We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 75 Bab (Bab tanpa tajuk) July 25, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 3:14 am
Tags: ,

بَاب

Bab

Ini adalah salah satu bab yang tidak ada tajuk. Ada banyak bab dalam kitab ini yang tidak mempunyai tajuk. Ini adalah salah satu kelebihan dan perbezaan kitab Sahih Bukhari ini dengan kitab-kitab hadis yang lain. Ada juga kitab lain yang tidak meletakkan tajuk pada bab mereka tapi tidaklah sama macam apa yang dilakukan oleh Imam Bukhari.

Ada yang nak senang, kata sebabtidak ada tajuk itu adalah kerana Imam Bukhari tak sempat nak letak tajuk. Tapi ini tidak dapat diterima kerana kita tahu yang Imam Bukhari sempat mengajar kitab ini sepuluh tahun selepas ianya siap ditulis. Tentulah kalau dia tak sempat nak tulis masa dia menulis kitab itu, dia akan sempat nak tulis dalam masa sepuluh tahun itu. Maka tentu ada sebab lain kenapa ada tempat dia tidak letak tajuk. Apakah sebabnya itu? Ini akan dibincangkan.

Banyak pendapat tentang mengapa tidak ada tajuk dalam bab ini. Berikut adalah kumpulan pendapat-pendapat dari penerangan dari ulama-ulama pensyarah kitab Sahih Bukhari yang cuba untuk menerangkan kenapakah tidak ada tajuk yang diletakkan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya ini:

