalam Kitab Bukhari dan Muslim. Walaupun ada dalam kitab ASWJ pun, tapi tidak semestinya tarafnya sama dengan Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Ini kita kena faham. Kalau tidak, kita akan terpedaya. Kerana orang Syiah akan membawa kitab karangan ASWJ dan selalunya kalau kita tak tahu, kita akan ternganga.

Ada yang pakai jalan menjamakkan antara dua hadis itu. Pakai juga hadis yang meriwayatkan tutup semua pintu kecuali pintu rumah Saidina Ali. Walaupun hadis yang meriwayatkan nama Ali itu tidak sesahih yang menyebut nama Abu Bakr, tapi mereka pakai juga kerana mereka kata ada yang berstatus Ahad. Mereka kata mulanya Nabi suruh semua tutup semua pintu kecuali pintu Saidina Ali. Iaitu selepas dia menikah dengan Fatimah. Kejadian itu pada tahun ketiga hijrah. Kebenaran itu diberi untuk memudahkan Fatimah pergi ke rumah Nabi. Ada yang kata rumah Ali lain sikit – hanya ada satu pintu sahaja yang menghala ke masjid. Sebab itulah dibenarkan pintu rumahnya terus ke masjid. Kemudian di hujung hayat baginda, Nabi menyuruh ditutup pintu lain kecuali pintu Abu Bakr. Tapi kalau kita pakai pendapat yang menjamakkan ini, maka kenapakah Nabi kena cakap sekali lagi? – iaitu semasa mengatakan tutup semua pintu kecuali pintu Abu Bakr? Adakah sahabat buka balik laluan pintu kecil mereka? Maka degil lah sahabat kalau begitu. Sudah disuruh tutup, ada mereka yang buka pula. Syiah sukalah kalau cerita macam itu, sebab menunjukkan para sahabat memang tak boleh pakai. Timbul pula dulu pintu besar, maka sahabat buat الْخَوْخَةِ pula. Itu yang Nabi suruh tutup lagi tu. Macam Yahudi pula. Iaitu syiah nak kata bahawa sahabat putar belit. Macam Yahudi dulu tidak dibenarkan menangkat ikan hari sabtu – jadi mereka tinggalkan pukat hari jumaat dan angkat hari ahad.

Tapi ada yang mengatakan hadis itu adalah palsu, bukan bertaraf ahad pun. Ianya adalah rekaan Syiah sahaja sebab nak melebihkan Ali. Dah perangai Syiah dah selalu buat macam itu. Imam Bukhari pilih jalan ini. Sebab itulah beliau hanya mengisahkan hadis yang menyebut tentang khaukhaf Abu Bakr sahaja. Semua riwayat yang ada sebut pintu Ali itu ada masalah. Walaupun diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ulama-ulama yang lain. Bukanlah kalau dimasukkan dalam kitab, kita terus menerimanya sebagai sahih. Ada kemungkinan mereka tersilap. Ataupun ulama memasukkan dalam kitab mereka sebagai perbandingan antara hadis yang palsu dan yang sahih. Bukanlah apabila ada dalam kitab mereka, terus boleh terima. Setelah dikaji, memang perawi yang meriwayatkan hadis yang menyebut pintu Ali itu memang mempunyai masalah yang besar. Ada perawi yang jelas adalah syiah. Dan hadis yang mereka riwayatkan menyokong fahaman mereka. Dalam ilmu hadis, ini tidak boleh diterima. Jadi, dari ini kita boleh terima bahawa pendapat yang mengatakan hadis itu dhaif atau palsu adalah lebih kuat dari pendapat yang menjamakkannya. Ini semua adalah hasil kerja ulama yang menjalankan kajian yang mendalam untuk mencapai kebenaran.

