We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Tafsir Surah al-Ma’un (Surah ke 107) July 23, 2013

Filed under: Tafsir — visitor74 @ 4:32 am
Tags: , ,

maksud Ma’un adalah ‘small kindness’.

Dalam surah sebelum ini, orang Quraish disuruh supaya menyembah Tuhan Kaabah, iaitu Allah. Mereka perlu memperhambakan diri mereka. Tapi apa yang mereka buat? apa yang mereka buat ada diceritakan dalam surah ini.

Dalam surah ini, Allah menceritakan tentang anak-anak yatim. Mereka tidak mempunyai pelindung. Orang boleh berbuat apa sahaja dengan mereka. Dalam masyarakat Arab, mereka mementingkan pelindung.
Dalam surah ini, Nabi Muhammad telah disuruh untuk menuding jari kepada orang kafir Quraish yang berbuat kesalahan dalam sosial mereka. Padahal mereka adalah orang yang sedang berkuasa masa itu. Nabi adalah lemah waktu itu. Menunjukkan bahawa Nabi begitu yakin dengan Allah sebagai pelindungnya.
107:1
Sahih International

Have you seen the one who denies the Recompense?

Malay

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?

Yang ditujukan dalam ayat ini adalah orang-orang Musyrikin Mekah – Quraish. Nabi memang boleh melihat mereka dengan mata kepala baginda. Kita tahu ianya adalah berkenaan dengan orang Quraish kerana ianya adalah surah yang selepas surah Quraish. Jadi, ianya masih lagi menceritakan tentang mereka.

Dalam ayat ini, Allah berkata-kata dengan Nabi Muhammad. Satu penghormatan yang amat besar kepada baginda Nabi.

Beginilah cara Allah mengajar dalam Quran. Allah bertanyakan soalan. Dengan cara begitu, pelajaran menjadi lebih menarik. Bukankah Allah akan mengajarkan Quran kepada kita? Beginilah cara Dia mengajar kita. Apabila ditanya begitu, kita pun kenalah fikir, “adakah kita pernah lihat orang-orang sebegini?”. Kalau kita pernah melihat orang-orang yang sebegini, kita kena jawap dalam hati kita: “benar, aku pernah lihat orang sebegini.”

Yang dimaksudkan dengan ‘mendustakan’ adalah orang yang tahu bahawa agama itu benar, tapi mereka menipu juga kata ianya tidak benar. Menidakkan apa yang mereka faham.

Deen dalam ayat ini mungkin bermaksud ‘agama Islam’. Jadi ayat ini boleh digunakan untuk mengatakan tentang orang yang mendustakan ‘agama’.

Atau, ia juga boleh mengambil maksud dari makna asal ‘deen’ itu, iatu pembalasan. Deen bermaksud memberi pinjaman. Dan dayn adalah memberi dan bermaksud akan mengambil balik. Jadi, ia bermakna ‘pembalasan’. Jadi deen bermaksud ‘Hari Pembalasan’. Jadi, dalam ayat ini adalah orang yang mendustakan hari pembalasan. Kita sebagai manusia, akan takut buat salah kalau kita tahu kita akan kena hukuman – ada pembalasan atas kesalahan kita itu. Macam kita takut nak bawa laju kalau kita tahu yang ada kamera hadlaju yang akan tangkap gambar kita dan nanti akan kena saman. Jadi ayat ini adalah orang-orang yang tahu dalam hati mereka yang mereka akan kena pembalasan atas kesalahan mereka, tapi mereka buat tak tahu – macam tak akan kena balas.

107:2
Sahih International

For that is the one who drives away the orphan

Malay

Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,

Apabila kita menidakkan tentang agama dan hari pembalasan – walaupun dalam hati kecil kita tahu ianya adalah benar – maka kita menidakkan hati kita – maka hati kita menjadi keras. Apabila keras, kita dah menolak naluri manusia yang kasihan kepada orang-orang yang memerlukan bantuan, seperti anak yatim. 

Yatim adalah orang yang kehilangan ibubapa mereka semasa mereka kecil. Mereka inilah yang memerlukan bantuan yang amat sangat dari orang lain. Mereka sudah kehilangan tempat bergantung mereka. 

Da/’a – push someone far awaywithout expecting that they will push you back. Push someone afar.

Yadu’u – push someone violently with animosity and intimidation.Push the orphan even away from his own rights (i.e. Of wealth which his parents might have left behind).