  1. Menjadi fasal kepada tajuk sebelumnya. Iaitu masih lagi tentang memasukkan binatang atau kenderaan dalam masjid.
  2. Tidak sesuai dikatakan ianya adalah berkenaan dengan bab sebelumnya. Cuma ada kena tajuk ini dengan masjid. Jadi, masih lagi berkenaan dengan masjid. Maka kaitannya bukan dengan tajuk sebelum ini tapi dengan beberapa tajuk sebelum ini. Maka ianya menjadi fasal kepada beberapa bab. Bukan hanya kepada bab sebelumnya sahaja, sebab kalau nak dikenakan dengan bab sebelumnya, ianya tidak ada persamaan.
  3. Nak menunjukkan kelebihan pahala dan keberkatan bagi orang yang selalu pergi masjid. Ada ditunjukkan kelebihan itu oleh Allah semasa didunia lagi. Akan diberikan cahaya kepada mereka. Dan nanti apabila diberikan di akhirat nanti, cahaya yang lebih lagi dari cahaya yang mereka dapat dalam dunia.
  4. Isyarat kepada hadis yang menceritakan kelebihan orang yang pergi ke masjid untuk beribadat. Tapi kerana hadis itu tidak cukup tinggi untuknya, maka dia isyaratkan sahaja dalam kitabnya ini. Dalam hadis itu, diberikan berita gembira kepada mereka yang pergi ke masjid pada malam hari. Mereka dikatakan akan mendapat cahaya dalam hadis itu.
  5. Isyarat kepada ayat dalam surah Hadid berkenaan dengan cahaya iman manusia akan bersinar kepada mereka. Daripada amal soleh yang dikerjakan. Antara amal soleh yang utama adalah mengerjakan solat jemaah di masjid. Di akhirat mereka akan dapat lebih lagi.
  6. Menyatakan kelebihan dan keberkatan menunggu solat isyak di masjid. Kerana sahabat dalam hadis ini solat isya berjemaah. Ceritanya mereka menunggu solat isya. Ada kelebihan tersendiri apabila menunggu waktu di masjid. Terutamanya apabila mereka solat bersama Nabi, di Masjid Nabi pula tu. Mereka mendapat gandaan kelebihan.
  7. Kelebihan duduk di masjid. Siang atau malam. Walau tidur pun dalam masjid itu. Kerana kita tentu akan jaga adab bila dalam masjid. Kita tidak akan bercakap tidak tentu hala dalam masjid.
  8. Keharusan untuk bercakap-cakap dalam masjid tentang perkara berfaedah. Ceritanya, mereka berbual agak lama dengan Nabi dalam masjid sebelum mereka keluar. Selepas solat mereka duduk berbual dengan Nabi hingga larut malam. Berbual dalam masjid pun ada kelebihan juga. Bukan hanya solat sahaja. Berbincang dan musyawarah pun digalakkan dalam masjid.
  9. Sheikh Zakaria kata dia dengar dari ayahnya: Dikatakan mereka berdua mempunyai tongkat. Bentuk kepala tongkat itu menyerupai kepala unta. Bila mereka pulang, kepala tongkat mereka itu menjadi cerah seperti lampu. Kerana itu dikatakan ada kaitan dengan cerita ‘memasukkan unta dalam masjid’ yang telah dibincangkan dalam bab sebelumnya. Tapi Sheikh Zakaria cuba cari dalam kitab-kitab yang lain, tidak dia jumpai berkenaan dengan tongkat itu. Maknanya, kalau benar kisah itu, dua orang sahabat itu membawa masuk ke dalam masjid tongkat yang berupa kepala unta. Nabi tak tegur. Maknanya, tidak salah kalau kita ada benda yang ada sikit-sikit bentuk binatang. Jadi kalau kita bawa masuk duit syiling yang ada gambar kepala orang pun dibenarkan. Tidak menjadi masalah besar.
  10. Bukhari mahu menyatakan sebagaimana unta dibenarkan untuk dibawa masuk dalam masjid, pelita dalam masjid pun boleh dibawa masuk dan boleh dibawa balik. Tidak dikatakan membawa keluar harta masjid.
  11. Menolak sesetengah pendapat salaf yang mengatakan tidak elok menggunakan lampu dalam perjalanan ke masjid. Kalau ia tidak elok, tidaklah diberikan lampu kepada mereka oleh Allah sebagai satu keramah buat mereka. Menunjukkan tidak mengapa kalau pakai lampu untuk menunjuk jalan. Yang mereka kata tak molek itu adalah supaya kitakenalah  susah sedikit dalam ibadat supaya Allah akan balas dengan kebaikan. Jadi ada yang kata Imam Bukhari nak kritik pendapat itu. Tapi dia tak sebut sebab mereka yang berpendapat begitu adalah orang-orang besar juga dalam Islam, jadi dia hanya beri isyarat kritik pendapat mereka dengan cara halus. Kita tahu yang Imam Bukhari adalah seorang yang beradab tinggi. Antara yang kata tak molek pakai lampu adalah Sayyid Musayyab dan Umar Abd Aziz. Sebab itu dia tidak letak tajuk dalam bab ini. Jadi, kalau Allah beri keramah ini kepada sahabah, maka tentulah ianya adalah benda yang molek.
  12. Untuk menguji dan mengasah orang yang membaca kitabnya. Seolah-olah dia berkata: apakah tajuk yang difikirkan sesuai untuk bab ini. Selama ini, bab-bab lain telah diberikan tajuk, kali ini, dia memberi peluang kepada pelajarnya untuk meletakkan tajuk dalam bab ini pula. Inilah pendapat Shaikhul Hind. Tok Khurasan itu adalah murid dialah. Dia juga yang hantar tok Khurasan itu ke Nusantara untuk menyebarkan ilmu hadis.
  13. Ada juga yang mengatakan bahawa Imam Bukhari tak sempat nak tulis tajuk kepada bab ini. Tapi ini adalah hujjah yang lemah. Kalau nak kata Imam Muslim tak sempat tulis, memang benar kerana dia meninggal sebelum sempat tulis tajuk dalam Kitab Sahih Muslimnya. Yang ada tajuk dalam Sahih Muslim sekarang adalah ditulis oleh orang lain. Memang Imam Muslim tak sempat nak periksa kitabnya kerana dia mati sebelum sempat. Oleh kerana itu, ada banyak juga hadisnya yang tidak sahih.

445 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ أَنَّ رَجُلَيْنِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَا مِنْ عِنْدِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي لَيْلَةٍ مُظْلِمَةٍ وَمَعَهُمَا مِثْلُ الْمِصْبَاحَيْنِ يُضِيئَانِ بَيْنَ أَيْدِيهِمَا فَلَمَّا افْتَرَقَا صَارَ مَعَ كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا وَاحِدٌ حَتَّى أَتَى أَهْلَهُ

445. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Mu’adz bin Hisyam berkata, telah menceritakan kepadaku Bapaku dari Qatadah berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik, katanya, ada dua orang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dari sisi Nabi SAW pada suatu malam yang gelap. Tiba-tiba ada semacam dua lampu yang menyuluh dihadapan mereka. Apabila keduanya berpisah, lampu yang menyuluh itu tinggal satu pada setiap orang sehingga masing-masing sampai ke rumahnya.”

