We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 74 Bab Memasukkan Unta Di Dalam Masjid Kerana Hajat (Keperluan) July 19, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 8:22 pm
Tags: , ,

بَاب إِدْخَالِ الْبَعِيرِ فِي الْمَسْجِدِ لِلْعِلَّةِ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ طَافَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى بَعِيرٍ

Bab 51 Memasukkan Unta Di Dalam Masjid Kerana Ada Hajat (Keperluan). Ibnu Abbas Berkata: “Nabi S.A.W Bertawaf Dengan Menaiki Untanya”.

Imam Bukhari hendak menyampaikan bahawa boleh menggunakan kenderaan dalam masjid. Walaupun kita pun tahu yang unta boleh berak dan sebagainya. Bagaimana pula dengan kenderaan yang lain? Imam Bukhari hendak luaskan pemahaman unta itu kepada kenderaan, bukan hanya unta sahaja. Kerana unta itu adalah binatang dan dalam yang sama, ia juga adalah kenderaan. Motosikal dan berbagai jenis kenderaan lagi pun sepatutnya termasuk dalam jenis-jenis kenderaan yang boleh digunakan. Kalau ada keperluan. Kerana kadang-kadang masjid itu besar. Ada orang yang tidak mampu untuk berjalan di dalam masjid itu. Maka, kerana itulah kita boleh lihat bagaimana ada orang yang bertawaf di kaabah dengan menggunakan kerusi roda.

Dalam tajuk ini, Imam Bukhari meletakkan perkataan ‘keperluan’, atau hajat. Hajat itu bukan darurat. Ianya adalah keperluan. Darurat itu bila terdesak sangat. Ada satu lagi dinamakan takhsiniah, iaitu mencantikkan. Tidak perlu tapi untuk mencantikkan.

Kepada mereka yang membenarkan kenderaan digunakan itu dengan syarat ia tidak mencemarkan masjid. Ini mereka kata boleh dicapai jika unta itu jenis yang terlatih. Dan mereka kata unta Nabi dan unta yang digunakan oleh Umm Salamah itu adalah unta yang terlatih. Tapi hujah ini tidak kukuh. Kerana ada kisah bagaimana seorang lelaki telah menambat untanya dalam masjid Nabi. Nabi dan para sahabat melihat lelaki itu tapi mereka tidak tegur. Kalau nak dikatakan kena unta yang terlatih, bagaimana mereka tahu samada unta itu terlatih atau tidak? Dan kalau terlatih, tentulah tak perlu ditambat. Jadi, tidak semestinya menggunakan unta yang terlatih sahaja.

Ibn Battal dan Ibn Rejab pula berpendapat: Imam Bukhari hendak menunjukkan bahawa air kencing dan tahi binatang yang boleh dimakan tidak najis. Maka boleh bawa masuk dalam masjid. Tidak ada dalil yang kata hanya unta terlatih sahaja yang dibenarkan. Takkan Nabi nak dedahkan masjid kepada najis. Jadi, kalau Nabi benarkan unta dibawa masuk, tentulah kerana unta itu tidak akan menyebabkan najis berselerakan di dalam masjid. Dalam sirah, bukan unta baginda sahaja dibenarkan tawaf di Kaabah. Ada unta orang lain pun dibenarkan. Jadi kepada mereka, tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini adalah kerana nak ceritakan bahawa unta, kencing dan beraknya tidak najis. Jadi ini menunjukkan bahawa syarat binatang dibenarkan masuk masjid, mestilah binatang yang boleh dimakan kerana najis binatang itu tidak najis.

Ada kata hanya masjid Nabi dan Masjidilharam semasa zaman baginda dahulu. Kerana sifat masjid waktu itu lain. Sekarang beza sangat. Dulu terdedah dan tanah. Tapi sekarang dengan karpet dan kebersihan yang ada, tidak sesuai dah.

Atau nak kata ada ibadat yang boleh gunakan kenderaan. Macam pakai kerusi roda. Dengan syarat ada keperluan. Dan tidak mengganggu orang lain.