Kalau dilihat dari sudut dirayah (logik) pun tidak dapat diterima. Mereka kata pintu rumah Ali hanya ada satu pintu sahaja yang hanya menghala ke dalam masjid. Rumah orang lain ada dua pintu. Pintu depan dan satu lagi pintu belakang. Manakah dalilnya? Dalil yang ada adalah hadis yang palsu sahaja. Kalaulah itu sebabnya Nabi membenarkan tidak ditutup pintu rumah Ali, itu kerana keperluan, maka bukanlah ada kelebihan apa-apa kepada Ali. Kerana dibenarkan pintunya itu kerana keperluan sahaja. Kenapa pula pintu rumah Ali lain dari pintu rumah orang lain? Bukankah itu pelik? Syiah jawab sebabnya adalah Ali dibenarkan berada dalam masjid walaupun berjunub malah boleh bersama isteri dalam masjid. Sebab itu tak kisah kalau pintunya hanya ada yang menghala ke masjid. Mereka sampai sanggup mencipta hadis palsu. Begitu banyak jenayah mereka dalam Islam. Maka bagaimana kita hendak berlembut dengan mereka. Sebab itu adalah ulama yang kata, merkea yang tidak mengkafirkan Syiah hanyalah mereka yang tidak mengenali syiah sahaja. Kalau kenal syiah, tentu akan kata mereka itu kafir. Mereka hendak cipta dalil untuk mengatakan kemaksuman Ali.

Kalau nak kata mula-mula disuruh tutup semua pintu kecuali pintu Ali, kemudian arahan kedua itu, bagaimana kah dengan pintu Ali? Adakah kena tutup juga? Sebab arahan Nabi itu adalah supaya ditutup semua pintu kecil kecuali pintu kecil rumah Abu Bakr. Sebelum ini kata pintu dia ada satu sahaja. Kalau nak kata pintu dia pun terbuka juga, kenapa pula? Sebab dibenarkan pintu Abu Bakr adalah kerana memudahkan beliau untuk menjadi imam Masjid Nabi. Takkan nak kata Ali pun nak jadi imam juga. Sebab itu kita tak boleh nak pakai pendapat yang menjamakkan dua hadis itu.
Kalau ada yang terima dua-dua hadis Ali dan Abu Bakr itu betul, mereka akan tertipu dengan syiah. Sebab mereka akan kata Ali dibenarkan buka pintu, tapi Abu Bakr dibenarkan buka khauqah (pintu kecil) sahaja. Kemudian mereka akan kata: mana lagi besar? Pintu atau pintu kecil? Dengan itu mereka nak kata Ali lagi hebat dari Abu Bakr. Orang orang sebegini akan jadi mangsa Syiah sahaja. Mereka nak pasang perangkap. Mereka reka pula lagi hadis yang mengatakan Ali adalah pintu ilmu. Bukankah dalam hadis itu juga menceritakan pasal pintu juga?

446 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ حُنَيْنٍ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ خَطَبَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ خَيَّرَ عَبْدًا بَيْنَ الدُّنْيَا وَبَيْنَ مَا عِنْدَهُ فَاخْتَارَ مَا عِنْدَ اللَّهِ فَبَكَى أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ رضي الله عَنْهم فَقُلْتُ فِي نَفْسِي مَا يُبْكِي هَذَا الشَّيْخَ إِنْ يَكُنِ اللَّهُ خَيَّرَ عَبْدًا بَيْنَ الدُّنْيَا وَبَيْنَ مَا عِنْدَهُ فَاخْتَارَ مَا عِنْدَ اللَّهِ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ الْعَبْدَ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ أَعْلَمَنَا قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ لا تَبْكِ إِنَّ أَمَنَّ النَّاسِ عَلَيَّ فِي صُحْبَتِهِ وَمَالِهِ أَبُو بَكْرٍ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا خَلِيلا مِنْ أُمَّتِي لاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ وَلَكِنْ أُخُوَّةُ الاسْلامِ وَمَوَدَّتُهُ لا يَبْقَيَنَّ فِي الْمَسْجِدِ بَابٌ إِلا سُدَّ إِلا بَابُ أَبِي بَكْرٍ

446. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan berkata, telah menceritakan kepada kami Fulaih berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Nadlr dari ‘Ubaid bin Hunain dari Busr bin Sa’d dari Abu Sa’id Al Khudri berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berucap, “Sesungguhnya Allah telah memberi pilihan kepada seorang hamba untuk memilih antara dunia dan apa yang ada padaNya. Hamba tersebut memilih apa yang ada pada Allah.” Maka tiba-tiba Abu Bakar Ash Shidiq terus menangis (sebaik sahaja mendengar kata-kata Nabi itu). Aku pula berkata dalam hatiku, apa yang membuat orang tua ini menangis, kalau Allah memberi pilihan kepada seseorang hamba untuk memilih antara dunia dan apa yang ada di sisi- Nya lalu hamba tersebut memilih apa yang ada di sisi Allah?” Rupa-rupanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah yang dimaksudkan dengan ‘hamba’ tersebut. Dan Abu Bakr adalah orang yang paling alim dikalangan kami. Nabi berkata: “Wahai Abu Bakar, janganlah kamu menangis. Sesungguhnya manusia yang paling berbudi kepadaku dalam persahabatannya dan dalam hartanya adalah Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil sebagai khalil dari ummatku, tentulah Abu Bakar orangnya. Akan tetapi persaudaraan dan kasih sayang Islam (yang terjalin antara aku dan dia) melebihi orang-orang lain. Pastikan semua pintu rumah ke masjid ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar.

Nabi bersabda di hadapan orang ramai. Supaya orangramai dengan apa yang hendak disampaikan oleh baginda. Apabila Nabi mengatakan ada seorang hamba yang diberi pilihan antara dunia dan apa yang ada disisiNya, dan hamba itu memilih disisiNya, Abu Bakr terus menangis. Abu Said hairan kenapa beliau menangis. Abu Said tak faham tapi Abu Bakr faham bahawa hamba itu adalah Nabi sendiri. Cuma Nabi cakap berkias. Untuk Nabi mendapat balasan dari sisi Allah, kenalah baginda meninggalkan dunia ini. Maknanya baginda akan wafat tak lama lagi. Abu Bakr cepat tangkap sebab dia lah yang paling alim diantara sahabat. Abu Said pun cakap macam itu juga. Memang banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Abu Bakr. Banyak perkara adalah rahsia antara baginda dan Abu Bakr. Hijrah pun mereka berdua sahaja. Kerana Abu Bakr adalah orang kanan Nabi.

Apakah makna Khalil? Kenapa Nabi tak boleh ambil Abu Bakr sebagai Khalil walaupun Nabi hendak? Ada banyak makna Khalil itu. Makna Khalil adalah teman atau kekasih yang paling istimewa. Atau kesayangan yang mengisi hati sampai tiada ruang untuk orang lain. Atau orang yang dituruti atau segala perbuatan dilakukan untuknya. Atau manusia yang paling dicintai. Teman rapat yang mengetahui sehala rahsia seseorang.
Allah telah menjanjikan Nabi Ibrahim sebagai Khalil. Apa maknanya? Allah memberi kemampuan kepada Nabi Ibrahim untuk taat kepadaNya. Allah melindunginya. Memberi keampunan kepadanya. Menutup kekurangan. Menjadikannya ikutan manusia.

Hubungan antara Nabi dan Abu Bakr. Dalam hadis ini, ayat itu tergantung. Macam mana boleh kena dengan Abu
Bakr?

Kita boleh tahu bahawa Nabi suruh pastikan pintu lain ditutup kecuali pintu Abu Bakr kerana ada disebut di hadis yang lain.

Pengajaran yang boleh didapati:

  1. Keharusan menggunakan bahasa kiasan untuk elak keadaan jadi haru biru di kalangan orang ramai. Kalau Nabi cakap direct, akan ramai yang akan kecoh.
  2. Bahasa kiasan juga boleh digunakan utk menguji tahap kebijaksanaan seseorang. Abu Bakr yang paling faham. Ada yang tak faham macam Abu Said. Padahal dia pun anak murid Nabi juga. Memang banyak kali Abu Bakr teruji dan menunjukkan beliau adalah sahabat yang paling pandai.
  3. Tahap pemikiran manusia tidak sama. Dikalangan sahabat pun. Maka kalau sahabat empat beri pendapat dalam sesuatu hukum, pendapat itu adalah kuat. Ini adalah satu satu usul fekah. Tidak sama pendapat antara sahabat. Pemahaman mereka tidak sama. Contohnya, sahabat empat itu tidak baca basmalah apabila baca fatihah dalam solat.
  4. Abu Bakr pada pandangan sahabat adalah paling alim di kalangan mereka. Sebab itulah Abu Bakr paling layak menjadi khalifah. Hadis yang kata Ali adalah pintu ilmu adalah karut sahaja.
  5. Orang yang sebenarnya mendapat ilmu adalah orang yang memahami apa yang diajar. Kalau hafal sahaja tidak sampai ke tahap ilmu yang sebenarnya. Yang hafal Quran tidak semestinya faham Quran.
  6. Galakan supaya memilih apa yang utama disisi Allah berbanding dunia apabila tiba masanya. Galakan ini bukan hanya kepada Nabi. Kepada semua orang juga. Contohnya, bila nak mati, jangan nak runsing tentang harta dan sebagainya. Jangan kita hirau pasal dunia. Serah sahaja kepada – takut Tuhan. Semasa hidup, kena khauf banyak. Bila nak mati, raja’ – mengharap kena banyak.
  7. Menangis apabila hendak berpisah dengan orang yang disayangi menunjukkan kelembutan dan sayang kepada orang itu. Bukanlah menangis itu menunjukkan orang itu seorang yang lembut. Abu Bakr bukan seorang yang lembut. Padahal sahabat itu pergi perang sentiasa.
  8. Memujuk orang yang menangis dan dalam kesedihan dengan perkara yang menggembirakan hatinya. Maknanya memujuk itu adalah Sunnah Nabi.
  9. Abu Bakr adalah sahabat yang paling berbudi kepada Nabi. Tidak ada yang lebih kedudukan dari Abu Bakr. Ini tidak boleh dinafikan langsung.
  10. Oleh kerana tidak boleh mengambil Khalil kerana telah dilarang, sebab itu Nabi tak ambil.
  11. Abu Bakr mempunyai hubungan yang paling istimewa dengan Nabi.
  12. Perintah menutup pintu itu isyarat kepada kedudukan Abu Bakr.
  13. Dan isyarat bahawa Abu Bakr akan menjadi khalifah menggantinya. Ini adalah untuk memudahkan beliau keluar masuk masjid untuk mengimami solat. Isyarat tutup pintu lain itu adalah isyarat tutup mulut selepas itu.
  14. Perintah itu juga untuk menghilangkan salah faham kalau diberikan kepada sahabat yang lain juga. Yang lain kena sama macam umat yang lain yang ikut pintu besar yang sama.
  15. Hukumnya harus untuk buat pintu sebegitu di masjid jika ada keperluan. Tidak ada kekeliruan siapa yang akan khalifah macam maksud Nabi.
  16. Perintah itu tidak difahami Bukhari sebagai mansukh kepada kebenaran sebelumnya. Kalau mansukh, pintu Abu Bakr pun disuruh tutup juga.

447 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُعْفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ يَعْلَى بْنَ حَكِيمٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ عَاصِبٌ رَأْسَهُ بِخِرْقَةٍ فَقَعَدَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّهُ لَيْسَ مِنَ النَّاسِ أَحَدٌ أَمَنَّ عَلَيَّ فِي نَفْسِهِ وَمَالِهِ مِنْ أَبِي بكْرِ بْنِ أَبِي قُحَافَةَ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنَ النَّاسِ خَلِيلا لاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلا وَلَكِنْ خُلَّةُ الاسْلامِ أَفْضَلُ سُدُّوا عَنِّي كُلَّ خَوْخَةٍ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ غَيْرَ خَوْخَةِ أَبِي بَكْرٍ

447. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad Al Ju’fi berkata, telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku ia berkata, Aku mendengar Ya’la bin Hakim dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dalam keadaan sakit yang membawa pada ajalnya. Saat itu kepalanya dibalut dengan secebis kain, beliau lalu naik mimbar dan mengucapkan puja dan puji kepada Allah. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya tidak ada seorangpun dikalangan manusia ini yang melebihi Abu Bakar bin Abu Qahafah dalam berbudi kepadaku baik dengan jiwa raganya atau harta bendanya. Kalaulah aku boleh mengambil sebagai khalil dari kalangan manusia, tentulah aku ambil Abu Bakar sebagai khalil. tetapi kasih sayang Islam (yang terjalin antaraku dan Abu Bakr) melebihi orang-orang lain. Tutuplah dengan perintahku semua pintu kecil untuk masuk ke masjid ini kecuali pintu kecil rumah Abu Bakar.”