Orang Quraish memang menidakkan harta kepada anak yatim dan perempuan. Kerana mereka kata orang lelaki yang memerlukan harta untuk berperang dan sebagainya. Jadi, apakah gunanya harta kepada perempuan dan kanak-kanak. Walaupun mereka sebenarnya berhak kepada harta itu. Jadi, Islam datang untuk memberikan kembali hak itu kepada kanak-kanak dan perempuan. Tapi pemberian harta itu tidak sama. Orang lelaki akan dapat lebih kerana mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih.

Allah amat sensitif kepada anak yatim. Banyak dalam ayat-ayat Quran yang lain membicarakan tentang kebaikan menjaga dan berbuat baik kepada anak yatim. Tambahan pula, kita pun tahu bahawa Nabi Muhammad juga adalah anak yatim juga. Dan Allah telah memuliakan baginda. Tapi dalam ayat ini, bukan tidak berbuat baik, tapi berlaku zalim dan menghalau anak yatim lagi! Maka, ianya lagi teruk. 

Apabila Allah menggunakan perkataan ‘zalika’ dalam ayat ini, ianya mengisyaratkan kepada ‘jauh’. Maknanya, Allah menjauhkan diri dari mereka, bermakna Allah menghina mereka. Kerana, boleh sahaja kalau nak guna perkataan ‘haza’ – ‘ini’. Tapi Allah menggunakan perkataan yang menunjukkan jauh dari mereka.

Apabila Allah menggunakan perkataan ‘fa’ di awal ayat kedua ini, ia menunjukkan kesinambungan dari ayat yang pertama. Jadi, ianya bermakna – bukan sahaja orang itu mendustakan agama, tapi dia juga berlaku zalim kepada anak yatim. Ayat pertama adalah menidakkan hubungan ‘dengan Allah’ dan ayat kedua menidakkan hubungan ‘dengan manusia’. Kita boleh lihat manusia apabila menidakkan hubungan dengan Allah, mereka juga akan menidakkan hubungan dengan manusia. Dalam ayat ini, Allah memberi contoh berkenaan dengan anak yatim. Tapi bukan setakat itu sahaja. Anak yatim diberi contoh kerana ianya adalah perkara yang amat penting.

 

107:3
Sahih International

And does not encourage the feeding of the poor.

Malay

Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

Ayat kedua berkenaan dengan tidak melakukan sesuatu atas diri individu. Ayat ini pula adalah atas status seorang pemimpin. Kerana ayat ini ditujukan kepada pemimpin-pemimpin Quraish – antaranya Abu Lahab. Sepatutnya pemimpin masyarakatlah yang kena menjaga keberadaan orang-orang miskin. Tapi tidak. Mereka sebaliknya menggunakan harta itu pula untuk kepentingan mereka. Mungkin mereka hanya memberikan kepada orang-orang yang kaya juga kerana orang-orang yang kaya itulah yang menaikkan mereka. Tapi orang miskin lemah, mereka tidak ada guna kepada mereka dalam menaikkan mereka.

Kenapa mereka dikatakan ‘tidak menggalakkan’? Mereka takkan galakkan orang lain untuk memberi makan kepada orang miskin – sebab kalau dia suruh orang lain, orang lain akan tanya: ‘kenapa kau sendiri tak buat?”. Dan mereka memang tak buat. Kalau anak yatim pun mereka buat zalim, lagilah pula kalau orang-orang miskin.

Hadda – i.e. To rise and push an agenda forward.

Hadda – can also mean to; Encourage people to move forward, on something good. 

maskana – who cannot help themselves. Maknanya, orang miskin itu, kalau kita tak tolong mereka, mereka tidak boleh menyelamatkan diri mereka. Mereka memang memerlukan pertolongan.

Perkataan yang digunakan dalam ayat ini adalah miskeen – singular. Allah tak pakai plural pun. Sebab, jangankan ramai, seorang pun mereka tak tolong.

ta’am al miskeen [food (of) the orphan] – it shows that the food belongs to him, it is his right. Makanan yang sepatutnya diberikan itu bukan pemberian yang biasa. Memang dah memang hak orang-orang miskin itu. Itulah sebabnya Allah menggunakan perkataan yang menunjukkan makanan itu adalah hak mereka dah. Jadi, jangan kata nak tolong orang miskin, bagi makanan yang dah memang hak mereka pun tidak dilakukan.

Habislah sudah bahagian pertama dari surah ini. Sekarang masuk ke bahagian kedua pula.

107:4
Sahih International

So woe to those who pray

Malay

(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –

Ada dalam ayat-ayat lain, Allah menggunakan perkataan kecelakaan ini tapi ada diletakkan ‘pada hari pembalasan’. Bermakna kecelakaan itu pada hari akhirat. Tapi dalam ayat Ma’un ini, tidak diletakkan ‘pada hari pembalasan’, maka ianya boleh dikenakan bila-bila masa, termasuk sekarang!