Kenapa Imam Bukhari letakkan tajuk ‘masjid’ sedangkan hadis merujuk kepada perbuatan tawaf? Sebenarnya Kaabah juga adalah dikira sebagai masjid juga.

Kenapa diterjemahkan perkataan لِلْعِلَّةِ sebagai jika ada keperluan? Kerana makna asal perkataan itu adalah ‘sakit’. Tapi Nabi naik unta bukan sakit. Ada hadis riwayat Abu Dawud yang kata Nabi sakit waktu itu. Tapi hadis itu tak sahih. Sebenarnya Nabi menggunakan unta dalam bertawaf itu adalah supaya baginda senang dilihat. Kerana itulah kali pertama baginda melakukan ibadat haji dan baginda nak tunjuk kepada orang ramai bagaimanakan cara melakukan ibadah haji itu. Dan supaya baginda senang ditanya oleh orangramai yang sedang mengerjakan ibadat haji itu. Ini semua ada disebutkan dalam hadis yang sahih. Jadi ada sebab kenapa Nabi buat. Tapi, walaupun Nabi ada buat macam itu, ia bukanlah elok untuk diikuti. Ada perbuatan Nabi bukanlah untuk diikuti. Jadi kena tahu apakah sebabnya Nabi buat. Ada perkara yang Nabi buat adalah perkara tasyriiyah dan ada yang ghairu tasyriiyah.

444 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ نَوْفَلٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ زَيْنَبَ بِنْتِ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ شَكَوْتُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنِّي أَشْتَكِي قَالَ طُوفِي مِنْ وَرَاءِ النَّاسِ وَأَنْتِ رَاكِبَةٌ فَطُفْتُ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي إِلَى جَنْبِ الْبَيْتِ يَقْرَأُ بِ الطُّورِ وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ

444. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Naufal dari ‘Urwah bin Az Zubair dari Zainab binti Abu Salamah dari Ummu Salamah berkata, “Aku mengadu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang kesakitanku. Beliau kemudian bersabda: “Thawaflah dengan berkendaraan (dengan menaiki unta) di belakang orangramai.” Maka aku pun melakukan thawaf (dengan menaiki unta), ketika itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang salat di sisi Ka’bah dengan membaca: “WATHTHUUR WA KITAABIM MASTHUUR (Demi bukit, dan Kitab yang ditulis) ‘ (Qs. Ath Thuur: 1-2).

Solat apakah yang dilakukan oleh Nabi dalam hadis ini? Dari sirah, kita yang solat yang Nabi lakukan itu adalah solat Subuh. Kejadian ini berlaku selepas baginda melakukan tawaf wida’ pada 14 Zulhijjah.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Keharusan membawa masuk binatang yang halal dimakan jika diperlukan. Jika perlu sahaja. Kerana tidak menajiskan masjid. Bagaimana pun, ia masih lagi kotor. Jadi kena jaga. Keperluan manusia kita tak tahu. Kita mungkin rasa apa keperluannya memasukkan binatang dalam masjid, tapi itu kita. Bangsa lain mungkin ada keperluan untuk mereka.
  2. Perempuan elok berada di belakang lelaki. Tapi ini bukan syarat. Ini adalah kerana untuk kebaikan mereka juga kerana kadang-kadang terlalu ramai orang yang bertawaf menyebabkan keadaan sangat bersesak. Ikut keadaan.
  3. Yang tawaf berkenderaan kena jauh dari orang ramai supaya tidak menyusahkan orang lain.
  4. Tidak makruh berkenderaan kalau sakit. Kalau tidak ada keperluan, ulama khilaf samada boleh atau tidak.
  5. Ada rukhsah dalam Islam. Sentiasa.
  6. Tidak mengapa tawaf semasa orang solat. Dalam hadis ini, kita boleh lihat bahawa Nabi sedang solat fardhu subuh.
Advertisements
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s