Nabi bersabda di hadapan orang ramai.
Kepalanya baginda balut kemas dengan kain. Mungkin ini adalah satu cara untuk mengurangkan sakit kepala.
Ayah Abu Bakr masuk Islam pada masa pembukaan Mekah. Mereka satu-satu yang tiga keturunan semuanya sahabat – ayah Abu Bakr, Abu Bakr dan anak Abu Bakr.
Dalam hadis digunakan perkataan خُلَّةُ الاسْلامِ. Yang ini adalah jenis Khalil yang boleh digunakan untuk seseorang manusia. Kena tambah perkataan الاسْلامِ selepas perkataan خُلَّةُ itu. Kalau Khalil mutlaq, hanya dengan Allah sahaja. Dalam Quran pun gunakan perkataan Khalil sebagai maksud teman yang rapat.

Dalam hadis yang ini digunakan perkataan ‘khaukhah’ dan bukan pintu. Tidak ada percanggahan sebenarnya antara hadis ini dan hadis sebelumnya. Khukhah adalah nama yang lebih khas dari pintu. Khaukhah juga adalah pintu sebenarnya – pintu kecil. Kalau kita faham, kita tidak terjerumus dalam perangkap Syiah yang mencipta hadis yang menyebut pintu Ali itu. Kerana kalau kita terima, maka kita akan terjerumus dalam perangkap mereka. Kerana selepas kita terima, kemudian mereka tanya: mana lagi besar? Pintu atau khaukhah? Mereka akan kata tentulah pintu lagi besar dan kerana itu mereka kata Saidina Ali lebih mulia dari Abu Bakr. Kalau tak tahu ilmu hadis, mungkin akan tertipu.

Pengajaran dari hadis ini:

  1. Nabi juga mengalami sakit. Ini menunjukkan Nabi Muhammad juga adalah manusia. Ini penting untuk sebab punah agama sebelum Islam adalah mereka menaikkan tahap Nabi mereka ke peringkat tuhan. Macam Hindu, kalau dikaji kitab mereka, ianya berasal dari agama tauhid juga. Krishna itu asalnya adalah manusia. Tapi penganut hindu telah menukar agama mereka.
  2. Keharusan menggunakan sesuatu untuk mengurangkan kesakitan. Nabi telah mengikat kepalanya dengan kain. Bukanlah dikira tidak redha dengan keputusan Tuhan.
  3. Sebelum wafat, Nabi mengalami kesakitan teruk selama beberapa hari.
  4. Nabi akan naik mimbar untuk menerangkan perkara penting. Bukan hari Jumaat sahaja Nabi pakai mimbar.
  5. Selalunya atas mimbar, Nabi akan berdiri. Tapi bila sakit, Nabi duduk. Ini boleh dijadikan hukum jikalau khatib itu sakit.
  6. Sebelum menyebut apa yang hendak disampaikan, Nabi akan memuji-muji Allah. Itulah yang dilakukan oleh penceramah sebelum bercakap. Jadi, jangan marah penceramah kalau lama sikit sebelum mula nak ceramah itu.
  7. Elok menghargai pengorbanan anak buah. Boleh beri sesuatu. Boleh cakap depan orang ramai. Bukanlah sampai kata kalau cakap kelebihan atau kita puji mereka, mereka dah tak jadi ikhlas. Banyak baiknya kalau buat. Cuma janganlah sampai cakap melebihi pula.
  8. Pintu yang dibenarkan terus dibuka adalah pintu rumah Abu Bakr.
  9. Khalil adalah lebih dari teman rapat. Lebih dari saudara pun.
  10. Hubungan antara Nabi dan Abu Bakr lebih dari orang lain. Kelebihan itu adalah kerana ugama.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s