Ayat ini tiba-tiba mengatakan kecelakaan kepada orang yang solat! Kenapa pula? Oleh itu kena baca ayat ini dengan ayat seterusnya. Tak boleh berhenti disini. Ayat ini menarik perhatian manusia, termasuk orang-orang yang solat.

Allah tak terus cakap ‘kecelakaan kepada orang-orang munafik’. Tapi Allah cakap kepada orang orang yang solat.

Ada yang kata ayat ini adalah berkenaan dengan orang Munafik. Jadi, kepada kita yang solat ini, kenalah beringat, takut-takut kita termasuk dalam golongan orang-orang munafik.

107:5
Sahih International

[But] who are heedless of their prayer –

Malay

(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;

Allah boleh sahaja menyambungkan ayat ini dengan ayat sebelumnya. Tapi tidak. Allah memberi penekanan dengan menggunakan sekali lagi perkataan ‘solat’.

Apabila kita tidak memberikan hak kepada makhluk, maka kita akan ada masalah dengan ibadat kita kepada khaliq.

Allah banyak kali memberikan kecelakaan kepada orang yang berbuat kesalahan. Antaranya, menukar kitab dengan tangan sendiri dan mengatakan ianya dari Allah. Itu adalah kesalahan yang besar. Bermakna, mereka yang lalai dalam solat juga adalah satu kesalahan yang besar juga.

Banyak yang mengatakan ini adalah solat orang Munafik. Tapi ada juga yang mengatakan ini adalah solat orang Quraish. Kerana, dari sirah dan dari Quran, kita tahu bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail juga melakukan solat. Maka, ibadat solat itu telah diturunkan juga kepada orang Quraish sebenarnya.

Saahoown – sahw – to forget something out of neglectfulness because something – of a greater thought to you – was on your mind.

i.e. sajdah sahw – prostration of forgetfulness (because your mind was thinking about something else).

sahw also includes: If you caught the prayer, well and good. But if you never – you think it doesn’t matter.

Or if you keep your plans to do a certain thing while not worrying if you miss the prayer in the process.

Meaning: You don’t mind if you miss the prayer =  Being Neglectful = Saahoown

The worst destruction (wayl) if you have such an attitude.

Solat adalah satu ibadat yang amat penting sekali. Banyak kali disebut dalam Quran dan hadis tentang kepentingannya. Maka, perlulah dijaga ibadat solat itu. Kalau tak jaga, maka dosa yang besar.

Allah said ‘an عن (in regard to), He did not say; fee في  salatihim sahoon (in their prayers they are heedless). This is a mercy from Allah because we are all heedless sometimes within our prayers, and if that was mentioned – we would all be destroyed.

107:6
Sahih International

Those who make show [of their deeds]

Malay

(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (supaya orang lain tengok),

Dari segi bahasa, ‘tiga’ kali Allah mengatakan perkataan ‘mereka’. Sampaikan Allah tambah perkataan ‘Hum’ itu yang merujuk kepada orang Quraish itu. Ini nak menunjukkan bahawa Allah amat murka dengan mereka. Sampai sebut tiga kali.

Dalam ayat ini, mereka solat untuk menunjuk-nunjuk. Kalau tiada orang tengok, mereka tak buat. Atau kalau ada orang yang melihat, mereka akan buat solat mereka lebih baik lagi.

Oleh kerana Bangsa Quraish adalah penjaga Kaabah, maka mereka kena tunjuk yang mereka bagus dalam mendirikan solat, supaya nampak mereka kuat ibadat.

Ia juga termasuk orang Munafik yang solat hanya untuk menunjuk-nunjuk.

107:7
Sahih International

And withhold [simple] assistance.

Malay

Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan

al Ma’oon:
some companions of Allah’s Messenger and many scholars said it refers to the obligatory charity of Zakat (2.5% of your wealth per lunar year).

ma’oon- ma’an – something small and insignificant. A loss of it would not harm you.

a thing which people share with each other like a bucket, or a pen. Small things which you do not suffer from or lose if you were to give them.

zakat is so little of our income – it is ma’oon. This is how the sahaba/companions of Prophet Muhammad viewed it.

Ayat ini kembali mengatakan tentang hubungan antara manusia dan manusia. Jadi surah ini ada mengatakan tentang hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

Dalam ayat ini, kita disuruh untuk menolong orang lain. Yang disebutkan dalam ayat ini adalah pertolongan yang mudah-mudah, yang tidak menyusahkan kita. Tidak memiskinkan kita.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s