We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sang pencerah July 27, 2013

Filed under: Movies — visitor74 @ 7:29 am

20130727-072903.jpg

Dah lama dah Dr. Asri promote movie ni. Dari Indonesia. Jadi aku teringin nak tengok. Tapi kali ini baru berkesempatan. Memang menarik. Macam-macam pengajaran boleh didapati dari filem ini. Nasib baik aku dapat luangkan masa menontonnya. Amat berguna bagi pejuang dakwah.

Dari muda lagi Kyai Dahlan tidak macam orang lain. Dia tidak masuk campur dengan amalan karut masyarakatnya. Ada mereka memohon kepada keramat dalam doa mereka. Walaupun mereka Islam, tapi mereka sangka itulah cara yang betul. Kemudian Khai Dahlan telah menyambung pelajaran di mekah. Bila dia balik, dia sudah mendapat ilmu yang dia ingin sebarkan kepada masyarakatnya. Masyarakatnya macam masyarakat sekarang agaknya. Walaupun dah maju, tapi masih lagi ada persamaan. Mereka memandang ketua agama mereka sebagai benar tanpa usul periksa. Dan mereka sanjung sampai menyembah pun ada juga. Bila ketua masuk masjid, semua tunduk dan macam sembah sultan, dan Kyai itu pun masuk dengan gahnya, dia pun rasa memang masyarakat patut menghormatinya macam itu. Masyarakat kita pun macam itu juga. Memandang ustaz macam ustaz itu dah betul dah. Tak tanya dah apa dalil bawaan mereka. Macam wali sahaja mereka lihat ustaz-ustaz itu. Walaupun ustaz itu tak pandai mana pun. Ini sebab kita dari lagi dok out source agama kepada orang sebegitu. Bab imam solat, mereka; baca doa, mereka – macam doa mereka sahaja yang makbul. Kita langsung tak tahu nak baca doa. Macam doa itu ada bahasa khas yang orang tertentu sahaja yang tahu.

Kyai Dahlan datang dengan bawa pembaharuan. Dia membawakan dalil dalam dakwahnya. Tapi tidak ada nilai kepada masyarakatnya. Mereka nampak sahaja dengan apa yang ketua mereka bawa, mereka tak dapat nak terima. Dan ketua agama memang lah tak mahu terima. Mereka sudah biasa dengan cara lama. Mereka nampak Khai Dahlan bawa benda yang boleh membahayakan kedudukan mereka. Padahal mereka yang kurang ilmu sebab hanya belajar satu tempat sahaja. Tapi mereka pula rasa orang berilmu itu yang bodoh.

Sampaikan apabila Kyai Dahlan dapat tahu yang kiblat yang mereka hadap selama ini salah, dia nak betulkan pun mereka tak nak terima. Alangkah sombongnya mereka. Sanggup mereka tak mahu nak betulkan kiblat kerana mereka rasa yang lama itulah yang benar. Mereka tak mahu nak dengar kata orang muda. Mereka ingat mereka yang tua lah yang benar. Mereka tentang orang yang bawa kebenaran. Sedih aku tengok keadaan macam itu. Begitulah aku rasa bila bercerita kepada orang ramai tentang kesalahan yang mereka lakukan selama inil mereka pandang aku macam tidak ada harga. Macam aku menentang orang orang lama. Macam aku tak betul sebab apa yang aku cakap adalah lain dari apa yang dibuat oleh kebiasaan. Mereka rasa yang ramai orang buat itulah yang benar. Padahal mereka bukan belajar apa pun. Mereka hanya terima apa yang ustaz itu bagitahu.

Banyak scene yang mengesankan. Satunya kisah biola yang Kyai Dahlan bawa balik. Sedap dia main biola itu. Dia beri anak murid dia cuba main bila anak murid dia tanya apakah agama itu. Hebat cara dia jawap. Mulanya dia main biola itu sendiri. Merdu. Kemudian dia beri anak murid dia main pula. Tentulah sumbang. Kemudian kata itulah agama. Kalau dah belajar main dan kena dengan caranya, agama itu merdu dan mengesankan. Tapi kalau tidak tahu, maka agama akan sumbang, malah digelak orang. Sungguh mengesankan. Apabila agama itu didasari oleh sumber yang bukan ilmu, maka ianya jadi sumbang, kita nak buat pun rasa bodoh. Rasa nak gelak kat orang yang dok pegang macam ianya benar jer. Macam talqin orang mati. Macam manalah orang dalam kubur nak dengar apa kita kata? Bagaimanakah talqin itu dapat menolong dia kalau sepanjang hidupnya dia bergelumang dengan dosa, tapi dengan nasihat pemuka talqin itu, dia dapat nak jawap soalan malaikat dalam kubur? Bodoh!