Ini adalah salah satu contoh Karomah sahabat. Memang ada diberikan karomah kepada para sahabat. Ini adalah dalil adanya karamah kepada auliya Allah. Yang kita biasa dengar adalah kisah-kisah dongeng wali-wali orang sufi. Ketahuilah, bahawa tiada wali yang melebihi sahabat. Inilah faham ASWJ. Tak kiralah wali qutub ke tak qutub. Tapi orang kita kalau cerita bab kehebatan wali, sampai terlajak. Sebab itulah mereka sampai mengutamakan wirid dan ajaran orang lain berbanding Nabi. Jarang orang cerita fasal karamah para sahabat. Orang sampai cerita macam wali mereka lagi tinggi dari Nabi. Itu adalah bahaya besar. Memang wali ada karamah. Itu tidak dinafikan, tapi janganlah berlebihan dalam kisah-kisah itu. Janganlah mereka-reka kisah yang tidak benar. Janganlah melebihkan orang lain dari sahabat atau Nabi sendiri.

Usaid bin Hudair adalah orang yang dikisahkan dalam hadis ini. Ada kisah lain tentang dia. Pernah dia baca surah al-Kahf dalam solat dan datang awan. Kilat yang cantik muncul dan awan itu datang dekat kepadanya. Kerana terkejut, dia telah mempercepatkan bacaannya dan pergi meninggalkan tempat itu. Dia kemudiannya telah kisahkan kejadian itu kepada Nabi. Nabi kata malaikat yang mari sebab malaikat itu suka dengan bacaannya. Nabi tambah lagi, alangkan baiknya kalau dia meneruskan bacaannya itu. Allah berikan beliau nampak. Kita baca pun malaikat suka juga dan datang tapi tak dinampakkan kepada kita.

Itu adalah kisah keramah yang ada dikisahkan dalam kitab-kitab yang boleh dipercayai. Ada lagi kisah-kisah yang menarik. Kita bawakan sedikit disini:

  • Ada kisah malaikat beri salam kepada seorang sahabat yang bernama Imran bin Husain.
  • Ada kisah bagaimana pinggan makanan bertasbih yang didengar oleh seorang sahabat.
  • Abu Bakr pernah bawa balik tetamu ke rumahnya. Ada ramai tetamu yang bertemu dengan Nabi. Maka, Nabi telah tanya kepada para sahabat, siapakah yang boleh bawa mereka ke rumah untuk menjamu mereka. Tiga orang Abu Bakr bawa balik. Abu Bakr telah menjamu mereka. Makanan yang ada sebenarnya sikit tapi tak habis-habis mereka makan. Esoknya dia bawa kepada Nabi. Nabi panggil ramai orang lagi untuk datang makan. Mereka semua pun makan tak habis walau lepas kenyang.
  • Ada sahabat bernama Khubaid kena tawan di Mekah. Orang kafir kata macam mana kalau mereka tukar dia dengan Nabi. Dia kata dia tak mahu. Biar dia mati pun tidak mengapa. Dalam tawanan itu dia ada makan buah anggur. Padahal itu bukan musim buah anggur.
  • Sahabat bernama Amir yang shahid. Tapi sahabat cari jenazah beliau tak jumpa. Ada sahabat kata malaikat angkat tubuh dia ke langit.
  • Sahabat dapat air dari langit. Lepas dia minum air itu, dia tak pernah dahaga. Nama beliau adalah Umm Aiman.
  • Sahabat jumpa singa. Minta singa tunjuk jalan. Kerana dia kata dia adalah utusan Nabi ke satu tempat tapi dia tak tahu jalan ke tempat itu. Maka, dia telah minta tolong kepada singa itu. Singa itu tunjuk jalan kepadanya. Nama beliau adalah Safinah.
  • Ada seorang sahabat yang bernama Bara’ Malik. Dia adalah seorang sahabat yang doanya makbul. Apabila dalam peperangan, sahabat minta dia doa kepada Tuhan supaya diberikan kemenangan kepada mereka. Maka, mereka telah menang dalam peperangan itu.
  • Khalid Walid pernah kepung benteng musuh. Mereka tidak mahu meninggalkan tempat itu. Mereka telah memberi cubaan kepada beliau. Mereka kata, kalau dia benar, maka dia kena makan sejenis racun yang amat berbisa. Khalid telah makan, dan dia cuma peluh sahaja. Padahal, sepatutnya sesiapa yang makan racun itu akan mati. Lepas itu ramai yang percaya dan masuk Islam.
  • Saad Abi Waqas adalah seorang lagi yang doanya mustahab. Ada orang fitnah dia, maka dia telah berdoa kepada Allah jikalau orang itu fitnah, supaya ditunjukkan.
  • Saidina Umar pernah hantar tentera menentang musuh. Beliau telah diberikan keramah semasa beliau sedang memberikan khutbah. Beliau telah ditunjukkan bahawa tenteranya sedang kena kepung. Mereka tidak nampak tempat untuk menyelamatkan diri. Maka Allah telah nampakkan jalan selamat. Umar terus berkata kepada mereka untuk naik ke satu bukit dan kerana itu, mereka telah selamat.
  • Seorang sahabiah pernah diseksa sampai dia menjadi buta. Orang kafir kata itulah sebabnya kalau menentang Latt dan Uzza. Dia kata “la, wallah”, tidak, demi Allah, maka terus matanya pulih.
  • Zaid pernah difitnah. Dia berdoa dan berkata, kalau orang itu berdusta, maka buatkanlah matanya dan matikanlah dia dalam tanahnya. Itu telah menjadi kenyataan.
  • Ada sahabat bernama Ala Hadrami pernah berdoa di tempat yang tiada air untuk wudu dan tiba-tiba ada air. Di kisah yang lain, beliau dan sahabat yang lain kena menyeberang laut. Doa kepada Tuhan. Mereka telah menyeberang dengan kuda dan hanya kuku kuda sahaja kena air laut. Pelana pun tak basah. Dia juga pernah berdoa supaya orang tak nampak jasadnya apabila dia mati.
  • Abu Muslim pernah dicampak kedalam api. Dia buat biasa sahaja. Orang boleh nampak dia duduk solat dalam api. Pernah di waktu yang lain, dia seberang sungai dan tiba-tiba ada jambatan walaupun sebelumnya tidak ada. Pernah ada yang mengaku sebagai nabi pada zaman Nabi lagi tangkap dia. Apabila ditanya kepadanya samada dia mengaku orang itu sebagai nabi, dia tak dengar langsung apa dia kata. Tapi apabila ditanya samada Muhammad adalah Nabi, baru dia dengar. Maknanya, dia tak dengar yang tak benar. Pernah hambanya beri racun kepadanya, tak jadi apa. Ada orang yang fitnah isteri dia, jadi buta lepas dia doa. Bila minta maaf, baru pulih.
  • Pernah seorang sahabat yang bernama Umar Abdi Qais dapat 2000 dirham dari kerajaan. Dia telah beri wang itu sepanjang jalan. Sesiapa sahaja yang dia jumpa, dia akan beri. Tapi yang menakjubkan, duit itu tak kurang sedikitpun. Pernah ada singa halang jalan orangramai. Dia pergi jumpa singa itu. Dia kata kepada singa itu yang dia malu untuk takut selain Allah. Maka singa itu telah meninggalkan jalan itu. Kalau musim sejuk, air dia panas dan senang digunakan untuk berwuduk.

Bukan para sahabat sahaja ada keramah. Dalam Quran ada diceritakan tentang keramah Maryam. Beliau telah diberikan makanan yang tidak ada dalam musim itu. Nabi Zakaria pun hairan. Jadi, kewujudan keramah itu tak boleh nafi dah. Kalau ada yang tolak adanya koramah dalam dunia ini, bermakna mereka sebenarnya menolak Quran.
Selain dari itu, kita juga pernah baca dalam Quran tentang seorang lelaki yang boleh bawa tahta Balqis dalam sekelip mata. Menunjukkan kalau ikut seorang Nabi dengan betul pun akan dapat koramah juga.

Keramah sahabat ada kaitan dengan Nabi. Sebab mereka ikut ajaran Nabi dengan benar. Keramah mereka itu sebenarnya adalah lanjutan mukjizat Nabi yang berterusan.

Bukan para sahabat sahaja yang ada keramah. Kalau zaman selepas itu, berapa ramai ulama yang menulis kitab dengan banyak berjilid-jilid. Padahal umur mereka biasa sahaja. Ini pun ada keramah juga. Mereka berjaya menulis dengan banyak sekali walaupun dengan kedaifan hidup yang mereka hadapi.
Keramah ini bukan dapat dengan amalan dunia. Walaupun amalan itu menggunakan ayat Quran. Para sahabat, mereka bukan ada amalan tertentu yang menyebabkan mereka dapat keramah itu. Mereka hanya mengamalkan amalan Sunnah sahaja.

Hadis ini juga menunjukkan kelebihan bersahabat dengan Nabi.

Juga menunjukkan kelebihan solat di masjid.

Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s