Kyai Dahlan juga mengajar tafsir Quran. Satu surah yang diulang-ulang olehnya adalah surah al-Ma’un. Aku pun kebetulan baru belajar surah itu, jadi aku dapat relate. Surah itu pasal tolong orang. Anak yatim dan juga orang miskin. Perkataan ‘ma’un’ itu bermakna pertolongan yang sedikit. Maknanya benda benda yang kita boleh tolong yang bukan susah pun. Macam bagi minum dan sebagainya. Dia asyik ulang tafsir surah itu kepada pelajarnya. Sampai ada pelajar yang tanya bila nak belajar surah lain? Banyak lagi surah lain dalam Quran. Kyai Dahlan jawap best – berapa banyak orang miskin sudah kamu tolong? Berapa banyak anak yatim sudah kau bantu selama kau belajar surah ini? Terdiam anak murid itu tiada. Kyai sambung – buat apa belajar banyak tapi apa yang sudah belajar tidak kita praktikkan lagi? Perghhh….. Profound. Aku nak cepat belajar tafsir Quran sekarang. Tapi setakat apa yang aku dah belajar sekarang, apakah aku telah pakai dan praktikkan? Dalam filem ini, ditunjukkan bagaimana Kyai dan anak anak muridnya selalu keluar sambil bawa makanan untuk diberikan kepada fakir miskin. Mereka keluar memberi pertolongan. Aku langsung tak buat apa-apa. Sepatutnya apa yang kita belajar, kita kena praktikkan. Bukan simpan dan rasa diri dah pandai.

Sedih bagaimana masyarakat menolak dia. Cemuh dia dengan teruk. Dan diketuai oleh ketua agama. Macam sekarang lah juga dengan masyarakat. Yang masyarakat bukan tahu apa. Mereka dengar sahaja apa maklumat yang diberikan oleh ketua agama mereka. Oleh kononnya ulama dan ustaz. Ustaz ustaz itulah yang memberi nama Wahabi kepada pejuang sunnah. Siap mereka kata Imam Abdul Wahab itu sesat, bunuh orang dan sebagainya. Masyarakat yang tak tahu apa apa terus terima. Jadi kami yang bukannya ikut Wahabi pun kena juga. Sedih sebab kita tahu mereka itu sebenarnya bodoh, tidak berilmu. Tapi macamana nak cakap kat mereka? Semoga Allah sahaja yang dapat membuka hati mereka.

Mereka benci sangat kenapa Kyai Dahlan sampai mereka merobohkan masjid Kyai Dahlan. Sanggup mereka buat begitu. Padahal merobohkan masjid itu adalah dosa besar.

Tapi sejuk hati melihat ada juga mereka yang mahu belajar. Yang sanggup bersama dengan Kyai Dahlan. Yang mahu mencari kebenaran, yang tabah menghadapi cemuhan dan tohmahan masyarakat sekeliling. Mereka tabah bersama Kyai Dahlan sebab mereka tahu dia dalam kebenaran. Aku harap ada juga orang yang akan bersama dengan aku meneruskan perjuangan dakwah sunnah ini. Yang jelas, Kyai Dahlan menerima dugaan dengan tabah, dia relaks sahaja. Tidak dia melatah dengan apa apa yang dilakukan oleh masyarakatnya.

Cara pengajaran Kyai Dahlan juga menarik. Dia pakai music, dia pakai papan hitam, dia pakai analogi dan macam macam lagi. Penyampaiannya menarik. Sampai masyarakat boleh terima. Anak murid dia boleh cepat faham dan dapat tangkap apa yang hendak disampaikan. Maka aku juga kena cari cara macam mana nak bagi orang sekeliling aku dapat faham apa yang aku hendak sampaikan. Dari pengalaman, aku dapat tahu yang orang tak dapat terima kerana tidak dijelaskan kepada mereka dalam cara yang mereka faham. Kalau mereka dapat faham, mereka dapat terima. Masyarakat memang pengajian agama kurang, jadi kena mudahkan kepada mereka.

Dalam filem ini juga ada kisah bagaimana Kyai Dahlan berhujah bahawa majlis tahlil yang dibuat oleh orang kebanyakan itu adalah bidaah dan tidak perlu. Isu ini sedang dimainkan oleh puak ahlul bidaah di Malaysia juga. Mereka mempertahankan amalan bidaah yang amat salah ini dengan memberikan dalil-dalil batil. Makanya, masyarakat yang tidak tahu telah membuang masa, membuang duit dan mungkin masuk neraka kerana mereka mengamalkan amalan bidaah. Seperti yang kita tahu, amalan bidaah memasukkan pengamalnya ke dalam neraka.

Yang bestnya cara Kyai Dahlan berhadapan dengan masyarakat dia. Walaupun mereka menentang dia, dengan hujah batil; walaupun mereka sebenarnya tidak berilmu, tapi berlagak berilmu; walaupun mereka kasar kepada dia sampai memusnahkan masjidnya; walaupun mereka tidak memberi pertolongan kepadanya dalam agama, malah menyusahkan kerja-kerjanya – dia tetap tenang dan berakhlak mulia. Dia tidak memaki mereka. Dia tidak menyusahkan mereka. Begitulah aku tengok orang yang mengamalkan sunnah. Baik jer. Orang yang bukan sunnah yang kurang ajar. Menggunakan bahasa yang kesat, memaki dan sebagainya. Mereka macam dimasuki syaitan. Bahasa dah tak kisah dah. Dah tiada nilai Islam. Benci betul mereka kepada orang yang hendak mengamalkan sunnah. Akhlak mereka itu membongkar apa yang ada dalam hati mereka – kejahilan dan bisikan syaitan yang mereka ikuti.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s